Isnin, 13 Disember 2010

RAMAI TERKEJUT KERANA SAIFUL ....

BARU PULANG DARI MEKAH

SAIFUL SELAMAT PULANG DARI MEKAH.  Tentu ramai yang berkata Saiful dipihak yang benar !!  Betulkah begitu?

Ibadat haji adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berkemampuan dan  ramai yang bercita-cita untuk melakukannya. Manuasia sejahat mana sekali pun, yang baik, yang zalim, yang sihat,  yang lemah dan yang cacat semuanya berhak untuk menunaikan ibadat haji di Mekah dan Saiful tak terkecuali.  


 
Tetapi tak semua yang pergi itu ikhlas. Ada yang pergi dengan niat lain dan tak kurang juga pergi dengan niat untuk mencuri atau lain-lain jenayah.(seperti yang biasa berlaku, tetapi bukan oleh warga Malaysia)

Tahniah kerana Saiful Bukhari Azlan adalah diantara ribuan jemaah haji Malaysia. Mungkin ramai yang berkata,… Nah! Saiful dah selamat pulang pun dari mengerjakan ibadah haji di tanah suci. Allah tak beri pun sebarang bala atau malapetaka kepadanya. Itu tandanya dia dipihak yang benar! Sahlah dalam kes liwat 2 antaranya dengan DS Anuar Ibrahim dia telah menjadi mangsa. Dia tidak bercakap bohong bahawa Anuar memang telah meliwatnya !  Kalau dia berdusta tentu Allah telah melaknatinya.

Sebenarnya itu hanya persepsi, atau pendapat yang bersandarkan hukum akal, sedangkan kehendak Allah, ketentuan dan kekuasaannya melebihi segala-galanya. Allah boleh melaksanakan apa saja kehendaknya yang tak siapa pun tahu bila? cepat atau lambat!  dan tak semestinya Alah memberi hukuman atau laknat hanya di tanah suci Mekah, tetapi boleh dimana saja. Allah percepat atau lambatkan sesuatu hukuman tentu ada sebabnya!! Sekali pun didunia kita terlepas, pembalasan di akhirat adalah pasti!!

Kita imbas kembali!.... Tun Mahathir pun pernah pergi Mekah selepas menzalimi dan memfitnah DS Anuar Ibrahim, tapi Allah masih belum lagi memberi pembalasan yang setimpal.   DS Anuar dan Azizah sendiri pun pernah ke Mekah. Kalau Anuar manusia jahat, pernah meliwat Saiful kenapa Allah tak laknat dia semasa di Mekah? Samalah dengan kes Saiful, apa nak dihairankan!.. Tak timbul persoalan kenapa dan mengapa!  Allah maha mengetahui dan maha berkuasa. Allah nak beri balasan dengan cepat atau lambat di negara orang atau  di negara sendiri tentu ada sebab atau hikmah.
Semoga semua jemaah haji Malaysia mendapat haji yang mabrur.

Oleh : rahimothman

Ahad, 12 Disember 2010

GAMBAR NENEK MISTRI !!

TAHNIAH KALAU PEMUDA INI  DAPAT MENGERJAKAN HAJI DENGAN SEMPURNA. TAPI PENULIS ADA BEBERAPA  PERSOALAN BERMAIN DI KEPALA,,...


1. KENAPA BERITA PEMERGIANNYA TAK KELUAR DALAM AKHBAR? / BLOG?
2. KENAPA SETELAH BALIK HAJI BARU  BERITANYA KELUAR?
3. APA TUJUAN PEMUDA INI MENGHEBAHKAN KEPULANGANNYA DI DALAM BLOGNYA?
4. BETULKAH BELIAU PERGI KERANA MENEMANI NENEKNYA?
5. KENAPA GAMBAR MUKA NENEKNYA KURANG JELAS, MACAM DIKABURKAN? ..Lihat gambar-gambar di bawah.

oleh : rahimothman

oleh : rahimothman

ARTIS INI HILANG SOPAN DAN MARUAH :


APA SEBENAR BELIAU NAK TUNJUK !!
Artis ini ialah bekas peserta program reality tv. Pernah bercinta dengan bekas bintang akedemi fantasia. Beliau memang boleh menyanyi, tetapi tidak begitu menyerlah. Berlakun?.. tak pernah pula penulis melihatnya !                Bakat berlakun tak seberapa kut!!

Nampaknya beliau dengan selamba memperagakan pakaian seksinya  untuk ditonton oleh seluruh masyarakat. (Berita asal : Kosmo)

Bergaya separuh bogel begini mungkin megah bagi pelakunya tetapi ia kelihatan amat sumbang dan  menjolok mata. Seluruh otot dan susuk badan diperlihatkan.
Sangat jelik dan memalukan!.


Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam beliau telah engkar cara berpakaian yang dituntut oleh agama.  Sama ada sedar atau tidak artis ini telah mempersenda kesucian agama Islam !

Dengan bergambar cara begini apa sebenarnya yang beliau nak tunjuk pada rakyat Malaysia ?  atau peminat seni tanah air ?  Berbanggakah kita?
Berikan pendapat  atau  komen anda !

Oleh : rahimothman

Sabtu, 11 Disember 2010

DR ROZMEY TERIMA PADAH!!


 
Itulah akibatnya  orang yang bercakap besar  lagi sombong. Sepatutnya Dr Rozmey seorang yang berpelajaran bercakap biarlah beralas, jujur dan berpijak di bumi nyata. Bukan membangga diri dan memuji hasil kerja sendiri dengan cara yang amat keterlaluan, sedangkan filemnya belum lagi ditayangkan.

Cara Dr mempromosi filem macam memaksa orang ramai untuk pergi menonton. Pada hari ke-2 tayangan “2Alam” Dr Rozmey telah mengumumkan diakhbar Kosmo bahawa pungutan telah mencapai  RM2juta. Tetapi setelah tamat tempoh wajib tayang kita difahamkan hasil pungutan tiket tak sampai pun 1/2 juta. Jadi, siapa yang cuba berbohong?   dan adakah kita telah dibohongi?

Sekarang apa sudah jadi doktor?  Pungutan RM40 juta terlalu jauh dari jangkauan, macam langit dengan bumi ! Nampaknya Dr terpaksa menyepikan diri! dan hilang kata-kata.  Sudah tentu Dr Rozmey menanggung malu !! Setelah tamat tempoh wajib tayang,  kutipan tak sampaipun 1/2 juta.  Khabarnya filem “Ngangkung” hasil kerja David Teo Production tanpa promosi sehebat filem 2 Alam dalam tempoh seminggu telah berjaya memungut  RM3 juta  dan masih ada peluang memungut 5 atau 6 juta menjelang tamat tempoh wajib tayang.

Setahu penulis David Teo seorang Penerbit filem yang berpengalaman, tak pernah
pula meletak target atau angan-angan untuk dapat RM10 juta,.. jauh sekali 20 atau 40 juta  sebagaimana “Angan-angan Mat Jenin” Dr.Rozmey. Untuk makluman pembaca rekod pungutan tiket  filem Melayu tidak pernah melebihi RM7.6 juta.

 Walau bagaimana pun diharap Penerbit filem “2 Alam” ini akan sedar,  insaf, dan mahu belajar  dari kesilapan besar yang dilakukannya!!......   dan di bawah ini saya paparkan beberapa petikan komen peminat dan  komen Dr.Rozmey sendiri.

 “Perjalanan cerita ini sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.Garapannya menarik dan hasil sentuhan krew produksi mampu mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas 40 tahun,”   kata Dr Rozmey seorang pemburu mimpi !                                   (Dr Rozmey barangkali minat sangat dengan angka 40)

Ini  pula diantara kata-kata peminat filem Melayu dalam fb
 “ Kami ni bukan nak boikot filem ni sangat tapi menyampah betul  dengan kenyataan dia tu ..  Kami  nak buat dia sedar jangan rasa diri tu bagus sangat,,… boleh kutip 40 juta..  Cakap sekali dua  tak apalah! …….Ini hari2..”

Oleh : rahimothman


Jumaat, 10 Disember 2010

KPN BARU PUN, SAMA JE




PDRM masih macam dulu!!  Tindak-tanduk anggotanya tak banyak beza. Dapat pun Ketua Polis Negara (KPN) yang baru tapi masih macam dulu juga, Mana ada perubahan?  Selepas kes Aminulrashid, remaja 15 tahun mati ditembak, kini ada lagi kes dimana seorang peniaga lelaki berbangsa Cina nyaris maut akibat tembakan polis. semata hanya kerana beliau disyaki penjenayah.(rujuk gambar diatas)

Terbaru,... pada Ahad lepas 5/12/2010, ribuan rakyat berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor. Kedegilan dan kengganan kumpulan penyokong itu bersurai bukan dengan tujuan untuk merusuh. Polis sepatutnya memantau dan mengawal keadaan. Memberi ruang orang ramai bergerak disamping mengawal lalu lintas,.. bukan bertindak gelojoh seolah-olah ingin memusuhi penunjuk perasaan.

Akhirnya rakyat yang tak bersalah dan tidak berdosa menerima padah. Semburan water canon dan gas pemedih mata dengan ghairah dilepaskan. Insan-insan kerdil tapi bersemangat ini lari bertempiaran. Ada yang ditangkap, disepak, ditendang,  diterajang, diseret dan dipulas.(gambar di atas membuktikan).

Nampaknya pihak polis hanya nak menunjukkan kehebatan mereka bertindak pantas. Nak tunjuk kepada pihak kerajaan bahawa kami anggota polis taat dan setia serta sentiasa mengikut perintah. Apalah salahnya mereka memahami dan bersimpati sedikit dengan rakyat !   Ini tidak.. kepatuhan kepada arahan pihak atas,  ibarat kerbau dicucuk hidung!

Persoalan 1..  Apakah benar pihak polis tidak menggunakan kekerasan dalam meleraikan perhimpunan tersebut sebagaimana yang dinafikan PDRM?. Bukankah gambar-gambar yang tertera  di atas jelas membuktikan sebaliknya?. Janganlah sampai pihak polis ditertawakan oleh rakyat kerana nak menipu, tapi tak pandai menipu !. Jangan buat rakyat jadi muak dan loya bila melihat polis !!

Persoalan 2..  Kenapa jika penyokong Umno membuat sebarang bantahan dan perhimpunan mereka dilayan dengan begitu sopan sekali oleh anggota polis?....              Tak malukah polis dicop sebagai double standard?  . Sampai bila rakyat dibiarkan menyimpan perasaan menyampah dan bosan terhadap PDRM ?

Oleh : rahimothman


Rabu, 8 Disember 2010

“ketuanan Melayu” - ADA TUAN MESTI ADA HAMBA

Sebenarnya antara dua ungkapan ini… “Ketuanan Melayu” dan “Hak keistimewaan orang Melayu” sangat berbeza dan cukup mudah untuk difahami. Murid tingkatan 5, malah murid tingkatan 3 pun boleh menghuraikannya. Tetapi yang jadi masaalah ialah orang Umno masih tak faham-faham !! atau sengaja buat tak faham !!

“Ketuanan Melayu” mengikut kamus Umno ialah… Orang Melayu mesti menjadi tuan di negaranya sendiri sekali gus menjadi bangsa yang termulia di Malaysia. Bermakna bangsa lain mesti tunduk dan patuh kepada perintah orang Melayu. Padahal ungkapan “ketuanan Melayu” itu sebenarnya tidak wujud pun dalam perlembagaan ! dan tak perlu diungkit, tak perlu dilaung!! Tapi dek kerana perasan! dan syok sendiri UMNO sentiasa ghairah melaungkannya!!

Mengapa UMNO menciptanya? Mengapa ia dilaung-laungkan? Umno sendiri pun entah sedar entahkan tidak! Tapi yang pasti tujuan orang Umno melaung-laungkan kalimah keramat itu ialah untuk berbangga dan memberi semangat, disamping untuk menakut-nakutkan orang bukan Melayu. Tetapi nampaknya orang Cina dan India tak berapa nak kisah pun !

“Ketuanan Melayu”…. bermakna Melayu adalah “TUAN” . Apakah benar orang Melayu menjadi tuan dinegaranya sendiri? sedangkan kedudukan mereka dalam ekonomi dimana? Kedudukan mereka dalam pemilikan saham dan harta dimana?. Kedudukan mereka dalam akedemik dimana?.. Semuanya dibelakang bangsa Cina. Jadi kalau sekadar nak berbangga dan berlagak sebagai tuan, sedangkan hakikatnya tak ada apa-apa kelebihan pun lebih baik tidak jadi tuan! Apa faedahnya? Mahukah kita menjadi tuan yang miskin ? Mahukah kita menjadi tuan yang tidak cerdik tapi sombong?

Seperkara lagi… Lazimnya kalau ada tuan mesti ada hamba ! Dalam kontek rakyat Malaysia hari ini, orang-orang Melayu Umno sah mahu menjadi tuan. Jadi siapa pula yang menjadi hamba? Beranikah pemimpin Umno mengaku bahawa mereka telah menganggap orang Cina dan India adalah hamba ? Rasanya mungkin ada yang menjawab ya! mungkin ada yang jawab tidak! dan mungkin ada yang diamkan diri. Itulah tandanya UMNO telah terperangkap !! Umno telah tertipu oleh tindak-tanduknya sendiri !!

Berbalik kepada “Hak keistimewaann orang Melayu”…. Apakah sejak 50 tahun negara mencapai kemerdekaan UMNO benar-benar telah menjaga dan mempertahannya?. Ya! awal-awal dulu mungkin,… tapi sejak Rejim Mahathir mencengkam tampok pemerintahan dan kini era Najib, kerakusan yang mereka tunjukkan amat melampau.”Hak keistimewaan orang Melayu” telah dijadikan tiket untuk mereka mengaut untung sambil menghakis hak-hak istimewa itu!!

Selagi UMNO/BN berkuasa sikap tamak haloba mereka takkan susut sedikit pun. Atas alasan pembangunan projek mesti dijalankan, disamping poket pemimpin-pemimpin Umno mesti diisi sama ada secara terang-terangan atau di bawah meja!! Sebab itu pemimpin Umno sangat takut kehilangan kuasa. Kepada orang-orang Melayu khasnya !! Ketahui dan insafilah semua ini!!

Wahai orang-orang Umno ! Cukup lah tu! Janganlah nak melalak. Tak usah nak terpekik dan terlolong lagi pasal “ketuanan Melayu” ni … sebab…

1. Orang Melayu dalam PKR dan PAS tak pernah pun pertikai “hak keistimewaan orang Melayu” seperti yang sering dituduh oleh UMNO.

2. Nabi Muhammad Junjungan besar kita pun tak pernah meletak bangsanya (Arab) sebagai bangsa termulia. Islam yang mesti diutamakan, diletakkan ditempat no.1, ditempat yang paling mulia, bukan bangsa Melayu atau apa-apa bangsa sekali pun.

3. Dalam perlembagaan tak ada pun istilah “ketuanan Melayu”, yang ada ialah “Hak keistimewaan orang Melayu”.. Hak ini telah dijamin oleh perlembagaan dan siapa pun tak boleh pertikai dan buat bising. Kenapa pula Umno sendiri yang buat bising?

Oleh : rahimothman

Ahad, 5 Disember 2010

TINDAKAN MELAMPAU DR ROZMEY

Photobucket


Datuk Dr Rozmey Che Din, anak kelahiran Kuala Krai Kelantan, seorang pengusaha produk kecantikan,kini mencipta isu hangat apabila filem sulung bertajuk “2 Alam’” terbitan syarikatnya mahu memungut RM 40 juta !!?

Bolehlah dikatakan 100% peminat filem Melayu di Negara ini telah terkejut beruk! apabila membaca kenyataan gempar seorang doktor separuh siuman yang dikatakan pakar sakit puan itu.

Oleh kerana cita-citanya teramat tinggi ibarat “Angan-angan Mat Jenin” beliau telah mula lupa diri dengan bercakap besar, bongkak atau riak. Filem keluaran Syarikatnya yang pertama bertajuk “2 Alam” telah dipromosinya dengan cara yang begitu dasyat dan melampau!! Amat jelas sekali Dr Rozmey bersikap masuk bakul angkat sendiri.

Rasanya tak kurang dari lapan bulan filem itu telah diiklan dan dipromot dalam akhbar Kosmo. Tarikh tayangan pula telah ditunda beberapa kali akibat tiada persefahaman dengan FINAS. Rupa-rupanya lagi lambat filem ditayangkan lagi menggila cara promosi yang dilakukan oleh doktor ini! Cara beliau mengangkat dan memuji-muji filemnya masyaAllah ! cukup menyampah, menggeli dan meloyakan !! Ini diantara kata-katanya…

i) Filemnya akan mencatat rekod pecah panggung.
ii) Target kutipan “2 Alam” yang asalnya 12 juta dengan megah dinaikkannya 20 juta. Kemudian di upnya lagi kepada 40 juta…. Giiila ! Rekod pungutan filem Melayu di Malaysia ni tak pernah pun mencecah 8 juta.

iii) Filemnya sangat bermutu, dan ceritanya sangat luar biasa, padahal tak luar biasapun. Melambak dalam siaran drama tv.

iv) Kononya peminat filem Melayu menjadi hysteria kerana menunggu filemnya. Terlebih-lebih perasan..

v) Seluruh rakyat Malaysia dikatakan amat mengkagumi filem “2 Alam” padahal belum pun lagi ditayangkan.

vi) Berulangkali beliau menyebut 30 juta rakyat Malaysia termasuk Melayu Cina India Iban Kadazan dan lain-lain tak sabar menunggu filem sulongnya itu.
(tak ingat pula orang Asli disebut atau tidak)
Padahal 30 juta rakyat Malaysia itu merangkumi kanak-kanak, orang tua bongkok, orang cacat anggota, orang buta, orang sakit dan berbagai-bagai jenis manusia lagi. Rasa-rasanya orang Melayu kaki tengok wayang di Malaysia ni tak sampai pun 30% . Tetapi agak menghairankan mengapakah Dr Rozmey begitu ghairah dengan angka 30 juta itu.

vii) Syarikat filemnya atau Filem “2 Alam” akan menjadi menjadi pencetus kebangkitan filem-filem Melayu. Dia tak sedar filem Melayu dah lama bangkit. Dia tak sedar atau tak tahu, sudah berapa ramai kat Malaysia ada penerbit-penerbit filem atau pengarah filem yang berjaya. Sedangkan dia baru nak mencuba.

KESAN / AKIBAT DARI CAKAP BESAR DR ROZMEY

a) Sasaran pungutan tiket 40 juta - menyimpang jauh dari sasaran. Jauh panggang dari api. Menurut laporan akhbar dan blogger-blogger setelah tamat tempoh wajib tayang kutipan hanya RM230,000, tak sampai pun ½ juta. Dan kana-kanak pun boleh kira betapa jauhnya jarak ½ juta dengan 40 juta itu.

b) Peminat-peminat filem Melayu di Malaysia akan merasa marah kerana telah tertipu dan diperbodohkan oleh bangsanya sendiri.

c) Rakyat Singapura dan Brunai juga mungkin kecewa kerana tertipu oleh seorang rakyat Malaysia yang bernama Dr Rozmey. “2 Alam” filem yang kononya diwar-warkan hebat rupa-rupanya hampehh ! Standard drama tv aje!. Dalam pemikiran mereka tentu bertanya "Bodohkah orang Malaysia untuk menilai sebuah filem bermutu? Sedarkah Malaysia bahawa anda telah menipu kami?"
Dimana nak letak muka dan alangkah malunya kita !!

APA SEBENARNYA KEJAYAAN DR ROZMEY

• Kejayaan sebenar Dr Rozmey ialah – menyiarkan gambar sendiri tiap-tiap hari dalam akhbar Kosmo, dengan remus gaya 60an yang tak berapa berkenan mata melihatnya. Mempromosi diri sendiri yang seolah-olah macam nak menambah koleksi isteri.

• Lagi satu kejayaannya ialah mendapatkan tayangan serentak di 83 buah panggung di seluruh Malaysia. Ya! satu kejayaan yang malu untuk dibanggakan kerana hasilnya menyamai kutipan tayangan bagi 20 panggung saja. KITA TUNGGU filem hebatnya yang akan datang. Penulis cadangkan agar Dr membuat filem lain bertajuk "CUBA LAGI" dan kemudian letakkan sasaran RM50 juta. Anda berani? Barangkali 30 juta rakyat Malaysia (angka kesukaan Dr Rozmey) akan mengalami fobia pula selepas ini!!

Oleh : rahimothman

KENAPA UMNO JADI SASAU DAN BUAT KECOH LAGI ? Isu “Ketuanan Melayu”

Photobucket


UMNO memang sudah biasa dengan slogan atau ungkapan-angkapan yang berupa semangat atau kepercayaan. Ini diantara slogan atau ungkapan tersebut…
“Melayu itu UMNO, Umno itu Melayu”, “ Melayu itu Islam, Islam itu Melayu”. “Hanya UMNO yang layak dan berhak memerintah”…. sekadar memberi beberapa contoh.

Kini yang terbaru beberapa hari lepas timbul lagi satu isu. Ya! isu lama yang sudah tidak relevan, sudah busuk lalu dibasuh dan direncah semula. Isu yang sudah basi, lapuk dan berkarat…iaitu.. “Ketuanan Melayu”, seolah-olah isu ini merupakan nyawa atau talian hayat bagi UMNO, padahal tak wujud pun perkataan “Ketuanan Melayu” dalam perlembagaan. Sedarlah ! wahai pemimpin Umno!! jangan sampai tertipu dek kebodohan sendiri.

Seperti kata DS Wan Azizah, rakyat perlu tahu, sedar dan insaf bahawa Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh UMNO itu tidak wujud dalam perlembagaan. Yang wujud ialah “Hak-hak keistimewaan orang Melayu” seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152, 153 atau 181. Janganlah Umno cuba menganggap yang pemimpin-pemimpin PKR ini bangang macam mereka.

Dan yang agak melucukan (Lihat ini - http://www.malaysiakini.com/news/149987) seorang
Peguam UMNO yang tidak berapa cerdik telah menyarankan kepada kerajaan supaya DS Wan Azizah dikenakan ISA (tahanan tanpa bicara). Tambah menggelikan hati lagi apabila
peguam tersebut mencadangkan agar parti PKR diharamkan. Tidak menghairankan ! kerana memang begitulah stail atau gaya perjuangan Umno. Guna jalan mudah! Gunakan mahkamah, gunakan kuasa, gunakan kuasa veto yang ada ditangan PM. Tak berani berjuang secara anak jantan. Diajak berhujjah, senyap tak bersuara atau memberi seribu alasan. Diajak berdebat tak berani !! Jantan jenis apa mereka ini?... jantan tak bertelur !

Apa yang berlaku ketika ini, memang tidak mengejutkan rakyat. Apatah lagi parti pembangkang khasnya PKR. Reaksi dan sikap pemimpin Umno yang seolah-olah cerdik itu sebenarnya memerangkap dan menjerat leher mereka sendiri. Mereka tak sedar mereka menembak dengan peluru kosong atau peluru kapor. Mereka menembak dengan meriam buluh yang boleh meletup kosong dengan menggunakan “kabait”.
Pembangkang hanya perlu menutup telinga dengan kapas,… itu saja.

Rakyat tidak terkejut apabila pemimpin-pemimpin Umno serta ahli-ahli Umno yang sejati menjadi kecoh dan sasau apabila DS Wan Azizah dalam ucapannya di Majlis Kongres PKR baru-baru ini menyeru supaya rakyat memperjuangkan “KETUANAN RAKYAT” dan tinggalkan “ketuanan Melayu” yang hanya banyak menguntungkan segelintir gulungan elit atau pemimpin UMNO. Rakyat jelata jauh sekali dari mendapat nikmat “pelanduk panggang” atau ketuanan Melayu dihebuh-hebuhkan itu, melainkan hanya asap api panggang yang memedihkan mata.

Sememangnya slogan dan ungkapan-ungkapan sepertimana beberapa contoh di atas, dicipta bertujuan untuk memberi semangat, keyakinan, pegangan dan kepercayaan kepada ahli-ahlinya. Akhirnya mereka menjadi amat percaya dan taksub dengan ungkapan keramat itu. Sama ada mereka sedar atau tidak mereka telah menghampiri khurafat, dan bukan kah khurafat itu hampir kepada syirik?. Wallahhu’alam.

Apa yang penulis tahu Umno bukan peduli itu semua? Agama pada mereka perlu dilihat pada kulit saja. Apa sangatlah dengan khurafat! Banyak lagi dosa-dosa besar yang mereka buat dan tidak menjadi kudis pun. Betul! Di dunia mungkin terlepas, tetapi pembalasan di akhirat adalah pasti!!

(Sila lihat artikel selanjutnya di - http://www.malaysiakini.com/news/149987)

Oleh : rahimothman

Sabtu, 4 Disember 2010

RAKYAT DITIPU DAN TERUS DITIPU .......................... Kerajaan beri RM500 kemudian tarik balik dengan cara menaikkan harga barang…

Photobucket

Kerajaan BN pimpinan Najib yang zalim lagi rakus terus menipu rakyat lagi. Walau pun semasa pembentangan belanjawan 2011 tempoh hari kerajaan berjanji akan memberi bayaran khas kepada semua kakitangan awam dan pesara sebanyak Rm500, tetapi hari ini 4 Disember 2010 kerajaan menaikkan pula harga barang-barang seperti gula, gas petrol dan disel. Dengan kenaikan harga barang ini sudah pasti kerajaan akan mengaut keuntungan yang jauh lebih besar. Dengan ini sah, rakyat telah kena tipu dan tertipu.

Kakitangan awam dan pesara mungkin baru sedar bahawa pemberian Najib sebanyak RM500 itu tidak ikhlas. Najib seolah-olah cuba bermain silap mata atau bermain acah-acah dengan rakyat. Tangan kanan Najib yang memberi dilakukan di atas meja tetapi tangan kirinya pula mengambil wang dari poket rakyat melalui bawah meja. Kenapa ini berlaku ?

Jawapannya cukup mudah !. Kerajaan kekurangan wang. Pilihanraya pula dah dekat. Biasalah ! perbelanjaan untuk pilihanraya memerlukan wang yang sangat banyak, menjangkau billion ringgit. Sebagaimana lazimnya setiap kali pilihanraya projek-projek mi segera mesti ada, kerana ia merupakan rasuah yang rakyat terpaksa terima walaupun tidak diminta. Begitu juga habuan kakitangan pilihanraya, ia satu kemestian. Manakala rasuah yang paling kotor ialah pemberian wang tunai kepada pengundi-pengundi yang mungkin tak terkira jumlahnya !

Nampaknya kerajaan BN sanggup berbuat apa saja untuk berkuasa, walaupun terpaksa menyiksa hidup rakyat dengan menaikkan harga barang. Kerajaan langsung tidak peka dan tidak prihatin dengan rintihan rakyat. Jauh sekali untuk bersimpati dengan kesusahan dan kesempitan hidup rakyat! terutama orang kampong yang terdiri dari penoreh getah, petani, nelayan, penjaja dan buruh-buruh kasar. Merekalah yang paling perit menanggung akibat kenaikan harga ini, jika dibandingkan dengan penjawat awam atau pesara.

Aduhai rakyat Malaysia! Masih tak serik-serik lagi ? Masih mahukah bertuankan kerajaan BN?
Kesengsaraan dan ketidakadilan kerajaan BN ini sudak cukup lama ditanggung oleh rakyat, melebihi 50 tahun. Marilah kita berdoa dan berharap agar berlaku perubahan. Semoga sejarah hitam BN seperti tahun 2008 akan berlaku lagi !! Kalau sejarah berulang, Alhamdulillah!! Mudah-mudahan selepas PRU ke-13 nanti dapatlah kita menikmati keadilan dan kesejahteraan hidup seperti yang dijanjikan oleh kerajaan menanti – Pakatan Rakyat

Oleh ; rahimothman

Khamis, 2 Disember 2010

MEMANG SIKAP UMNO MACAM SESUMPAH !! BERTUKAR RUPA MENGIKUT KEADAAN. Che Det kata melayu kena lupakan keturunan sendiri kalau nak jadi betul-betul 1Malaysia!


Kalau DS Anuar atau DS Wan Azizah atau mana pemimpin PKR membuat kenyataan seperti yang Mahathir sebut ( sila rujuk artikel di bawah) sudah pasti media arus perdana akan mengecoh dan menghebohkannya satu Malaysia. Pak-pak menteri dan pemimpin-pemimpin Umno akan memanipulasi isu ini. Orang awam juga diberi peluang seluas-luasnya untuk memberi komen di dada-dada akhbar juga di tv.

Sebagaimana biasa ulasan dan komen-komen yang pedas dan menghentamkan pastinya ditujukan kepada pembangkang khasnya PKR. Berita atau komen itu sudah tentu akan diulang dan di ulang. Itulah caranya Umno memainkan isu dalam usaha untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Tetapi dalam kes ucapan atau komen Mahathir tentang isu 1 Malaysia, mengapa semua pemimpin Umno senyap? Tak ada komen?. Tak ada kutukan?... Sebabnya, ialah masih ramai orang Umno yang takut kepada pemimpin khasnya Mahathir. Masih ramai orang-orang Umno mentaati pemimpin secara membabi buta !

Memang sahlah ! pemimpin Umno ibarat macam sesumpah, bertukar rupa mengikut tempat, keadaan dan keperluan atau kepentingan!!

Memetik kenyataan Mahathir itu,,… apa bezanya dengan kenyataan pemimpin PKR? .. supaya menolak “ketuanan Melayu” dan memerima “ketuanan Rakyat?” yang tidak mementingkan satu kaum? Fikir-fikirkan lah !! Penulis masih belum nampak dimana letaknya keikhlasan pemimpin Umno!... melainkan semata-mata Umno mesti diselamatkan, Umno yang mesti diutamakan. Bukan Melayu !... melayu hanya alat!!.

Oleh : rahimothman (Baca seterusnya artikel di bawah)


Dr M: LUPAKAN KETURUNAN JIKA INGIN 1 MALAYSIA BERJAYA
http://www.malaysiakini.com/news/149612

Photobucket

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat melupakan atau membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Forum ini menyaksikan Mahathir duduk di pentas yang sama dengan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak sebagai moderator sesi dialog……..

petikan - http://www.malaysiakini.com/news/149612

Rabu, 1 Disember 2010

HADIAH BN SAMBUT MAAL HIJRAH …………..…… Masihkah rakyat nak sokong BN ?

PETROL RON97 NAIK 15 SEN MULAI ESOK MENJADI RM2.30 SELITER – berita hairan

Photobucket

Sempena menyambut Maal Hijrah dan tahun baru 2011 kerajaan BN menghadiahkan kenaikan harga minyak kepada rakyat Malaysia mulai hari ini 1/11/2010. Harga minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan pasti akan berkata,,,…
1. Kenaikan ini tak dapat dielakkan, ia mengikut pasaran global.
2. Rakyat harus bersyukur kerana harga petrol di negara-negara lain jauh lebih mahal.
3. Rakyat dinasihatkan berbelanjalah dengan jimat dan cermat.

TETAPI kerajaan sendiri adakah mengamalkan jimat cermat? Sebagai contoh – Perlukah kerajaan berbelanja RM65 juta semata-mata nah upgrade kediaman di Seri Perdana. Perlukah kerajaan memperuntukkan lebih RM100 juta untuk program PERMATA? Perlukah berbelanja sampai berbilion ringgit untuk membina istana baru Yang Dipertuan Agong? Apakah istana yang sedia ada itu diperbuat dari kayu? dan kini sudah reput menunggu masa untuk runtuh?

Pada 1 November tahun lalu, harga petrol RON97 telah pun dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan selepas genap setahun hari ini ia dinaikkan lagi. Syabas dan tahniah kerajaan BN !! Inilah yang dinamakan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !! Nampaknya kerajaan mengambil jalan mudah dengan menaikkannya secara senyap-senyap.

Aduhai rakyat Malaysia !! Masih tak sedarkah kita ditipu dan tertipu?

Oleh : rahimothman