Selasa, 28 Februari 2012

Isu Khalwat : Umno guna skrip usang



Nampaknya Umno masih tak berputus asa untuk merampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat.

Najib selaku Pengerusi Umno Selangor seolah-olah mahu mengkotakan janjinya yang berbunyi “Kita akan melakukan walau dengan apa cara sekali pun” demi menjayakan hasrat tersebut. Tentu kita masih ingat apa Najib dah buat untuk merampas kerajaan Perak tidak berapa lama dulu. 

Sama juga di Selangor ! berbagai usaha telah dibuat,.. antaranya,.. satu ketika dulu mereka cuba memburuk-burukkan MB Tan Sri Khalid dengan isu lembu korban, dan isu kereta rasmi kerajaan,.. tapi tak jalan. Rakyat Selangor yang cerdik mengganggap isu itu macam sampah je!

Kemudian Umno Selangor menjaja isu pasir  dan juga isu air !,..  namun semua itu menjadi  senjata makan tuan,   lepas tu mereka memperalatkan Hasan Ali pula untuk memburuk PAS dan Pakatan Rakyat Selangor. Ini pun belum menampakkan kesan,  hasilnya masih suam-suam kuku !!

Terbaru,  Umno telah menggunakan skrip lama, iaitu sogok dan fitnah. Walaupun ini skrip yang sudah usang,  ia tetap dilakukan kerana ia telah menjadi darah daging Umno,  ia telah menjadi budaya parti Umno. Insan yang mereka jadikan mangsa kali ini ialah Dr Badrulamin Bahrom - anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR,  beliau juga adalah Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

Jelas sekali, Dr Badrulamin atau panggilan mesranya Ustaz Badrulamin cuba diperangkap, dengan menuduh kononnya beliau telah berkhalwat dengan dengan isteri orang. Siapa lagi yang memasang perangkap ini kalau bukan musuh PKR dan musuh Pakatan Rakyat?  Kalau tanya Najib pasti Najib menjawab Umno tak terlibat,.. itu semua orang cukup faham !,.

Yang menariknya, menurut Uztaz Badrul lagi,.. sebelum kes serbu dan tangkap ini berlaku, pemandunya telah didatangi oleh enam manusia perasuah untuk menawarkan imbuhan lumayan agar dia sudi bersubahat dengan kerja jahat mereka. Apabila melibatkan bab sogokan atau rasuah ini siapa lagi pelakunya kalau bukan Umno atau kuncu-kuncunya!  Beruntung Ustaz Badrul kerana mendapat seorang pemandu yang kental imannya!

Apa-apa pun tahniah kepada Umno, kuncu-kuncu, balaci atau pencacainya kerana anda tak pernah rasa malu dengan kerja kotor anda !!

Oleh : rahimothman, 

Isnin, 27 Februari 2012

Umno dah insaf !, berilah Umno perintah Selangor balik !!


Dalam satu kenyataan di Pelabuhan Klang kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat negeri Selangor agar memberi semula mandat kepada kerajaan UmnoBn dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang ini.

“ Umno dah insaf !, berilah Umno perintah Selangor balik !!” katanya.  “Pakatan Rakyat tidak perlu diberi tempoh lanjutan untuk terus memerintah Selangor kerana banyak janjinya tidak tertunai,  malah membebankan rakyat dengan perbagai masaalah”  katanya lagi.

Nampak sangat Najib nak berbohong!  Dia lupa, rakyat Selangor sudah cukup matang dan cerdik !  Bukankah kerajaan PR sudah buktikan?  Hari ini,.. belum pun sampai empat tahun memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat banyak perubahan? Dan yang lebih penting budaya rasuah sedang dihapus dan akan terus dibenteras agar ia tidak berlaku di kalangan pemimpin Pakatan seperti yang biasa diamal oleh pemimpin UmnoBn !. 
 
Kalau rakyat Selangor sudah selesa dan berpuas hati dengan Pakatan Rakyat apa perlunya Najib merayu? Kerajaan PR sudah mengubah dari sebuah kerajaan yang buruk kepada sebuah kerajaan yang jauh lebih baik. Takkan rakyat Selangor mudah lupa bekas menteri besarnya dulu yang pernah menyalahguna kuasa dan rasuah?

Bagaimana pula dengan kes PKFZ yang sedikit sebanyak ada melibatkan pemimpin Umno Selangor? Begitu juga dengan kewujudan syarikat gergasi Selangor / SYABAS! Siapa yang untung besar sebenarnya? Kroni atau rakyat biasa?  Adalah sesuatu yang bodoh jika rakyat Selangor mahu menyerahkan semula kerajaan Selangor kepada sekumpulan perompak yang bergelar UmnoBn !!!

Oleh : rahimothman

Ahad, 26 Februari 2012

Khalwat : MB Selangor nasihat Badrolamin cuti satu bulan

Sumber : Pak Karamu

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid melalui e-mel telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.

 “Menteri Besar kini berada di Pahang, hanya berhubung dengan saya melalui e-mel, beliau memaklumkan kepada saya agar Dr Badrolamin mengambil cuti sebulan sementara beliau dapat mengendalikan kes ini dengan baik.

“Kita akan bincang Isnin ini (esok) bila beliau akan mula bercuti. Pejabat Menteri Besar akan membuat satu mesyuarat ringkas untuk bincangkannya tetapi kita akan minta beliau bercuti selama sebulan,” katanya.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut secara adil kerana bukan sahaja melibatkan pentadbiran cekap, tetapi juga melibatkan maruah individu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga meminta Badrolamin memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Pahang bagi membersihkan nama beliau. 
“Kita perlu berhati-hati dalam kes sebegini, kalau maruah seseorang tentu ia melibatkan keluarga, anak-anak dan masa depan mereka. Sebab itu Kerajaan Negeri memberikan kelapangan kepada beliau,” katanya.

Dalam pada itu katanya, masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri membuat telahan berhubung isu ini kerana ia masih baru, malah Badrolamin mendakwa ketika beliau ditangkap, wanita berkenaan tiada dalam bilik tersebut.

“Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.
“Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau juga difahamkan, sepanjang Badrolamin bercuti kelak, portfolionya akan dipegang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Abdul Aziz.SH

Sabtu, 25 Februari 2012

Bodohnya si Rahim T, tuduh Anwar macam Pol Pot

Dalam satu kenyataan, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik telah menyamakan Anwar dengan Pol Pot. pemimpin diktator Kemboja, justeru Anwar tidak layak menjadi PM !  Tuduhan ini merupakan satu tuduhan bodoh,  langsung tidak tepat,  malahan menyimpang jauh dari fakta sebenar. 

Pol Pot sememangnya mempunyai rekod buruk, pemimpin yang zalim, dan telah banyak membunuh orang yang tidak menyokongnya. Antara beliau dengan DS Anwar amat jauh berbeza,.. macam langit dengan bumi.
 
Hakikatnya,  Anwar seorang pemimpin yang diiktiraf dunia luar, terutama dunia Islam. Ini terbukti melalui penglibatannya dalam badan-badan NGO diperingkat global dalam membincangkan isu-isu semasa di peringkat antarabangsa.  Anwar juga mempunyai rekod peribadi dan moral yang bersih,  cemerlang ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau difitnah dan dipecat oleh Mahathir satu ketika dulu.

Justeru dakwaan dan tuduhan Tan Sri Rahim Thamby @ Datuk T yang bersifat pendendam ini adalah berniat jahat semata-mata. Rakyat Malaysia sendiri tentu faham rekod peribadi Tan Sri Rahim sendiri macam mana? baik sangatkah?  Masakan kita lupa kes rogol remaja yang melibatkan beliau? Masakan kita lupa beliau adalah dalang dalam  isu penyebaran video lucah yang cuba mengaibkan DS Anwar !!!.  

Oleh : rahimothman

Jumaat, 24 Februari 2012

Saranan MB Khalid sangat wajar !


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang sewajarnya membuat pemantauan dan siasatan terhadap usaha-usaha atau cubaan memurtadkan orang Islam selaras dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
 
Masyarakat berbilang kaum di negara ini mesti menghormati agama Islam yang telah diiktiraf sebagai sebagai agama rasmi persekutuan di samping setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing. Sebarang usaha untuk memurtadkan orang Islam semestinya ditentang !

Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menggesa  Mais dan Jais melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan Dr Hasan Ali bahawa wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di negeri ini tidak seharusnya dipandang enteng.

Dakwaan yang dibuat oleh Hasan teramat serius !  Ia boleh menggambar seolah-olah selama ini Jais dan Mais sangat lemah atau  tidak berperanan. Antara dakwaan Hasan termasuklah penggunaan kitab Injil berkuasa solar dan isu mubaligh Kristian berpakaian jubah memasuki masjid, namun kesahihan dakwaan ini belum dibuktikan lagi !

Kepada pihak-pihak berwajib,  selesaikanlah segera persoalan atau permasaalah ini !. Benarkah tuduhan ini?  Sila kemukan bukti !! Jangan ada niat lain,  jangan ada udang disebalik mi. atau ia bertujuan nak menaikkan sentimen marah orang melayu terhadap orang bukan Islam semata-mata.

Di dalam kemelut pilitik hari ini terutama sokongan terhadap parti pemerintah yang kian merudum,  tidak mustahil Dr Hasan Ali yang dipecat oleh PAS baru-baru ini sudah dipengaruhi oleh Umno. Umno sentiasa mengambil kesempatan dan berniat jahat terhadap kebangkitan parti pembangkang!  Peritiwa 13 Mei ’69 sudah membuktikan bahawa Umno sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan kuasa.

Oleh : rahimothman
















Khamis, 23 Februari 2012

PELABURAN!!! P.Pinang no. 1 lagi,.. UMNO suka tabur fitnah

Sumber : PASPB
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kejayaan negeri itu menduduki tempat pertama dalam pelaburan sektor pembuatan untuk dua tahun berturut-turut - 2010 dan 2011 - sebagai pencapaian "menakjubkan dan luar biasa" bagi negeri yang kedua terkecil di Malaysia itu yang tidak mempunyai sebarang sumber aslli.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengucap tahniah kepada 1.6 juta rakyat negeri itu yang menurutnya, berhak mendapat penghargaan ekoran pencapaian bersejarah tersebut.

 Katanya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengumumkan Pulau Pinang mengungguli pelaburan sektor pembuatan untuk tahun kedua berturut-turut dengan RM9.1 bilion - melepasi sasaran RM6.1 bilion. 
Pada tahun 2010, Pulau Pinang unggul dalam pelaburan sektor pembuatan di Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah dengan jumlah sebanyak RM12.2 bilion.
"Pencapaian Pulau Pinang menjadi nombor 1 bagi tahun kedua berturut- turut merupakan sesuatu yang tidak diduga," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Kerajaan negeri telah memberi tumpuan kepada pengukuhan sumber manusia dan membina kapasiti untuk menarik sektor-sektor kritikal yang berpengetahuan intensif, berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dalam elektronik, lampu LED, tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, avionik dan aeroangkasa, peranti perubatan dan bioteknologi," tambahnya.
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, katanya, bangga menjadi sebahagian daripada kejayaan bersejarah itu dan akan meneruskan pentadbiran CAT yang berasaskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

"Tender terbuka yang kompetitif dan pengisytiharan aset oleh pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan inspirasi keyakinan di kalangan pelabur terhadap komitmen politik kita ke arah urus tadbir yang baik dan bersih serta tanggungjawab peribadi terhadap integriti dalam kepimpinan," tegas Lim lagi.

Sehubungan itu, tegas Lim, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ingin mengucapkan terima kasih Mustapa dan MIDA atas kerjasama mereka dengan InvestPenang.
"Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu juga seharusnya tidak dilupakan untuk legasi beliau dalam meletakkan asas sebuah negeri industri yang telah membolehkan kerajaan sekarang membina setiap kejayaan.
"Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan terus membina bakat manusia dengan memberi tumpuan kepada latihan, latihan semula, mengekal dan menarik bakat- bakat baru.

"Tambahan pula, penaiktarafan logistik dan infrastruktur fizikal dan digital juga diperlukan. Pada masa yang sama, pembangunan sektor PKS akan lebih hebat dengan siapnya pusat PKS Pulau Pinang pada bulan Jun tahun ini yang akan menawarkan sewaan murah untuk permulaan syarikat yang berteknologi," tegas Lim.
Untuk pertama kalinya, kata beliau, MIDA telah memperkenalkan penunjuk pengukuran baru iaitu “jumlah pelaburan” yang merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama.

"Dalam kategori baru “jumlah pelaburan” ini, Pulau Pinang tewas tipis kepada Sarawak di mana Sarawak menerima rangsangan yang besar daripada pelaburan minyak dan gas.
"Sarawak menarik kira-kira RM14.35 bilion dalam keseluruhan pelaburan tahun lepas manakala Pulau Pinang sebanyak RM14.038 bilion. Petronas sahaja melabur sebanyak RM6.7 bilion di Sarawak berbanding pelaburan yang minimum untuk Pulau Pinang," katanya.

Menurut Lim, walaupun tidak mempunyai pelaburan dalam sektor utama, Pulau Pinang hanya ketinggalan RM300 juta kepada Sarawak disebabkan kekuatan yang mengagumkan dalam sektor perkhidmatan Pulau Pinang.
"Perkhidmatan sektor telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri sebagai salah satu enjin berkembar dalam pertumbuhan ekonomi bersama-sama dengan sektor pembuatan. Pulau Pinang berharap dapat melihat perkembangan perkhidmatan lebih 50 peratus daripada KDNK menjelang tahun 2020," tambah Lim.

Menurut Lim, agensi berita US Bloomberg pada Oktober 2011 telah menyifatkan pertumbuhan Pulau Pinang “kejayaan terbesar ekonomi” Malaysia walaupun Kerajaan Persekutuan memberi fokus kepada Johor dan Sarawak.
"Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk berkongsi kejayaan ini dengan Kerajaan Persekutuan demi manfaat bukan sahaja kepada 1.6 rakyat Pulau Pinang tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada peningkatan resit cukai ini," tegas Lim.