Rabu, 31 Oktober 2012

Kenapa Umno takut sangat dengan Nik Aziz?


Umno dan PERKASA adalah musuh PAS,, Bekas pemimpin PAS juga adalah musuh PAS. Baru-baru ini, Dr Hasan Ali alJATI dan Uztaz Nakhaei yang sekian lama menjadi keldai Umno  serta Ibrahim Ali presiden PERKASA berkokok lagi. Mereka mahu Nik Aziz berundur,  kononnya Nik Aziz dah tua, tak mampu buat kerja dan makan gaji buta,, lebih baik lepaskan jawatan kepada orang lebih muda,,, kata mereka.  Kah, kah, kah!   itulah tahap keberanian mereka !  Nak tegur kebobrokan Najib lansung mereka tak berani !

Kasihan pulak teman tengok dua tiga ekor musang ini!  Tindakan mereka ibarat bibir tak mancung gigi tersorong-sorong !  Samalah macam musang nak mintak jaga reban ayam!!  Apa-apa pun TG Nik Aziz tetap dianggap oleh rakyat Kelantan dan masyarakat Islam ‘amnya sebagai seorang pemimpin yang  berintergriti dan berkredibiliti.  Semakin Nik Aziz difitnah dan diperlekeh semakin tinggi pula darjatnya !!  Lagi tinggi darjat pemimpin, semakin tinggilah daulah parti PAS itu sendiri, namun Umno tak faham-faham,, masih meneruskan kejian dan tohmahan! 
 
Dalam sibuk menyindir Umno ciplak idea Nik Aziz 

Tuan Guru Nik Aziz bukanlah seperti bekas pemimpin PAS Dato’ Asri Muda atau Ustaz Nakhaei, bukan juga seperti Dr Hasan Ali mahupun Ustaz Nasha yang mudah digula-gulakan oleh Umno.  Nik Aziz seorang pemimpin yang  jujur, bijak dan berani,pemimpin yang tegas dan kukuh pendirian! Perjuangan Islamnya tidak pernah longgar dan luntur sedikitpun. Sesungguhnya pengaruh dan kekuatan TG Nik Aziz masih kukuh dan konsisten.  TG Nik Aziz sendiri nampak masih yakin dan mampu meneruskan khidmat. Orang ramai khasnya rakyat Kelantan masih mahukannya.

Masyarakat Islam termasuk bukan Islam,  sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan amat menyenangi TG Nik Aziz.  Kalaupun kudratnya tidak sehebat orang muda, tetapi idea dan buah fikiranya yang cukup bernas masih diperlukan!  Ini yang amat ditakuti dan tidak disenangi oleh Umno. Tentu kita masih ingat, dalam sibuk menyindir dan memperlekeh Nik Aziz,  Umno telah meniru atau copy paste idea Nik Aziz. Misalnya pembinaan rumah tiga bilik,  berkerja lima hari seminggu, cuti dua bulan untuk isteri bersalin, penggunaan dinar dan sebagainya.  Umno usah kata nak berterima kasih, sebaliknya terus riak dan bongkak!!

Oleh : rahimothman 

Nik Aziz: 'Saya masih boleh berkhidmat'


Sumber : Sinar Harian     KOTA BHARU – Isu peletakan jawatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik semakin hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan beliau semakin uzur dan akan bersara tidak lama lagi. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau akan bersara setelah 22 tahun memegang jawatan tersebut.
“Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat dan kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.
 
“Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.

"Kami selalu berbincang pelbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Mursyidul Am Pas itu turut menegaskan, beliau masih lagi mampu untuk menerajui pucuk kepimpinan Pas dalam usaha menyatupadukan umat Islam.

"Saya bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang kerana saya yakin Pas mempunyai kekuatan yang sendiri dan saya akan berundur bila tiba masanya nanti," katanya.

Nik Aziz berkata, isu kesihatan beliau bukanlah satu perkara yang perlu diketengahkan kerana apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang.  Beliau berkata, Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.

"Hasil inovasi dan kreativiti ini nanti diharap dapat memberikan pulangan yang bermutu untuk perkhidmatan awam khususnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya," katanya.

Selasa, 30 Oktober 2012

Memalukan, jika benar KM ditendang isteri muda


Sumber :  http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/10/taib-mahmud-ditendang-isteri-muda-di.html