Ahad, 29 April 2012

Najib jangan butakan mata,..pekakkan telinga !!


SELEPAS MELIHAT GERAKAN DAN SAMBUTAN HIMPUNAN BERSIH 3 YANG MENCECAH KEHADIRAN 300 RIBU ORANG RAKYAT MALAYSIA PERIHATIN SEMALAM,  NAJIB SEHARUSNYA SEGERA BERUBAH !    BERUBAH DARI SIKAP DEGIL KEPADA SIKAP AKUR !  BERUBAH DARI TIDAK MAHU KEPADA MAHU MELAKSANAKAN PERUBAHAN  TERUTAMA DALAM SPR  (Suruhanjaya Pilihan Raya).

Kepada Dato’ Seri Najib,….Jangan sampai rakyat bangkit untuk berarak pula dalam BERSIH 4 !  Tunaikanlah harapan dan permintaan rakyat yang cukup bersih lagi murni itu. Rakyat tak mintak bantuan RM500 dijadikan kepada RM1,000,..rakyat tak mintak setiap keluarga diberikan lima ekor lembu pawah! atau satu unit rumah kondo. Yang mereka mahu, ialah bersihkan pilihanraya, bersihkan SPR,.. itu saja.

Kalau kamu benci Anwar tak apa, kalau benci Lim Kit Siang tak apa,  benci Haji Hadi tak apa, bahkan kalau kamu benci Ambiga dan Nik Aziz sekali pun tak apa !   tetapi jangan kamu bencikan rakyat!  Jangan kamu permain atau persendakan rakyat,.. apa lagi kalau kamu sanggup menghampakan kemahuan rakyat !.

Wahai Dato’ Najib !! Janganlah kamu pentingkan diri sendiri !  jangan pentingkan kerabat dan kroni!  Umno bukan segala-galanya! BN bukan segala-galanya !!  Kerajaan Firaun pun runtuh, kerajaan Rom pun tumbang,  tidak ada yang kekal di dunia ini,…bila sampai masanya pasti berubah !  Akuilah,.qada’ dan qadar Allah,.. itu tanda orang beriman !!

Akhir sekali,..peringatan buat Najib !! ….Jangan sampai hidup dan mati  kamu senasib dengan Allahyarham Sukarno bekas presiden Indonesia, sedarjat dengan presiden Libya yang diktator, mahu pun setaraf dengan presiden Mesir yang rakus,.. semuanya dibenci oleh rakyat. Dan mereka mati dalam kehinaan !!

Oleh : rahimothman

Sabtu, 28 April 2012

Polis mulakan kekecuhan di BERSIH 3

Kekecuhan yang berlaku di BERSIH 3 semalam sah dimulakan oleh pihak polis. Pengalaman-pengalaman lalu di mana Polis sendiri yang memburukkan imej polis nampaknya berulang kembali,.. mereka tak ambil peduli.

PDRM seolah-olah lupa mereka diperalat oleh rejim Najib,  mereka taat membabi buta semata-mata patuhkan perintah UmnoBn. Itulah tabiat buruk PDRM yang hingga kini tak boleh dihakis, iaitu sanggup mencalit najis kemuka sendiri, Mereka ni seolah-olah diajar.. mereka tak akan jadi polis lagi jika Pakatan Rakyat memerintah
 
Rakyat hanya ingin masuk ke Dataran Merdeka,  tempat awam,.. bukan nak masuk Istana! (lojik kalau disekat). Rakyat cuma nak menunjukkan perasaan protes, tanpa menggunakan sekelumit senjata pun. Senjata tajam tak ada, mercun dan bunga api tak ada, bom c4 jauh sekali !

Orang ramai mahu menjejak kaki masuk ke Dataran Merdeka semata-mata nak berdiri sambil  melaungkan slogan inginkan perubahan!. Salahkah? Bukankah Dataran itu hak rakyat?  Kenapa UmnoBn tak benarkan? Kenapa Najib takut sangat?

Sedarlah wahai PDRM!  Rakyat nak masuk Dataran Merdeka bukan nak korek lubang buat terowong untuk serang hendap PDRM!,.. bukan nak bakar apa-apa, bukan nak curi jongkong emas, bukan rompak bank, bukan nak sekeh kepala agong dan bukan nak pijak kepala Najib disitu!  Rakyat hanya nak berdiri dan bersuara !  Apa ruginya kalau PDRM mengambil sikap mengalah? Bagi PDRM mengalah tak penting,.. yang penting ialah mengekal keegoan dan menegakkan kerakusan !

Alasan polis menembak dan melepaskan gas : Untuk menghalalkan polis bertindak menembak air dan melepaskan gas pemedih mata,.. mereka memberi alasan yang cukup dangkal,.. kononnya peserta himpunan telah merusuh sedangkan ia hanya cubaan untuk melepasi pagar rintangan !  Dengan serangan air dan asap pemedih mata itu, maka bermulalah tindak balas dari peserta himpunan. Dan akhirnya berlaku pergelutan dan kekecuhan,.. tak kurang juga yang cedera dan ramai pula yang ditangkap!

Bukankah kekecuhan ini polis yang mulakan dahulu? Kenapa mereka bertindak cekap dan cepat? Kerana mereka adalah polis panas baran!, mereka polis yang pantang dicabar,  mereka polis yang tak sabar,  mereka polis yang tak beriman!!!  Andainya polis tak bertindak begitu pasti himpunan BERSIH 3 akan jadi bersih dan AMAN !

Dalam dua tiga hari ini kita dengarlah berita yang disensasikan oleh media cetak dan elektronik pihak kerajaan yang bertajuk,.. PESERTA BERSIH MENGGANAS !   ANGGOTA POLIS DIDERA!!   BERSIH 3 TAK DAPAT SAMBUTAN, PEMBANGKANG CETUSKAN HURU-HARA dan berbagai lagi.  Hakikat sebenar kerajaan BN (Barisan Najib) malu yang amat sangat, kerana kecurangan mereka telah ditelanjangkan. Benang basah yang mereka cuba  tegakkan   tak juga tegak-tegak !!!

Oleh : rahimothman

PKR dakwa Umno Selangor berpecah

suMber : Sinar Harian
 
PETALING JAYA - PKR yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) mampu mengekalkan pemerintahan mereka di Selangor kerana pimpinan Umno di negeri ini didakwa telah berpecah kepada beberapa kelompok.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei mendakwa, Umno Selangor kini sudah tidak kuat lagi kerana beberapa bahagian parti itu didakwa ‘bermasalah’ antaranya kawasan Sabak Bernam, Selayang, Ampang, Puchong, Sepang dan Kota Raja.
Beliau berkata, masalah itu jelas sehingga menyebabkan kedudukan ‘orang nombor satu’ sebagai jentera penggerak Barisan Nasional (BN) di Selangor yang sebelum ini dipegang Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, diserahkan kepada bekas menteri, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.
 
Mengulas mengenai pandangannya berhubung keyakinan BN untuk merampas Selangor berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Shuhaimi berkata, kenyataan itu disifatkan sebagai ‘perang saraf’ untuk melemahkan pimpinan PR di negeri ini.
“Kalau Tengku Adnan yakin Selangor dalam genggaman mereka, kenapa sebelum ini beliau sendiri terpaksa turun di Ampang untuk selesaikan masalah dalaman Umno. Jika benar Selangor dalam genggaman BN, kenapa beliau perlu risau Umno bahagian yang bermasalah?,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR Selangor, di sini, semalam.

Shuhaimi turut mempersoalkan asas yang digunakan Tengku Adnan sehingga meletakkan keyakinan tinggi untuk menawan Selangor, sedangkan Ahli Parlimen Putrajaya itu dikatakan tidak mempunyai bukti yang menyatakan bahawa sokongan rakyat telah kembali kepada BN.
“Saya setuju kenyataan beliau bahawa Selangor dalam genggaman mereka, namun ia merujuk kepada genggaman angin dalam tangan kerana mereka hanya punya harapan kosong. Dakwaan yang menyatakan penghijrahan sokongan rakyat kepada BN tidak berasaskan fakta,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kepada tiga kajian sokongan yang diterima PKR antaranya daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai kepentingan politik, Merdeka Centre, menunjukkan sokongan rakyat kepada PR adalah tinggi, iaitu kira-kira 62 peratus.

Jumaat, 27 April 2012

Dua-dua Ahli Umno kotai,.. patutlah !


Setelah didesak oleh S/u agong PKR akhirnya  kedua-dua mamat ni (Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR) ini mengaku mereka adalah ahli Umno. Patut lah selama ini mereka liat sangat nak buat perubahan dalam SPR apabila didesak oleh pembangkang. 
 
Walaupun mengaku menjadi ahli Umno tapi mereka ini seolah-olah menafi yang jiwa mereka adalah Umno, sampaikan  tarikh bila menjadi ahli Umno pun tak ingat!,.. menjadi ahli cawangan mana pun dah lupa.  Alasan, !! 
 
Apa-apa pun fahamlah kita bahawa Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR ini adalah ahli Umno kotai (lama),. Ia ibarat kelapa tua yang banyak santannya!  Dan sebagai manusia maka banyaklah pengalaman,  banyaklah kerenah, banyaklah tipu muslihat mereka semasa menerajui SPR,.. dan sebagai ahli Umno sudah tentu apa yang SPR buat akan menguntungkan Umno dalam pilihanraya.

Itulah sebabnya era pilihanraya sebelum 1998 dulu,  pembangkang susah nak menang,  sedangkan Umno,.. kalau mereka mencalunkan batang pisang pun mereka boleh menang!  Hari ini sah! confirm!, SPR adalah UMNO, Umno adalah SPR!

Oleh : rahimothman

Rabu, 25 April 2012

Pengerusi dan Timbalan SPR ahli Umno rupanya,..

 
PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak. Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi. Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

“Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat,” katanya.  Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.
Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.

“Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut,” katanya.  Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.





Selasa, 24 April 2012

Cucu Ghafar Baba yang sesat dan menyesatkan !

Beberapa hari lalu dia tubuh TIBAI,.. nak lanyak Anwar cukup-cukup!

Zahid Md Arif seorang ahli Umno (gambar bercerminmata), pernah tinggalkan Umno dan masuk PKR, Dia ni kononnya bersama beberapa rakan lagi adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim, berjuang untuk menentang rasuah, menegakkan kebenaran dan keadilan bersama PKR pimpinan Anwar!,

Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, Dia dan rakan-rakan begitu mudah menggadaikan prinsip perjuangan. Semangatnya yang berkobar-kobar diperingkat awal rupa-rupanya hangat-hangat taik ayam! Last-last masuk semula kedalam Umno,  barangkali dia  tak dapat cukup makan semasa bersama PKR !!  
 
Bercakap pasal si Zahid Md Arif cucu Ghafar Baba ini,... berbeza sangat sikap dan pendiriannya  jika dibanding dengan Tamrin Ghafar Baba pak saudaranya.  Dia ni orangnya nampak bergaya tapi IQ begitu rendah. Bila bercakap nampak macam hebat tapi merapu! bercakap ikut sedap mulut, melepaskan perkataan semahu-mahunya - macam bulldozer meredah belukar,  macam babi hutan menyondol tanah mencari caccing!  Kadang-kadang terfikir dikepala kita,.. agaknya otak yang ada dalam kepala mamat ni tak kuning macam biasa, tapi hitam legam!

Dia pernah kata Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS, bukan ulamak sebenar  tetapi ulamak PUKIMAK !   Tentang Anwar pula mulutnya tak putus-putus mengata Anwar kaki liwat, Anwar kaki betina dan sebagainya. Dia juga pernah mereka cerita kononnya dia bermimpi,..bahawa Anwar merancang supaya seseorang menembaknya semasa berada dalam kereta. Menurut skrip ceritanya lagi Anwar bernasib baik kerana terselamat, lalu Anwar menuduh kerajaan yang mengupah penembak tak propersional itu. Seterusnya menurut cerita rekaan Zahid lagi,.. Anwar lari dan hidup di luar Negara dan mendapat perlindungan oleh pihak yang menyokongnya,,… tetapi malang wahai Zahid,..cerita katun anda tak laku !

Terbaru,  Zahid dan rakan-rakan terbuang dari PKR yang lain menubuhkan “TIBAI” (tolak individu bernama Anwar Ibrahim). Tujuannya tak ada lain,.. nak serang Anwar habis-habisan!.  Yang nampak lucu dan bongoknya dia  ialah beliau menggelarkan dirinya “Mursayidul am” TIBAI.(nak menyamai Nik Aziz konon).  Kita tunggu dan lihat saja lah ! Minyak dan ubat jualannya laku atau tidak!!

Oleh : rahimothman

Isnin, 23 April 2012

Benarkah mereka ini pengkhianat Negara?

  
Inikah muka-muka yang didakwa sebagai pengkhianat negara seperti yang didedah oleh AP Pokok Sena saudara Mahfuz Omar? Apakah mereka ini dipaksa  atau dengan rela hati dikambinghitamkan  semata-mata untuk melindungi kepentingan pihak atasan?. Kalau benar tiga individu utama ini yang mengepalai kerja khianat memberi kad pengenalan secara mudah kepada pendatang asing di negara ini alangkah malang dan durjananya tindakan mereka. Kerja terkutuk ini tidak seharusnya diberi keampunan!  Kepada SPRM,.. tolong siasat segera!  Siasat,  jangan tak siasat!

Besar kemungkinan dakwaan ini benar!  Kad pengenalan yang ada tempoh hayat ini dikatakan ada persamaan tektik dengan strategi Pilihan Raya di Sabah satu ketika dulu di mana kad tersebut akan  diberi untuk pilihan raya dan akan diambil semula demi kepentingan dan keselamatan pihak-pihak yang terbabit.  

Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin dan sayangkan negara ini,  marilah kita berdoa supaya Malaysia dilindungi Allah dari segala mala petaka hasil kecurangan pihak tidak bertanggung jawab. Mudah-mudahan kerajaan PR cepat mengambilalih Putrajaya agar kerja kotor dan busuk kerajaan BN ini dapat dibenteras dengan kadar segera!

Oleh : rahimothman

Ahad, 22 April 2012

Isu PTPTN : Lagi,.. komen bangang pemimpin Umno!



Isu siswa menuntut PTPTN dihapuskan,  memang hangat diperkatakan sekarang ini. Tak ada satu pun komen pemimpin  Umno yang positif melainkan YB Saifudin Abdullah. Lain-lain kenyataan pemimpin Umno kebanyakannya bersifat bangang atau bodoh sombong. Kita lihat beberapa contoh di bawah ini,..
 
Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas, juga presiden PERKASA (bekas mepimpin Umno masih berjiwa Umno):        
Beliau menyifatkan perjuangan Pro-Mahasiswa menuntut pendidikan percuma dengan berkampong di Dataran Merdeka sebagai mementingkan diri dan perbuatan mereka  itu memalukan. Mereka berjuang hanya kerana tak mahu bayar hutang ! . Pendidikan percuma hanya akan membuatkan pelajar jadi malas dan enggan bersaing, sekaligus mampu menggagalkan matlamat pemansuhan tersebut. 

Beliau turut mendakwa kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak enam hari lalu ditaja parti politik tertentu . makanannya ada dalang yang menyokong tindakan mereka,.. katanya.

Yang pentingkan diri sendiri kamu wahai Ibrahim al Katak dan yang malu pula bukan siswa tapi Najib, Umno dan Bn.  Mereka berjuang bukan kerana tah mahu bayar hutang, tapi nak mintak kerajaan hapuskan PTPYN dan beri pelajaran percuma. Mereka bukan bodoh macam pemimpin Umno,.. mereka cerdik.  Mereka mampu mengenali kerajaan yang baik dan berkemampuan dengan kerajaan yang zalim lagi sombong. Siswa kita tidak mahu jadi kerbau yang boleh dicucuk hidung.! Siswa tak mahu berhutang kenapa dipaksa berhutang? Pemimpin Umno tak mahu bayar balik wang yang mereka songlap kenapa kamu tak bising?

Siswa sepatutnya berdemo di depan rumah Anwar, bukan di Dataran Merdeka! kata si Katak ni lagi…
Wahai Ibrahim Ali Katak !  tak betul tu,. Apa ke jadahnya berhimpun dirumah Nuar, Anwar belum dapat mandat lagi... Sepatutnya mereka berhimpun di rumah Najib -Seri Perdana, baru kena!

Ahmad Maslan  : Siapa suruh mereka tidur di padang,… orang tidur di rumah!                           Ini cakap orang tak pakai otok, ada otak letak di bawah tumit. Kalau kamu tak gheti cakap, baik tak usah cakap. Nilai setiap patah perkataan kamu sama macam sampah di tepi jalan!. Kalau bercakap dengan murid TADIKA boleh le!

Khalid Nordin : Sekiranya siswa mahu PTPTN dimansuhkan sila pulangkan kembali wang pinjaman itu !
Pulang untuk masuk semula kepoket kamu atau poket UmnoBn?  Ha, ha! elok sangatlah tu!  Hoi Khalid, itu duit rakyat, bukan duit mak bapak kamu!,. Siswa juga adalah rakyat, bukan warga asing! atau PATI. Duit rakyat berjuta dan berbilion ringgit yang pemimpin Umno dah songlap bila pula nak dipulangkan?

Oleh : rahimothman