Ahad, 3 Julai 2011

Akhirnya Umno melutut dengan Agong

Nampaknya Agong sudah pun mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengan isu perhimpunan BERSIH.  Kenyataan tersebut menggambarkan harapan agar perhimpunan “BERSIH”yang  aman tetapi  didakwa haram itu tidak berlaku! Dan dalam masa yang sama juga DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengharap agar pihak yang kena tuntut mengambil sesuatu tindakan agar suara rakyat tidak diketepikan begitu sahaja. 

Kenapa Yang Dipertuan Agong membuat kenyataan?  Tidak mustahil,  ia hasil dari desakan Umno! Begitu sikap dan tabiat Umno,.. Bila tersepit akhirnya mereka melutut dengan Agong. Apa-apa pun semoga pihak Polis dan pihak-pihak yang berkenaan lebih memahami apakah tujuan sebenar perhimpunan “BERSIH”.  Bukan membuat tuduhan melulu yang karut-marut,  dan bukan berprasangka buruk yang sengaja direka-reka!   Terbukti penyelewengan telah berlaku dalam SPR,  maka kekotoran itu mesti dibersihkan ! 

Oleh : rahimothman

Sabtu, 2 Julai 2011

Tafsiran bodoh oleh seorang TPM


Muhyiddin (gambar) berkata rakyat tidak harus terjebak dengan perbuatan mungkar yang didalangi kononnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebenarnya turut didokongi parti-parti pembangkang yang bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan supaya pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Wah sudah pandai TPM kita menyebut perkataan mungkar, lalu dikatakan badan-badan NGO dan parti pembangkang telah membuat kerja mungkar !  Bengap punya TPM!   Takkan lah  menuntut keadilan melalui himpunan BERSIH pun dikatakan kerja mungkar !?   Sedarkah dia, sudah berapa banyak UMNOBN telah membuat kerja mungkar selama ini?  
Inilah lemah dan bodohnya nya seorang pemimpin. Sepatutnya cerminlah diri dahulu sebelum bercakap.  Menurut Tan Seri Muhyiddin lagi,  matlamat perhimpunan BERSIH semata-mata nak meletakkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri !   Ish, ish ! ish !! cetek dan bantut sungguh rupanya cara berfikir Tan Seri ini.  Rakyat tak ghairah pun nak angkat Anwar sebagai PM !  Cuma Muhyiddin saja yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Al maklum dia sudah berangan kerusi PM itu akan menjadi miliknya !

Berbalik kepada Perdana Menteri dalam penantian !.  Siapa pun boleh asalkan amanah. adil, telus dan berintegriti. Tak semestinga DS Anwar. Yang rakyat mahu ialah kerajaan BN yang korup dan zalim ini ditukar dengan kerajaan yang lebih baik,.. itu saja. Tak usahlah Tan Seri nak merepek dan merapu dengan memberi berbagai alasan dan tuduhan.

Suasana politik yang berlaku sekarang sebenarnya telah membuatkan Muhyiddin tersangat takut. Jika pembangkang menjadi pemerintah dan mengambil alih jawatan perdana menteri,  beliau akan kempunan seumur hidup ! sedangkan beliau sudah lama menunggu !  Begitulah nasib malang yang bakal menunggu Tan Sri Muhyiddin Yassin !

Kasihan  Muhyiddin !!  Patutlah beliau tak habis-habis menyalak mempertahankan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh UMNOBN. Beliau sangat bimbang jika teori RAHMAN yang mendakwa Najib adalah perdana menteri yang terakhir akan menjadi kenyataan !!

Oleh : rahimothman

Jumaat, 1 Julai 2011

KUNING & “BERSIH” TAKUTKAN UMNO,POLIS


Perhimpunan  BERSIH yang bakal menjadi kenyataan pada 9 Julai ini,  dianjur oleh badan-badan NGO serta disokong oleh parti-parti  politik. Niat dan matlamat “BERSIH”  adalah jelas, ikhlas dan murni,  semata untuk kepentingan seluruh rakyat.. 

Sebagaimana yang telah diketahui umum, “BERSIH”  menuntut lapan  perkara utama, supaya SPR (Suruhan Raya Pilihanrara) melaksanakan proses pilihanraya dengan  sebenar-benar  BERSIH, adil,  telus dan tidak perpihak kepada parti pemerintah !  SPR mesti bersikap berkecuali !

Selama ini terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan telah berlaku di pihak kerajaan dan SPR. Ia  perlu segera diperbetulkan  Pihak SPR dan kerajaan sendiri perlu membuang sikap degil, tamak dan berat sebelah mereka.  Rakyat sudah bosan dengan sikap SPR yang selama ini selalu berpihak kepada UMNO/BN.  

TENTANG “KUNING” dan “BERSIH”
Tidak ada siapa di atas muka bumi ini yang takut kepada warna KUNING, tetapi entah kenapa tiba-tiba   UMNO dan PDRM  amat fobia sekali dengan warna tersebut!  Sesiapa saja yang memakai baju warna kuning akan  ditangkap dan dah ramai pun yang kena tangkap!  Kesian polis !  Mereka terpaksa atau dipaksa membuat kerja bodoh – menangkap orang tak bersalah !!

Seperkara lagi,…  Semua manusia suka kepada  “kebersihan”  Semua orang mahukan yang bersih,  ini termasuk lah makanan, diri, pakaian, tempat tinggal ! dan apa saja !  Setiap manusia yang waras sudah tentu menyukai  perkara-perkara yang bersih ! melainkan mereka yang berhati gelap lagi hitam !

Namun  apa yang berlaku di bumi Malaysia hari ini amat berlainan sekali. Sungguh mengejutkan !  apabila  UMNO dan PDRM  tak suka yang “BERSIH”  sebab itu mereka menentang Perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai nanti . Belum pun tiba hari perhimpunan tersebut mana-mana individu  yang memakai baju bercetak  “BERSIH”  ramai yang dah kena tangkap !!  Tak mustahil selepas ini mungkin ramai lagi yang akan kena gari. Begitulah takutnya PDRM dengan warna kuning dan slogan BERSIH!  Dah gila agaknya!  polis Malaysia ni!

Apa-apa pun, kita tidak menyalahkan  pihak polis seratus peratus. Polis hanya melaksanakan arahan pemimpin atasan UMNO. Yang kita kesal tentang polis ni  ialah kesanggupan mereka diperbodoh dan diperalat oleh UMNO. Kenapa mereka sanggup ya!?  Adakah pemimpin tertinggi PDRM bengap-bengap belaka?

Kenapa PDRM atau UMNO tak suka BERSIH ?   Jawapan mudah !! …UMNO sudah sebati dengan yang KOTOR !, seperti politik kotor!, tuduhan liwat yang kotor, komik lucah yang kotor, video lucah yang kotor,  rasuah kotor dan banyak lagi.  Sampai bila orang ramai nak dijamu dengan aksi dan perbuatan-perbuatan kotor itu ? wallahhu’alam!! Semoga PRU ke-13  boleh mengubahnya !  .

Nasihat buat PDRM :   Sedarlah wahai seluruh anggota polis!  Tindakan menangkap rakyat yang tak bersalah dengan alasan yang dangkal lagi lucu itu sesuatu yang memalukan, dan memperlihatkan kebodohan polis sendiri.  Bukankah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) merupakan jawatan mulia yang bernaung di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu.? Hormati dan lindungilah maruah Raja-Raja kita ! 

Oleh : rahimothman





Bukti Sahih : Satu Alamat 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR? Siapa bohong...siapa kencing...!!!

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/07/bukti-sahih-satu-alamat-88-pengundi-apa.html#more

SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.

Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini..

Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan..

Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?