Khamis, 7 November 2013

Agong menegur pihak-pihak yang mengamalkan “assabiyyah”


“Jangan bawa budaya assabiyyah”  demikian titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan rakyat supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk. Menurutnya lagi rakyat perlu memahami konsep "penerimaan dan kebersamaan" yang menunjangi kesejahteraan hidup. Bersikap sederhana lah dalam kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Setelah kita membaca titah YDP Agong ini apa kesimpulan yang kita boleh buat?  Siapa yang baginda maksudkan mengamalkan “assabiyyah” itu ?  Tak salah lagi,, satu dunia tahu bahawa UMNO begitu tebal “Assabiyyah” nya.  Begitu juga NGO yang bernama PERKASA.   Justeru,  kepada seluruh pemimpin badan-badan berkenaan !  jangan cuba memekakkan telinga -  rahimothman

Selasa, 5 November 2013

Tunaikan janji2 semasa berkempen


Dengan segala kemudahan yang tak terbatas dan jentera pilihantaya yang maha hebat, menggunakan agensi kerajaan sepenuhnya  serta media arus perdana   UmnoBn masih gagal menawan hati pengundi DUN Sungai Limau. Akhirnya UmnoBn kalah juga walaupun dapat megurangkan majoriti undi PAS.

Tahniah PAS !  Namun disebalik kekalahan UmnoBn ini apakah mereka masih sudi menunaikan segala janji semasa berkempen? Sebagai pemimpin tertinggi kerajaan persekutuan, Najib dan Muhyiddin  bahkan Mukhriz selaku pemimpin tertinggi kerajaan Kedah seharusnya semua janji itu ditunaikan. Mereka  jangan lupa bahawa menepati janji terhadap semua rakyat itu merupakan satu tanggungjwab. Demokrasi sudah terlaksana,  akuilah kehendak dan keputusan rakyat - rahimothman

Isnin, 4 November 2013

PAS KEKAL KERUSI , UMNO GIGIT JARI


Seperti  diduga , PAS berjaya mengekalkan  kerusi DUN Sungai Limau yang menjadi kubu kuat parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi 1,084.  Pada PRU ke-13 yang lalu PAS memperolehi  2,774 undi tetapi kali ini merosot lebih daripada 50%. Walau bagaimana pun kejayaan ini tetap boleh dibanggakan kerana untuk melawan jentera BN yang serba lengkap bukan suatu kerja yang mudah.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat (kanan) memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi. Nampaknya hasrat UMNOBN untuk merampas DUN Sungai Limau tetap gagal  walaupun berbagai janji dan rasuah politik@rasuah pilihanraya sudah dibuat oleh pemimpin UMNOBN -  rahimothman

Ahad, 3 November 2013

Tok Gajah julang Piala Malaysia 2013


Pasukan bolasepak Pahang menjulang Watsons Piala Malaysia 2013 selepas mengalahkan Kelantan 1-0 hasil  jaringan Matias Conti pada minit ke-58.  Tahniah pasukan Pahang,  Syabas Dolah Saleh. Akhirnya dengan usaha gigih dan semangat yang berkobar-kobar serta disiplin permainan yang cukup tinggi kalian telah membuktikan bahawa pasukan bukan pilihan mampu menjinakkan pasukan pilihan – Kelantan selaku juara bertahan.  -  rahimothman

Jumaat, 1 November 2013

Bekas pegawai kanan polis saman AG RM128.5j


Sumber : Malaysiakini       Enam tahun lalu, bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

Hari ini bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 12 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.

Ramli, 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.

Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan kerajaan. Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.  Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.