Sabtu, 8 Jun 2013

Parti tak halang pertandingan,, bertanding sajalah!

Sebelum ini ada saja sekatan atau halangan agar jawatan Presiden dan timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan hingga menyebabkan jawatan itu seolah-olah menjadi monopoli sesetengah individu atau kroni. Kenapa ini berlaku?.  Ini barangkali adalah mainan segelintir pengampu atau pak turut dalam parti.   Puak-puak ini sering berselindung di sebalik alasan “demi perpaduan” Mereka ini kalau boleh hari-hari berkokok dalam  media,  dengan harapan jawatan Presiden dan Timbalan tidak dicabar. Soal kredibiti dan integriti seseorang pemimpin bukan lagi menjadi perseoalan pokok.
 
Peraturan parti tidak menghalang pertandingan,, sepatutnya bertanding sajalah !  Bertandinglah secara sihat untuk menguji   kekuatan, sokongan dan pengaruh !  Kenapa perlu ada rasa takut?   Kenapa perlu ada  syur atau cadangan agar jangan ada pertandingan? sebagaimana yang dibuat oleh UMNO negeri Sembilan dan beberapa pihak lagi. Dengan tiadanya pertandingan dalam memilih pucuk pimpinan,  ini akan melahirkan sifat takbur, tamak dan besar diri dihati seseorang pemimpin itu sehingga terbentuknya pemerintah ala-ala fir’aun atau kuku besi,, sebagaimana yang berlaku di era Mahathir satu ketika dulu. Semoga pisang tidak berbuah dua kali.

Teman sependapat dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengatakan beliau tidak bersetuju sebarang pertandingan merebut jawatan disekat. Menurut Adnan lagi memandangkan  UMNO kononnya nak berubah,, nak menunjukkan sikap terbuka dan amalan demokrasi elok sangatlah jawatan Presiden dan Timbalan presiden dipertandingkan.  Apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan. -  rahimothman 

Khamis, 6 Jun 2013

Ezam cuba gilap cerita lapuknya !!

Menurut Ezam Mohd.Nor,  ada 3 perkara yang paling ditakuti Anwar,, sebab itulah ketua umum PKR itu menganjurkan siri perhimpunan di seluruh negara untuk mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara tersebut.  Anwar nak pastikan ketiga-tiga perkara itu ‘dilenyapkan’ daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan Negara. ,  

Kah, kah, kah !  kesiannya teman dengan bekas senator katak ini. Memang sudah kemarau modal sungguh mamat ni,, sebab itu cerita-cerita  lapuk di gilapnya kembali !
 
Dua daripada tiga perkara tersebut ialah cerita basi yang telah ditelan zaman !  Pertama rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan,,,  kedua pendedahan bekas rakan karibnya Datuk S. Nallakaruppan berkaitan seks,,  dan ketiga isu pencerobohan di Lahad Datu Sabah .

Ingatkan kamu dah jadi manusia pendiam sejak tidak dicalunkan oleh Najib dalam PRU 13 baru-baru ni !  Rupa-rupanya tidak !  Gatal juga nak bercakap walaupun modal dah kontang!   Cukup-cukuplah tu Ezam !  Orang dah muak dengan cerita basi kamu tu!  Bab pencerobohan Lahad Datu itu KDN pun tak berani mendedahkannya,, tut-tut kamu sewenang-wenang menuduh Anwar terlibat !,, Pi mai, pi mai tang tu jugak !  balik-balik Anwar juga yang kamu nampak !. Ish, ish, ish,, busuk sungguh hati kamu ye?   - rahimothman

Ahad, 2 Jun 2013

BN jadi parti tunggal,, realiti atau fantasi?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya menyiafatkan  cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah amat wajar dan perlu dikaji secara terperinci demi kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

BN kalah teruk dalam PRU 13 baru-baru ini dan hasrat pemimpin UMNO untuk menjadikan BN parti tunggal menandakan mereka kini berada dipersimpangan delima. . BN seolah-olah sudah mengakui bahawa perjuangan berasaskan bangsa yang selama ini diperjuangkan oleh komponen parti itu sudah tidak relevan lagi di Malaysia.


Nampaknya PAS, DAP dan PKR sudah mendahului dalam perkara ini.  Dasar parti PAS sangat jelas.. Mereka sejak awal  lagi menegaskan bahawa perjuangan berasaskan bangsa tidak akan kemana.  Apabila sampai masanya pasti akan menemui jalan buntu.  Berlainan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat,, dasar dan perjuangan mereka sangat diterima oleh rakyat.

Hari ini layakkah lagi UMNO menjadi teraju kepada BN?  Kalau nasib bangsa Melayu pun tidak dapat pembelaan yang sebenar-benarnya,, hak demokrasi pun sering dinafikan,  malah dasar Islam pun ditolak,,  apa lagi yang boleh diharap  pada UMNO?  Sesungguhnya UMNO amat goyah dan tenat kini,  mana mungkin mereka boleh memperbetulkan kedudukan BN yang juga semakin lumpuh dan bercelaru. Mungkinkah UMNO perlu berpatah balik ke belakang? Atau terus kedepan dengan dasar Asobbiyahnya? -   rahimothman