Isnin, 9 September 2013

Polis tahan 10 anggota “kg” di Pdg Besar


Sumber : Malaysiakini  :  Polis menahan 10 lelaki tempatan yang disyaki anggota kongsi gelap dalam operasi di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mereka yang berumur antara 26 dan 32 tahun itu ditahan pukul 8 malam ketika memasuki negara ini dari Thailand.

Mereka yang berkonvoi menaiki tiga buah kenderaan ditahan oleh pasukan Ops Cantas Khas Bukit Aman dan JSJ Perlis, katanya pada sidang media, di Kangar semalam.  Menurutnya semakan polis mendapati tujuh daripada mereka memiliki pelbagai rekod jenayah manakala ujian air kencing pula menunjukkan ada di antara 10 suspek terbabit positif dadah.

Kesemua mereka beralamat di Selangor dan berdasarkan tatu pada badan masing-masing lapan ialah anggota Geng 08 dan masing-masing seorang anggota Geng 04 dan Geng Satu Hati, katanya.  Menurutnya lagi pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki oleh suspek bagaimanapun tidak menemukan sebarang senjata berbahaya.  Suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut, kata Tengku Mohd Zailan.

Khamis, 5 September 2013

Respon Hisham dari Saranan DrM


“Sebagai wakil rakyat dan menteri, saya sanggup elaun saya dipotong dalam usaha untuk berjimat. Jika pemotongan elaun saya boleh membantu mengukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan bersedia melakukannya.  Semua wakil rakyat harus melakukan perkara sama (potongan elaun) dalam konteks penjimatan supaya rakyat melihat. Pada saya secara peribadi saya sanggup,, tak kira membabitkan apa-apa pemotongan elaun,  Perbelanjaan kerajaan harus dikurangkan dalam membantu menurunkan defisit negara.   Kita kena hadapi kesusahan sedikit,,, perkara ini bukan lama.  Jika kita teragak-agak melaksanakan perkara ini semua pihak akan terjejas  jika ekonomi merudum.  Jika ekonomi kita gagal dipertahankan dan ketika itu baru mahu lakukan pemotongan elaun wakil rakyat, ia mungkin sudah terjejas teruk.  Oleh itu pada saya baik potong elaun kita sekarang,”  kata Datuk Hishamuddin Tun Husein.

Komen punulis : Bagus sekali respon yang diberikan oleh sepupu Najib ini. Menteri-menteri lain macam mana?,,, takkan menikus kut?  Tahniahlah kalau Datuk Hishamudin sanggup elaunnya dipotong !  Walau apa pun seandainya menteri-menteri lain tidak bersetuju dengan Hisham janganlah hendaknya beliau membatalkan niatnya itu. Kalau ini berlaku,, jelas apa yang Hishamudin ucapkan itu tidak ikhlas ! : rahimothman  

Ahad, 1 September 2013

Saravanan minta ahli MIC bersatu


Sumber :  Sinar Harian                                                                 KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan telah meminta ahli parti untuk terus bersatu padu di bawah kepimpinan presiden parti Datuk Seri G. Palanivel.   Di bawah kepimpinan Palanivel, katanya MIC akan terus berjuang untuk kesejahteraan masyarakat India terutamanya dalam meningkatkan status ekonomi dan pendidikan kaum itu.

Pada penamaan calon presiden hari ini, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mengekalkan jawatannya bagi tempoh tiga tahun sehingga 2016 apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan presiden parti itu.

"Di bawah kepimpinan Palanivel, saya berharap usaha-usaha akan dipertingkatkan bagi menaik taraf status ekonomi golongan belia di negara ini," kata Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, kepada pemberita selepas penamaan calon presiden ditutup di ibu pejabat MIC di sini. - Bernama