Sabtu, 4 Mei 2013

Esok Mengundi : Jangan guna perasaan benci,,, kata penyokong tegar Umno…

Jangan membuat pilihan berdasarkan rasa kebencian dan marah.  Inilah ungkapan yang sering disuarakan oleh kebanyakan penyokong tegar UMNO. Terbaru pagi tadi 4/5/2013 di TV 9,  seorang bekas Ahli Parlimen @ seorang sejarahwan mengungkapkan kata-kata  yang sama. Tidak wajar kita melayani perasaan benci dan marah semasa mengundi,,, katanya.

Teman bukan seorang sejarahwan, bukan ahli politik dan bukan juga ahli agama. Teman hanya orang biasa, sama seperti hamba-hamba lain, yang diberi otak dan akal oleh Allah !.  Nikmat otak dan akal kurniaan Allah ini rasanya  cukup untuk membolehkan teman berfikir dengan waras,, agar dapat memilih halatuju kehidupan yang diredhai oleh Allah… bukan diredhai UMNO!  

Berbalik kepada soal perasaan,  seperti marah atau sayang,  suka atau benci !   Tidakkah semua itu milik Allah?  dan Allah anerahkan kepada hambanya?  Mahu tak mahu kita memang memilikinya. Kita berhak untuk  menyatakan rasa sayang,  kita juga berhak untuk meluahkan rasa marah atau benci kita kepada sesiapa pun !  Yang penting perasaan benci itu mestilah berlandaskan fikiran yang bersih, dan berpaksikan otak@akal yang Allah beri. Ingat !! Allah suka kalau kita benci apa yang Allah benci !!

Allah suruh kita jauhi dan benci  segala yang haram,  jauhi dan benci  perbuatan zina, benci arak & judi dan benci segala yang keji ! ….Sama juga dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan fitnah dan menipu.  Apakah kita dianggap bersalah, kalau  memiliki perasaan benci dan marah kepada UMNOBN? sedangkan mereka  begitu sebati dengan amalan-amalan kotor tersebut?   Ayuh, seluruh rakyat Malaysia !  Kita luahkan rasa kebencian kita terhadap UMNOBN,, dengan memilih dan memangkah calun-calun Pakatan Rakyat dalam PRU 13 esok !   -   rahimothman  

Khamis, 2 Mei 2013

Akibat angin PRU : “U Turn” memang telah diduga !

Tarik balik pengakuan bapa Saiful Bukhari akibat tekanan Umno

Sumber : KeadilanDaily     Saya ingin merujuk di sini kepada laporan media oleh En Azlan Mat Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari. Laporan media menyebut bahawa beliau menarik balik mohon maaf yang dibuatnya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut mengumumkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.  Kami ingin menjelaskan di sini bahawa En Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Permohonannya untuk menyertai KEADILAN belum pun diluluskan. 

Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa En Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya. Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.  Perkembangan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihanraya. Apa tah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik UMNO.

Beberapa hari sebelum ini En Azlan Mat Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari UMNO. Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin “penarikan balik” pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini.   -                         Dato’ Johari Abdul, :  Ahli Majlis Pimpinan Pusat

Rabu, 1 Mei 2013

Malaysia baru sedang menunggu kita !



Khalid ajak Najib debat


Sumber :  Sinar Harian.                                                                SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar sekali lagi untuk berdebat dengan PR Selangor semasa pembentangan laporan pencapaian sepanjang lima tahun pentadbiran negeri hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor menanti kehadiran Najib pada jam 10.30 pagi di pekarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.
 
“Saya dengan hati terbuka menerima cabaran Najib supaya membentangkan laporan pencapaian Selangor tetapi sehingga hari ini, saya masih belum menerima sebarang reaksi daripada beliau untuk berdebat dengan PR.  Saya dan rakyat Selangor menunggu kehadiran PM hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.  Beliau berkata, Najib dialu-alukan membawa bersama calon Menteri Besar, BN bagi membolehkan rakyat mengenali mereka.

Tobat Najib takkan berani. Sudah banyak kali Najib berjaya membuktikan yang dirinya adalah seorang pengecut.  Najib walaupun wajahnya kelihatan macam orang hebat, hakikatnya dia tidak begitu. Kalau sesama jantan,  dia hanya berani-berani anjing,, waktu kita diam dia menyalak sekuat-kuatnya Bila kita maju selangkah kedepan dia berundur dua langkah kebelakang, bila kita mengacah mengambil sesuatu dia terus lari lintang pukang.  Haha, hehe!!  Nampaknya Najib hanya berani tunjuk hero di depan wanita,,, itu pun selepas mereka bergelar lembu !!   Kah, kah, kah !!!