Khamis, 27 Jun 2013

Akur tak akur keputusan pilihanraya, tunggu keputusan mahkamah!,,,,bukan akur dgn permintaan YDP Agong !

Sidang parlimen ke-13 telah pun dibuka dengan rasminya oleh baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin.  Selepas perasmian, timbul polemik baru,  apakah titah ucapan YDP Agong merupakan satu arahan atau pandangan yang boleh dibahaskan?  Dalam titah ucapan tersebut Tuanku YDP Agong menyeru kepada semua pihak agar menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. 

Tetapi soalnya wajarkah rakyat dipaksa menerima sesuatu yang tidak bersih Atau dengan bahasa mudahnya menerima makanan yang tidak halal? Apakah tuanku YDP Agong tidak mngetahui hakikat cerita sebenar disebalik PRU ini? .. atau apakah mungkin baginda telah dibohongi atau telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan?

Kepada semua yang terlibat,, sedarlah bahawa parlimen bukanlah milik individu sama ada PM, Speaker Dewan, menteri mahupun YDP Agong sendiri.  Sesungguhnya parlimen adalah milik rakyat.  Parlimen adalah bebas untuk membahas apa sahaja isu-isu besar yang melibatkan rakyat dan negara.  Sebab itulah Perkara 63 Perlembagaan memberi imuniti kepada ahli parlimen untuk membahaskan apa sahaja yang berhubungkait dengan kepentingan rakyat.  Penipuan yang didakwa berlaku dalam dalam PRU 13 seolah-olah mahu menjaga kepentingan BN dan SPR sendiri,  bukan kepentingan rakyat.  Maka salahkah kalau rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU 13 yang terbukti banyak penipuan itu?  Nasihat Agong wajar dipatuhi hanya setelah mahkamah membuat keputusan,, bukan sekarang  -   rahimothman

Rabu, 26 Jun 2013

Rayuan di tolak, Aidil “gagal main aksi final”piala FA


Sumber : Pahangdaily

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  menolak rayuan Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berhubung kes pemain pertahannya, Aidil Zafuan yang dilayangkan kad merah ketika berdepan dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, penolakan kes Aidil berdasarkan kesalahan di bawah Perkara 35.3 (2) mengenai pergantungan secara automatik pemain yang dilayangkan kad kuning mahupun merah. Sehubungan itu katanya, pihak FAM secara langsung tidak mempunyai bidang kuasa untuk meminda hukuman yang telah dijatuhkan oleh pengadil perlawanan.

 "Layangan kad kuning dan kad merah adalah keputusan pengadil. Mana-mana pemain dilayangkan dua kad kuning digantung satu perlawanan namun bagi kad merah yang dilayangkan secara terus digantung dua perlawanan. "Peraturan ini diguna pakai di mana-mana liga seluruh dunia, cuma masalah yang berlaku ada sesetengah liga penggantungan dua perlawanan tidak melibatkan perlawanan kalah mati. "Namun dalam Kod Tatatertib FAM menjelaskan, mana-mana pemain yang bermain dalam Liga Malaysia seandainya dilayangkan dua kad kuning dan kad merah tidak boleh beraksi dalam saingan liga dan juga perlawanan kalah mati. "Bagi kes Aidil ini ia jelas di mana keputusan diambil tertakluk di bawah Perkara 35.3(2) dan FAM mengambil keputusan menolak rayuan tersebut serta hukuman gantung dua perlawanan kekal," katanya kepada para pemberita selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tatatertib di Wisma FAM semalam.

Ahad, 23 Jun 2013

KJ umum dalam masa terdekat


Sumber : Sinar Harian                                                        PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat sama ada akan mempertahankan jawatannya itu, pada pemilihan parti kali ini.
 
Khairy yang juga Menteri Beliau dan Sukan berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan  mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.
 
"Saya sedia maklum cadangan dibuat rakan dalam jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno yang tidak mahu jawatan itu dipertandingkan dan meminta supaya saya terus pegang jawatan itu.  Sama ada saya akan bertanding pada pemilihan kali ini, itu saya akan umumkan kemudian,"   katanya kepada pemberita pada majlis penajaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di pejabatnya di sini hari ini.
 
Beliau berkata atas dasar demokrasi yang diamalkan Umno sejak sekian lama beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua Pergerakan itu.  Malah, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.  - Bernama