Sabtu, 29 Oktober 2011

Tahniah !, N.9 juarai Piala Malaysia 2011

Irfan kempunan, Azrai senyum lebar!

Negeri Sembilan menjadi juara bolasepak Piala Malaysia 2011  setelah menumpaskan Terengganu 2-1 .di Stadium Shah Alam Selangor malam tadi. Skuad bimbingan Azrai Khor itu  banyak mengasak  dalam 20 minit awal permainan, namun tiada sebarang gol dapat dijaringkan di separuh masa pertama.

Terengganu terlebih dahulu berjaya mendapatkan gol pada minit ke-59 apabila asakan hebat  oleh Manaf Mamat berjaya disudahkan oleh Ashaari Shamsudin.  Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjga gol Terengganu Sharbinee Alawee gagal menangkap kemas tendangan lambung dari luar kotak penalti yang dibuat oleh S.Kunalan. 

Akhirnya pemain veteran Negeri Sembilan yang berasal dari Terengganu Hairudin Omar menjadi hero Negeri Sembilan apabila berjaya merembat gol kemenangan pada minit ke-86. Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat permainan.

Kehadiran penonton dianggarkan melebihi 75,000 orang dan tiada insiden yang tidak dingini berlaku di padang mahupun di luar padang. Pengadil berjaya melaksanakan tugas, mengawal permainan dengan baik dan tidak ada kad merah dilayangkan.  

Dengan kejayaan Negeri Sembilan ini ramalan banyak pihak yang memilih Terengganu sebagai juara tidak menjadi kenyataan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad Negeri Sembilan, Tahniah juga kepada jurulatihnya Azrai Khor Abdullah..

Oleh : rahimothman

D.I.A. TAK FAHAM BAHASA ATAU SYOK SENDIRI?

Dato’ Ibrahim Ali  ajak Melayu beri sokongan dan beli  Utusan Malaysia,.. !  

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)   Dato’ Ibrahim Ali al kataki menyeru orang Melayu supaya memberi sokongan dan membeli akhbar utusan Malaysia. Orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan bangsa dan menjadi suara kepada kaum itu,  katanya.

 

Nak bangga apa ke bendanya!,  perjuangan apa yang telah dibuat ?  Utusan hari ini ibarat nasi bariani yang sudah tercemar!! Nasi beriani yang dulunya enak kini sudah berlaukkan daging tikus dan cicak !  Orang Melayu dah muak !  Betul-betul muak dan nak muntah !  Utusan Malaysia sudah menjadi  - utusan Meloya ! 

Tak mungkin orang Melayu boleh dipaksa menyukai akhbar yang padat dengan fahaman perkauman, kelucahan, pembohongan dan fitnah. Sebagai orang Melayu yang mengamalkan sopan santun,  akhbarnya juga sepatutnya beradab  dan beretika!  Bukan seperti sekarang,.. tidak keterlaluan kalau dikatakan Utusan sudah bersifat bangkai !!!

 

Nampaknya Ibrahim Al Kataki masih perasan dirinya berpengaruh, Sedarkah dia suara dan tindak tanduknya selama ini sering dilihat amat keterlaluan?  Sedarkan dia sikap dan pendiriannya dalam banyak perkara - tidak disenangi atau digemari oleh banyak pihak?, sama ada oleh bangsanya sendiri maupun bangsa lain?

Sedarlah dato’ !  Seruan dato’ itu membuang masa je,  Ini syarat mutlak jika dato’ mahu mempelawa orang Melayu agar kembali berminat dan terus menyokong Utusan Melayu/ Malaysia,
  
 “UTUSAN PERLU MEMUTIHKAN DIRINYA SEMULA,  BERSIHKAN DARI SEGALA KEHITAMAN !    KEMBALIKAN UTUSAN MELAYU SEPERTI  20 TAHUN DULU,  BARU BOLEH AJAK ORANG MELAYU MENYOKONG DAN MENYUKAI AKHBAR ITU !!

SEJAK 15, 20 TAHUN KEBELAKANGAN INI PERANAN UTUSAN  MALAYSIA DALAM MEMERTABATKAN BANGSA MELAYU SUDAH TERLALU JAUH MENYIMPANG, TERKELUAR DARI NORMA DAN KETATASUSILAAN BANGSA.   UTUSAN MALAYSIA  TELAH MENGAMBIL JALAN KOTOR SAMA SEPERTI PARTI UMNO YANG TELAH MENGOTORKAN DIRINYA SENDIRI

Oleh : rahimothman                                                                                           

Seterusnya,. Lihat artikel berkaitan,..



Suara PERKASA tak laku, Ibrahim Ali nak jual Utusan pula..

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu.

Katanya, akhbar berkenaan telah melalui pelbagai tempoh sukar apabila sering kali dibidas kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi tidak pernah berputus asa dan teguh dengan pendirian mereka. "Perkasa tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana Utusan.

Sejak daripada zaman Tan Sri Zam (Zainuddin Maidin) lagi sehinggalah sekarang, Utusan masih teguh dengan pendirian mereka mempertahankan hak Melayu dan tidak pernah berhenti melakukannya walaupun dibidas pihak tertentu.

"Justeru, saya tegaskan di sini bahawa sebagai orang Melayu, kita harus mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa kepada kita ini. Ingin saya tegaskan juga di sini bahawa orang Melayu yang tidak membaca Utusan Malaysia bukanlah golongan yang mempunyai darah Melayu tulen," katanya ketika berucap pada Persidangan Perkasa Kedua di sini hari ini.

Pada akhir ucapannya itu, beliau turut melaungkan hidup Utusan Malaysia sebanyak tiga kali sambil disambut oleh 7,000 ahli serta perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut.

Sumber : Anak Sungai Derhaka


Jumaat, 28 Oktober 2011

Final Piala Malaysia : Trio 'A' taruhan terbaik

Sumber : Kosmo Online
KOMBINASI mereka begitu digeruni, malah turut dilabel sebagai trio pemusnah bagi kebanyakan pasukan dalam kancah Liga Malay- sia (Liga M).

Abdul Hadi Yahya yang baru semusim bersama Terengganu, muncul pemenang Kasut Emas Liga Super musim ini dengan 25 gol, manakala Ashaari Shamsuddin terbukti hebat apabila meraih gelaran yang sama musim lalu.

Kemampuan Abdul Manaf Mamat pula tidak boleh dipertikaikan apabila dua jaringannya di Shah Alam dan satu di Kuala Terengganu, sudah cukup untuk menamatkan 'Misi 33' Selangor pada peringkat separuh akhir.

Malam ini, trio 'A' itu sekali lagi menjadi percaturan Irfan Bakti dalam misi membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun.

Dengan Ashaari memiliki kemahiran menggelecek, Abdul Manaf bijak menghidu peluang dan Abdul Hadi tangkas di depan jaringan, ketiga-tiga pemain ini juga diharap mampu merobek pertahanan Negeri Sembilan diketuai Norhafiz Zamani Misbah sebelum membolosi kubu Farizal Marlias.  Bagi Abdul Hadi sendiri, keyaki- nannya kini cukup memuncak untuk membantu Terengganu lebih-lebih lagi selepas keja- yaan mereka pada kempen Piala FA lalu. Malah, kegagalannya menjaringkan sebarang gol di pentas Piala Malaysia setakat ini sedikit pun tidak menjejaskan fokusnya untuk menghadapi perlawanan akhir malam ini.

"Mungkin ramai yang mempertikaikan kemampuan saya apabila gagal menjaringkan gol setakat ini, namun itu bukan masalah utama.  Kami bermain sebagai sebuah pasukan dan mana-mana pemain yang mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, maka dia akan menjaringkannya,"   jelas pemain kelahiran Selangor itu.

Abdul Manaf pula mengakui, dia kini telah kembali menemui sentuhan pemusnah sele- pas gagal beraksi dengan baik, terutamanya pada peringkat Liga Super lalu.  Malah, pemain yang bakal menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal itu turut mencari 'hadiah istimewa' selepas pemergian bapa tersayang, Mamat Mahmud tiga minggu lalu. "Sebagai anak, apa lagi yang saya inginkan selain memberikan kejayaan buat kedua orang tua.   Sekalipun masih bersedih, saya tidak sesekali berputus asa dan akan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan akhir nanti," katanya.

Untuk rekod, Abdul Manaf setakat ini berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Piala Malaysia, 15 gol dalam Liga Super dan tujuh gol Piala FA.  Manakala Ashaari yang lebih banyak beraksi di posisi sayap, dianggap sebagai 'arkitek' dalam pasukan Terengganu menerusi hantaran- hantaran tepat yang kerap dilakukannya.  Dia yang turut menjadi watak penting kepada kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, juga memiliki kelebihan menerusi rembatan-rembatan dari luar kotak penalti.

"Saya hanya mahu memberi fokus kepada perlawanan akhir dan sedia membantu pasukan untuk menjulang Piala Malaysia," kata- nya.

Ini Dia Kisah Siapa Zulkifli Noordin Sebenarnya..!! –

Oleh IZWAN ABDUL HALIM - 26/10/2011                                                                                       http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/10/ini-dia-kisah-siapa-zulkifli-noordin.html

ALOR SETAR: Kepimpinan tertinggi PAS sejak dahulu lagi sedia maklum dan mengenali keperibadian sebenar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Kerana itulah, pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 2004 ditolak Majlis Syura PAS walaupun ketika itu beliau ialah pimpinan PAS di Bandar Tun Razak.

Malah sebelum itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-10 tahun 1999, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor juga menolak pencalonan PAS Kawasan Baling untuk meletakkan Zulkifli bagi bertanding kerusi parlimen tersebut.

“Maksudnya keperibadian dia sudah diketahui. Dia ditolak dari bertanding. Dia nampak hebat ketika itu, tetapi kita kenal keperibadiannya. Dia bercakap macam mana dan perbuatannya macam mana, kita tahu.

“Tetapi tidak perlulah kita dedahkan (kepada umum) siapa dia. Kita tak mahu layan dia, lagipun dia wakil rakyat yang tiada maruah,” demikian didedahkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada sidang media sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 22 Oktober lalu.

Sementara itu, Pemangku Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh berkata, walaupun Zulkifli cuba mendakwa dirinya sebagai wakil rakyat Bebas, hakikatnya dia membawa suara Umno-BN.

Ujarnya, Zulkifli sememangnya seorang yang beramal dengan pembohongan di mana beliau sering menggambarkan pada penulisannya di blog, kononnya beliau turun melawat masalah rakyat di parlimen diwakilinya sedangkan dia sebenarnya tidak berbuat demikian.

Khairi juga menempelak Zulkifli yang sibuk mencabar orang lain bertanding pada pilihan raya akan datang sedangkan kedudukannya sendiri sebagai calon mana-mana parti dilihat mustahil.

“Parti mana hendak ambil dia calon? Pakatan Rakyat tak mungkin. Tidak ada calon mampu bertanding melainkan dengan kekuatan dari jentera parti.

“Jadi Zulkifli ini sekarang aktif menonjolkan diri sebenarnya berharap-harap kalau Umno boleh bagi jawatan Senator pada dia,” ujar Khairi pada Taklimat Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah di Pejabat PAS Kulim-Bandar Baharu, Serdang, 24 Oktober lalu.
 

Harga tiket : Kenyataan bongkak FAM

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin tak sewajarnya bersikap angkuh !  apabila memberi respon diatas kritikan dan protes  peminat berhubung kenaikan harga tiket melampau – RM30 kepada RM50.

 Ini petikan kata-kata beliau,.., " Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokongnya bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu".
(satu kenyataan bengap seorang SU),….

Memanglah FAM tak berkuasa untuk menyekat kehendak dan keputusan yang akan dibuat oleh peminat.  Tetapi FAM berkuasa membuat apa-apa  keputusan berhubung dengan FAM itu sendiri

Lupakah FAM ? yang mereka pernah pada suatu satu ketika  macam orang  minta sedekah dengan peminat?, FAM merayu peminat agar ramai –ramai turun ke stadium menyokong pasukan masing-masing? Sokonglah pasukan negeri anda!  Sokonglah pasukan  kebangsaan kita dan berbagai bentuk rayuan lagi!.

Seharusnya FAM jangan lupa diri atau berlagak sombong.  Bersimpatilah sikit dengan peminat ! Buatlah sesuatu yang boleh  menguntungkan kedua-dua pihak. Tanpa sokongan peminat bolasepak Malaysia akan berkubur!!

Orang ramai, khasnya peminat-peminat bolasepak tanah air merasa kesal dengan sikap FAM dan beberapa kesilapan yang telah mereka lakukan. Antaranya :-
1.    FAM mengumumkan harga tiket terlalu lewat
2.    FAM membuat keputusan hanya melibatkan 3 pihak sahaja – FAM, NS, T’ganu
3.    Sebaik-baiknya libatkan semua negeri/ pihak yang terlibat dengan FAM
4.    Pertimbangkan semasak-masaknya sebarang keputusan yang nak dibuat.
5.    Kalau pun nak naikkan harga tiket biarlah berpada-pada, 5 peratus ke,  10 peratus ke!

Oleh : rahimothman


Khamis, 27 Oktober 2011

SEMUA DAH TAHU APA TRADE MARK PARTI UMNO !?…

Berdasarkan kenyataan Umno online, TPM & Khairi Ketua Pemuda, memang tepat sekali Umno sebuah parti lucah – kata LGE

“Umno memang sebuah parti lucah !” demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang media  -  menafikan fitnah berunsur lucah yang dilemparkan terhadap keluarganya.

Walaupun sebelum ini beliau telah beberapa kali membuat penafian dan pihak-pihak lain yang terlibat juga sudah membuat penafian, Blog rasmi parti itu Umno Online tak henti-henti mempersendakan dirinya dengan memainkan isu itu. Ini sangat keterlaluan, katanya lagi


Dari tahun 1998, semenjak DS Anwar di fitnah dan dipecat dari Timbalan Presiden Umno hinggalah kehari ini Umno tak habis-habis membuat fitnah yang membabitkan isu lucah.  Terbaru,seperti telah diketahui umum anak remaja LGE  yang masih mentah telah difitnah membuat kerja tidak bermoral melibatkan seorang pelajar perempuan!  Kasihan Lim!  Memang perbuatan pemimpin Umno dan  penyokong-penyokongnya amat melampau!

Cukup memalukan!, Umno dan pemimpinnya sudah hilang maruah! Lebih memalukan Timbalan Presiden Umno sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri turut bermain dengan isu ini,  begitu juga dengan Ketua Pemudanya  Khairi Jamaludin. Penghinaan dan cercaan oleh blogger-blogger  pro Umno usah ceritalah !!  Tak larat nak membacanya.

Jadi, kalau dah pemimpin tertingginya begitu rupa (berfikiran kotor dan lucah) apa lagi yang diharap dengan penyokong dan orang bawahannya!  Sahlah Umno sebuah parti lucah !!

Apa-apa pun hari ini 27 Oktober 2011, Lim Guan Eng meminta pihak-pihak  terbabit yang cuba mengkhianatinya terutama Umno Online” lidah rasmi parti Umno  agar menarik balik cerita bohong mereka dan meminta maaf dalam masa 48 jam. Jika tidak berbuat demikian dalam tempoh tersebut beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Kita tunggu sajalah,  apa reaksi dan tindakan mereka.

Oleh : rahimothman

ZUL TIMB. PRESIDEN PERKASA YANG BARU !

Sesuai sangat dahh! Mulut celupar, merapu, satu spesis dengan Brahim,..

Perhimpunanan Agung PERKASA yang diadakan semalam 26/10/11  telah memilih ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru. Tahniah! Zul al-muka al tebali. Itu satu platform yang cukup sesuai dengan anda!

Bekas ahli PKR yang dipecat itu,  dipilih  apabila usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip,diterima sebulat suara.  Zahid juga merupakan seorang lagi bekas ahli PKR yang terjun semula kedalam tong najis/ Umno kerana mengejar habuan politik !.

Zul ahli parlimen Kulim Bandar Baru  yang masih mencari-cari dan ingin menghidupkan pengaruh politiknya yang semakin kendur ,  tentu gembira apabila beliau dipilih!, ibarat penagih dadah yang sedang  gian diberikan mophine,..atau orang mengantuk dihulurkan bantal.  Mungkin hanya PERKASA lah saja yang boleh menerima orang-orang buangan sepertinya.  

Mantan menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus juga telah hadir dalam perhimpunan itu. Tidak ketinggalan taukeh video seks Datuk T @Shazryl Eskay Abdullah. 

Datuk T ini sesuai sekali dilantik sebagai penasihat ke-2 PERKASA @ PERKOSA  selepas Tun Mahathir ! Kesimpulannya PERKASA adalah ibarat tempat buangan sampah. Sampah akhirnya pasti menjadi busuk. bak bangkai!.  Kalau busuk bak pekasam tak apa!  masih ada orang mahu memakannya!!    

Oleh : rahimothman