Rabu, 4 Januari 2012

Jangan layan lagi cakap-cakap Melayu celup ni !!


Mamat ni lebih sesuai duduk dalam Umno

Mamat yang punya nama Melayu tetapi rupa tak berapa nak Melayu ini dulu bukan main lagi,  hebat !  gamat !. Setiap patah perkataannya pasti menikam tepat kebadan UmnoBn, Tindak-tanduknya solid pro refomasi.  Dialah hero,  dialah menjadi penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Itu cerita lama,.. tetapi la ni semangat yang berkobar-kobar dulu dah jadi hangat-hangat taik ayam !!  Semangatnya yang segar mekar dulu dah jadi pekasam busuk yang menunggu masa untuk dibuang kelongkang!. . Sifat dan pendiriannya dah banyak berubah, dah terbalik 180 darjah.

Barangkali dia serik menjadi penyokong Pakatan Rakyat kerana tak dapat habuan, perut kempes,  wang panas yel lek!  Orang semacam ini memang satu kepala dan satu perut dengan Ezam M.Nor, Zulkatak Nordin dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

 
Melalak dan buat kenyataan dari jauh,… macam anjing menyalak bukit !

Dia ni lari meninggalkan Malaysia dengan alasan mengelak dari buruan polis Umno,  namun hakikatnya dia senang ditempat orang kerana ada tangan-tangan ghaib yang membantunya. Biarkanlah dia enjoy!  bebas dan seronok diperalat oleh Umno, agen Umno atau kuncu-kuncunya. Biarlah dia menjadi gergaji dua mata kalau itu adalah sumber untuk dia terus hidup.

Terbaru,.. dia kondem Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,…. kononnya dalam kerajaan Selangor hari ini rasuah masih berleluasa !  Waduhh ! mudahnya dia mendakwa ! Menuduh tanpa fakta dan bukti memang senang sesenang menangkup dua bibir. Tuduhannya langsung tak lojik dan tak masuk akal jika melihat apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dah buat selama ini. Ini sedikit nota peringatan untuk perbandingan,..             1. Kerajaan UmnoBn – Isu rasuah PKFZ,  Isu rasuah Khir Toyo,  Isu rasuah NFC dan banyak lagi,..
2. Kerajaan Pakatanj Rakyat -  kes rasuah belum ada lagi,…

Bolehkah kita percaya cakap-cakap si mamat ni yang hidupnya umpama lalang? Boleh melentuk kekiri,  boleh. melentuk kekanan. boleh kedepan dan kebelakang?  Bolehkah kita percaya orang yang kita tak pasti agama dan pegangan hidupnya ?. Pastikah kita,.. orang ini masih kaki tunggang  (botol) atau dah berhenti?  Masih banyak yang tak pasti tentang mamat bernama Raja Perta Kamarudin ini,

Maka ada baiknya Pakatan Rakyat jangan layan kerenah orang yang hampir tak siuman ini!, persetankan saja! jangan ambil pusing!   buang masa – buang air liur !!  Kalau dilayan akan menjadi-jadilah dia !

Oleh : rahimothman


Selasa, 3 Januari 2012

Bekas orang kuat Umno masuk DAP


Menurut sumber yang boleh dipercayai,  dua bekas orang kuat Umno Pahang baru-baru ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana telah memilih DAP sebagai wadah perjuangan. 

Mereka ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias.  Jika berita ini benar,…sah Umno menerima satu lagi tamparan,  kalau pun tak menyebabkan pitam, setidak-tidaknya pening –pening lalat !

 
Di bawah ini ialah beberapa  kenyataan Mohd Ariff Sabri berhubung dengan penyertaan beliau ke dalam DAP.  Petikan – Keadilandaily

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” .

“Perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka”.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno”.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. sedangkan DAP membenci ciri-ciri ini,” .

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” tanya - Keadilandaily

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

oleh : rahimothman


Isnin, 2 Januari 2012

Kenyataan lapok MB Adnan Yakob

“Anwar tidak perlu mengheret rakyat dalam soal peribadi beliau.  Kempen “Bebas Anwar 901” boleh mencetuskan huru-hara dan memberikan kesan buruk terhadap keamanan, politik, sosial dan ekonomi negara,”
“ Anwar  perlu menghormati keputusan yang akan dibuat mahkamah pada 9 Januari ini kerana keputusan perbicaraan itu berdasarkan bahan bukti kukuh yang dikemukakan di mahkamah.”
"Anwar boleh membuat rayuan jika keputusan hakim nanti tidak memihak kepadanya,” 

Wahai Adnan Yaakob MB Pahang yang dah kotai,..patutnya dah letak jawatan tapi masih kemaruk nak pegang lagi !!   Ini komen teman terhadap kenyataan datuk mengenai isu Anwar,….

Najib dah heret pun Ketua Hakim dan peguam pendakwa,  ..maka apa salahnya Anwar heret rakyat pulak? Bukankah Anwar itu pemimpin?, bukankah pemimpin itu hak rakyat?  Pemimpin kerjanya membela rakyat dan sudah semestinya lah rakyat pula  menyokong pemimpin. Justeru turunnya Anwar ke padang meminta sokongan rakyat  adalah sesuatu yang wajar. Ia tidak melanggar hukum syarak dan tidak melanggar undang-undang Negara.  Yang tidak wajar dan telah merogol undang-undang Negara ialah Najib,.. kerana beliau telah mencucuk hidung tuan hakim semahu-mahunya!                                                                                                  

Berbalik kepada nasihat datuk untuk Anwar,…Kalau datuk nak tahu,… ini bukan soal peribadi Anwar semata-mata seperti yang datuk dakwa, ,,tetapi ini adalah perkara yang jauh lebih besar,.. ini soal maruah seorang Islam dan soal keagongan Islam itu sendiri. Memfitnah dan menzalimi Anwar bermakna Umno telah menzalimi dan menghina Islam.  Dalam Islam fitnah adalah satu dosa besar!  Dan apabila UmnoBn yang mengaku Malaysia sebuah negara  Islam,  tetapi tidak mengadili kes Anwar mengikut perundangan Islam,  salahkan rakyat memprotes? Salahkah rakyat menyokong Anwar?  

Selama ini Umno fitnah Anwar,  kemudian pertikai peribadi Anwar, buruk-burukkan Anwar dengan berbagai cerita rekaan dan palsu. Tujuan lain tak ada melainkan nak mengaib dan menghancurkan masa depan politik Anwar. Rakyat tahu ini semua!.  Bodohlah rakyat Malaysia kalau tak boleh mengenali perbuatan baik dan perbuatan jahat mainan Umno !  Berdasarkan perjalanan kes liwat 2,  sah ! Najib telah berjaya membina satu konspirasi peringkat tertinggi untuk membunuh karier politik DS Anwar Ibrahim…. Itu perancangan mereka,.. dan Allah juga ada merancang. Sudah pasti perancangan Allah adalah yang lebih baik.

Sebagai rakyat yang ingin hidup aman harmoni,  perbuatan zalim dan jahat tajaan Umno ini,  mesti ditentang habis-habisan. Hanya orang-orang yang bodoh dan sombong serta berhati iblis saja mahu melihat perkara ini terus berlaku. “ANWAR TERPENJARA ATAU TIDAK,,, TIADA KEMENANGAN BUAT UMNO”

Oleh : rahimothman

Ahad, 1 Januari 2012

Polis serang UPSI

 
Kasihan pelajar UPSI,!…Mereka hanya berdemo kerana menuntut sahabat mereka Adam Adli dibebaskan dari sebarang tuduhan,  namun  polis telah datang ke UPSI dan memberi amaran kepada mereka agar bersurai. Selepas amaran tidak dipedulikan oleh pelajar,  sepasukan polis dengan siap berunifom ini seperti biasa telah bertindak dengan rakus, menyerbu kearah pelajar. Lagak mereka ialah datang dan serang!  maka berlaku pergaduhan kecil dan ada yang ditangkap,  tetapi yang menyedihkan, dua pelajar diberitakan mendapat kecederaan dan dibawa kohospital.

Inilah kisah pelajar tak serang polis,.. tetapi polis serang pelajar !..Pelajar tak ancam keselamatan orang ramai,  polis pula yang bertindak sebaliknya! .  Polis seolah-olah ghairah bertindak,… mungkin  dah lama tak keluar peluh, dan tidak mahu dianggap makan gaji buta,  maka ketaatan kepada sang penguasa mesti dilakukan.

Oleh : rahimothman

Lembu kondo nak nasihat Anwar ?


Siapa Zahid Hamidi  nak menasihati Ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim? Sepatutnya Zahid sendiri yang perlu banyak menerima nasihat dari Anwar. orang yang pernah menjadi sifunya satu masa dulu,..bukan sebaliknya.

Pemimpin bijak pandai dikalangan UmnoBn mungkin dah pupus. Kalau ada saki baki pun mungkin setaraf dengan ranting-ranting kering yang menunggu reput.   Oleh kerana sudah tidak ada lagi pemimpin berkalibar dan berkualiti maka si Zahid pun menyangka dialah  satu-satu Naib Presiden  Umno yang ada kelas.  lalu dia dengan sombong cuba menasihati  Anwar 

Datuk Zahid rupa-rupanya terlebih perasan,.. dirinya sendiri pun tak betul dan bosnya Najib juga banyak buat yang tak betul,  ada siapa yang peduli?  Ada sesiapa sanggup beri nasihat? Pernahkah Zahid beri nasihat pada Najib?  Biasanya pemimpin Umno suka tunjuk pandai, bercakap ikut syok sendiri,  begitulah juga Zahid.   Teringat saya  penjelasan Zahid dalam satu forum anjuran RTM  -  tentang  sumpah laknat,   Antara lain kata Zahid,… bersumpah laknat  itu hanya boleh dilakukan setelah mahkamah Syariah membicarakan tertuduh,….  tetapi Zahid mendiamkan diri apabila isu sumpah Saiful hangat diperkatakan.(merujuk kes liwat 2)   Disitulah flip-flopnya Zahid !

Semalam dalam satu kenyataan Datuk Zahid telah menasihat dan mengingatkan DS Anwar supaya menghormati sistem perundangan negara dan tidak mengheret rakyat untuk terlibat dalam kes berkaitan peribadinya .   Kenapa pula datuk tidak nasihatkan Najib  yang terang-terang telah  mengheret ketua hakim dan seluruh peguam pendakwa berpihak kepadanya?  Apa bezanya mengheret rakyat dengan mengheret hakim?  Kalau datuk tak tahu bezanya,.. samalah datuk dengan lembu kondo belaan Shahrizat !! atau datuk telah melebel diri datuk sebagai biawak lidah bercabang !

Datuk seorang menteri,…tetapi tidakkah datuk sedar,  datuk membeli kapal selam pun kena tipu? Datuk beli kelengkapan perang untuk ATM juga mentah-mentah kena tipu,… Kemudian enjin kapal terbang kena kebas didepan mata pun datuk tak tahu,   Alahai !! bijaknya seorang menteri !!  Lembu-lembu fidlot Shahrizat tentu ketawa besar melihat gelagat datuk.   Cermin-cerminlah diri datuk,  tengok setiap sudut kut kut ada kurap disana sini.

Oleh : rahimothman