Jumaat, 8 Jun 2012

Nizar vs Sultan Johor : Sah,.PDRM ikut telunjuk Umno !!


Akhir-akhir ini kecoh pasal isu Nizar dan Sultan Johor. Dato’ Seri Nizar Jamaludin bekas menteri Besar Perak kononnya telah menghina dan menderhaka kepada  sultan Johor.

Beliau sebenarnya hanya memberi pandangan atau komen di twiternya tentang ketidakwajaran sultan berbelanja sebanyak RM520,000 semata-mata untuk memenangi bidaan nombor WWW1 .

Yang peliknya polis tidak mengambil apa-apa tindakan kepada akhbar Kosmo yang telah terlebih dahulu memberi kenyataan atau mesensasikan berita itu sebelum Nizar memberikan komennya.  Bayangkan !  dalam tempoh hampir dua bulan, akhbar Kosmo  telah memainkan isu ini termasuklah dua daripadanya gambar kartun. Kesemuanya seolah-olah membuat sindiran terhadap Sultan,  namun tidak langsung diambil peduli oleh PDRM.  PDRM bagaikan gulungan yang tak pernah membaca surat khabar, melainkan twiter.

Ini menggambarkan PDRM mengambil tindakan secara berpilih-pilih. Sikap memilih bulu ini memang sudah lama berlaku dalam PDRM dan polis jangan menganggap orang ramai pekak atau buta. Orang ramai tahu polis sering berpihak kepada Umno,  orang ramai juga tahu bahawa Kosmo adalah milik Utusan dan Utusan pula milik Umno. Sampai bila polis mahu membiarkan Umno mencucuk hidung mereka?  sehinggakan polis tidak mampu bertindak  mengikut kewarasan sendiri !.

Polis seharusnya melaksanakan tanggung jawabnya untuk seluruh rakyat Malaysia,.bukan untuk Umno. Adalah tidak adil hanya bertindak terhadap Dato’ Seri Nizar, sedangkan Kosmo dibiarkan memainkan isu ini semahu-mahunya. Berlaku adillah wahai polis Malaysia,..jangan sampai rakyat Malaysia melebelkan polis Malaysia sebagai polis Pak Turut !  Mengganas macam singa!  Membodohkan diri macam lembu!
Sedarlah!  bahawa ketidakadilan itu satu kezaliman !!

Oleh rahimothman

Khamis, 7 Jun 2012

TERDESAK BENAR PM KITA !!

Seluruh media cetak dan elektronik, terutama RTM TV3, Astro dan surat khabar telah digunakan oleh Najib untuk menaikkan imejnya yang telah menjunam begitu teruk sekali,  namun rupa-rupanya itu belum cukup !!

Begitulah terdesaknya Najib, hinggakan pada tin minuman pun diletakkan gambarnya, dengan harapan rakyat akan menyayangi dan meminatinya kembali.  Tetapi mahukah rakyat menyukai seorang PM yang bersekongkol dengan pembunuhan Altantuya? Mahukah rakyat menghormati seorang PM yang bermulut 
celupar dengan menuduh rakyatnya haram jadah? Mustahil !! rakyat bertambah meluat lagi ada ! 

Teman cadangkan tampallah banyak-banyak gambar Najib pada dinding bas dan teksi,.  bot-bot nelayan dan tongkang yang ada di seluruh negara.  Kalau boleh pada kereta lembu dan kereta kuda juga jangan lupa !! biar Najib betul-betul puas hati!!!

Oleh : rahimothman

Jahil, Bangang dan Jahatnya Blogger Umno


Semoga ke api neraka lah hendaknya blogger laknat ini
 
Sudah tentu blogger yang memalsukan gambar Nik Aziz ini berniat jahat !  nak memalukan TG Nik Aziz, parti PAS dan juga agama Islam itu sendiri. Orang PKR mahupun DAP tak mungkin membuat kerja ini.   Sah, ini kerja blogger Umno atau pro Umno. Mereka ini seolah-olah berbangga dengan kerja jahat mereka !  Mereka ingat Allah tak nampak apa yang mereka buat,  mereka ingat hidup ini takkan mati !  walhal mati itu pasti, alam kubur itu pasti, alam akhirat itu pasti, balasan jahat masuk neraka itu pasti,  balasan baik masuk syurga juga pasti!.

Tetapi apa boleh buat!   mereka memilih jalan yang sesat !,  tidak mahu memilih jalan kebenaran ! Mereka sanggup ditipu oleh kejahilan diri sendiri !! Kasihan mereka ini !  Selagi mereka tidak meminta maaf dari orang yang punya diri (TG Nik Aziz) selagi itulah mereka menanggung dosa ! maka menjadi habuan api nerakalah jawabnya!  TG Nik Aziz dan PAS  tak rugi sekelumit pun!!  

Oleh : rahimothman


HASAN ALI DULU DAN SEKARANG !


Dulu tokoh motivasi disegani,.. kini ,… nak cakap pun malu !!!
 
Jelas sekali....ceramah Dr Hasan Ali pejuang akidah nombor satu di Selangor dan Malaysia semakin tidak mendapat sambutan dari orang ramai. 

Terbaru ialah ceramah beliau di Padang Awam Selayang Indah,  berhampiran Pasar Borong Lama, Selayang pada 5 hb Jun 2012 kelmarin,  dimana kerusi-kerusi kosong lebih banyak dari manusia.

Sebenarnya orang ramai sudah semakin mengenali siapa Hasan Ali ini!  Di awal penyingkirannya dari PAS dulu  beliau telah mencanangkan semangat dan bangganya kerana berjaya mengepalai sebuah NGO yang ditajanya sendiri - bernama JATI (bukan beras kampit JATI).
 
Matlamat penubuhan kononnya nak memperjuangkan akidah umat Islam, tetapi akhirnya tak kemana !, lingkup!. Kisah video murtad yang dibangganya juga hilang lenyap,  tidak dilunaskan. Inilah akibat, kalau buat kerja dengan tidak ikhlas.

Dr Hasan Ali silap besar !  Dia sangka dia masih hebat!  sedangkan zaman beliau menjadi idola sudah berlalu,.Kini beliau seorang manusia hipokrit yang sanggup memperalatkan Islam untuk tujuan politik jumudnya. Dalam diam-diam dia memilih pentas Umno dan PERKASA untuk berceramah, namun tak pernah nak mengaku yang beliau telah bertuankan Umno.  Nilai dan akhlak seorang muslim yang ada dalam diri Hasan rupa-rupanya sudah lebur   menjadi abu !!  apa lagi nak memperjuangkan akidah seorang Islam yang lain? Tak masuk akal langsung!.

Apa Hasan buat waktu ceramah?
Maka setiap kali dan dimana saja beliau berceramah,..kutukan dan fitnahnya terhadap pemimpin dan perjuangan Pakatan Rakyat terutama PAS, pasti terkeluar dari mulutnya. Hujjahnya lebih fokus kepada membelasah Pakatan Rakyat dengan menghasut rakyat supaya jangan beri satu undi pun kepada PR pada PRU 13 nanti.

Walaupun dia tak pernah kata sokonglah dan undilah BN, tetapi rakyat tahu itulah maksud beliau. Dengan ini disedari atau tidak, Hasan telah memaparkan sikap  tidak gentlemannya. Bercakap pasal gentleman,  teringat pula Rais Yatim menteri penerangan. Bagi si Rais ni -  menipu, berpura-puraan dan bersikap penakut  itulah gentleman !, sebagaimana takutnya beliau memberi ruang kepada pembangkang bercakap diTV !!  Bongok dan bangang punya menteri. (merujuk kata-kata beliau menyuruh Anwar bersikap gentleman)

Berbalik kepada kisah Hasan Akidah anak Ali.  Alasan kononnya beliau mahu memperjuangkan akidah,hanya indah khabar dari rupa,..cakap tak serupa bikin!!  Dalam isu terbaru, perbuatan yang memalukan,. dimana penyokong Umno beragama Islam telah membuat tarian punggung di depan rumah orang bukan Islam, kenapa Hasan seorang pejuang akidah tidak menegur? Kenapa Hasan menyorokkan muka? Malu atau tak berani nak komen? 

Begitu juga dalam isu paling terkini,..tarian k-pop separuh telanjang yang disajikan oleh Shabery Chik kepada belia Malaysia baru-baru ini,.. Hasan Ali  terus menikus.  Mendiamkan diri dan tidak menegur sesuatu kemungkaran yang berlaku didepan mata, samalah dengan sikap yang diamalkan oleh kebanyakan ustaz dan ulamak Umno..

Oleh : rahimothman




Rabu, 6 Jun 2012

Gentleman dari kacamata seorang menteri tua


Kenapa Rais kata Anwar tidak gentleman? Setelah dikaji dan diteliti rupanya ini alasan Rais,…

1.    Anwar tidak gentleman kerana -  tidak melawan semasa dipukul oleh Rahim Noor KPN, sewaktu di penjara dulu,.. sedangkan Anwar diikat dan ditutup mata,.. namun Rais mengaku beliau telah melepaskan ikatan tangan Anwar pada ketika itu. Kah!, kah! kah!
2.    Anwar tidak gentleman kerana - beliau dan penyokong-penyokongnya tak berani buat senaman punggung di depan rumah Najib sebagaimana orang Umno telah buat depan rumah Ambiga.

3.    Anwar tidak gentleman kerana - tidak berani bercakap di depan media arus perdana untuk memberitahu rakyat apa yang Pakatan Rakyat dah buat dan apa lagi yang Pakatan akan buat untuk rakyat Malaysia,  sedangkan sesaat pun Rais tak pernah beri kesempatan kepada Anwar atau mana pemimpin pembangkang untuk bercakap dalam media arus perdana,  tapi Rais kata dia pernah beri peluang,  Anwar yang tak mahu!. Kah! Kah, kah!

4.    Anwar tidak gentleman kerana  - semasa himpunan BERSIH 3,  mereka membawa parang, lembing dan buluh runcing  untuk berdepan dengan polis yang tidak bersenjata,..hakikat sebenar peserta BERSIH 3 hanya membawa tangan kosong dan air kosong.

5.    Anwar tidak gentleman kerana –  kerana hari-hari menjelajah kessluruh negeri dan daerah untuk  mengajak rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Barisan Nasional, sedangkan Najib tak berkesempatan buat macam dia, kerana dok memikir Scopene, Altantuya dan mahkamah Perancis.!  Lagi satu katanya Anwar boleh dikenakan tindakan di bawah akta hasutan kerana memecahkan perpaduan orang Umno !,..kah! kah! kah!

Oleh : rahimothman

Setiap yang baik dari PR, Umno kata,…jangan sokong


Sejak mula memerintah negeri Selangor, Pakatan Rakyat bertekad mahu  merakyatkan ekonomi negeri Selangor, yakni mengagihkan keuntungan secara adil -  Umno Selangor kata, jangan percaya!, Pakatan Rakyat menipu !
Kerajaan Selangor nak beri air percuma kepada seluruh rakyatnya. Umno Selangor kata -  jangan percaya, mustahil PR boleh buat!

Kerajaan Selangor beri bantuan khas kepada warga emas, khairat kematian percuma dan tubuhkan TAWAS (tabung warisan anak Selangor) -  Umno Selangor perlekeh, jauh sekali untuk  menyokong. Banyak lagi bantuan dan kebajikan yang telah diberi oleh kerajaan Pakatan kepada rakyatnya namun Umno Selangor tetap kata,.. jangan percaya, jangan sokong.  
 
Pemimpin Umno mengajak rakyat berfikiran bodoh dan kuno macam mereka, tetapi. mujurlah orang Selangor bersikap dinamik, berfikiran terbuka, dan mahukan perubahan!

Sudah empat tahun Umno Selangor terlepas kuasa dari tangan,  kini mereka terkapai-kapai, macam anak babi tercampak dalam sungai. Semasa mereka memerintah dahulu, mereka berlumba-lumba mengisi temolok sendiri. Mereka mabuk  mengumpul harta dan kekayaan,.  sampaikan Menteri Besar mereka tercekik kerana tertelan wang rasuah yang begitu besar pun mereka masih belum sedar !  Masih ingin merayu,  agar rakyat Selangor memberikan mereka kuasa sekali lagi.

Kerajaan Pakatan Rakyat  wajar berterima kasih kepada UmnoBn Selangor kerana perbuatan-perbuatan buruk merekalah telah menyebabkan Pakatan Rakyat menjadi sebuah kerajaan yang terbaik, telus dan bersih. Lihatlah kestabilan dan kekukuhan kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Dan telah diakui, Selangor dan Pulau Pinang menjadi negeri yang terbaik dan terkaya di Malaysia.

Terbaru,. kerana mahukan yang telus dan bersih,..maka  Kerajaan Selangor bercadang nak buat soal selidik berhubung soal pengundi dan pengundi baru di Selangor, supaya yang kurang jelas diperjelaskan,  yang tidak bersih mahu dibersihkan! .  Yang ini pun orang kuat Umno Selangor kata (gambar) ….rakyat Selangor jangan layan!   Punya le bebal hati Umno,  buruk dan busuknya tak berkesudahan!  

Sahlah sikap Umno selama ini!,.. mereka suka yang haram,  suka yang mungkar, suka yang tidak bersih (kotor!) Apa saja bentuk kebaikan dan kebajikan,  mereka tentang!  Jadi, kepada seluruh rakyat negeri Selangor, ayuh!! buatlah keputusan yang tepat. BERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAKATAN RAKYAT !

Oleh : rahimothman

Jalan terakhir Umno,.. timbulkan rusuhan !!


Itulah maksud disebalik kata-kata pemimpin mereka
 
Kita akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun (maknanya walaupun bertumpah darah) – itu kenyataan Najib tak berapa lama dulu.  
Pembangkang akan buat kacau bilau jika  kalah dalam PRU ini – kata Mahathir
Pembangkang akan timbulkan pertumpahan darah kalau kalah – kata Muhyiddin
Pembangkang akan tuntut kemenangan dengan cara kekerasan. - kata Rais Yatim
Pembangkang mungkin cetus huru-hara – kata Hisyamudin

……………Kita tunggu!, pasti akan ada lagi yang meluahkan kata-kata sebegini!..Gerak-geri dan lengguk mereka sama !, macam sekumpulan itik pulang petang,.. satu masuk kolam, semua terjun, satu naik kedarat semua ikut !!   Ada pula sesetengah pemimpinnya sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi,..kecuali menunggu saat dan ketika Umno dikapankan!!

Kasihannn!  Mereka gelisah dan ketakutan yang amat sangat. Mereka sendiri sudah dapat rasa mereka akan kalah dalam PRU ke-13 nanti. Jadi kenyataan-kenyataan mereka yang kedengaran  senada itu,  seolah-olah menyeru orang Melayu khasnya Umno agar bersedialah untuk berperang/ bertumpah darah!.

Seandainya  mereka menang dalam PRU nanti, mereka akan bersorak, kalau mereka kalah, sekurang-kurangnya mereka sudah bersedia untuk melakukan sesuatu yang tentunya akan menimbulkan ketegangan dan kacau-bilau. Inilah yang mereka mahu!   Ini lah maksud kata-kata Najib dalam satu perhimpunan tak lama dulu,.. yang berbunyi …”Kita akan pertahankan Putrajaya walau dengan APA CARA SEKALI PUN”  Dan akhirnya apabila rusuhan berjaya mereka lakukan,.. akta dharurat  akan menjadi senjata terakhir mereka untuk mempertahankan kuasa. 

 Oleh : rahimothman


Isnin, 4 Jun 2012

Mamat Jelobu ni mahu Anwar jadi Gentlemen?


Buta ke,. pekak badak? menteri yang hanya pandai cakap ni?
Rais anak Yatim mamat dari Jelobu ni, rupa-rupanya buta celik dan pekak badak, sebab itu dia tak tahu apa yang berlaku dikelilingnya. Anwar kena pukul semasa dalam penjara dia tak tahu!   Kawan-kawan Anwar ditahan bawah ISA dan dibelasah dia tak tahu!  Penyokong-penyokong Anwar dilanyak polis dalam demonstrasi dia tak tahu. 

Setelah Anwar hari-hari dilanyak luar dan dalam,.. tiba-tiba hari ini Rais menjadi seorang manusia yang sangat mengetahui apa akan berlaku. Anwar katanya nak rampas kerajaan secara paksa!  Anwar akan menggunakan kekerasan untuk mengambil alih Putrajaya.  “ Itu tak wajar ! Jadilah pemimpin yang gentlemen” katanya.  Nampaknya kenyataan beliau sama macam kenyataan  Mahathir dan Muhyiddin baru-baru ini. Dah tak ada idea nak cakap lalu di ciplaknya idea orang lain! walau pun idea orang lain itu sebijik macam kartun!  Itu sajalah tahap mentaliti pemimpin Umno. 
 
Dalam kepala mereka sarat dengan cerita-cerita rasuah, penyelewengan kuasa, bagaimana nak menipu,.  bagaiman nak cepat kaya dan yang paling penting juga ialah bagaimana mencipta fitnah, termasuk cerita liwat dan cerita video seks lucah!

Wahai anak yatim! Menteri yang dah bakar jambatan Pulau Pinang kemudian padam balik!  Kenapalah kamu jadi pekak dan buta dalam celik?.  Satu Malaysia,  malah satu dunia tahu siapa Anwar. Dia seorang pemimpin yang sangat berkarisma, dia sememangnya  sudah teramat gentlemen kalau nak dibandingkan dengan seluruh pemimpin Umno. Gentlemen macam mana lagi yang kamu mahu?  Adakah kalian meneruskan cerita-cerita busuk tentang Anwar itu gentlemen?, Adakah terus menyimpan dendam kepada orang yang kena fitnah itu gentlemen?

Kerabat-kerabat Anwar dalam PAS dan DAP juga rasanya cukup gentlemen. Selama ini yang tidak gentlemen dan nampak pondan ialah Najib dan kesemua pemimpin Umno. Pondan-pondan Umno inilah yang menyebabkan parti Umno dan BN semakin lemah, lembik dan tersungkur!!  Kalau Umno dah arwah nanti, agak-agaknya ilmu pengampu si Rais ini  boleh jalan lagi ke?

Oleh : rahimothman

Ahad, 3 Jun 2012

Debat : Najib takut,.Rosmah pula kata jangan !


Bagaimana pula dengan orang no.2 BN
 
Nampaknya cabaran Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak agar berdebat dengannya untuk menyelesaikan beberapa permasaalahan dan hala tuju Negara tidak berani disambut oleh Najib. Maka sahlah Najib seorang PM yang tak ada teloq,..  Najib jangan marah, kalau rakyat menuduhnya  bukan anak jantan!! 

Wahai Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin anak Yassin !! Apakah kamu juga sama dengan Najib?  Kalau kamu rasa nak jadi PM selepas ini tawarkanlah diri untuk menggantikan Najib berdebat dengan Anwar.  Kamu cabar Anwar,   ketua pembangkang yang amat dibenci oleh Umno itu,.. Kita pun nak tengok Anwar anak jantan atau tidak !

Selaku orang no.2 dalam BN ketika ini,  buktikanlah kamu lebih hebat dari Najib! atau lebih hebat dari Anwar?.  Jangan hanya menunjukkan berani di depan media !  Cakap bergegar-gegar !! tapi tak ubah macam ayam sabung  tunjuk lagak digelanggang sendiri!!

Rakyat nak tahu mike ada teloq ke tidak?   Kalau tidak,  tak usah beranganlah nak jadi PM.
Lagi pun teori  “RAHMAN”  akan menjadi kenyataan,  sebab tak ada apa-apa huruf selepas N (Najib) . Maknanya bakal PM akan datang  adalah orang lain !  Muhyiddin atau Anwar? Barangkali Mat Sembab ni pun tak berani  nak teka,  melainkan dia sanggup berdebat dengan Anwar gantikan Najib!

Oleh : rahimothman


Tuduh TG amal gaya hidup iblis !!! mamat mana pulak ni?


Untuk lanjut lihat sini -   http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XMvkU9Cmk5g

Timbul satu lagi jembalang! Sekaum dan sekerabat dengan  jin dan pelesit. Siapa sebenarnya dia ni wallahhualam!!
Macam muka tok mufti pun ada!  Betapalah celuparnya mulut si mamat yang pakai kupiah senget ini,  barangkali otaknya juga senget !

“Gaya hidup Nik Aziz ialah gaya hidup setan, gaya hidup dajal,  gaya hidup iblis !! bukan Quran”  itulah diantara kata-kata yang keluar dari mulut mamat berlagak ulamak ni.  Tak tahulah berapa agaknya Umno dah bayar! Mungkin cukup untuk makan setengah dekad.

Oleh : rahimothman

Sabtu, 2 Jun 2012

Shahrizat baru terselamat sebelah kaki!


Tak terlibat proses pemberian,..menyalahguna wang bagaimana? 

Kelmarin Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek bernilai RM250 juta  kepada syarikat NFC milik suaminya…  Aduhhh! Leganya ! mungkin begitulah  kata suara hati  Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Kalau SPRM dan kerajaan Najib nak paksa juga rakyat percaya bahawa Shahrizat tak terlibat dalam proses pemberian projek lembu bernilai 250 juta itu kepada suaminya,. ok tak apa lah !   Rakyat masih boleh terima yang Shahrizat tak lerlibat !!  tetapi mengapa pula SPRM tak sebut siapa yang terlibat? Peranan menteri yang berkenaan bagaimana?  termasuk peranan PM ?.  
 
Tetapi satu lagi persoalan penting meragukan orang ramai ialah,…setelah suami Shahrizat dapat projek itu lalu menyalahgunakan wang tersebut dengan membeli kondo, tanah,  itu dan ini yakni menyimpang dari projek lembu,.. apakah itu pun Shahrizat tidak tahu dan tidak terlibat?  

Setiap muslim semestinya kenal dosa pahala, halal dan haram
Wajarkah duit yang diberi oleh kerajaan untuk menternak lembu, dibelikan kondo dan lain-lain perkara yang tiada kaitan dengan lembu?  Bukankah itu satu bentuk penyalahgunaan wang rakyat? Tidakkah Shahrizat dan keluarga tahu,  itu juga satu penipuan? dan salah disisi undang-undang?

Mungkin Shahrizat terselamat dari dakwaan yang beliau terlibat dalam proses pemberian projek,  tetapi mungkinkah beliau selamat dari tuduhan terlibat sama menyalahgunakan wang projek tersebut. Penafian Shahrizat yang dia tidak terlibat dengan projek lembu suaminya adalah agak lucu dan tidak masuk akal. Shahrizat, suami dan keluarga tinggal sebumbung,. maka mana mungkin beliau tidak tahu atau tidak mengambil tahu langsung  hal ehwal kekuarga !  Membiarkan suami dan anak berbelanja sakan dengan hasil penipuan wang rakyat  adalah menggambarkan sikap tidak jujur, tidak amanah dan tidak bertanggung jawab?

Meletak jawatan menteri yang disandang memang satu tindakan yang wajar, tetapi keputusan Shahrizat mahu mengekalkan jawatan ketua wanita Umno pula amatlah tidak wajar. Ikan yang busuk di kepala pasti akan merebak kebadan dan ekor. Justeru kenapa Umno tidak melihat perkara ini sedalam-dalamnya? atau barangkali Umno sudah kepupusan pemimpin?

Dalam hal penyelewengan wang projek NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat ini, sepatutnya Shahrizat atau suami mesti memulangkan balik wang rakyat yang telah disalahguna itu. Kerajaan UmnoBn wajib menuntut kembali wang tersebut,.. janganlah kerana nak menyelamatkan kroni isu ini cuba disenyap dan dilenyapkan. .

Oleh : rahimothman



Jumaat, 1 Jun 2012

Zaman Singapura dilanggar todak dah berlalu !!

Kecuh satu Malaysia,.. yang buat kecuh faham-fahamlah ! siapa lagi kalau bukan orang-orang Melayu kuno yang berjiwa Umno, termasuk bloger dan media pengampu. Semuanya gara-gara teguran bekas menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin kepada Sultan Johor yang membazir berbelanja wang sejumlah RM520,00.00 semata untuk memenangi bidaan nombor pendaftaran kereta WWW1.

Menurut Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak tak kiralah sama ada baginda menggunakan wang rakyat atau wang dari poketnya sendiri, perbuatan itu tetap membazir. Sebagai pemimpin,.tak kira.menteri, raja atau sesiapa saja,  amalan membazir patutlah dielakkan. 
 
Dr .Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis dalam satu kenyataannya  menyifatkan teguran Nizar itu wajar,.. ia bukan satu penderhakaan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Nabi yang mak’sum pun boleh ditegur,  inikan pula manusia biasa!

Tidak wajar isu ini diperbesarkan,  namun media pro Umno seperti biasa pasti tak melepas peluang! Menghentam dan mengutuk pembangkang adalah wajib sebagai tanda  ketaatan kepada tuan mereka Umno,  lebih-lebih lagi  musim pilihanraya sudah terlalu dekat!

Pihak berkuasa juga sama, Disaat inilah mereka bertindak cepat dan cekap,.. mereka seolah begitu ghairah untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang, berhubung isu ini. Alasan mereka mudah – menderhaka atau melanggar akta hasutan, satu akta lapuk yang sentiasa digunakan oleh pemerintah untuk menyekat suara pembangkang!

Bercakap pasal derhaka atau menghina raja/ sultan, kalau nak dikira orang Umnolah yang banyak melakukannya,  tetapi tidak diambil tindakan. Contoh,.. Anwar Musa pernah cuba menggulingkan sultan Kelantan,.. orang Terengganu pernah mengejek sultan mereka binatang !  dan banyak lagi.  Apalah sangat teguran Nizar kepada Sultan.

Apa kerajaan Umno nak buat terhadap Nizar, nak hukum? Nak buang negeri/  atau nak campak kelaut?  Belajarlah dari sejarah masa lalu !  Takkan kisah “Singapura dilanggar todak” nak diulang kembali?  Cukuplah Hang Nadim seorang dicampak kelaut,..kononnya berdosa kerana memberi pendapat yang bernas!  untuk menyelamatkan negaranya!   Ini zaman kemajuan, zaman manusia semakin bertamadun,.. bukan zaman dulu-dulu lagi. Zaman Sultan zalim,.. sultan bodoh, sudah berlalu !!!

Oleh : rahimothman