Isnin, 7 November 2011

Ambiga calit najis kemuka sendiri !!

Marina Mahathir turut sama bermain najis !

Isunya : “ Program Festival Seksualiti Merdeka 2011”.  Menyokong dan mengiktiraf golongan gay, lesbian, homoseks dan membenarkan perlakuan seks bebas  adalah sesuatu yang sangat tidak wajar!

Ia merupakan amalan seks songsang yang terkeluar dari norma-norma kehidupan, malah menjijikkan.

Dalam Islam ia sangat bertentangan dengan hukum. Agama lain pun begitu, ia dilihat tidak normal dan berlawanan dengan tatasusila sebagai seorang manusia. Sedarkah Dato’ S.Ambiga (gambar) apa yang telah dia lakukan?. Apa perlunya dia menyokong golongan trersebut? Dah tak ada kerja lagikah?

Sepatutnya fokuslah pada keberhasilan perjuangan “BERSIH 2”  atau mengambil langkah-langkah untuk mengatur “BERSIH 3” pula jika perlu.  Amat dikesali kerana anda telah membuang masa membuat kerja yang tidak berfaedah !!

Sebagai seorang peguam tidakkah beliau boleh berdiri di atas kaki sendiri?  Sebagai ahli   sebuah badan yang bernama Majlis Peguam,  apakah dia mesti akur dengan setiap keputusan yang dibuat oleh badan yang diwakilinya?  walaupun sesuatu keputusan itu bercanggah dengan kebenaran atau kebiasaan?  Misalnya,  kalau ada satu kumpulan hendak membela hak seorang penjenayah yang telah merompak,  merogol dan membunuh mangsanya  tanpa niat,…  apakah seorang peguam maupun Majlis Peguam  wajar menyokong kumpulan tersebut?

Apa yang berlaku sudah pun berlalu!. Ramai yang kecewa dengan tindakan wanita ini kerana beliau pernah berjaya mengetuai himpunan “BERSIH 2” pada 9 Juilai 2011 yang lalu. Mungkinkah selepas ini sokongan terhadapnya akan hilang? Kata orang,..  tersesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan. Terserahlah padanya untuk membersih imejnya kembali.

Apa yang dibuat oleh peguam ini walaupun sedikit mengejutkan,  tetapi ada lagi yang lebih mengejutkan!  Tak sangka! Wanita bernama Marina Mahathir – anak mantan Perdana Menteri juga turut memberi sokongan dalam isu seks bebas ini!. Apakah wajar seorang wanita yang diketahui umum keturunannya beragama Islam menyokong amalan sedemikian?  Agaknya ini lah pertanda – Dunia dah nak kiamat !!

Oleh : rahimothman

Ahad, 6 November 2011

Pemikiran bangang oleh AP Kulim Bandar Baru !

Zul mengajak rakyat jadi bangang macam beliau!

Dalam isu penganjuran “Seksualiti Merdeka” yang panas diperkatakan sekarang ini, jelas sekali banyak pihak tidak bersetuju dan membantah. Manakala dalam isu himpunan “BERSIH 2”  pada Julai 2011 pula terlalu ramai pihak atau NGO yang menyokong.  

Pengerusi Majlis Peguam S.Ambiga yang mengetuai BERSIH 2 disanjung dan disokong kerana perjuangannya banyak membawa kebaikan,  iaitu membersihkan SPR yang terlalu kotor !.  Ok,  semua orang faham,  tetapi  Zul al kataki AP Kulim Bandar Baru masih juga terlopong dan ternganga, tak faham-faham !! .

Hari ini entah dimana silapnya  S.Ambiga (wakil Majlis Peguam) tiba-tiba telah membuat pertimbangan yang kurang wajar atau tidak kena. Beliau menjadi salah seorang dari penyokong “Seksualiti Merdeka” yang akan dilancarkan pada 9 Nov.2011 ini.  Maka berkokoklah si Zul bengap ini – dengan melontarkan persoalan,.. Kenapa PAS dan PKR tidak menyokong S.Ambiga dalam isu terbaru ini? Satu soalan yang betul-betul bangang!.  Budak tahun enam pun boleh menjawabnya.

Wahai Zul yang tak pernah sedar diri!!  Orang pandai tentulah bijak memilih antara intan dengan kaca,  antara yang buruk dengan yang baik!.  Dalam hidup ini kita sentiasa ada banyak pilihan!  Misalnya satu jalan penuh dengan lumpur dan najis, satu jalan penuh dengan ranjau dan duri  dan satu jalan lagi terang, bersih dan selamat. Kita diberi Allah akal!,. Apakah kita nak memilih jalan yang bernajis dan berlumpur? Atau jalan yang beranjau dan berduri?  Yang pasti  Zul tentu akan memilih salah satu atau kedua-duanya.Pilihan yang ketiga dia tak nampak, sebab hatinya sudah  menjadi hitam legam, manakala matanya pula sudah hilang yang putih. Yang tinggal  cuma yang hitam semata-mata. !.

Dulu Zul tidak bersetuju apabila  PAS dan PKR menyokong  S.Ambiga  membuat kebaikan melalui  penganjuran “BERSIH”, Dalam isu terbaru Zul juga tidak bersetuju apabila PAS dan PKR tidak menyokong  kemungkaran dan kemaksiatan yang diperjuangkan oleh S.Ambiga!   Pelik kan?  Apa sebenarnya yang Zul mahu? 

Dia semakin bercelaru atau dia sememangnya bodoh !.  Kalau nak jadi bodoh dan sesat,  sesatlah sendiri-sendiri,  jangan ajak orang lain. Nampaknya itulah standard berfikir Zul  AP Kulim Bandar Baru  Sesuai sangat beliau mengisi borang keahlian Umno,...  tetapi masihkah Najib mahu berkhadamkan beliau lagi?  Mengipas dan menyampulah banyak-banyak wahai Si Zul al kataki agar jawatan senator selepas ini tidak terlepas ketangan orang lain!!

Oleh : rahimothman

Sabtu, 5 November 2011

Dr M biarkan anak sokong “Seksualiti Merdeka 2011?”

Mempromosi dan mengiktiraf pengamal seks songsang

Isu “Seksualiti Merdeka” sebenar sudah bertapak di Malaysia sejak 2008 lagi. Agak menghairankan kenapa baru sekarang kerajaan BN mahu menyekatnya.

Begitu juga isu murtad, ia dah lama berlaku, tut-tut baru ni kerajaan UmnoBn berselindung disebalik NGO membuat perhimpunan sejuta rakyat konon nak bantah gulungan bukan islam memurtadkan orang Islam.

Sepatutnya nak bercakap isu murtad bincanglah di parlimen, bukan di stadium!!  Bab nak menegakkan hukum Islam ni orang Melayu (Islam)  dah tentu sokong, tak payah nak berarak di stadium, bincang terus di parlimen bersama AP muslim mahupun bukan muslim. Perjuangan melaksanakan hukum Islam yang dibawa oleh Ahli Parlimen PAS sebelum ini sering di bantah oleh wakil2 Umno. Bila mereka ni nak buang perangai buruk itu entahlah!

Justeru apabila perjuangan menentang murtad oleh Umno melalui NGO mereka,  dibuat di stadium,  nampak sangat kebengapan  dan kebangangnya mereka. – tindakan mereka menyerlahkan lagi sikap hipokrit, mengada-ngada, mencari publisiti murah  dan yang paling penting ialah nak menarik sokongan orang Melayu yang dah banyak benci dengan Umno dan kerajaannya.

Berbalik kepada  isu “seksualiti merdeka ini” .  Kerajaan Umno Bn seolah-olah baru terkejut dari mimpi, setelah melihat banyak bantahan dari rakyat.  Amat dikesali apabila perhimpunan songsang yang nak dilancarkan pada 9/11/2011 ini mendapat sokongan  segelintir badan NGO,  Amat tidak wajar juga apabila aktiviti tersebut  telah disokong oleh  Majlis Peguam Negara yang diketuai oleh S.Ambiga.   
Dan lebih malang, anak bekas Perdana Menteri sendiri Marina Mahathir yang beragama Islam turut serta sebagai penyokong kuat perhimpunan “seksualiti merdeka” (seks bebas tanpa mengira jantina)

Tun Mahathir yang kononnya bekas pemimpin Islam, bekas perdana menteri yang beragama Islam,  bekas pemimpin Malaysia yang kononnya sebuah negara Islam hari ini menunjukkan sikap hipokritnya sekali lagi. Semasa pemerintahannya dulu dia halalkan arak dan judi,  hari ini,... mari kita dengar kenyataannya berkaitan seksualiti merdeka – cakap tak serupa bikin !

Ini petikan ulasan Dr.Mahathir mengenai Seksualiti Merdeka 2011,
"Saya tidak fikir kita perlu perkara seksualiti ini. Ia harus diharamkan. Itu pun kebebasan bersuara perlu ada had. Kita mesti ada peraturan berkenaan konsep perkahwinan, konsep keluarga dan perlu pegang kepada nilai-nilai mulia yang kita amalkan sekarang," katanya. – BERNAMA

Oleh : rahimothman

Rabu, 2 November 2011

JAIS patut tukar JAIUM (Jabatan agama Islam Umno)

Pemberi tazkirah diburu, pembuat maksiat dibiar berleluasa !

 

Jiwa dan roh Umno sudah sekian lama berada dalam JAIS sebab itu setiap tindak-tanduk JAIS mesti menguntungkan Umno.

 

Maka selagi JAIS bertuankan Umno selagi itulah sukarnya dakwah Islam berkembang di Selangor. manakala pelaku-pelaku dan pejuang maksiat lebih selesa dan bebas diluar sana jika dibandingkan dengan pendakwah atau pemberi tazkirah

 

JAIS / Jabatan Agama Islam Selangor patut sangat ditukar kepada JAIUM – Jabatan Agama Islam Umno.  agar seluruh rakyat Islam Selangor tidak lagi tertanya-tanya dan keliru setiap kali mereka bertindak atau menguatkuasakan undang-undang.


Terbaru, Bob Lokman bekas artis yang telah meninggalkan dunia glamour dan terjun kedalam perjuangan menegakkan Islam khabarnya mahu dikejar oleh JAIS. Bekas artis itu mahu ditangkap kerana didakwa telah memberi tazkirah tanpa tauliah. Awas cikgu-cikgu dan ustaz di sekolah, atau dipusat pengajian. Elakkan diri anda dari diburu dan ditangkap !. Nampaknya bercakap pasal video seks atau perkara-perkara maksiat lebih selamat daripada bercakap soal kebaikan!!!

Apa nak jadi kerajaan Islam ala Umno ni?  Mereka mahu bikin dunia Islam di bumi Malaysia ni jadi terbalik ! Buat kerja baik sekadar memberi tazkirah mesti  ada permit / tauliah.  Kalau tidak anda akan dikejar hingga kelubang cacing,  anda boleh dihukum penjara atau denda, melainkan anda memiliki kad keahlian Umno.

Oleh : rahimothman

Selasa, 1 November 2011

Apa jasa mereka, mudahnya mendapat senator?


Di manakah kedudukan ahli-ahli atau pemimpin Umno yang benar-benar jujur memperjuangkan parti, atau pernah berjasa kepada  bangsa dan Negara ?  Jawapannya tiada ! 

Pemimpin atasan Umno tak pandang sebelah mata pun. melainkan sifat mengampu mereka betul-betul ditonjolkan, sebagaimana yang telah dibuat oleh senator-senator kangkong terdahulu seperti Dr.Mashitah, Jamil Khir,  dan Ezam Mohd.Nor.

Hidup bernaung di bawah parti Umno cukup mudah. Untuk mendapat jawatan Senator tak perlu menabur jasa kepada masyarakat, bangsa dan Negara. 

Memadailah dengan mengampu pemimpin Umno dan kerajaan,  kemudian , kutuk habis-habisan pemimpin dan parti pembangkang. Inilah lah yang telah dilakukan Ezam hingga melayakkan beliau menerima jawatan tersebut.  Terbaru khabarnya, Nalakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dan akan mengangkat sumpah tak lama lagi. Tak sia-sia dia mengutuk DS Anwar dan parti PKR selama ini.

Oleh : rahimothman