Sabtu, 13 Ogos 2011

PENGECUT NO.1 NEGARA !


Perdana Menteri 1 Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak  memang layak menerima anugerah - PENGECUT NO.1 NEGARA
Dalam  sebulan dua ini saja,.. sikap pengecut beliau amat menyerlah sekali; …

Pertama,  beliau amat  takut membenarkan “BERSIH 2” mengadakan perhimpunan aman di stadium.pada 9 Julai 2011 yang lalu.                 Kedua (terbaru dan terkini) ,  beliau  takut hadir ke mahkamah untuk ditemubual / menjadi saksi kes fitnah liwat 2  yang seluruh pelusuk dunia sudah tahu,  beliau adalah dalangnya.
Semalam 12/8/2011 kira-kira pukul  2.55 petang Najib dan isterinya Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta  menemui pasukan peguam bela DS Anwar yang diketuai oleh  Karpal Singh, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy  dan kemudian tergesa-gesa meninggalkan kompleks Mahkamah.

Tujuan kedatangan mereka,  semata-mata nak bagi tahu yang mereka tak mahu ditemubual atau menjadi saksi dalam kes liwat tersebut dan keputusan ini mengesahkan bahawa kedua-dua mereka amat gentar sebenarnya !. Hujah dan fakta yang telah disediakan oleh peguam Anwar untuk mensabitkan Najib dalam konspirasi tuduhan liwat ini cukup kukuh !,  cukup berasas!.  Jadi untuk mengelak terkincit dalam seluar semasa disoal jawab , itulah keputusan terbaik untuk mereka!

Nampaknya setakat itu sajalah keberanian Najib dan Rosmah  !  Berani datang ke mahkamah,.. tetapi datang dalam senyap-senyap!. Khabarnya ikut pintu belakang pulak tu !  Jestru tepat  sekali kata pepatah Melayu  - ”Berani kerana benar,  takut kerana salah”    Sah ! confirm!, Najib memang layak  menerima anugerah “PENGECUT NO.1 NEGARA !!”

Oleh : rahimothman

Jumaat, 12 Ogos 2011

PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela. Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.  Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.
"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.  Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam. Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.
Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.
"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".
Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

Malaysiakini

Ugutan jenayah, polis harus ambil tindakan ke atas Ezam


KUALA LUMPUR: Polis harus mengambil tindakan tegas dan segara terhadap Senator Mohamed Ezam Mohd Noor yang mahu membakar pejabat portal berita tertentu kerana ia adalah ugutan jenayah.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata kenyataan itu terang terangan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaaan.

“Mereka yang melakukan jenayah tidak harus terlepas semata-mata kerana mereka dari parti pemerintah atau berkait rapat dengan kerajaan,” katanya pada kenyataan media, petang ini.
Beliau merujuk kenyataan Ezam yang mengancam membakar Malaysiakini dan Malaysian Insider berikutan tidak berpuas hati dengan laporan berkaitan serbuan Jais terhadap sebuah gereja.
Ezam berkata demikian pada perhimpunan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Adul Aziz Shah di Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Surendran terkejut kerana seorang ahli Dewan Negara membuat kenyataan sedemikian dengan membuat ancaman terbuka untuk melakukan jenayah.

“Ini adalah ancaman luar biasa terhadap pejabat dua portal berita itu, lebih serius ia juga ugutan kematian kepada wartawan dan pekerja berkaitan,
“Kebebasan media asas demokrasi. Malangnya, ia diganggu gugat oleh seorang senator Umno,” katanya, menambah ia cubaan untuk mengetat kawalan terhadap organisasi berita yang bebas, adil dan seimbang.
Sedangkan, Surendran berkata, rakyat maklum kerajaan mengawal ketat media cetak termasuk wujud keperluan memohon permit mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Katanya, tindakan itu menunjukkan Ezam tidak menghormati kebebasan rakyat untuk bersuara yang termaktub dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.
“Tidak ada kebebasan bersuara jika media baru ditekan, diugut dan dikawal,” katanya sambil menyatakan memang resmi Umno Barisan Nasional (BN) melanggar Perlembagaan.
RAKYAT MARHAEN