Khamis, 15 September 2011
Ahad, 11 September 2011
Malaysia tidak pernah dijajah ! – apa kata PM?
Tahniah Mat Sabu ! Sedikit saja Timb.Presiden PAS ini membuka mulut tentang siapakah pejuang kemerdekaan sebenar,.. satu Malaysia jadi riuh dan kecoh bagai diledak sebiji bom atom!
Professor ini (gambar) telah memberikan pendapat atau kenyataannya iaitu,.. Malaysia tidak pernah dijajah! Ganjil dan sumbang benar bunyinya! Sudah 54 tahun Malaysia merdeka, dan sudah 54 tahun Malaysia terlepas dari cengkaman penjajah Britisih. Sudah 54 tahun juga rakyat Malaysia meraikan atau menyambut hari kemerdekaan setiap kali datangnya 31 Ogos, tiba-tiba hari ini ada suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa Negara Malaysia tidak pernah dijajah.
Alasan yang diberikan bukan saja lucu dan tidak lojik, malah tak masuk akal serta mengelirukan! Wahai pemimpin-pemimpin Umno! akuilah!. bahawa negara kita pernah dijajah oleh British. Akuilah bahawa Umno sendiri pernah menuntut kemerdekaan dari British ! Bukankah itu bermaksud negara Malaysia pernah dijajah?
Dan seperkara lagi yang mesti diakui oleh Umno,..iaitu Perjuangan Umno untuk membebaskan negara dari belenggu penjajahan British hanya sekadar menyambung perjuangan berdarah oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Mat Indera dan lain-lain – sekadar menyebut beberapa nama. Menepati seperti kata pepatah Melayu. Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Lebih menyedihkan,.. kenapa Umno sanggup bersubahat dengan British hingga tergamak menuduh pejuang-pejuang berhaluan kiri itu sebagai pengkhianat? sebagaimana yang dilebelkan oleh British.?
Wal hal mereka adalah pejuang bangsa dan Negara yang sejati, mereka menentang penjajah, mereka benci penjajah !! Mereka sanggup meninggal kampong halaman berjuang dalam hutan! Berjuang di dalam hutan tak semestinya komunis! Kalau ada yang join atau bekerjasama dengan komunis, tak semestinya mereka berfahaman komunis !
Hari ini setelah seorang professor bikinan Umno sendiri menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British, apa reaksi Najib selaku Presiden Umno dan PM? Apa pula kata mantan Perdana Menteri Dr.Mahathir? dan yang lain-lain. Adakah semuanya mahu menjadi itik serati? Main angguk je?
Beranikah Najib membuat kenyataan bersetuju atau tidak bersaetuju? Rakyat tak sabar menanti !!
Oleh : rahimothman
Jumaat, 9 September 2011
UMNO Baru YANG SEMAKIN REPUT !!
Sedarkah kita diam tak diam sudah 23 tahun UMNO meninggalkan kita. Ya! parti UMNO sudah mati 23 tahun lalu. Matinya UMNO bukan kerana dibunuh oleh PAS, MCA, MIC atau mana-mana parti, tetapi disebabkan percakaran sesama sendiri , lalu tertikam oleh keris telanjang milik mereka sendiri, maka matilah UMNO!
Itulah hakikatnya,..parti UMNO sudah tidak wujud lagi setelah diharamkan pendaftarannya oleh Mahkamah pada 1988 berikutan berlakunya krisis kepimpinan parti yang melibatkan Mahathir dan Ku Li.
UMNO yang ada hari ini bukan UMNO asal yang ditubuh pada 1946, tetapi ialah UMNO Baru milik Dr.Mahathir, kemudian diwarisi oleh Pak Lah, kini NajibTun Razak. Mari kita imbau kembali sejarah pengharaman parti UMNO dan penubuhan UMNO Baru,…
Sejarah hitam parti UMNO telah bermula pada 1987. Parti UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan pada 1987 Ini berpunca dari kemenangan tipis Dr Mahathir keatas Tengku Razaleigh Hamzah yang sama-sama merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 1987. Menurut cerita lisan dari kalangan orang-orang UMNO, kemenangan Mahathir pada pemilihan itu berpunca dari penipuan undi. Ramai mendakwa kemenangan sebenarnya berpihak kepada Tengki RH. Maka bermulalah seribu kekecohan dan ketidakpuasan hati ! sehingga kes dibawa kemahkamah.
Apabila UMNO sudah diharamkan mahu tidak mahu Dr Mahathir terpaksa mendaftar satu pertubuhan baru yang dinamakannya UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti Semangat 46 (serpihan Umno) Kesan dari peristiwa perpecahan UMNO ini ialah tercetusnya Krisis Perlembagaan pada 1988.
Sepuluh tahun kemudian sejarah hitam kali kedua menimpa UMNO lagi, dimana pada 1998, Dr Mahathir Mohamad memecat dan menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Timbalan Presiden UMNO. Maka tertubuhlah Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat yang dipelopori oleh mangsa fitnah Dr.Mahathir dan pencetus gelombang Reformasi iaitu - Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hari ini parti Dr Mahathir yang bergelar UMNO Baru itu genap usianya 23 tahun,. manakala PKR, Parti Keadilan Rakyat yang dinaungi oleh DS Anwar Ibrahim berusia 13 tahun, namun pengaruh dan sokongan yang diterima oleh PKR jauh lebih mantab dari UMNO Baru. UMNO Baru yang tinggal nyawa-nyawa ikan kini semakin hampir dengan lubang kubur !
Syabas PKR dan Pakatan Rakyat ! Biarkanlah UmnoBn reput dan dimakan oleh anai-anai. Mari kita bina sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang jauh lebih maju, harmoni, adil dan saksama.
Oleh : rahimothman
Khamis, 8 September 2011
LIDAH MB JOHOR JUGA BERCABANG!
Setelah Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dicop sebagai pemimpin berlidah biawak, kini seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Menteri Besar Johor (gambar) mengesahkan bahawasanya beliau juga sama darjat dengan Najib - “lidah bercabang”.
Sebelum ini dalam sebuah buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ),bertajuk “Pengukir nama Johor” beliau telah membuat pengakuan bahawa Mat Indera ialah seorang
Pejuang kemerdekaan yang tulin. Tiba-tiba hari ini beliau membuat pusingan “U turn” atau mengubah kenyataannya yang berbunyi,… Mat Indera adalah pengganas yang kejam dan zalim..
Adakah ini menghairankan? atau mengejutkan? Ooo tidak ! sebab? Sifat-sifat sebagai seorang pemimpin UMNO sememangnya begitu - penuh hipokrit dan flip-flop
Kita lihat sebahagian dari isi kenyataan beliau kelmarin...
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
Betul kata Mahathir,.. Melayu Umno mudah lupa ! atau Melayu Umno pandai buat-buat lupa! Melayu Umno jenis muka tebal. Cakap pagi lain, cakap petang dah lain pula!. Berbahagialah kamu wahai Dato’ Abd.Ghani Othman. Berbanggalah kamu dengan setiap tutur katamu yang lunak, palsu dan beracun itu. Semoga ia benar-benar menjadi racun kepada dirimu dan UMNO Johor khasnya.
Oleh : rahimothman
Sabtu, 3 September 2011
Umno khianat pejuang Melayu, sanjung Mat Salleh !
Syabas dan tahniah kepada Mad Sabu ! kerana membuat pendedahan berani tentang isu kemerdekaan, siapa pejuang dan siapa pengkhianat ! Walaupun di tahun-tahun sebelum ini Mad Sabu pernah menimbulkan perkara ini, tetapi dipandang sepi oleh Umno dan pihak media.
Kenyataan yang keluar dari mulut Mad Sabu semasa ceramah nya cukup mudah, iaitu dalam isu kemerdekaan, Umno adalah pengkhianat. Selama ini Umno telah memesongkan fakta sejarah, semata-mata kerana tamakkan kuasa.
Hari ini dalam keadaan Umno yang tinggal nyawa-nyawa ikan, mahu tak mahu mereka terpaksa menjawab atau memberi respon diatas kenyataan Mad Sabu. Maka berpusu-pusu lah pemimpin Umno membuat kenyataan balas. Mad Sabu dikecam dari segenap sudut. Mad Sabu dituduh penderhaka, pengkhianat! Mad Sabu mesti meminta maaf dan berbagai-bagai lagi. Tetapi semakin Mad Sabu ditekan, semakin banyak fakta-fakta sejarah sebenar dikeluar dan dihebahkan.
Dalam hal ini Mad Sabu sebenarnya tidak keseorangan. Banyak juga sokongan diperolehi dari blogger-blogger, ahli-ahli sejarah dan para cendiakawan. Hakikatnya penipuan Umno selama ini semakin terdedah, seluar sudah terlondeh dan hampir di telanjangkan!. Sebahagian besar rakyat Malaysia sudah cerdik. Kalau selama ini UMNOBN telah menutup mata dan telinga mereka, hari ini tidak lagi. Rakyat sudah celik minda! Celik maklumat!, celik agama, celik ekonomi, CELIK SEJARAH.
Dalam isu serangan Bukit Kepong,.. kenapa Umno masih nak berbohong!?. Jelas, polis pada zaman itu ialah polis British/ polis kerajaan British. Mereka bekerja untuk British, bukan untuk mempertahan Melayu,bukan untuk memperjuangkan kemerdekaan. Dalam peperangan sudah semestinya ada yang terkorban, baik dipihak menyerang atau yang diserang!!
Jika ahli keluarga polis tersinggong dengan kenyataan Mat Sabu, bagaimana pula perasaan keluarga Tok Janggut, Topk Gajah, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobie, Datuk Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan ribuan lagi pejuang yang terkorban di tangan polis yang berkhidmat dengan penjajah British ?
Marilah kita berdoa semoga roh-roh mereka yang dituduh oleh UmnoBritish sebagai pengkhianat ini
diterima Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catatan (Atom)




