Khamis, 31 Januari 2013

Selangor bubar Dun selepas Cap Goh Mei


Sumber : Sinar Harian


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.

Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). Baca seterusnya dalam,,,    http://www.sinarharian.com.my/politik/selangor-bubar-dun-selepas-cap-goh-mei-1.126688

Rabu, 30 Januari 2013

Selasa, 29 Januari 2013

Agak melampau fatwa Mufti ini!


Mana mungkin hanya membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible dikatakan menyekutukan Allah dan sesiapa yang menyokong dan membenarkannya boleh dihukum kafir.  Ekoran dari kenyataan Mufti Perak ini tak ada seorang pun dari kalangan balaci Umno yang membuat komen balas. Kalaulah kenyataan ini terkeluar dari mulut pemimpin PAS sudah tentu komen menghentam akan datang bertalu-talu. Apa-apa pun kenyataan. pendapat atau fatwa yang dibuat oleh Mufti Perak itu agak melampau !  - rahimothman

Isnin, 28 Januari 2013

Ini kelab malam milik saya! Apa kau orang peduli?


Khabarnya penyanyi “batu” ini begitu berbangga dengan perniagaan kelab malamnya dan khabarnya juga beliau mahu menambah beberapa lagi cawangannya di tempat-tempat lain. Mungkin dalam hatinya berkata,, ini dunia aku,, dunia hiburan!!  aku tak pandai berniaga nasi lemak  atau berniaga pasar malam, apa lagi buat kerja merompak,, jadi salahkah aku cari rezeki melalui  hiburan?,,,                                                                                                                                                                                                                    Wahai penyanyi rock yang masih belum ditolak oleh peminat!   Salah atau tidak salah sendiri fikirlah!  Ada otak Allah beri, gunakan,, kalau rasa diri jahil ilmu agama,,  belajar.  Apa-apa pun teman cuma nak tanya,,,, Ada kah mike buat kenyataan mengatakan kelab malam mike itu bebas dari hidangan air setan?  Ada kah mike jamin pelanggan-pelanggan mike semuanya menutup aurat?  Ada kah mike jamin tidak akan berlakunya pergaulan bebas jantan betina? Apa lagi aksi-aksi bersentuhan kulit sesama bukan muhrim?                                                                                                          Dan akhir sekali,  tidakkah gaya dan aksi dalam gambar di atas menggambarkan apa yang berlaku di kelab malam anda?  sebagaimana yang biasa berlaku di kelab-kelab malam yang lain? - rahimothman

Ahad, 27 Januari 2013

Mukhriz belum pasti kerusi Parlimen atau Dun


Sumber : Sinar Harian

JERLUN - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih belum pasti akan bertanding di kerusi Dun Kedah atau kekal di Parlimen Jerlun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keputusan itu masih belum diputuskan pucuk pimpinan parti sama ada beliau kekal bertanding di kerusi Parlimen atau salah satu kerusi Dun di negeri ini untuk menewaskan pihak lawan.                                                                       “Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan dan terserah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tentukan kerusi yang layak dan patut ditanding.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak ada sebarang halangan untuk bertanding di Dun atau Parlimen.

“Parlimen atau Dun, mana-mana pun boleh, saya tidak kisah. Bukan maksud untuk tanding di kedua-dua kerusi, tapi salah satulah,” katanya kepada media selepas lawatan bersiri ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Batu, di sini, semalam.

Tambahnya lagi, beliau sedia bertanding di mana-mana pun kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan parti, asalkan Umno dan BN dapat kembali mentadbir Kedah selepas PRU13.
“Bagaimanapun, harapan saya adalah untuk tanding kekal di Parlimen Jerlun. Jadi kerusi Negeri dan Parlimen itu terpulang kepada pucuk pimpinan parti yang putuskan,” katanya.