Isnin, 5 Disember 2011

BILA KETUA WANITA MELENTING !!,…


Semasa ucapan diperhimpunan Agong Wanita Umno kelmarin Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil kelihatan begitu marah sekali !  sambil menafikan penglibatannya dengan isu NFC.  Marah pun marah lah dato’  !,  tapi janganlah sampai nak tayang aurat dan tayang barang kemas !! cukuplah sekadar tayang jambul !

 
Menteri kesayangan PM yang suka tayang jambul ini marah sungguh kat Pakatan Rakyat kerana menuduh dan mendedahkan yang beliau ada kaitan  dalam penyelewengan projek NFC kendalian suaminya yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 juta. Sayang!, dia hanya berani kepada pembangkang, dan tak berani marah pada Ketua Audit Negara yang awal-awal lagi telah mendedahkannya? Sama ada Dato’ dipihak yang benar atau sebaliknya,.. sama-samalah kita tunggu!. Ini tiga rangkap pantun buat Dato’,..


Jambu delima dimakan enak   
Buah teratai  idaman teruna
Lembu betina dah naik minyak
Hujah bersepai entah kemana

Pergi bercuti  ke Tasik Puteri
Teman bersantai puteri lilin
Berhati-hati wahai mak menteri
Jangan sampai terselak kain

Berdagang nakhoda menempuh lautan
Membawa selasih bersama longan
Orang dah kata letaklah jawatan
Kenapa masih nak bersenseng lengan?

Oleh : rahimothman


Ahad, 4 Disember 2011

Rosmah kata jangan percaya berita di internet ..

Dasar Umno,.. suka menjilat ludah


Dalam ucapan penutup Perhimpunan Agong Umno kelmarin Najib  berkata perhimpunan kali ini telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Ha ! tu dia, !   dulu mengejek PAS,  sekarang kenapa nak ikut apa yang PAS dah buat? PAS istihar kerja lima hari seminggu, Umno ikut !,  PAS beri cuti bersalin dua bulan Umno ikut !   PAS perkenal  cuti hari minggu pada hari Jumaat  bila pula Umno nak ikut ??

Oleh : rahimothman

Sabtu, 3 Disember 2011

Wow !! cepatnya mamat ni buat kenyataan


Pelik, tapi benar !! Belum apa-apa si mamat ni  (Datuk Seri Khalid Abu Bakar- Timbalan Ketua Polis Negara )  dah buat kenyataan,  yang bermaksud seolah-olah Dato’ Seri Shahrizat tak bersalah. (merujuk isu NFC)

Menurut beliau berdasarkan siasatan awal polis,.. tiada bukti berlakunya  jenayah pecah amanah dalam projek lembu NFC seperti yang dilaporkan !  Wow ! cepatnya polis bertindak!  Hari ini siasat, esok lusa dah keluar keputusan, walhal siasatan baru diperingkat awal.  
 
Kenapa dalam kes yang melibatkan pemimpin Umno nama pemimpin itu perlu dibersihkan segera tanpa menunggu siasatan yang lebih lanjut?  Tentu ada udang disebalik mi !  dan seluruh rakyat Malaysia pun dah tahu !!  . kan sekarang ni sedang berlangsung Persidangan Agong Wanita Umno? Nama pemimpin itu perlu dijaga demi kepentingan Umno, tetapi mampukah bangkai gajah nak ditutup dengan nyiru?.

Lain pula dengan kes yang satu ni.  Hasil siasatan mengenal pasti  siapa pelakun lelaki dalam video seks yang kononnya mirip DS Anwar  sampai la ni tak keluar-keluar. Begitulah cekap dan taatnya pihak PDRM berkerja.  Umno suruh cuci jamban,.. cuci,  Umno suruh cium taik,.. cium !!

Nampaknya sia-sia sajalah segala pendedahan yang telah dibuat!  Bertuahnya menjadi orang penting dalam Umno. Segala kesalahan jenayah sama ada jenayah civil atau jenayah komersial begitu mudah ditutup,. janji taat kepada pemimpin nombor satu !

Oleh : rahimothman


Jumaat, 2 Disember 2011

Isu lembu : Perjuangan Shahrizat kerana agama?


DI DALAM UCAPAN SEMPENA PERSIDANGAN AGONG WANITA UMNO SEMALAM MENTERI WANITA INI BERUCAP DENGAN LANTANG, BERNADA MARAH DAN PENUH EMOSI.  BELIAU KELIHATAN MACAM LEMBU NAIK MINYAK,  BEGITU JUGA WANITA-WANITA PERWAKILAN DI SEKELILINGNYA !

ANTARA LAIN  KATANYA,..   ISU LEMBU YANG MELIBATKAN WANG RAKYAT RM250 JUTA TIADA KENA MENGENA DENGANNYA !  PERJUANGAN BELIAU ADALAH UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

INI BEBERAPA SOALAN,  PENULIS TUJUKAN KEPADA BELIAU,…

1.    Apakah suami dan anak-anak dato’ yang mengusahakan projek lembu “fidlot” itu langsung tak ada kena mengena dengan dato’ ?
2.    Bolehkah suami dan anak-anak dato’  memperolehi projek itu,  jika dato’  sendiri bukan seorang menteri?
3.    Dato’  seorang menteri Islam,  perjuangan dato’ semata-mata kerana agama konon !  bermakna dato’ nak memperjuangkan Islam !,  bagus lah tu!,  tetapi soal menutup aurat yang kecil pun dato’  tak boleh selesai,  apa nak diharap kepada perkara yang lebih besar?
4.    Apa kaitan selewengkan RM250 juta dengan perjuangan Islam dato?
5.    Apa kaitan selewengkan RM250 juta dengan perjuangan untuk bangsa dan Negara dato’ ?
6.    Apa kaitannya isu lembu ini dengan wanita Umno?  sehingga dato’ seolah-olah meminta sokongan dan simpati dari  ibu-ibu dan seluruh isteri perwakilan Umno?

Oleh : rahimothman