Isnin, 12 Ogos 2013

PKR sambut baik cadangan Karpal


Sumber : Sinar Harian     SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyambut baik cadangan Pengerusi DAP supaya kepimpinan tertinggi PR mengishtiharkan harta.

Menurutnya dalam PKR sendiri, turut menyokong usaha tersebut sejak dahulu lagi kerana yakin rakyat dapat menilai ketelusan kepimpinan tertinggi PR.    “Dalam PKR sendiri kita menyokong usaha tersebut, contohnya di negeri Selangor kita telah buat dasar tersebut.


"Melalui usaha ini rakyat dapat menilai ketelusan pemimpin PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.   Menyentuh hal yang sama, bagi memastikan keputusan bersama dibuat oleh seluruh pemimpin tertinggi PR mengishtiharkan harta, perkara ini perlu dibawa berbincang oleh Pas, PKR dan DAP.

“Bagi memastikan semua pemimpin PR mengishtiharkan harta, isu ini perlu dibawa ke meja perbincangan oleh ketiga-tiga parti dalam PR.  Baru keputusan bersama dapat dibuat," katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh untuk mengadakan perbincangan tersebut beliau mengatakan kemungkinan akan diadakan hujung bulan ini.  “Mungkin dalam dua minggu lagi,” katanya ringkas.

Jumaat, 9 Ogos 2013

Suraya tawar diri tanding Naib Ketua Wanita


Sumber :  Sinar Harian  – Ketua Wanita Umno bahagian Pendang, Suraya Yaacob antara nama yang bakal merebut jawatan tertinggi Umno yang akan dipertandingkan September ini.

Nama Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.
“Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia,” tulisnya.

Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno. Azalina pula disaran menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang masih kosong, dengan mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Khamis, 8 Ogos 2013

Malaysia bernasib baik kerana Pak Lah.....

Saya bukan macam dia,, saya gemar mendiamkan diri  kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.   Bila dah bersara, bersaralah,,  tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.

Ahad, 4 Ogos 2013

Sejak dulu UMNO merasakan diri mereka kebal !!


Para pemimpin dan ahli-ahli Umno hari ini nampaknya semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang. Lihat baru-baru ini,, kita merasa sedikit malu dan kesal dengan kenyataan  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu menghina Islam.  Beliau secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam termasuk mantan Perdana Menteri.   
        
Merasai diri mereka kalis undang-undanglah pemimpin Umno menjadi besar kepala. Mereka mengganggap mereka  kebal dan kalis peluru.  Sebab itu kita ada mendengar  orang UMNO sanggup menumbuk dan menampar orang lain sesuka hati,, membaling selipar dalam masjid, mengganggu dan membaling objek di ceramah-ceramah parti lawan. Kerap kali kita mendengar kenyataan-kenyataan pemimpin Umno termasuk rakan mereka dari MCA menghina Islam atau undang-undang Islam.

Apabila ada pihak-pihak lain termasuk blogger-blogger menghina atau mempersenda Islam, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja UMNO pasti melenting,  tetapi kalau rakan-rakan sekutu mereka yang buat tak apa. Teramat-amatlah hipokritnya UMNO !!  Mereka mempertikai orang membuang najis di tepi jalan, sedangkan mereka sendiri berak di tengah jalan -  rahimothman