Rabu, 27 Februari 2013

Lawak bodoh : 2 pelawak hina kebangkitan rakyat



Lihat video  -  http://wfauzdin.blogspot.com/2013/02/video-pelawak-kurang-ajar-kita-pakat.html

Tak sangka teman!  Kedua-dua pelawak ini nampak macam cerdik, rupa-rupa bangang ya rabbi. Lawak bodoh mereka yang mempersenda dan memperlekeh  Pakatan Rakyat rasanya tidak perlu dan tidak wajar. Ia agak melampau dan ada unsur-unsur kurang ajar. Nak kata lucu,  tak selucu mana pun,, meloyakan adalah! Teman awal-awal lagi dah nak termuntah menengoknya!  

Apakah klip video lawak bodoh mereka ini dibuat atas kemahuan mereka sendiri  atau mereka diperalat?. Mungkinkah presiden Umno yang suruh,,,menteri penerangan yang arah? Atau pengerusi SENIMAN? yang paksa kalian buat video lawak bertaraf jamban ini?  Tak kiralah siapapun. Yang jelas dan yang pasti,  kedua-dua pelawak ini telah meletakkan diri mereka di tahap yang paling bodoh atau rela diperbodohkan

Kalau teringin sangat nak jadi bodoh pun, bodohlah sendiri-sendiri,,atau bodoh dalam senyap-senyap.  Jangan ajak orang lain jadi bodoh,  jangan ajar orang ramai jadi bangang!  . Sepatutnya pelawak popular macam kalian ni lebih berakal dan berfikiran waras, tahu membezakan intan dengan kaca. Bukan seperti apa yang kalian buat sekarang,, memalukan !!   Sedarkah kalian?  Menghina Pakatan Rakyat itu  tak ada bezanya dengan menghina rakyat,  menghina kehendak rakyat,  menghina kebangkitan rakyat -  rahimothman

Selasa, 26 Februari 2013

Akibat dari dosa-dosa besar UmnoBn,,,



Sesungguhnya UMNO/BN amat takut menerima kenyataan bahawa mereka akan kalah dalam PRU 13 kali ini. Kini mereka panas bontot,   dan serba tak kena, macam cacing kepanasan. Paling tidak pun rimas yang amat sangat ibarat orang memakai baju yang penuh kemuncup. Namun pasti ada juga diantara mereka kelihatan monyok dan murung macam lembu korban menunggu  saat disembelih!

Kenapa Umno tak senang duduk?.  Apa tidaknya,, sesudah 55 tahun mereka lena dibuai kenikmatan memerintah dengan majoriti 2/3. tiba-tiba semua ini bakal terlucut,  bakal hilang !  Selama ini mereka beraya sakan, mereka enjoy,  mereka memerintah negara ini dengan dengan rakus, sombong dan zalim.  Apa saja mereka boleh buat, terutama rasuah, salahguna kuasa, menipu dan memperdaya rakyat..   

Membolot kekayaan untuk diri sendiri dan kroni usah cerita lah, itu paling utama. Tetapi lebih malang, mereka sanggup menyedut dan melenyapkan  saham-saham milik bumiputra yang tak seberapa itu.  Begitu juga dengan hak istimewa orang Melayu dan tanah-tanah rizab Melayu,,Umno peralat untuk kepentingan diri.  Mereka hakis dan kikis hanya dengan alasan pembangunan.

Sekian lama pemimpin Umno menjadi kaya-raya, hidup mewah seperti seorang raja. Akhirnya rasa tamak untuk terus memerintah  menguasai diri.  Apa cara sekalipun tak kira asal kuasa dapat dipertahankan, lalu berlakulah pengkhianatan,,dimana pemberian ic & kerakyatan kepada warga asing dibuat dengan sewenang-wernangnya. Tujuannya tak ada lain,, untuk menjadi pengundi hantu yang boleh memenangkan UmnoBn. Pemberian ini cukup mudah,  semudah memberi wang BR1M kepada rakyat. Begitulah banyaknya dosa dosa-dosa besar pemimpin Umno kepada rakyat dan Negara ini..

Maka seandainya PR memerintah sudah tentu semua kecurangan dan penyelewengan yang pernah dibuat oleh pemimpin Umno dan segala kemewahan yang diperolehi oleh mereka secara tidak sah selama ini akan dibongkar.  Yang dituduh dan didakwa akan dibicarakan di mahkamah.  Yang bersalah tetap akan menerima hukumannya. Inilah sebenarnya yang menakutkan pemimpin UmnoBn.  Mari kita fikir-fikirkan,,   apakah penjara kita cukup untuk menampung kemasukan penghuni-penghuni baru nanti? - rahimothman 

Isnin, 25 Februari 2013

Biadap dan tidak sportingnya pemain ini !!


Hafiz Kamal wajar dikenakan hukuman setimpal !

Inseden dapat dilihat dalam siaran langsung TV Astro. Namanya Hafiz Kamal,  seorang pemain muda Pahang yang baru saja mencipta nama apabila berjaya menanduk gol penyamaan Pahang ketika seri 1-1 bertemu Kelantan kelmarin.  Tetapi sayang,, beliau telah mengotorkan namanya sendiri, apabila dengan sengaja memijak pemain lawan. Perbuatannya yang amat tidak beretika itu telah mencemar martabat permainan bolasepak,  yang selama ini dianggap penuh seni dan disiplin, lasak dan bertaktikal disamping mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.

Dalam bolasepak semestinya tidak akan  berlaku insiden memijak pemain lawan dengan sengaja sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemain muda Pahang ini. Sungguh memalukan !!  FAM bukan saja wajar tetapi wajib mengenakan hukuman yang setimpal -   rahimothman.