Isnin, 28 Februari 2011

IMAM BESAR KHALIFAH AL-MONGOLI


IMAM BESAR AL-MONGOLI 
NAJIB :SAYA TAK KATA IKHWANUL MUSLIMIN MESIR KUMPULAN PENGGANAS –minsider

Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.

Najib berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.

KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH
woit... IMAM MONGOLI SUDAH PANIK... kah kah kah...
kah kah kah...CAKAP TAK TENTU HALA... kah kah kah...
kah kah kah...MULA BERSILAT LIDAH... kah kah kah...
kah kah kah....AWAL DULU CAKAP IKHAWAN INI PENGGANAS... kah kah kah...
kah kah kah...SEKARANG KATA ... ORANG LAIN YANG CAKAP... kah kah kah...
kkah kah kah...MACAM MACAM NAK TIPU MAK CIK FELDA... kah kah kah...

nota:

 
baca betul betul
baca perlahan lahan:

mongol kata boleh bertanding
dengan syarat tolak keganasan dan extremis

kepala bana syarat apa ini?
ertinya ikhwan ini pengganas

tak caya baca sekali lagi apa
al mongoli ini cakap
nampak nak menipu kah kah kah

Tukar Tiub

Ahad, 27 Februari 2011

ANAK KHIR JOHARI MASUK DAP



Allahyarham Khir Johari bolehlah dikatakan salah seorang, orang kuat Umno dizaman 60an dan 70an dulu. Beliau pernah memegang jawatan  menteri pelajaran di zaman perdana menteri pertama allahyarham Tunku Abd.Rahman.
Kini anaknya Zairil Khir telah menyambung karier politik seorang ayah!,  tetapi bukan melalui  politik UMNO!!.  Zairil Khir telah memilih DAP sebagai wadah perjuangannya!  Beliau telah hilang kepercayaan dengan parti Umno. . Menurutnya Umno sekarang bukan seperti Umno dulu lagi.
Memang benar Zairil!, anda telah membuat pilihan yang tepat!  Rakyat Malaysia seharusnya sedar, bahawa parti perkauman seperti  Umno, MCA maupun MIC tidak relevan lagi dalam suasana politik hari ini. …. rahimothman

 

UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP

Petikan – Anak Suingai Derhaka


Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad serta diperalatkan pemerintah bagi kepentingan peribadi..

Kata-kata anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO sendiri tu.. Hairan ya.. masih ada yang percaya UMNO memperjuangkan nasib Melayu padahal hakikatnya UMNO telah diperalatkan oleh sekelompok pemimpin UMNO untuk memperkayakan diri sendiri dan juga kroni..


UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.
Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.

"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian. Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.  "Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.   “Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.
“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.
“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.

Sinar Harian

LIDAH MAHATHIR BUKAN SAJA PANJANG TAPI BERCABANG



Tak hairanlah selama ini Mahathir dilihat pandai bersandiwara dan berdusta kepada rakyat. Musuh politiknya sering dituduh pengkhianat, padahal dirinya sendiri adalah bapak pengkhianat !! . Bolehkahkah Mahathir menafikan?,… Apa dah jadi dengan kuasa Raja-raja Melayu hari ini?  apadah jadi dengan keagongan agama Islam sebagai agama rasmi?,  apadah jadi dengan maruah bangsa Melayu?  apadah jadi dengan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ! …. Siapa yang mengagongkan bahasa Inggeris dan memperlekeh bahasa Melayu  dalam program PPSMI?


Tun Dr Mahathir dari dulu sampai sekarang sama saja, berlagak superhero. Tak pernah nak mengaku salah diatas segala perbuatan,atau tindakannya yang sering terlanjur dan keterlaluan.  Setiap tutur katanya mahu dianggap betul belaka.  Beliau tidak sedar seringkali  kata-katanya nampak merepek, merapu dan terkeluar dari landasan kebenaran.


Rupa-rupanya Allah jadikan lidah Mahathir panjang dan bercabang macam lidah biawak supaya mudah beliau berputar-belit dan berdusta!!.. Itulah yang Mahathir telah lakukan sampai hari ini,  tak pernah berubah.
Barangkali Allah juga mahu memanjang umur Mahathir, supaya beliau dapat melihat apa yang berlaku selepas ini!!   Biar Mahathir lihat sendiri pembalasan Allah! dari segala keburukan yang dilakukannya sebelum ini!!
Sama-sama kita berdoa semoga Mahathir panjang umur dan  sempat bertaubat!!

Oleh : rahimothman

Mari kita baca tuduhan DrM kepada Anuar dan Nik Aziz di bawah ini,…. Petikan - Bernama


Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir

February 26, 2011
KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.
Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.  Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
“Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya.
Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.  Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama
ManjungmariSaturday, February 26, 20110 comments


Sabtu, 26 Februari 2011

SESUAIKAH PENDIDIKAN SEKS DI PLKN?



Teman kurang bersetuju Pendidikan Seks dijadikan dijadikan mata pelajaran di Pusat-Pusat Latihan Khidmat Nergara (PLKN).  Rasanya terlalu banyak resiko selepas remaja-remaja ini didedahkan dengan subjeks pendidikan seks ini.
Sama ada mereka berpengetahuan atau kurang berpengetahuan sikap setiap remaja ialah ingin mencuba! Setelah mereka mengetahui cara seks selamat dan tidak selamat, pasti mereka teringin melakukannya!! Melaksanakan subjek baru ini ibarat mengajar itik berenang atau memberi anak-anak bermain bunga api !!

Lebih baik slot khas, bukan subjeks khas!
Adalah lebih baik satu slot khas disediakan untuk para pelatih, bukan subjeks khas seperti yang dicadangkan yang mana subjeks khas itu mungkin memberi perincian yang meluas mengenai seks. Slot khas yang teman maksudkan ialah memberi penekanan tentang,…
1.     Apa dia yang dikatakan seks bebas atau seks terlarang
2.    Apa dia keburukan-keburukan dari seks bebas atau terlarang itu.
3.    Sedarkan pelatih bahawa perbuatan tersebut ialah satu jenayah berat!
4.    Perjelaskan tentang hukuman ! mungkin disarankan hukuman yang lebih berat!
5.    Kepada pelatih bukan muslim tumpukan kepada aspek kesucian jiwa dan moral
6.    Kepada pelatih muslim perdalamkan aspek agama, perincikan tentang dosa dan azab siksa api neraka yang Allah sediakan, atau sebaliknya!,…bagaimana mendapatkan syurga  Allah!

Oleh : rahimothman

Jumaat, 25 Februari 2011

PENYAMUN LEBUHRAYA KELAHIRAN KERAJAAN BN


BAPA BOREK ANAK RINTIK,…
 
Inilah sikap dan perangai rakyat Malaysia yang jijik dan memalukan. Sanggup membiar seorang insan yang kesakitan dalam kemalangan!,  sebaliknya mereka berlumba-lumba merompak hak orang lain. Mengambil harta orang tanpa kebenaran samalah dengan mencuri!!  Agaknya dalam hati mereka berkata,.. mengambil secara terang-terang itu bukan perbuatan mencuri….Inilah contoh rakyat Malaysia hasil bikinan kerajaan UmnoBn yang telah memerintah selama 53 tahun.

Perangai buruk mereka ini samalah macam sebahagian besar pemimpin UmnoBn yang selama ini begitu rakus mengambil dan mengikis hak rakyat sesuka hati!.  Menepati kata pepatah!  “bapa borek anak rintik”.  Kemanalah tumpahnya kuah!..kalau tidak kenasi!!......

Oleh : rahimothman



KITA BERPECAH BUKAN KERANA MAZHAB, TOK PA JANGAN ALIHKAN PERHATIAN

Oleh: WFAUZDIN NS

Tok Pa menyatakan perpecahan disebabkan oleh perbezaan mazhab di antara Sunni dan Syiah di negara berkenaan memberi kesan kepada ekonomi dan keharmonian negara. Tok Pa juga kesal kerana PAS membawa isu agama yang keterlaluan. Begitulah di antara apa yang diluahkan oleh orang kuat Umno Kelantan ini.

Saya suka menjawab bahawa contoh perpecahan akibat berbeza mazhab seperti yang disebut oleh Tok Pa itu tidak pernah berlaku di negara ini. PAS dan Umno mempunyai mazhab yang sama iaitu kita bermazhab Shafie. Perbezaan PAS dengan Umno yang kununnya menyebabkan berlaku perpecahan sesama Islam ini bukan kerana perbezaan mazhab, tetapi menjurus kepada soal pokok Islam itu sendiri. PAS ingin menegakkan hukum Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith yang semestinya berasaskan mazhab Shafie, manakala Umno secara terang-terangan menolak Hukum Islam yang diwajibkan oleh Allah untuk ditegakkan.

PAS menyeru ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran seperti amalan rasuah, amalan perjudian, sistem Riba, aktiviti maksiat dan sebagainya. Manakala Umno tidak peka kepada ini semua bahkan pemimpin yang mereka sendiri tahu pernah mengamalkan rasuah dipilih untuk menjadi pemimpin besar. Jika tidak percaya cuba tanya Ali rustam, Khairi Jamaludin atau Isa Samad. Siapa kerajaan yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting dan Lesen Kilang Arak terbesar di Shah Alam?

Dari segi aspek perundangan, PAS bercita-cita untuk menegakkan Undang-Undang Islam termasuk Hukum Hudud. Malangnya, Umno tidak pernah bersetuju dengan hukum tersebut malahan pemimpin mereka suatu ketika pernah mengutus surat kepada Kerajaan PAS Kelantan melarang hukum tersebut dilaksanakan di negeri berkenaan. Umno masih mengekalkan akta zalim Akta ISA yang tidak memberikan keadilan kepada mangsa yang dituduh di bawah akta tersebut. Siapakah yang berusaha melarang agar kes qazaf dalam isu Liwat DS Anwar untuk dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah seperti yang diajar oleh Islam? Mengapa perlu dipersendakan hukum ini?

Sebab itu saya katakan, perpecahan sesama kita jika ada pun bukan kerana perbezaan mazhab. PAS dan Umno jauh berbeza dari segi dasar dan amalan pokok di dalam Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, Tok Pa jangan cuba untuk mengalih perhatian kepada isu di luar negara untuk menakutkan umat Islam di negara ini.
/wfauzdin.blogspot.com



Khamis, 24 Februari 2011

BANGGANYA NAJIB DENGAN FACEBOOK


Ada tujuan Najib mendodoikan peminat,….

Menurut satu laporan, dikatakan Najib amat berbangga!, kununnya 640,000 rakyat Malaysia menjadi peminat facebooknya !!  Jangan perasan sangat Datuk Seri!. bahawa anda ada ramai peminat.

Rakyat tahu sebenarnya yang Datukl Seri  sedang mabuk laut!,..atau ibarat ikan kena tuba!. Lebih-lebih lagi melihatkan kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia dan Libya! yang berani bangkit menuntut hak dan keadilan!   Dah tentu sekarang ni bulu tengkuk Datuk Seri seram sejuk!  Tak mustahil virus di seberang laut berjangkit ke Malaysia!!,….

Maka hari ini tak hairanlah Datuk Seri buat muka selamba, datuk buat-buat perasan!  Datuk mendakwa ada ramai peminat dan disukai rakyat,.. datuk mencari populariti yang sudah lama hilang!  Lalu datuk melayan dan mendodoikan mereka!!  mudah-mudahan mereka melupai keburukan kerajaan yang dipimpin oleh datuk!  

Apa-apa pun rakyat tetap sedar bahawa datuk sekarang ni sedang memancing!.. datuk sedang menanam tebu di tepi kolam!,  datuk sedang mengambil hati gulungan muda  yang masih mentah dan buta dalam politik . Teman kurang pasti! sama ada mereka ini sedar atau tidak, mereka telah digula-gulakan oleh seorang pemimpin yang rakus, boros dan munafik!!

Seorang Perdana Menteri gila bermain facebook?!!  Seronokkah kita mendengarnya? Berbanggakah kita?  Buang masa je datuk !  Kan lebih baik tumpukan pada pentadbiran kerajaan?  Fikir bagaimana nak jadi pemerintah yang baik! yang perihatin!  yang penyayang!  Bagaimana nak jadi pemimpin yang berjiwa raktyat dan telus !!   Bagaiman nak tonjolkan sikap seorang isteri Perdana Menteri yang penuh sifat keibuan!  hemah berbelanja! TIDAK BOROS  seperti yang berlaku hari ini!!.  

Sedarlah Najib!!  banyak sangat kepincangan dan penyelewengan dalam kerajaan BN hari ini!  Jangan perlekehkan Islam!,.. sebaliknya Tegakkanlah Syiar Islam !   Jangan peralatkan ketuanan Melayu dan jangan gadai bangsa Melayu untuk kepentingan politik!!   “BERUBAHLAH SEBELUM PARAH!!”

Oleh : rahimothman



Rabu, 23 Februari 2011

INI DIA KABINET BAYANGAN PR!


Kabinet bayangan PR tiada Mat Monggol, tiada first lady
 
Najib beria-ia sangat cabar Pakatan Rakyat kemukakan kabinet bayangan!
Itu perkara mudah!  macam melepaskan kentut tersepit!.  Bila-bila masa pun boleh!...
Tetapi kalau Pakatan Rakyat yang cabar Najib dan BN agar serahkan kerajaan kepada Pakatan Rakyat secara gentleman sanggupkah?

Tak semudah itu!  Najib pernah kata Putrajaya akan dipertahankan dengan apa cara walaupun terpaksa berkecai daging dan tulang. Itulah yang susahnya ! BN tetap merasa angkuh sedangkan rakyat dah tak berkenan lagi.
Yang lebih susah lagi ialah nak suruh SPR jujur dalam melaksanakan pilihanraya. Dan yang teramat  susah lagi ialah nak halang BN beri rasuah dalam pilihanraya. Itu saja,… (Lihat petikan di bawah dari -Tukar Tiub)

Najib cabar PR supaya kemukakan  kabinet bayangan.  Nah! Ini dia… Najib pasti malu dan terkejut.
Kabinet bayangan PR jauh lebih baik dan bersih jika dibandingkan dengan kabinet BN.  Perbezaannya amat ketara,  macam  langit dengan bumi!!
(Lihat petikan di bawah dari -Tukar Tiub)

Oleh : rahimothman

APA YANG PASTI DALAM KABINET PAKATAN:

tidak ada mat mongol  -  tidak ada rottweiler
tidak ada malikul sembab  - tidak ada pundek pundek pundek
tidak ada raja porno

paling pasti:
hanya satu perdana menteri   -  hanya ada satu menteri pertahanan
hanya satu menteri pelajaran

yang paling paling pasti:
tak ada bini buat huru hara  -  tak ada janda mengaku dara

paling paling paling pasti:
tak ada sesiapa yang gila nak jadi fat lady of malayia - kah kah kah

hanya satu belum tentu:
siapa yang akan menjadi duta ke Mongolia  -  kah kah kah
TT.

Selasa, 22 Februari 2011

AIR LIUR BASI MUHYIDDIN DI SARAWAK!!


Dalam satu ucapannya di Sarawak kelmarin, Muhyiddin hilang malu ! namun bercakap tetap bercakap walaupun bermodalkan air liur basi!  Bercakap perkara lapok dan memualkan. Yang lagi haru,  dia tuduh Pas nak huru-harakan perpaduan di Sarawak. Bila pulak Pas menjadi punca pecah belah?!  Krisis Umno ’87 siapa punca pecah belah?.  Peristiwa 13 Mei ’69,  siapa punca pecah belah?. Pemecatan DS Anuar Ibrahim 1998 hingga tertubuhnya  parti PKR,  siapa punca pecah belah?? 

Muhyiddin sama macam Mahathir,  Melayu mudah lupa!. Muhyiddin lupa diri dan lupa sejarah!  Ucapan Muhyiddin menghentam PAS adalah bertujuan untuk menutup kelemahan dan kepincangan BN di Sarawak!  dan sesungguhnya mereka amat takut kemungkinan pengaruh  PAS berkembang di Sarawak. Mari baca artikel di bawah,… 

Oleh : rahimothman


Fuhh...Inilah Kenyataan "Busuk" Perut Pemimpin Umno.. http://karatijau.blogspot.com/2011/02/fuhhinilah-kenyataan-busuk-hati.html

 



PAS menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan bahawa parti Islam itu akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.

Ketua Penerangan PAS pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945.
“Memang (Muhyiddin) buta sejarah. Kalau tengok sejarah dahulu kenapa tubuhkan Umno ketika sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Bukankah ini juga boleh menimbulkan perpecahan?” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, kebimbangan Muhyiddin itu tidak berasas sama sekali sebaliknya PAS sudah banyak memberikan kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai agama itu.  “Dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah banyak menerangkan ajaran Islam kepada bukan Islam berbanding Umno yang gagal menjelaskan hukum halal haram kepada rakan komponen dalam BN,” kata beliau.

Dalam satu ucapan di Sarawak semalam, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, beliau bimbang PAS akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki negeri Sarawak.
 

Muhyiddin berkata rakyat Sarawak khasnya masyarakat Islam agar tidak mudah menerima dasar politik PAS yang berangan-angan untuk meluaskan kuasa.
“Saya takut kalau PAS masuk Sarawak ia akan memecah belah masyarakat Islam di sini. Di Kelantan 20 tahun PAS memerintah, kadar kemiskinan merupakan paling teruk,” katanya.

Oleh : Juragan



Isnin, 21 Februari 2011

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT BOB LOKMAN !

Dengan menyertai PAS beberapa hari lalu, Bob Lokman telah melaksanakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menyertai parti pilitik pilihannya.  Bob telah melakukan perkara yang halal disisi perlembagaan!  bukan menyertai kumpulan samseng atau kongsi gelap!! Sepatutnya lebih ramai lagi individu atau selebriti berani berbuat demikian!

Dalam hal ini, sudah tentu Bob Lokman  telah membuat pilihan yang tepat, dan sudah bersedia kemungkinan  berhadapan risiko terutama dari pihak rtm yang bersifat kuno itu. Apa-apa pun syabas dan tahniah kepada Bob!.  Rezeki datangnya dari Allah dan rezeki juga ada dimana-mana.

Berbalik kepada sesiapa yang ingin  menyertai parti politik,...Pas bukan saja parti untuk Ustaz, untuk Tok Lebai Tok Siak, untuk Tok Guru Tok Imam atau untuk orang miskin dikampong-kampong !  Dulu anggapan begini mungkin ya!  Tetapi hari ini setelah menempoh banyak liku,ranjau dan duri, Pas kini hampir berada di mercu bersama slogannya Pas for all..  Pas hari ini telah melangkah jauh,... Sudah terlalu ramai alim ulamak, ahli-ahli propersional,  ahli-ahli akademik, para cendiakawan, usahawan dan ahli perniagaan terjun kedalam parti Pas,..

Tahniah sekali lagi Bob!   Anda bijak kerana telah memilih Pas sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Kenapa Bob tak memilih Umno? Jawapannya cukup mudah!  Tiada lagi sebuah parti Melayu benar-benar bersih yang boleh diharap sebagai tempat bergantung !  .UMNO sudah rosak teruk!!  Sesat dan menyesatkan !!  Umno hari ini dah busuk sampai keusus.(meminjam kata-kata Tun Mahathir)

Selagi Umno meletakkan “ketuanan Melayu” sebagai asas perjuangan, insyaAllah masa depan Umno kian gelap. Kebanyakan orang Melayu sudah sedar tentang lakunan dan penipuan Umno selama ini terhadap bangsanya sendiri!  kecuali segelintir yang masih tebal dengan karat biru Umnonya.. Sudah sekian lama parti Umno memperalatkan Islam untuk mengukuhkan syiar Umno. Sudah lebih 50 tahun  Umno berpura-pura memperjuangkan Islam, hakikatnya Umno hanya menerima sebahagian hukum Islam,  tetapi menolak sebahagian yang lain!!  Umno terus-terusan  memperalatkan Islam untuk kepentingan parti dan peribadi!!  Sepatutnya Islam mengajar Umno untuk memerintah,  bukan Umno mengajar Islam bagaimana nak memerintah!!  Ini yang berlaku hari ini.

Wahai seluruh muslimih muslimat,  mukmiminin mukminat!! Khasnya bangsa Melayu! Marilah  kita letakkan “ketuanan Islam” sebagai asas perjuangan nombor wahid ! dalam hidup kita!,  bukan ketuanan Melayu.  Tak perlulah kita menjerit-jeritkan “ketuanan Melayu”,  Kita seharusnya bersyukur kerana bangsa Melayu itu sendiri sudah berada di dalam Islam,  maka teruskan perjuangan Islam kita, martabatkan Islam dan pertingkatkan syiarnya!.

Allah tidak memandang kepada bangsa, sama ada Melayu, Cina India,  Iban Kadazan, orang putih, orang hitam, malah bangsa Arab sekali pun. Yang Allah pandang ialah “KETAQWAAN” umatnya !!  Semoga lebih ramai lagi artis-artis yang menggilai dunia glamour, yang penuh dengan unsur-unsur maksiat,  memilih jalan hidup yang diredhai Allah. Amin

Oleh : rahimothman

MEGAH SEORANG PEMBELOT!!

Apa pun keputusan mahkamah Pakatan Rakyat tak rugi apa-apa sebaliknya beruntung kerana makhluk perosak sudah dihapuskan!!