Sabtu, 30 November 2013

Berbanggakah kita pemimpin macam ni?

Lihatlah aksi pemimpin ini (gambar) … Jelas sekali beliau makan durian dengan menggunakan sudu,, bukan tangan.   Alahai ! nampak manja !  namun sebenar ia kelihatan amat janggal. Seumur hidup teman belum pernah lagi teman berjumpa dengan aksi seperti ini .. makan durian dengan sudu. Amat tidak sesuai budaya baru yang cuba dibawa oleh pemimpin ini !

 

Apakah ini merupakan pemimpin Melayu yang benar-benar tulin ,,, mempunyai jati diri,,  berjiwa Melayu, berbudaya Melayu dan pandai menyantuni rakyat?  Apakah beliau ini benar-benar Melayu? Atau Melayu yang sudah lupa asal usulnya?  Kalau benarlah ini PM kita,,  teman tak terkejut pun !  Anak bangsawanlah katakan !  Ruang lingkup hidupnya memang dipenuhi dengan kemanjaan dan seribu kemewahan. Jauh sekali untuk mengenal erti kesusahan dan keperitan 


Memegang isi durian yang lembik mungkin bagi nya sesuatu yang tak perlu atau perlu dielakkan…  Isy isy isy.. agaknya macam manalah kalau dia memijak atau memegang lumpur di sawah.  Macam mana lah agaknya kalau beliau menghidu bau racun serangga atau baja-bajaan termasuk baja taik lembu.  Ini belum lagi kalau memegang atau menghidu getah beku yang telah berhari-hari disimpan,, tentu sekali menyiksa hidungnya                                     

Hakikatnya,  kalaulah seseorang pemimpin itu mahu mendekati rakyat atau petani di kampong tak perlulah takut kepada lintah dan lumpur.  Samalah macam durian,, kalau nak makan isinya,, jangan takut atau malas nak pegang. Berbanggakah kita mempunyai pemimpin yang semacam ini?  Pemimpin yang sudah hilang jati diri dan sudah  hilang warisan budaya !! -   rahimothman

Khamis, 28 November 2013

Wajarkah ulamak tuduh ulamak?

Teman pun tak faham  kenapa seorang yang dianggap ulamak atau agamawan begitu mudah menuduh  agamawan yang lain sebagai sesat sebagaimana yang dilakukan Mufti Kedah. Memang sesiapa pun boleh terguris hati apabila dituduh sebegitu rupa.  Inilah yang berlaku terhadap Uztaz Asri @Dr Asri.

 

Masyarakat khasnya pengikut setia Dr Asri sedang tertunggu-tunggu apakah Mufti tersebut sanggup menyahut cabaran bersumpah Dr Asri disamping menunjukkan bukti yang tuduhannya itu benar?  Namun reaksi awal jelas menunjukkan Mufti itu seolah-olah  takut bersemuka dengan Dr.Asri setelah beliau membuat tuduhan?    

 

Benarkah Dr Asri itu sesat kerana fahaman Wahabi seperti yang didakwanya dalam ceramahnya di Youtube?  Kalaulah Dr Asri dianggap sesat kenapa pihak kerajaan tidak menahannya? Takkan lah Jawatakuasa Fatwa pun mahu membiarkan Dr Asri terus menyesatkan orang lain? - rahimothman                                                                                  

Cakap tak serupa bikin

Selasa, 26 November 2013

Wisma Putra akan panggil duta Singapura

Sumber : Malaysiakini         Wisma Putra dalam proses memanggil duta Singapura bagi memohon penjelasan mengenai dakwaan terhadap intipan republik itu terhadap Malaysia, seperti dilaporkan media, kata timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun enggan mengulas lebuh lanjut dan menyatakan perkara tersebut kerana ia dalam bidang kuasa nenteri luar.


"Kita memandang serius dakwaan (pengintipan) ini, jadi kita sudah ambil langkah (berkaitan)," kata beliau.

Ahad, 24 November 2013

Matlamat menghalalkan cara


K-Pop Beri Pulangan RM140 Juta - Kata Shabery Cheek bekas menteri Belia dan Sukan.   Haha !  berbangganya dia. Beginilah sikap kebanyakan pemimpin UMNO,, Mereka mengejar glamour dan keseronokan.  Mereka pentingkan gah  dan keuntungan duniawi semata-mata, tanpa mengambil kira syariat Islam.  Bagi mereka matlamat menghalalkan cara !   Mereka langsung tak rasa bersalah, malah berbangga kerana dapat  menghimpunkan para belia untuk berhibur bersama kumpulan k-pop yang berpakaian separuh bogel itu. Soal dosa tolak tepi dulu, yang penting untung RM140 juta.. Bagi teman biarlah tak dapat untung RM140 juta asalkan tak rugi diakhirat !  : rahimothman