Sabtu, 30 Jun 2012

‘MGR’ sambut Anwar


Sumber : Sinar Harian
SUNGAI PETANI - Pelbagai kejutan dilakukan ketika menyambut ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke sini malam tadi.

Sebaik tiba, penari yang meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.

Anwar secara spontan dilihat terus menggoyangkan badan mengikut alunan muzik, sama seperti penari yang meniru gaya dan perwatakan MGR. Beliau kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu  berakhir.
 
Tiga wanita yang mewakili kaum ibu dari bangsa Melayu, Cina dan India kemudian diberi penghormatan menyatakan sokongan kepada Anwar dengan memakaikannya kalungan bunga.  Bagaimanapun, sebaik sahaja Anwar memulakan ucapan di pentas utama, kedengaran bunyi mercun yang dilepaskan bertubi-tubi ke udara, menimbulkan suasana riuh dan bising.

Gangguan itu berlaku dalam jarak kurang 100 meter dari pentas utama itu menyebabkan pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan pemimpin berkenaan tidak senang duduk dan naik marah. Tiada pihak yang mengaku terlibat dalam insiden berkenaan sebelum berlaku pergaduhan kecil, yang berjaya dileraikan.
Anwar yang meneruskan ucapan walaupun diganggu berkata, beliau mahu menang dengan bersih dalam pilihan raya akan datang tanpa melibatkan politik kotor sama ada rasuah, zalim dan tindas-menindas antara satu sama lain.Beliau turut menegaskanbahawa jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah dalam pilihan raya umum akan datang, wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dimansuhkan.

“Ini bukan mainan politik tetapi hasrat yang akan diusahakan jika kita menang,” katanya dalam Siri Jelajah DSAI ke Kedah di Taman Ria Jaya di sini.  Dalam pada itu, belum sempat Anwar melangkah turun untuk  pulang, seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol terus meluru naik ke pentas dan menari bersama Anwar yang ketika itu dilihat mengikut alunan muzik MGR bersama pemimpin lain.
Bagaimanapun, tindakan pantas penganjur berjaya menghalang lelaki itu dari terus mendekati Anwar yang sedang bersalaman dengan penyokong sebelum bersurai.

MB Selangor, dulu Umno,.. kata DrM


Al kisah dalam satu sidang media (video) , maka berkatalah ahli Nujum Tok Belalang@TunMahathir,  bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dulu adalah ahli Umno. Beliau masuk PKR bukan kerana percaya kepada perjuangan parti itu, tetapi kerana  kecewa dengan  Umno,,….katanya.

Begitulah liciknya mulut professor serba tahu Tun Mahathir !!  Kah!  kah!  kah!!!.  Yang Madey sibuk sangat pasal MB Selangor tu mengapa? Suka hati dialah nak masuk PAS  ke atau PKR !!  Lain hulu lain parang,  lain dahulu lain sekarang !  Orang cerdik memang mampu untuk berubah kearah yang lebih baik,  bukan macam kebanyakan pemimpin Umno, termasuk Tun Mahathir!

Janganlah Tun cuba nak menyamakan diri Tun dengan Tan Sri Khalid,.. Khalid bersifat bersih,.sebab itu dia masuk PKR,  Tun pula korupsi dan kuku besi !!  maka sesuai sangatlah Tun kekal dalam Umno. Tindakan Tun keluar-masuk,..keluar masuk dan akhirnya kekal dalam parti najis itu juga sangat wajar!! sebab orang busuk tempatnya ialah dalam parti yang busuk!! 

Kenapa Tun tidak persoalkan tentang Anwar? Anwar pun dulu Umno!  Azmin juga asalnya Umno!  Begitu juga sebahagian besar pemimpin PKR sekarang !  Yang tinggalkan Umno semua orang bail-baik, cerdik dan pintar! Yang tinggal ,kekal dalam Umno ialah yang  ngok dan bengap!!  Sepatutnya Mahathir tanya diri sendiri, kenapa ramai mahu tinggalkan Umno?  

Apakah Tun Mahathir ingat Tan Sri Khalid Ibrahim menyesal meninggalkan Umno?,.. Oh tidak ! tentu sekali tidak!  Rasanya apa yang Khalid sudah buat untuk Selangor mungkin lebih baik dari apa yang Mahathir buat untuk Malaysia !  Dan yang pasti,  parti Tong Najis pimpinan Mahathir  kini Najib semakin berkarat dan reput!

Oleh : rahimothman

Jumaat, 29 Jun 2012

Ridhuan Tee meghapu, lain ditanya lain dijawab!!!

 
Dalam satu forum anjuran Tv  Alhijrah,..Dr Ridhuan Tee, kelihatan merapu dan tergagap-gagap apabila beliau gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang peserta yang berbunyi – “ Kenapa ini berlaku? Wajarkan minyak dipengairan Kelantan dinaikkan di bumi Terengganu atau Pahang?”.  Lalu menjawablah Dr Ridhuan,..  tetapi lain yang ditanya lain yang dijawab !!  bla! , bla,  bla,  bla, termasuk Bank Islam,  Universiti Islam, pajak gadai Islam  semua disebutnya.  Haghu ! dan memalukan!  Tak tahulah !  beliau ni sesuai diangkat sebagai pendakwah Islam atau tidak!

Sepatutnya kalau dah tak berani atau tak tahu nak jawab lebih baik diam atau no komen saja!  Ini tidak,.  beliau meghapu  habiss!!  dari kutub utara sampai kutub selatan – langsung tak ada kena mengena dengan soalan !  Akhirnya soalan tidak dijawab!!  Inilah akibat,.. kalau terlalu nak pertahankan Najib, dan UmnoBN. Orang pun tahu yang anda lebih Umno dari Umno dan lebih Melayu dari Melayu sendiri !

Oleh kerana begitu tindak tanduk pendakwah keturunan Cina ini maka tidak hairanlah hadirin menyorak dengan booo !  boo ! kepada beliau.  Kesiannn,.. niat nak berceramah atau berhujjah, tapi macam orang tak cukup ilmu,.. tersekat-sekat macam kereta kehabisan minyak!!!

Lihat -     http://www.youtube.com/watch?v=8B9oA4qpSxM&feature=player_embedded#!

Oleh : rahimothman


Khamis, 28 Jun 2012

Tahniah Sharifah !, kalau berita ini benar!!

Penyanyi tersohor Sharifah Aini ingin menyertai PAS?   Kalau berita ini benar,  tahniah diucapkan kepada Sharifah Aini.  Begitulah hendaknya hidup kita ini, bermula dengan sifat-sifat jahiliah dan berakhir dengan Islam. Jangan sekali-kali bermula dengan Islam dan berakhir dengan jahiliah !  

Kalau berita ini benar, bertambah seorang lagi artis Melayu beragama Islam yang bercita-cita murni untuk berdakwah dan mengembangkan syiar Islam, melalui parti Islam seMalaysia PAS.  Nampaknya sekarang ini semakin ramai individu-individu Melayu termasuk artis sudah sedar bahawa zaman takut dan taksub kepada Umno sudah berakhir !  Zaman memuja  yang palsu harus dikuburkan!

Kepada rakan-rakan artis yang lain, yang masih mabuk dengan dunia glamour dan sentiasa terdedah dengan seribu satu macam kemaksiatan, diharap renung-renunglah jauh kedalam diri. Apakah kemegahan dan glamour seorang artis itu boleh membantu kehidupan sebenar diakhirat nanti?. Tak salah menyara kehidupan dengan menjadi artis, tetapi jadilah seorang artis yang beriman dan bertaqwa!

Oleh : rahimothman

Cadangan AP Seri Gading, melampau!


Imuniti untuk berucap di parlimen telah disalah guna oleh AP Seri Gading Datuk Mohamad Aziz.
Cadangan pemimpin Umno ini ada unsur dendam dan perkauman. Beliau menuduh S Ambiga “pengkhianat” dan mencadangkan agar  Ambiga dihukum gantung!  Cadangan beliau ini sangat tidak wajar, dan amat keterlaluan. Cara pemikiran Mohamad Aziz tak jauh beza sangat dengan kepala Ibrahim Ali. yang sering membuat kenyataan berbaur perkauman. Ia jauh tersasar dari semangat 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN pimpinan Najib.


Nampaknya semangat perkauman yang menyelubungi pemimpin Umno masih tebal . Apa pun alasanya yang menyebabkan mereka marah atau benci kepada S. Ambiga (pengerusi bersama “BERSIH”) ia tetap tidak boleh diterima oleh masyarakat umum. Kalau Mohamad Aziz berasa dirinya hebat sangat,. kenapa tak berani sebut atau libatkan nama Dato’ Samad Sasterawan Negara, Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat sama dalam himpunan BERSIH itu?  Kenapa hanya berani kepada seorang wanita berbangsa India? Sudah-sudah lah tu !  Zaman menyemarakkan semangat perkauman sudah berlalu ! 
 
Kepada YB Mohamad Aziz !  Ketahuilah bahawa tindakan Ambiga bukan bersifat individu,..sebaliknya ada ratusan ribu dibelakangnya.. berhimpun beramai-ramai semata-mata untuk menuntut ketelusan dan  keadilan. Keberanian Ambiga berdiri di barisan hadapan ialah untuk menyuarakan harapan seluruh rakyat Malaysia. Apakah itu dikatakan derhaka? Hai, bodohnya pemimpin Umno!!

Justeru  tindakan atau kenyataan YB Seri Gading yang mahu S Ambiga dihukum gantung, bukan saja memalukan pemimpin Umno, bahkan bangsa Melayu amnya. Ia  memberi gambaran ahli parlimen itu seorang yang tidak cerdik, dan berhati busuk!  Pemimpin yang sebegini memang suka rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri. Mujur sebahagian besar masyarakat India di Malaysia sudah semakin matang, lebih-lebih lagi setelah mendapat semangat perpaduan yang kukuh hasil tarbiah dari Pakatan Rakyat.

Suara jahat dan sumbang yang keluar dari mulut AP terbabit semestinya dikutuk,  jangan sekali-kali kita menyokongnya. Dan diharap cabaran seperti itu tidak melemahkan semangat Ambiga dan rakan-rakan seangkatan nya. Memperjuangkan hak, kebebasan dan keadilan memang sangat-sangat dituntut.  Membiarkan diri kita terus dizalimi itu bermakna kita rela menjadi rakyat yang bodoh !!!

Oleh : rahimothman


Rabu, 27 Jun 2012

Thaipusam: Salahuddin tidak hina agama Hindu

  
Kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak sedikit pun menyentuh, atau menghina agama Hindu atau perayaan Thaipusam seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.  Kalau ada unsur penghinaan kami sendiri akan tegur,..  demikian komen dan ulasan panjang lebar oleh tiga pemimpin India dalam satu sidang video kelmarin.
Lihat -    http://www.youtube.com/watch?v=yfwmh2Yi1HI&feature=youtu.be

BN khasnya pemimpin MIC,  sudah kekeringan modal untuk dijadikan isu, maka bersuaralah Si Kamalanathan  AP Hulu Selangor , kerana selama ini pun diri dan suaranya kian tenggelam!  Kamalanathan cuba nak menjadi jaguh orang India tapi tak kena tempat ! Dia  seolah-olah menelanjangkan diri kerana memperlihatkan kebodohan dirinya sendiri,.. tak faham bahasa Malaysia rupanya ! 

Duhai Kamala !,. Petah bercakap saja tidak cukup,.  Kefahaman itu yang lebih penting,.. belajarlah bahasa Malaysia sampai khattam !  kemudian kaji balik apa yang Salahuddin dah sebut !  Kenyataan Naib Presiden PAS itu langsung tidak ada sedikit pun unsur-unsur menghina agama hindu !!

Oleh : rahimothman

Selasa, 26 Jun 2012

Nik Aziz: 'Saya tak ambil kemudahan MB'


Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.
Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka. Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.  Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.  Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.

Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.


Isnin, 25 Jun 2012

Najib kata,.. ada 3 amalan buruk pembangkang


Berapa banyak pula amalan buruk UmnoBn?,….
 
Rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan tiga nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

PR  tidak menepati janji?  Mengarut !,. ini satu tuduhan yang TIDAK BENAR !  Banyak kemajuan telah dibuat,.. banyak janji telah ditunai. Lihat saja di Pulau Pinang dan Selangor !  Tentang budi,.. siapa kata PR tak kenang budi? Kalau yang berbudi itu orang baik-baik tak ada sebab mereka tak kenang,  tetapi kalau yang berbudi itu perompak dan penyangak !,. faham-fahamlah!!  
 
Satu lagi tuduhan Najib,... Pakatan Rakyat amalkan budaya tak mahu bayar hutang?! Hoi Najib! janganlah nak buat fitnah! Jangan cuba nak membohongi atau mengelirukan rakyat. Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia mahu satu dasar baru, iaitu dasar pelajaran percuma dengan mengahapuskan PTPTN. Tak ada kena mengena dengan soal hutang atau tak mahu bayar hutang!!   Kalau bercakap pasal tak mahu bayar hutang jangan tuduh orang PR. kerana mengikut rekod ramai orang Umno cuba nak lari atau sudah lari dari hutang!  lalu kerajaan yang tolong bayar.  Contoh,.. Tajudin Ramli(Mas), Sharizat Jalil (NFC) anak Mahathir dan ramai lagi.  

Nampak sungguh Najib sedang berusaha keras untuk memutarbelitkan kenyataan dan kebenaran. Najib tanpa rasa malu terus nak menipu rakyat,  padahal Pakatan Rakyat sudah membuktikan kesungguhan.  Pakatan Rakyat telah pun  menunaikan sebahagian besar janji kepada rakyat,  sebagaimana yang berlaku di empat buah negeri,  Kelantan, Kedah,  Pulau Pinang dan Selangor.

Mari kita lihat pula amalan buruk UmnoBn
1.   Menanam dan menyuburkan semangat perkauman       2. Mengambil kesempatan mengikis tanah rezab dan hak istimewa orang Melayu     3. Memperalatkan Islam untuk kepentingan UmnoBn       4. Mengamalkan budaya rasuah dan penyelewengan kuasa       5. Mengamalkan budaya fitnah dan menipu     6. Matlamat berpolitik semata-mata untuk wang     7. Mengutamakan perut sendiri, keluarga dan kroni.
PERTIMBANGKANLAH KEBURUKAN PR DENGAN BN  - MANA LEBIH BERAT - TAPI INGAT ! - JANGAN GUNA PENIMBANG / DACING BN  KERANA DACING BAGHDAD ITU SUDAH KETINGGALAN ZAMAN,.. SENGET SEBELAH DAN KIAN REPUT !!

Oleh : rahimothman

Ahad, 24 Jun 2012

“Kepala” dalam video dah mengaku,.. apa lagi?

Dakwaan oleh Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, bahawa wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat  untuk melompat parti adalah berat dan perlu bukti kukuh,.. demikian kata ketua puteri Umno Dato’ Rosnah Abd Rashid. 

Kenapa dipersoalkan tuduhan itu berat atau tidak?  Lupakah mereka betapa banyaknya tuduhan-tuduhan jahat yang dilempar kepada DS Anwar selama ini ? Ia sepuluh kali lebih berat kerana bersifat fitnah!  Siapa yang buat kalau bukan Umno?   Pernahkah pemimpin Umno terfikir dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh?

Menurut Ketua Puteri Umno itu lagi,..  rakaman penuh video tersebut juga harus dibuktikan kesahihannya! Ek eleh!, bengap punya sang puteri !  Bukankah mamat yang terlibat dalam video itu sudah membuat pengakuan?  Jadi, bukti apa lagi yang putri Umno mahu?  Untuk pengetahuan puteri,..ini bukan lagi COBAAN tahu? Ini benar-benar  berlaku dimana  wakil Pakatan Rakyat telahpun dibeli dengan bayaran lumayan (jutaan ringgit). Orang yang pentingkan wang dan dunia pasti tergoda, sebagaimana Zul Kulim, Zaharin, Gopala dan lain-lain.

Mamat kepala dalam video tu memanglah tak mengaku Umno terlibat,..lebih-lebih lagi nama Najib, jangan sekali-kali disebut untuk mengelak Umno mendapat malu!. Namun orang ramai tetap tahu dari mana datangnya wang berjuta-juta kalau tidak dari Najib@Umno. Dari mana pula Umno dapat wang,.sama ada sumbernya haram atau halal, itu jangan dipersoal!  Yang penting tabung gelap Umno mesti sentiasa penuh!  dan setiap aktiviti mesti ada bayaran!

Kalau mengajak anak muda hadir ke perhimpunan pun ada bayaran apa lagi kalau nak melobi atau membeli pemimpin pembangkang !  Khabarnya bayaran untuk seorang pemimpin yang sudi melompat  ialah RM2 juta, maka. sudah tentu si Mamat tukang lobi juga mendapat bayaran yang cukup lumayan. Bab duit ini tak usahlah Umno cuba nak menafikan!, Umno dengan duit ibarat ulat dengan bangkai !  tak dapat dipisahkan ! .

Oleh : rahimothman



Najib tak tahu? adanya “Debat Piala Perdana Menteri”


Najib kata “debat bukan budaya kita”,  Rais kata debat patut diharamkan !!
 
Mereka dalam gambar ini sedang menerima piala kemenangan sebagai  – Johan debat Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri 2011, yang dianjur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bukan baru tetapi sudah bertahun-tahun dipertandingkan. Yang peliknya Najib selaku Perdana Menteri, mendakwa  Debat Bukan Budaya Kita,  maknanya ia tak perlu dicontohi.  Rais Yatim pula mahu debat diharamkan!!

Nampaknya pemimpin Umno semakin bangang, semakin bercelaru dan tenggelam punca, sehinggakan  aktiviti bermanafaat yang mereka buat sendiri pun mereka kondem dan tidak bersetuju! Kenapa mereka jadi begitu? Mungkin Allah nak tunjuk,  inilah sifat-sifat orang Islam yang munafik  

Dulu, orang kuat pengampu Umno pernah kata Malaysia tak pernah dijajah !  Kenyataan tersebut telah mengejutkan banyak pihak terutama rakyat Malaysia ‘amnya!  Mungkin esok lusa ada pula pemimpin mereka berkata Agama Islam bukan agama rasmi Negara pula. 

Aduhh kesiannya !  kerap benar kita dengar mereka bercakap macam orang sasau, atau macam penagih tertelan pil kuda !  Bila dah tak sedar mereka sanggup cakap merapu!,  mereka sanggup menanggalkan seluar dalam di khalayak ramai. Apa-apa pun kita nak tengok! Sanggupkah Najib membatalkan Debat piala Perdana Menteri untuk tahun-tahun mendatang.?

Oleh : rahimothman

Sabtu, 23 Jun 2012

“Bukan budaya kita”,.. Najib ditipu oleh dirinya sendiri


Budaya kita atau bukan,. tapi orang Umno dah buat pun,..

Debat Anwar vs Najib - Ketika ditanya oleh wartawan selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang semalam, Najib berkata,..
 “Debat bukan budaya kita. Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya,"

Sudah begitu lama cabaran ini dibuat,  baru sekarang nak jawab?  Itupun setelah Rais Yatim umumkan bahawa parti pembangkang akan  diberi peluang untuk berkempen di media / tv.  Rupa-rupanya selama ini Najib tercari-cari apakah alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Anwar dan wartawan !!
 
Apa-apa pun,  dengan kenyataan Najib ini sahlah bahawa Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang sangat-sangat penakut.  Najib hanya berani berhujjah dalam media cetak dan tv sahaja.  Di sanalah beliau dengan muka selamba memutarkan lidahnya memberi berbagai alasan bagi menyelamatkan dirinya.  Untuk berdebat dengan Anwar?,.oh tidak !  seribu kali tidak !  Mampus,.. beliau takkan berani!

Berbalik kepada alasan Najib - “Debat bukan budaya kita”,..  Kita nak tanya Najib!,.. Adakah menayangkan video lucah kepada media dan umum itu budaya kita?    Adakah mengacau dan membaling batu dalam majlis ceramah pembangkang itu budaya kita?  Adakah menunjukkan tarian punggung di depan rumah orang bukan Islam itu budaya kita?  Kenapa semua ini orang Umno sanggup lakukan?  Budaya kitakah ini?

Berlainan pula dengan aktiviti debat !   Kalau pun asalnya bukan budaya kita, tetapi kita sudah membudayakannya ! Ini kenyataan, hakikat dan kebenaran yang tak boleh disangkal lagi.  Najib mesti akui!  tetapi malangnya Najib malu nak mengaku!  Contohnya aktiviti debat di sekolah, pertandingan debat antara universiti peringkat kebangsaan !  Apakah Najib tidak mengetahui semua ini?

Terbukti sudah,  Najib telah kehilangan punca !  Najib tak boleh kenal lagi antara yang benar dengan tidak benar,  antara yang wajar dengan tidak wajar. Akhirnya beliau cuba nak menipu rakyat, namun rakyat awal-awal lagi sudah tahu bahawa Najib telah diperbodoh dan ditipu oleh dirinya sendiri !  .

Oleh : rahimothman

Jumaat, 22 Jun 2012

MAHKAMAH SAHKAN!!! Guan Eng bukan anti Islam dan anti Melayu seperti difitnah Utusan, Utusan kena lagi RM 200 Ribu

Sumber : PASPB
Sekitar December 2011, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah mengesahkan Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bukanlah anti Melayu atau anti Islam sebagaimana yang difitnahkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Oleh itu Hakim Vargahse a/l George Varughese dalam penghakiman kewangan mengarahkan Utusan membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman.
 
Laporan berkenaan sila baca di ( SINI ) Dan hari ini pula sekali lagi Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah mendapati Utusan Malaysia bersalah kerana menyiarkan satu artikel berbentuk fitnah dan oleh itu Utusan telah diarah membayar RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman.
Ini adalah denda yang dikenakan kepada Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia dalam masa enam bulan…



Cikgu Mala difitnah kononnya masuk Umno !


Umno begitu terhimpit dan tertekan sekarang ini. Berbagai usaha kotor telah mereka buat untuk melemah dan menjatuhkan Pakatan Rakyat, namun semakin difitnah semakin kuat rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. 

Terbaru,. blogger-blogger upahan Umno telah membuat cerita tak masuk akal, kononnya Cikgu Mala bekas calun PAS yang gagal dalam pilihanraya kecil di Pahang tidak berapa lama dulu telah masuk PAS. kerana dikatakan PAS gagal membela nasibnya. 
 
Inilah yang dikatakan Umno selalu bertindak bodoh!  Orang-orang Umno bukan tak tahu setiap ahli PAS mempunyai kekuatan luar biasa dalam memegang kesetiaan terhadap parti dan prinsip perjuangan Islam mereka. Orang-orang PAS tidak mudah dirayu atau diperdaya untuk berpindah parti !  Orang PAS tidak mudah disogok dengan wang atau kebendaan semata-mata untuk kesenangan dunia tanpa memikirkan akhirat !  sebagaimana orang Umno.

Wahai blogger-blogger Umno !  Menuduh Cikgu Mala meninggalkan PAS samalah menuduh beliau meninggal Islam!  Jangan ingat orang PAS sama macam orang Umno. Perjuangan PAS dan Umno amat bertentangan !,  Umno perjuangkan Melayu,.. PAS pula memperjuangkan Islam,.. perbezaannya amat jauh - macam langit dengan bumi.

Berbalik kepada isu fitnah  - khabarnya Cikgu Mala akan mengadakan satu sidang media khas berhubung dengan perkara ini. Tidak mustahil blogger Umno-APCO ini akan diseret ke muka pengadilan seperti mana Nallakarrupan yang terkantoi dikenakan saman RM100juta oleh mahkamah kerana memfitnah DS Anwar.

Kepada blogger-bloger Umno atau pro Umno,..ketahuilah bahawa Allah  telah membutakan mata dan hati kalian.  Maka teruskanlah kerja-kerja jahat kalian !. kerana setiap kali kali kalian memfitnah,  Pakatan Rakyat dan PAS akan mendapat ganjarannya.   Syukur rupa-rupanya Allah nak mempermudahkan jalan menuju Putrajaya.!

Oleh : rahimothman


Khamis, 21 Jun 2012

Pas gesa warga Felda tolak BN


Sumber : Sinar Harian
SHAH ALAM - Pas meminta rakyat, khususnya warga Felda supaya menolak Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) yang didakwa mengkhianati peneroka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa  Saham.
 
Menurutnya, terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.

"Ini satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda seluruh negara. Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan,"  katanya, semalam.

Rabu, 20 Jun 2012

Debat: Komen Tuan Syed menyerlahkan lagi ketakutan Umno

Mengulas debat antara Anggota MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertajuk “Demonstrasi Jalanan, Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi”  di Shah Alam malam tadi,..ini komen Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee
  
 “Debat antara Saifuddin dengan Salahuddin tidak memberi banyak manfaat kepada kepentingan UMNO dan kerajaan secara keseluruhannya.  Apabila berlaku perdebatan mengenai pelbagai isu secara tidak langsung ia membawa imej kerajaan kerana UMNO merupakan tunjang kepada pemerintah. Secara tidak langsung pembangkang telah berjaya menyebarkan dakyah mereka dan sedikit sebanyak mampu mencetus persepsi negatif rakyat kepada parti pemerintah”.

Bukan dakyah, tapi manifesto ! Tolong perbetulkan wahai Tuan Syed Ali Alhabshee!
Memang betul pun,.. Umno tak dapat banyak faedah disebalik penganjuran debat ini,  kerana yang dapat banyak faedah, maklumat dan pengetahuan ialah rakyat ! Seperti kita sedia maklum,.  Umno  memang suka rakyatnya tidak cerdik dan tidak berpengetahuan!  Kalau rakyat bodoh dan bangang mudahlah  Umno  memperdaya dan  menipu mereka  untuk mengekalkan kuasa,…lalu terus merompak harta negara semahu-mahunya!  Tetapi takkanlah  rakyat mahu ditipu lagi?

Berbalik kepada isu debat,..boleh dikatakan 99.9% pemimpin Umno amat takut dengan istilah itu. Mereka  percaya debat akan melondeh dan   menelanjangkan mereka. Dan setelah ditelanjangkan,.. dikerumuni pula oleh beribu-ribu ekor kerengga !... Kasihann,… takutnya mereka dengan bayang-bayang sendiri !

Oleh : rahimothman

Selasa, 19 Jun 2012

Tun nak bekerja sampai mati?


Kalau ada satu-satunya pesara kerajaan yang mahu bekerja sampai mati,.inilah orangnya,. Tun Mahathir !   Kasihann !  entah apa yang dicarinya kita pun tak tahu. Ada lagikah kerja-kerja PM nya yang belum selesai?  Atau ada lubang-lubang najis yang tak sempat ditutupnya sebelum bersara? Wallahua’lam !

Tetapi yang jelas beliau nampaknya macam nak jadi Perdana Menteri semula. Sibuknya sama macam menteri! Ucapan sana, ucapan sini, perasmian disana, perasmian disini. Pagi sampai petang sibuk mencampori urusan negara,. tanpa rasa segan dia redah sesedap hatinya.!  Yang jadi sasaran kritikan Tun ialah PM Najib, termasuk juga Pak Lah bekas Perdana Menteri yang mengantikannya dulu.
 
Barangkali juga Tun menyesal melepaskan jawatan PM itu kepada Pak Lah. Mungkin Tun tak perasan rekod 22 tahunnya belum menyamai rekod Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun! Apa-apa pun ini nasihat teman kepada Tun,.... cukup-cukuplah tu !. Tidak wajar dan tidak manis Tun mengganggu pentadbiran orang lain. Biarkan saja Najib bekerja dengan aman, tanpa diganggu gugat,  kerana zaman Tun menjadi PM sudah berlalu. Lagi pun Tun tak akan mampu mengubah segala kepincangan dalam UmnoBn sekarang!

Kalau Tun tidak bersetuju dengan cara Najib, Tun kena ingat,… apa yang Tun pernah buat dulu, banyak yang rakyat tak suka!!  Dan walaupun Tun ada berjasa kepada negara, tetapi  dosa dan kesalahan Tun kepada rakyat negara ini juga banyak.  Justeru kalau Tun kemaruk sangat nak bekerja sampai mati,  apa kata Tun bekerja pula untuk Pakatan Rakyat !  sebab dasar perjuangan Pakatan Rakyat jauh lebih baik berbanding dengan BN.

Buanglah rasa taksub Tun terhadap UmnoBn yang dah tak laku itu. Dalam dunia ini belum ada satu kerajaan pun yang boleh kekal !  Kerajaan Rom yang begitu kukuh,. tumbang ! Kerajaan Firaun yang kehebatannya menggerunkan juga berkubur akhirnya !!  Sedarlah Tun!,.. tidakl tergadai maruah Tun jika membuang yang buruk dan mengambil yang baru.  Mudah-mudahan dengan sokongan Tun kepada Pakatan,. mungkin boleh menebus dosa Tun kepada rakyat Malaysia sebelum ini.

Oleh : rahimothman.

Buatlah apa yang patut Nazri,…..


UMNO dan SPRM adalah adik beradik sebapak !

“ Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh dibuka semula.  Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan,   demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab semalam..

Buat lah apa pun wahai Nazri !.  Kes Anwar yang telah ditutup 12 tahun dulu pun, kalian nak bukak balik,.. kes Azmin Ali yang mahkamah sudah pun membersihkan namanya kalian nak selongkar semula !  Jadi apa peliknya jika kes Nik Aziz yang mahkamah sudah sahkan namanya bersih dari sebarang rasuah,  kalian nak ungkit balik?. 

Itulah saja kerja yang kalian tahu! Benda yang sudah selesai kalian kusutkan , benda yang sudah masak kalian mentahkan, Benda yang seluruh dunia kata benar kalian tetap kata salah. Perangai buruk kalian memang tak akan berubah melainkan setelah Umno masuk lubang kubur ! 

Oleh : rahimothman

Isnin, 18 Jun 2012

Debat Sinar: Penonton diingat jangan emosi


HASLINA KAMALUDIN
SHAH ALAM - Sempena Debat Sinar yang berlangsung hari ini, semua jemputan yang menerima undangan secara rasmi diminta supaya menjaga etika dan disiplin diri sepanjang berlangsungnya program itu.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, debat siri kedua ini, mempertemukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, debat dua pemimpin ini adalah sebagai medium pertembungan idea dan perlu diterima dengan hati terbuka.

"Semua penonton rata-ratanya sudah biasa dengan aktiviti sebegini dan wajar menunjukkan sikap profesional tanpa menimbulkan sebarang perkara yang boleh mencacatkan majlis berkenaan. Saya yakin penonton yang hadir adalah di kalangan mereka yang berilmu. Jadi hadir ke majlis ilmu untuk mendengar pandanganpanel dan mempertimbangkan idea yang diutarakan.  Debat ini boleh dijadikan sebagai batu asas untuk mereka berfikir. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan.  Perlu diingat, debat ini ini bukan mahu menyerang manamana parti. Ia cuma wadah untuk menyampaikan pandangan mengenai tajuk yang dibincangkan,"  katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Debat Sinar berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam itu dikendalikan Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.  Sementara itu, Abd Jalil berkata, walaupun tajuk debat, Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi ia bukan akan menegangkan situasi,sebaliknya penonton perlu bersikap rasional dan tidak wajar beremosi sepanjang satu jam setengah majlis berlangsung.

"Seperti yang dinyatakan, debat adalah medan pertembungan idea. Di sini, akan wujud banyak pendapat daripada kedua-dua panel.  Oleh itu, sewajarnya penonton boleh menerima setiap pendapat tanpa bersikap prejudis. Inilah tujuan Sinar Harian mengadakan sesi debat ini. Ia secara tidak langsung akan membuka minda penonton mengenai isu ini dan dapat membuat penilaian sendiri," katanya.
Menurutnya, penganjur juga melarang memakai pakaian yang menunjukkan lambang sesebuah parti atau pertubuhan dan mereka berhak untuk mengambil tindakan kepada penonton yang tidak memberikan kerjasama.
Abd Jalil berkata, penonton diingatkan hadir satu jam lebih awal bagi mengelakkan kesesakandi dalam auditorium.  Sumber : Sinat Harian



Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah


begitulah kata-kata Hang Jebat.
Bertuahlah !  jika ada seorang rakyat dari bangsa Melayu yang berani menegur Raja kerana cintakan Raja nya.  Bertambah-tambah tuahlah Raja itu jika rakyat disekelilingnya ikhlas menegurnya apabila baginda membuat silap. 

Tetapi adalah sangat malang jika ada mana-mana Raja menganggap darah mereka tidak sama merahnya dengan manusia lain!  tetapi dalam masa yang sama mereka membiarkan spesis manusia berdarah Umno mengampu dan menjadi tukang kipas mereka!

Di semenanjung budaya,  mengampu raja secara keterlaluan  masih berlaku,  ia takkan berhenti selagi negara diperintah oleh rejim yang berlambangkan keris telanjang itu.
Dalam apa-apa isu yang membabitkan Raja,  wajarkah rakyat mengadakan himpunan untuk menyatakan taat setia dan kasih mereka pada Raja walaupun Raja mereka mengamalkan pembaziran yang melampau?, sedangkan pembaziran itu amalan syaitan? Sendiri kena jawab,.. tanpa dipengaruhi oleh sentimen kuno anda.

Raja yang disanjung adalah Raja yang boleh menerima teguran rakyat. Raja yang disayangi pula ialah raja yang tinggi budi pekerti dan sentiasa merendah diri,.serta tidak mudah melemparkankan kemurkaannya kepada rakyat, tanpa sebab-sebab yang manasabah. Raja tidak semestinya arif dalam semua hal, begitu juga rakyat,.. tidak bodoh dalam semua perkara.   Peranan kedua-duanya adalah sama penting, justeru raja tidak perlu mendabik dada.

Sebagai perbandingan lihatlah ibu jari kita.  Ibu jari tidak memberi apa-apa makna andainya tiada jari jemari lain bersamanya.!  Untuk memegang atau menggenggam sesuatu,.. peranan empat jari jemari itulah yang lebih penting! dan ibu jari pula adalah pelengkap kepada setiap genggaman. Maka, marilah kita sama-sama renungkan – Raja yang bagaimanakah yang kita mahu?

Oleh : rahimothman