Selasa, 22 November 2011

Ayuh Kim Swee, buktikan sekali lagi !!


Skuad Harimau Muda B23 bimbingan Ong Kim Swee kini berada dilandasan yang betul, tepat dan amat meyakinkan !.

Keupayaan Harimau Muda mengalahkan Thailand jaguh Asia Tenggara dan seterusnya mengalah Indonesia selaku tuan rumah Sukan SEA ke-26  dua kali berturut-turut termasuk perlawanan  akhir kelmarin amat membanggakkan seluruh rakyat Malaysia !!

Kini, satu lagi ujian di peringkat yang lebih tinggi menanti Ong Kim Swee -  kelayakan Olimpik 2012. Ayuh Kim Swee !  buktikan sekali lagi Malaysia boleh !!   Selaku juara bolasepak Sukan Sea 2009 dan 2011,  rakyat Malaysia berharap anda mampu melakukan sesuatu. Hari ini 23/11/2011 Malaysia bertemu Syria di Stadium Bukit Jalil . Kepada penyokong-penyokong bolasepak Malaysia jum ! kita ramai-ramai ke Stadium !

Di Jakarta tanpa sokongan peminat, malahan diejek, dicemuh dan dikutuk pula oleh penyokong tuan rumah  kita masih mampu meraih kejayaan. Justeru tidak mustahil dengan sokongan 80 ribu penyokong dan peminat sendiri di Stadium Bukit Jalil kita mampu melakukan kejutan !!  Selamat berjuang wira-wira Malaysia !  Semoga Berjaya !!

Oleh : rahimothman

Isnin, 21 November 2011

Malaysia unggul,.. juarai bolasepak sukan SEA


Kemuncak kepada sukan SEA ke-26 telah berlalu malam tadi apabila pertandingan akhir  bolasepak menemukan Malaysia Indonesia telah tamat !. Indonesia terus kempunan dan Malaysia berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut. Keputusan penuh - Malaysia menang  5-4.

Tahniah dan syabas kepada pasukan bolasepak B23 Malaysia. Tahniah juga kepada jurulatih Ong Kim Swee, pengurus pasukan dan seluruh krew yang terlibat di atas kejayaan mengalahkan Indonesia melalui tendangan penalti 4-3  setelah kedudukan seri 1-1 dalam masa penuh permainan !

Dalam perlawanan akhir malam tadi pemain-pemain Malaysia telah berjaya menenggelamkan sorakan ribuan penonton tuan rumah. Pemain Malaysia dilihat tidak gentar, malah telah berjaya menjadikan ejekan dan cemuhan penonton sebagai pembakar semangat. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dalam pertandingan kelayakan olimpik pula.  Tahniah sekali lagi kepada semua pemain Malaysia.


oleh : rahimothman

Selasa, 15 November 2011

Isu NFC : Kenapa SPRM tak mahu siasat?

Dr M orang pertama menjadi perosak sistem keadilan dalam Negara

Barangkali inilah hasil tangan atau peninggalan hasil kerja Tun Dr.Mahathir untuk rakyat Malaysia !! Tidak dinafikan Tun ada membuat kemajuan tetapi rakyat juga tidak pernah lupa,
Tun banyak membuat kerosakan terutama yang melibatkan Badan kehakiman, dan badan-badan penguasa seperti PDRM dan SPRM .
SPRM atau PDRM sudah menjadi tidak bebas dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

Mahathir patut dipersalahkan !  Kalau nak dibincang satu persatu segala macam kerosakan yang pernah dibuat oleh Mahathir rasanya terlalu panjang. Ia telah bermula pada semenjak 1988 lagi. . Semuanya gara-gara sikap tamak dan rakus Mahathir dan pimpinan Umno  untuk terus berkuasa. Berbagai kaedah melampau telah dibuat demi memastikan kerahsiaan dan survival politik mereka terus kekal. 

Dalam isu terbaru – penyelewengan NFC :  Sebelum ini banyak juga kes-kes di mana  SPRM telah membuat penyiasatan,  tetapi kali ini entah kenapa mereka mendakwa  mereka tak ada kuasa untuk menyiasat?,  lalu diserahkan kepada PDRM ?  Rakyat tertanya-tanya kenapa dan mengapa?

Tolong perjelaskan!  apa kriteria kes,  yang membolehkan SPRM menyiasat? atau sebaliknya? dan apa pula yang tidak boleh disiasat boleh PDRM?  Apa bezanya kes Istana Khir Toyo dengan PKFZ atau kes Teoh Beng Hock?  Dalam hal-hal sebegini terutama yang berprofil tinggi KDN, PDRM maupun SPRM jangan cuba mengeliru atau memperbodohkan rakyat?  

Rasuah dan salahguna kuasa nampaknya terus berleluasa. Kerajaan Umno dilihat cuba mempertahankan mana-mana menterinya yang terlibat dengan penyelewengan. Terbaru seorang menteri wanita Umno yang terdakwa,.. tetapi tak mahu disiasat oleh SPRM. Nampak macam SPRM memilih-milih bulu. Adakah kerana beliau menteri kesayangan Umno maka SPRM segan atau takut nak menyiasat?

Hari ini rakyat semakin faham,.. sikap berani atau takutnya badan-badan penguasa untuk bertindak,.. semuanya dipengaruhi oleh kerajaan Umno warisan Mahathir !!  Kerajaan yang masih bersifat  “ You give me, I give you, you help me I help you”   Semoga Allah melaknati kerajaan yang menafikan keadilan dan hak rakyat !.  kerajaan zalim yang  mengamalkan kemungkaran !!                                                     Semakin cepat BN reput semakin baik untuk rakyat

Oleh : rahimothman