Ahad, 30 Oktober 2011

Kerajaan perlu tegas mansuhkan PPSMI


KUALA LUMPUR – Kerajaan hendaklah bertegas dan tidak melayan sebarang desakan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah, ujar pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri mengakui berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI.

“Wajarkah kita mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat

Kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya kepada wartawan selepas sidang media oleh 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemansuhan PPSMI.
Dr Awang berpandangan bahawa golongan yang memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.

“Wajarkah kita mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat? Kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya kepada wartawan selepas sidang media oleh 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemansuhan PPSMI.

Dr Awang berpandangan bahawa golongan yang memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.“Mereka mendakwa bahasa Inggeris bahasa ibunda mereka padahal mereka masih orang Melayu. Ini satu kekeliruan yang nyata.”

Kata beliau lagi, kekeliruan (oleh golongan elit) ini tidak perlu dilayan. Kerajaan sebaliknya perlu bertegas dan tidak lagi berdolak-dalih untuk mengubah keputusan pemansuhan tersebut kerana ia hanya memberi tanggapan bahawa kerajaan tidak ada dasar negara yang jelas.

Sementara itu, pada sidang media oleh 48 NGO, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, satu memorandum yang mengandungi empat resolusi menyokong pemansuhan PPSMI akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada 29 Oktober depan sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8.
RAKYAT MARHAEN


SURAT BERPELURU TERSALAH ALAMAT !?

Gertakan atau ancaman? Bukan Profesor Aziz Bari yang patut terima!     Siapa pengirim?  Ramai dah kenal !!              

Tidak salah rasanya bila Profesor Aziz Bari bercakap sesuatu yang di dalam bidangnya iaitu – perlembagaan, agama Islam dan bidang kuasa raja-raja Melayu. Tidak ada satu ayat pun dalam kenyataan Aziz Bari yang bersifat kurang ajar!  Kecuali si pendengarnya pekak tuli atau tak pernah bersekolah

Tak ada angin, tak ada ribut, tak ada taufan - beberapa kerat hero Melayu yang berselindung disebalik ketiak raja tiba-tiba buat kecoh!  buat gempar di media. Tak pasal-pasal Aziz dituduh menderhaka kepada sultan Selangor 

Akhirnya setelah beberapa hari isu ini dipanaskan,  semalam Aziz menerima surat berisi peluru dan sekeping  nota yang berbunyi,.. "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
Wah ! garang dan samseng benar bunyinya!  Spesis-spesis yang bersifat samseng ni, selalunya tak adalah orang lain!   Kita pun tahu siapa dia.

Tindakan menghantar surat berisi peluru oleh orang yang marah sangat kepada Profesor Aziz Bari ini rasa-rasanya bukanlah kerja orang putih bernama James Bond, Yip Ah Loy bermata sepet, Samy Vedu berkulit gelap atau Pipin anak Labik orang asli pendalaman Pahang.

Jadi,  siapa pengirim yang tak bertanggungjawab itu?  Sudah tentulah orang Melayu sendiri !, Melayu yang sering menganggap dirinya benteng dan perisai kepada raja-raja tetapi sebenarnya penuh dengan pura-pura!   Melayu yang mengaku Islam tetapi fahaman atau Umno yang menjadi pegangannya..

Puak-puak keturunan ni biasa sangat dengan kerja-kerja macam tu. Bagi mereka bumi Malaysia ini milik mutlak mereka. Kuasa dan hak memerintah mereka punya!, Kekayaan dibumi bertuah ini juga milik mereka,  jadi mereka boleh buat apa saja! Mereka boleh menyalahguna kuasa, mereka boleh menipu, mereka boleh rasuah, mereka boleh kacau bini orang, mereka boleh memfitnah,  mereka boleh mengugut,  malah mereka boleh membunuh!   Allah yang maha berkuasa, mereka lupa.

Wahai si pengirim!,.. Anda sebenarnya  silap !  atau anda sengaja buat-buat silap. Aziz Bari bukan seorang penjenayah, bukan perasuah, bukan pengampu, bukan pengikis harta rakyat.  Dia hanya rakyat biasa, dia seorang individu Melayu yang terdidik  oleh sistem pemerintahan kerajaan UmnoBn sendiri. Kini dia telah mencapai tahap sebagai manusia bijaksana,  seorang ilmuan.  Kenapa dia perlu dimusuhi?  Butakah mata kamu untuk melihat betapa ramainya di luar sana manusia pengkhianat berlagak jujur,  berlambak-lambak syaitan yang bertopengkan manusia!  atau musang berbulu ayam. Ini termasuk ahli dan pemimpin Umno sendiri ! Barangkali peluru itu sesuai untuk mereka ! bukan Profesor Aziz Bari.

Semoga Profesor Aziz  bertenang dan bersabar dalam menghadapi isu yang kononnya beliau menentang dan menderhakai raja.  Beikutan ugutan bunuh yang diterimanya kelmarin,  diharap pihak polis menyiasat betul-betul dan tidak bertindak sambil lewa. Tak kira siapa mereka! Melayu cop keris telanjang ke,  Melayu cop kapak ke,.. mengirim peluru dan membuat ugutan bunuh tetap satu kesalahan jenayah!!

Oleh : rahimothman