Ahad, 27 Mac 2011

WAJARKAH GELARAN DATUK DIGUGUR?



Politik Umno, hari demi hari bertambah kotor. Ini terbukti dengan kes terbaru dimana tiga individu dari parti Umno, seorang darinya bekas Ketua Menteri,  telah terlibat dengan kes penayangan video lucah dikhalayak ramai khasnya kepada editor-editor akhbar dan wakil-wakil media.pada Isnin 21 Mac lalu!!  Nampaknya mereka telah melampaui undang-undang. Pasti ada orang besar dibelakang mereka !!  kalau tidak, takkan mereka begitu berani. Dan untuk kita meneka siapa DALANG nya tidaklah begitu sukar!!

Jelas, tujuan mereka ialah untuk memalukan Ketua Pembangkang di Parlimen DS Anuar Ibrahim.  Dalam masa yang sama mereka mengugut DS Anuar dan isteri agar meletak jawatan atau berundur dari politik!! . Perbuatan mereka ini sah melanggar undang-undang.   Alasan mereka hendak menegakkan kebenaran dan  mengesahkan bukti bahawa Anuar adalah pelakun dalam video itu tak kena cara dan tak kena tempat !!  Mereka memperbodoh dan memerangkap diri sendiri. Besar sangat mereka? Siapa diri mereka untuk mengatasi undang-undang??

Justeru itu adalah amat wajar gelaran datuk yang disandang oleh mereka digugurkan atau ditarik balik. Perbuatan mereka merupakan satu penghinaan keatas gelaran datuk! .  Amat memalukan seorang yang bergelar datuk membuat kerja kotor sebegini!!. Ia satu kesalahan jenayah. Mana mungkin seorang bergelar datuk terlibat dengan jenayah!!

Antara digugur gelaran datuk dengan masuk penjara,  agak-agaknya yang mana mereka pilih!!  Teman fikir kalau mereka anak jantan,.. terimalah kedua-duanya!!  Fikir-fikirkan lah !

Oleh : rahimothman



http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Jangan bodohkan umat dengan lakonan video aib – Dr Asri

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu.
“Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

 “Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun.
“Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam.

“Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.
“Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai,” katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu.

“Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sabtu, 26 Mac 2011

Kes Liwat & video seks : APA KATA LEBAI MONGOL


Sampai kiamat pun Lebai Mongol ini takkan mahu mengaku,…. Tak jauh beza dengan mantan Perdana Menteri Dr.M
 
Semenjak kes liwat Saiful lagi Najib telah banyak menipu. Satu demi satu, dia menipu rakyat Malaysia!  Mula-mula dia kata tak tahu-menahu kes liwat itu,  dan tak pernah jumpa Saiful.  Lepas tu dia kata, Saiful ada berjumpanya untuk mohon biasiswa…  Ini betul-betull lawak bodoh!.  Orang bodoh macam Saiful mana boleh dapat biasiswa!!  Jadi siapa yang bodoh?,… Najib!.. Saiful dah tentulah bodoh.

Setelah terdesak, Najib mengubah kenyataan pula menyatakan Si Saiful ada menemuinya mengadu diliwat DS Anuar dan tuduhan beliau terlibat dengan konspirasi tak timbul langsung,,, katanya. 

Tetapi  baru-baru ini Najib terkantoi,  bila seorang pegawai penyiasat polis mengesahkan Najib dan Rosmah terlibat !! Mereka pernah disoal siasat!,dan  kenyataan mereka pernah diambil!.  Penipu besar betul Najib ni!!!  Memang dia pandai buat muka selamba, buat-buat bodoh, tetapi dia lebih pandai buat muka baik dan muka kesian!!

Dalam kes meletupkan jasad Altantuya pun begitu,dia tak mengaku terlibat  walhal terdapat bukti dia amat mengenali wanita Mongolia itu. Dan Najib juga terlibat menyembunyikan saksi penting – dimana seorang penyiasat bernama Bala diupah melarikan diri keluar Negara supaya penglibatan Najib tidak terbongkar!!

Rakyat dah tahu sebenarnya. Disebalik wajah baik dan lembut Najib itu ada tersembunyi sifat keji,dan terkutuk!  Ini termasuk perangai Najib suka bermain dengan sumpah! . Dan yang lebih dasyat lagi ialah sifat kejamnya!  Tergamak dia melibatkan diri dalam jenayah meletupkan jasad wanita manis Mongolia yang bernama Altantuya. Sungguh sedih dan menyayat hati! bila mengenangkan mayat wanita beranak satu itu  hancur berkecai!!  Manusia jenis apa ini!  Sungguh tak berhati perut!. Lebih dasyat dari sepuluh ekor singa yang membaham seekor  rusa! Terbaru! mengenai edaran dan tayangan

Terbaru ! mengenai edaran dan tayangan  video seks, yang Datuk2 T menuduh DS Anuar adalah sebagai pelakun utamanya !  Sebagaimana biasa, Najib tetap menafikan yang dirinya, dan Umno tidak terlibat.  Huhhh ! Menipu lagi!,…Sampai bila rakyat Malaysia mahu ditipu? Sampai bila orang Melayu mahu diperdaya!!?   Tetapi bolehkah Najib menafikan pendedahan kes yang dibuat oleh Datuk Johari Abdul baru-baru ini? yang mendakwa Tan Sri Rahim Thamby Cik ada berkata bahawa mana-mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mahu menerima tawaran mereka, Najib berjanji sudi menemui mereka untuk berbincang tentang tawaran dan ganjaran!!  Tidakkah Najib terkedu!  apabila mendengar pendedahan ini?  

Satu lagi bukti  yang lebih nyata,…Bolehkah Najib nafikan, semua Datuk T yang  diketuai  oleh Tan Sri Rahim itu bukan orang kuat Umno.  Adakah mereka dari parti lawan/ pembangkang atau orang biasa yang tidak berparti? …Sekali lagi Najib harus terkedu!!  Dan sememangnya Najib tak pernah jujur dengan diri sendiri, apatah lagi dengan rakyat. Barangkali beliau masih terlena dalam dunia bangsawannya!  Anak keluarga bangsawan lah katakan!!! mana faham tentang kepedihan dan kesakitan!!  Jauh sekali untuk menyelami dan mendekati penderitaan hidup rakyat!  melainkan waktu-waktu nak pilihanraya!

Dan sekarang ini Najib cuba membuat seribu satu macam kebaikan untuk menutup kelemahan dan kesalahannya!! Masihkah rakyat mahu menerima kebaikan yang bertopengkan kejahatan?
Rakyat seharusnya merasa kesal dan menyesal kerana terlantiknya Najib sebagai Perdana Menteri!   Kemana Malaysia nak dibawanya kurang jelas, harap-harap jangan sampai menuju kepintu neraka.  Apa-apa pun, dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti rakyat pasti boleh mengubahnya!!  

Oleh : rahimothman

Jumaat, 25 Mac 2011

POLIS NAK TANGKAP ANUAR?


 Di Gombak malam tadi Polis cuba menggangu  dan membuat provokasi bertujuan  untuk  menangkap DS Anuar Ibrahim, dalam satu Ceramah anjuran  Parti Keadilan Rakyat,PKR,…
Nampaknya perangai buruk Polis Malaysia tak habis-habis!,...Wahai PDRM ! Bila nak berubah?  Gunalah otak sikit!  Tak bolehkah bersikap adil dan berkecuali! Kita Negara demokrasi!  Bebas berbuat sesuatu berlandaskan undang-undang!  Tugas polis ialah mengawal dan menjaga ketenteraman awam,  bukan buat provokasi yang boleh menimbulkan kekacauan!!  Jangan sekat suara rakyat,  jangan bunuh  suara rakyat !!

Yang PDRM takut sangat tu mengapa?  Kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal memerintah takkan memansuhkan jawatan polis. PR takkan menamatkan mana-mana anggota yang sedang berkidmat sekarang ni. Jika Pakatan Rakyat memerintah jawatan polis tu tak hilang,… tetap kekal!, malah mereka akan dibentuk atau ditarbiah untuk menjadi pegawai polis yang benar-benar jujur dan amanah.

Jadi tak perlulah susah-susah nak tangkap Anuar. Beliau bukan penjenayah, beliau bukan komunis,  beliau bukan perompak harta negara dan bukan penyamun wang rakyat, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pemimpin Umno.. Beliau hanya seorang tokoh pemimpin yang dibenci Mahathir dan segelintir pemimpin Umno,  Mahathir benci sangat kat Anuar kerana Anuar pernah menyanggah idea Mahathir yang dilihat oeh Anuar tak betul atau songsang!!,  itu saja,  sedangkan sebahagian besar rakyat menyenangi dan menyukai DS Anuar.

Sekarang Mahathir pun dah tak ada,… bersara politik. Apakah kini PDRM menyambung rasa takutkan Mahathir itu kepada Najib pula??. Apakah Tan Sri Ismail Omar (KPN terkini) mahu mengikut jejak langkah Hanif Omar? Rahim Noor? atau Musa Hasan yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi,  walaupun dalam kerja-kerja yang jahat dan mungkar? Kalau betul begitu alangkah bodoh dan bengap PDRM !

Ketahui dan sedarlah wahai PDRM!!  Anuar merupakan seorang ahli politik yang telah diterima rakyat!. Berjuang di atas pentas politik yang sah lagi halal!  Anuar adalah pembawa arus politik baru yang jauh lebih baik dari politik kolot dan perkauman yang diperjuangkan oleh Umno!!

Walaupun pun DS Anuar sering dilemparkan berbagai fitnah beliau tetap cekal menghadapinya. Walau Mahathir menyingkirnya ternyata Anuar tetap istiqamah dalam misi perjuangannya.  Beliau memperlihatkan keikhlasan, berkredebiliti dan berintergriti . Berjuang bukan kerana kuasa, wang atau harta. Beliau berjiwa rakyat, mudah mendekati rakyat, dan memahami rintihan hati rakyat.    

Kita menyeru pihak PDRM,,…Tumpukan lah perhatian kepada kes-kes jenayah yang berleluasa! hari ini.  Siasat dan dakwalah pemimpin Umno yang rasuah dan menyalahguna kuasa!! Bukan membuat kerja yang sia-sia,… mengkhianati parti pembangkang!!

Oleh : rahimothman

Video seks : SIAPA PENGARAH! SIAPA PENERBIT?

Takut sangat mereka dengan Anuar. Lepas satu! satu! cerita kotor yang memual  dan tak lojik ditimbulkan!!  Kali ini Anuar dikatakan berlakun sebagai hero filem lucah!! Mereka cuba meyakinkan Datuk Johari Abdul..
Mustahil !! cerita dan babak dalam video itu yang ternyata palsu  cuba hendak diaslikan ! masyaAllah,..

Setelah rahsia sebenar terbongkar, rasanya tak salah kalau orang ramai membuat beberapa andaian,…Misalnya pembikinan video seks ini boleh jadi Bekas KM Melaka sebagai Penerbitnya,  Datuk Shazryl sebagai Pengarah,  dan Datuk Shuib sebagai penulis skrip!

PM dan bekas PM besar kemungkinan sebagai Penaung dan Penasihat, manakala wanita DARA TERLAJAK itu pula mungkin salah seorang pegawai Promosi filem/video,  sebab menurut katanya video membabitkan DS Anuar itu bukan satu tetapi ada 18 lagi! .Orang ramai tentu tak sabar melihat sidara tua ini membuktikan kata-katanya! Atau kita terpaksa tunggu 12 tahun lagi untuk mendengar cerita yang sama,  tetapi waktu itu mungkin jumlah video seks Anuar sudah jadi 36.!!              

Tahniah Datuk Johari Abdul (AP Sungai Petani) kerana dengan tegas dan berani telah membuat pendedahan!  Kebenaran tetap kebenaran!  Ia tak boleh ditipu atau dilindungi!! Allah maha mendengar, Allah maha mengetahui. Allah maha adil dan maha melihat!. 

Maka dengan pertolongan Allah juga . Datuk Johari  telah berjaya membongkar satu rahsia penting tetapi busuk tentang pemimpin Umno. Mereka mempelawa Datuk Johari menonton video berkenaan,  tetapi Allah telah membutakan mata mereka.  Niat mereka untuk memancing rupa-rupanya tersalah umpan !!
Semoga mereka ini diheret kemuka pengadilan !!

oleh : rahimothman

BILA AGAKNYA ANAK THAMBY NAK INSAF!!

Duhai pemimpin Umno khasnya Najib dan rakan-rakan,..                     Sudah-sudah le buat kerja kotor lagi jijik tu !!

Pada sidang media yang diadakan kelmarin, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara.

“Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama,” kata beliau.

“Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat.

“Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah,” katanya.

Teman nak tanya anak Thamby ini !!
Siapa pemimpin atau Perdana Menteri Malaysia yang baik dan tinggi akhlaknya?
Allyarham Tungku Abdul Rahman,… ok kita terima.
Tun Husin On ,.. ok juga kita boleh terima.

Tun Mahathir ???  Apa pendapat anak Thamby dan rakan-rakan? tinggi akhlaknya?
Mintak maaf !!  Jauh panggang dari api. Rakyat sudah mengenalinya sebagai PM 5P.       kerana sudah terbukti beliau adalah Penyamun harta rakyat, Penipu Rakyat, Pengikis hak istimewa orang Melayu, Pendusta Agama dan Pemfinah maha agong.
Nama Mahathir  wajar ditukar kepada  Mahafir’un atau Mahazalim. 

Datuk Najib ???  2x5  dengan Mahathir,…. Tetapi Najib kena tambah 1P lagi iaitu Pembunuh kerana beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya !

Sepatutnya Tan Sri Rahim Thamby Chik suruh Mahathir berundur dari politik!  Semestinya juga Rahim anak Thamby desak Najib agar meletak jawatan kerana moral mereka jauh lebih rendah dari Anuar.
Rahim anak Thamby!!  Cakap tu biarlah beralas!  dan berfakta!!
Kalau DS Anuar rendah moralnya,  Anuar takkan dapat walau satu undi pun dalam apa-apa pemilihan !  Kalau Anuar jijik peribadinya, Anuar takkan dipilih jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh!                    Kalau Anuar tak kaya budipekerti dan ilmunya, Anuar takkan dipilih jadi Ketua Pembangkang.          Dan akhir sekali satu cepu emas untuk Rahim anak Thamby ,…

Kenapa Anuar berjaya membentuk PAKATAN RAKYAT menjadi begitu kuat hingga berjaya memerintah 4 buah negeri!!  Kalau anak Thamby segan nak jawab tak apa, tak payah jawab. Jawab saja dalam hati !!

Wahai anak Thamby dan pemimpin-peminpin Umno !!  SEDARLAH DIRI! Bawa-bawalah MUHASABAH DIRI !!  bila nak INSAFF !!

Oleh : rahimothman