Rabu, 6 April 2011

UMNO TAK ADA KEMALUAN!!?


Umno dah hilang kemaluan? Atau memang tak ada kemaluan?

Tindakan Umno selama ini kepada bangsa Melayu khasnya parti pembangkang PAS dan PKR ternyata amat melampaui batas. Umno sanggup melakukan perkara yang diluar norma-norma kehidupan, bahkan melanggari perintah agama pun telah menjadi kebiasaan bagi mereka!. Sultan tak berani tegur dan mufti juga sama, 2x5.


Menggadai maruah bangsa sendiri, berbohong dan membuat fitnah sudah menjadi makanan harian mereka. Umno sepatutnya malu kepada diri sendiri dan malu kepada bangsa lain. Tetapi Umno tetap berdegil!  Malah semakin tamak dan rakus mempertahankan kuasa yang hampir terlepas!.

Satu demi satu keburukan Umno terdedah, namun mereka sedikitpun tidak rasa menyesal atau rasa bersalah.  Rasa malu?,…. Jauh sekali!  Semua ini disebabkan pemimpin Umno termasuk Najib sudah hilang kemaluan. Kalau tidak takkan mereka sanggup menaja dan menjaja dua kes tuduhan liwat terhadap rakan sebangsa dan seagamanya.  Dan terbaru kes video seks lucah yang mana seluruh masyarakat dunia telah mengetahui dan menontonnya! . Sekali lagi Malaysia diketawakan!

Sampai bila Umno nak berubah?  Jawabnya,.. Umno susah nak berubah!. Tabiat buruk mereka sudah menjadi kematu dan sebati di dalam diri. Ada banyak sebab mengapa Umno menjadi buta mata dan buta hati,…Mereka tak menghayati rukun Islam dan rukun Iman. Mereka tak yakin kepada Islam, mereka tak yakin bahawa Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa! …  Habis apa yang mereka yakin?   Ini dia,…..

1.      Mereka yakin bumi Malaysia ini hanya milik mereka (Umno).                                                        2.   Mereka yakin kuasa yang ada di tangan mereka adalah milik mutlak mereka! 
3.     Mereka terlebih yakin bahawa hanya Umno sahaja yang layak memerintah
4.     Mereka yakin wang boleh membeli segala-galanya termasuk perempuan, harta dan kuasa..
5.     Mereka yakin semua rezeki di bumi Malaysia ini datangnya dari UMNOBN, bukan Allah.
6.     Mereka yakin untuk menang pilihanraya cerita fitnah wajib disebarkan kepada rakyat.
7.     Mereka juga yakin untuk menang pilihanraya maruah agama Islam tak salah jika digadaikan
8.     Mereka yakin membuat fitnah dan memalukan sesama insan tak salah sebab ia bukan jenayah.
9.     Mereka yakin mengumpul harta melalui rasuah tak salah, asalkan tidak mencuri atau menipu.
10.   Mereka yakin dan percaya, mahkamah civil lebih baik dari mahkamah syariah
11.   Mereka yakin dan percaya bangsa Melayu bangsa yang terunggul dan termulia di Malaysia.

Oleh : rahimothman



Selasa, 5 April 2011


http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/04/muka-macam-anwar-badan-macam-najib.html#more

Muka macam Anwar, badan macam Najib? 

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.

Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya
 
Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.
Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.

Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih di awang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.
Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton di laman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?

Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat di permukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala di dalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.
Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar di video tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.

Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.

Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tanda tanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?

Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.
Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.
Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.

Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada. Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'?
RAKYAT MARHAEN

VIDEO SEKS DITAYANG SECARA MELUAS?


UMNO sangat berpuas hati - Video seks terus disebar,

 
Khabarnya video seks fitnah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan secara meluas di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman. (sila rujuk -  http://karatijau.blogspot.com/

Nampak benar Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka bercakap bohong!  Kedua-duanya penipu besar!  Mana jaminan mereka bahawa video itu tidak terlepas ketangan orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak?. Bersungguh-sungguh mereka mahu video itu  ditonton kepada  orang ramai.agar DS Anuar mendapat malu!..

Tetapi soalnya kalau Anuar sendiri sudah membuat laporan polis dan sudah menjelaskan bahawa bukan dia yang terlibat dalam video itu,  apa lagi yang orang ramai nak tahu? Masih juga teringin nak tengok?,… tentu ada maksud lain dipihak yang menayang mahupun yang menonton!!?? Kalau ye pun pelakunnya mirip Anuar. hairan sangatkah?.  Walhal memang ramai dimuka bumi ini orang yang muka hampir sama? .Seperkara lagi,….dalam dunia moden yang serba canggih ini, mana ada lagi perkara yang mustahil? Kerja-kerja mengedit atau mengubah gambar ini sudah menjadi perkara biasa!  

Dalam dunia ini memang Allah dah jadikan semua benda berpasangan atau ada regunya!. Jahat- baik, lelaki- perempuan, pandai- bodoh, kaya- miskin,  tulin- palsu,  Dalam hal video ini kita diberi akal oleh Allah, tentu boleh berfikir dengan waras! . Dalam zaman serba moden ini mana ada lagi orang membuat filem dalam hitam putih!  Soalan penting! .  Kenapa video itu tidak dibuat dalam warna?. Jawapan mudah!,.. Boleh jadi ia lebih mudah untuk dipalsukan!!.

Satu persoalan lagi!,…….Diantara Anuar dengan 3 ekor Jembalang Tanah itu agak-agaknya siapa yang lebih boleh dipercayai? Kalau orang yang teguh pegangan agama seperti Anuar, kita tak beri kepercayaan,  lojikkah orang seperti Datuk T  pula yang kita lebih percaya?  Bagiamana dengan persenaliti dan tingkah lakunya sebelum ni?

Dalam situasi sekarang ini mahukah Anuar menanggung malu tanpa sebab? Merasa terhinakah Anuar walhal dia tidak pun membuat kerja terkutuk itu?  Apa yang kita lihat sekarang,.. moral dan saham Anuar semakin melonjak!  Sokongan semakin padu!  Anuar sentiasa bersikap tegas dan berani.  Berani kerana benar !  Takut dan malu kerana salah!  Jadi Anuar sebenar tidak perlu takut.. Biarlah orang menuduh dengan membabi buta, kalau bukti sahih lagi nyata tak ada,  mahukah orang percaya?

Hasil perbuatan Dato’ T dan sekutu-sekutunya,  siapa sebenarnya yang mendapat malu ?  Sudah tentu,….

1.    Umno dan pemimpin-pemimpinnya, termasuk 3 Dato’ T yang berlagak sebagai Jembalang  Tanah, seharusnya mendapat malu. Tetapi malang! mereka tak mahu merasa malu, sebaliknya mereka berbangga. Inilah akibat jahilnya mereka dalam agama. Mereka hilang rasa aib walau pun Melayu Umno sudah dicop sebagai – Melayu yang sudah hilang kemaluan!!
2.    Orang Melayu yang masih kukuh pegangan agamanya, mahu tak mahu terpaksa menumpang malu.  Manakala orang melayu yang ber “Ketuanan Melayu” tak kisah dengan anggapan -  Melayu tidak punya “kemaluan”.lagi!
3.    Negara Malaysia sudah pasti mendapat malu!,  kerana Malaysia dikatakan sebuah Negara Islam!, tetapi pemimpinnya membuat kerja kotor yang bertentangan dengan Islam !!
4.    DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Tonggak atau Ketua Agama Islam tak dapat mengelak dari menanggung malu.

Justeru amatlah malang, jika petualang-petualang yang layak dituduh bersalah ini, tetapi terselamat dari sebarang dakwaan! Sia-sia sajalah undang-undang Negara kita, ibarat sebilah keris pusaka,yang hanya dijaga dan dupuja setiap malam Jumaat. (amalan setengah-setengah orang yang memiliki keris!)

Oleh : rahimothman





Isnin, 4 April 2011

MAKHLUK PEROSAK DATANG LAGI !!

Ayuh rakyat Malaysia.Jauhkan diri dari dua makhluk perosak ini!

Selepas 13 tahun betina makhluk perosak ini senyap menyepi, tiba-tiba hari ini dia muncul lagi.     Kehulu kehilir batang tubuh betina ini diheret oleh Najib. Tugas utamanya memburukan imej DS Anuar semahu-mahunya, sekaligus membantu UmnoBn untuk menang pilihanraya kecil baru-baru ini..

Lain cerita tak ada. Cerita lama diulang-ulang tayang. Rakyat yang cerdik nak dibodohkan!, rakyat yang dah celik dan dibutakan kembali!!  Pelik! lagi hairan! Kerana betina ini seolah-olah sudah tidak ada kemaluan lagi. Kalau tidak masakan dia suka menyelak kain orang dan bercerita hal-hal dalam kelambu. Orang mendengar dah bosan! Dah menyampah! Dah naik loya dan muntah. Tetapi si betina andartu ini tetap setia kerana hajat besar bosnya tak boleh tidak mesti ditunaikan! Apa cara sekali pun 2A (Anuar Azmin) mesti dimalukan!! 

Mari kita berfikir sejenak!. Kalau diri kita yang masih waras, masih kuat perpegang pada agama sanggupkah kita memburuk-burukkan ahli keluarga sendiri. Kalau benar pun ahli keluarga kita ada kelemahan atau pernah membuat kesilapan, sanggupkah kita menghebuhkannya satu dunia? Apatah lagi kalau keburukan yang didakwa itu, tidak benar atau fitnah!.  Kalau saudara  sendiri (Azmin Ali) tergamak diburuk-burukkan, apa lagi orang lain!

Boleh jadi inilah bahananya cinta yang tak berbalas. Atau mungkin permohonannya untuk mendapatkan sesuatu melalui Anuar tidak dilayan waktu itu! (semasa Anuar menjadi Timbalan Perdana Menteri)  Maka marah dan dendamnya terhadap Anuar teramatlah mendalam dan membuak-buak. Kalau dulu Anuar dituduhnya berzina dengan kakak iparnya, dan dalam masa yang sama menuduh Anuar meliwat ramai lelaki, kini dia menaik tarafkan ceritanya – Anuar terlibat dengan video seks. Bukan satu,  tetapi 18 ,.. katanya.  Kesiann! Betina yang telah menjadi anak derhaka dan dibuang oleh keluarga ini ceramahnya tak mendapat sambutan! Hanya beberapa kerat penyokong Umno yang buta hati dan buta agama saja yang sudi mendengarnya!

Terbaru timbul satu lagi makhluk perosak. Bukan betina, tapi jantan. Kalau yang betina dari darah keturunan Melayu, si Jantan yang satu ni khabarnya dari keturunan Siam. Hebat juga orangnya! kerana berani menayangkan video lucah di khalayak ramai. Khabarnya si Jantan Jembalang Tanah ini mendakwa pernah berkawan rapat dengan Anuar. Barangkali dia ada berhajat sesuatu dari Anuar tapi tak dapat,  maka kehampaannya dibalas dengan dendam.
Kita tunggu 17 lagi video lucah yang bakal ditayang oleh jantan bergelar Dato’ T ini. Dan kita cabar betina andartu ini agar menunjukkan bukti bahawa Anuar benar-benar terlibat dalam 17 lagi video itu!!...  Kalau tidak!,… semoga Allah melaknati kamu sebelum dan sesudah mati!

Oleh : rahimothman


Ahad, 3 April 2011


http://darisungaiderhaka.blogspot.com/                                                                                UMNO Shah Alam dalang komik lucah?
  SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik ‘Kisah Juara Raja Lawak’ yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.
Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik ‘super impose’ lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.
Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam,” katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.
“Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

“Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah,” katanya.    Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Khalid gesa Eskay ditahan

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu ‘Datuk Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.
 

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.
Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.

“Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.
“Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut,” katanya.

Sabtu, 2 April 2011

KENYATAAN “TULIN” KPN KELIRUKAN RAKYAT!!



KPN berniat jahat? Atau akhbar berniat jahat?  Atau kedua-dua ?
Kenapa KPN dan akhbar begitu ghairah membuat kenyataan yang sinis? Kenapa begitu beria-ia menghighlightkan kenyataan yang berbunyi ,…..


“Hasil siasatan mendapati video seks lucah yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang adalah tulin dan tidak diubah suai! “
Kenyataan ini terang-terang berniat jahat!! Ia bermaksud untuk mengelirukan rakyat! Ia bertujuan untuk mengubah persepsi rakyat terhadap ketua pembangkang itu!
Nampaknya sebuah kerajaan yang tidak bermoral, telah menghasilkan polis yang tidak bermoral  dan akhbar yang tidak bermoral!!

Walhal isu sebenar cuba disembunyikan!  dimana, – Tiga ahli UMNO telah melanggar undang-undang, Negara , yang mana undang-undang itu dibuat oleh kerajaan UMNO sendiri.  Master mind nya Dato’ Rahim Thamby Chik bersama dua lagi telah mengaku membuat tayangan video lucah itu  di sebuah hotel terkemuka. Perbuatan mereka dah terang-terang salah! sama  ada disisi undang-undang mahupun hukum Islam!.  

Kenapa belum lagi ada tangkapan? Kenapa belum ada dakwaan? Kenapa Polis  macam acuh tak acuh untuk mendakwa  3 Jembalang tanah tu? Tak cukup bukti lagikah?. 
Takkan lah kerana mereka mengaku berniat baik, maka mereka terlepas !!  Mana mungkin orang merogol atau merompak,  kemudian dia mengaku perbuatannya itu berniat baik,  maka ia terlepas dari hukuman!!  Wow!  dasyat!  dasyat !!  Dasyatnya polis  Malaysia !!

KPN kata video lucah itu tulin dan tidak diubah suai!  Setakat itu sajakah kenyataan yang hendak dikeluarkan?   Penting sangatkah bab tulin atau tak tulin itu?. Kenapa tak ghairah nak siasat perkara yang lebih penting? - siapa pemilik video?  siapa pembikinnya? Dari mana Tiga Jembalang tu dapat video tu?   Boleh percaya ke cerita mereka bagaimana  video itu diperolehi?  Bodoh sangatkah polis kita untuk menerima bulat-bulat cerita  katun dan tak lojik itu?

Sebagai contoh untuk renungan ,… Tiga orang perompak yang berselindung disebalik topeng lutsinar, telah memandu kereta dalam keadaan terburu-buru dan merbahaya! Mereka ditahan polis kerana memandu  melebihi had laju.  Oleh kerana ketika itu polis sedang sibuk menyiasat kes curi kereta, maka kereta 3 perompak itu pun ditahan untuk menentukan sama ada kereta itu tulin atau palsu (kereta curi tau milik sah) termasuk nombor  pendaftaran ori atau palsu! 

Setelah pakar kereta dipanggil untuk buat pengesahan,.. akhirnya Pengarah JPJ Malaysia  mengistiharkan dalam sidang media khasnya,  bahawa kereta yang ditahan itu milik sah, bukan kereta curi!!  Setakat itu sajakah?  Nasib pemandu merangkap perompak yang memandu melebehi had laju macammana? Takkan nak dilepaskan begitu saja? 
Samalah dengan kes video lucah ini.  Tiga jembalang tanah itu tidak didakwa!! Amat tidak wajar!

Kalau beginilah cara polis Malaysia bekerja sesuai benar  mereka digelar polis lembam!! polis bangang, polis lurus bendul atau polis makan rasuah!!

Wahai KPN !  Janganlah bertindak macam katun! Jangan pula cuba melindungi sesuatu! Perkara yang lebih penting menjadi tidak penting!  Apa yang berlaku sekarang nampaknya macam itulah!!  KPN lebih lebih ghairah mengumumkan yang video itu tulin dan kertas  siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Ha!! elok sangat lah tu. Ghani Patail tu kan ke musuh ketat Anuar!!
Maka perang besar antara Anuar dengan ketua lanun tu pasti akan berlaku lagi di mahkamah maupun diluar mahkamah!!.Negara luar akan terus ketawakan Malaysia !!

Wahai KPN ! Rakayat akan menilai anda, sama ada anda berpegang dengan jalan Allah yang lurus atau anda bersikap lurus bendul, 2x5 macam Rahim Noor dan Musa Hasan

oleh : rahimothman

Jumaat, 1 April 2011

ADA TOKOH? Nampak wara’kah mereka !!?


Entah lah, kata orang kulit menunjukkan isi !


ADA TOKOH KE MEREKA INI ORANG BAIK-BAIK? ADA GAYA KE MEREKA NI KAKI MASJID ?!
ATAU PUN SEBALIKNYA?  TAK MUSTAHILKAH MEREKA NI PENYANGAK BESAR?  KAKI FILEM LUCAH?  ATAU PENERBIT VIDEO LUCAH ?, 

ADA KEMUNGKINANKAH SALAH SORANG MEREKA INI PERNAH MENJADI PENGARAH VIDEO LUCAH! ATAU SETIDAK-TIDAKYA SEBAGAI PENULIS SKRIP ? ...  DAN KALAU TENGOK MUKA BETUL-BETUL, ADAKAH MEREKA INI PENDENDAM ORANGNYA?

DUA DARIPADANYA TAK USAH CERITA LE!, MALAH MULUT MEREKA SENDIRI PERNAH BERKATA YANG MEREKA AMAT MENDENDAMI SESEORANG.  ADA JUGA SAKSI ATAU KAWAN LAMA MEREKA YANG BERCERITA TENTANG ……… MEREKA!!

ADAPUN VIDEO SEKS LUCAH ITU, MEREKA ANGGAP  IBARAT SEBIJI BOM JANGKA. NIAT MEREKA MENAYANGKANNYA KEPADA RAKAN-RAKAN MEDIA NAK MENGIAKAN YANG KUNUNNYA PELAKUN VIDEO ITU ADALAH SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG! MEREKA NAK MENGAJAK SELURUH RAKYAT MALAYSIA MEMPERCAYAAI CERITA MEREKA!

DAN SELEPAS PENAYANGAN ITU MEREKA SEBENARNYA NAK BUAT BABAK YANG LEBIH GEMPAR!.  MEREKA INGIN MELEDAKKAN BOM ITU DIDEPAN ORANG AWAM ATAU MASYARAKAT MALAYSIA! TETAPI SEBELUM BOM DILONTAR, BOM TELAH MELETUP DITANGAN !! …. WOW !  TERSILAP TEKNIK AGAKNYA!

AKHIRNYA MEREKA TERPAKSA MENGENALKAN DIRI SEKALIGUS MENGAKU MEREKA BERTANGGUNG JAWAB KEATAS VIDEO LUCAH ITU.  MEREKA MENGAKU DAN BERBANGGA MEMBUAT KERJA JAHAT DAN KOTOR ITU!!    TAK TAHULAH BERAPA RAMAI  RAKYAT MALAYSIA YANG PERCAYA!,..   SEGELINTIR ADA LE KUT! … ITUPUN JENIS YANG DUNGU, BENGAP! TOLOL LAGI BANGANG, TAK TAHU BERFIKIR SENDIRI. !

AAA- MINNNN.

Oleh : rahimothman