Selasa, 20 Mac 2012

Kenapa Nallakarupan tuduh Anwar biseksual?

Kalau orang Umno yang mengaku Islam boleh membuat fitnah dengan menuduh DS Anwar kaki liwat dan penzina,  apa nak hairan Si kafir botol kicap ni (Nallakarupan) sanggup  menuduh Anwar dengan berbagai-bagai tohmahan.

Kelmarin seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia akhbar pencacai Umno,… Nallakarupan mendakwa Anwar adalah  seorang biseksual. Menurut Nallakarupan lagi beliau sendiri pernah melihat aksi seks pemimpin pembangkang itu bersama lelaki atau wanita,  sebab itu dia sangat tidak bersetuju  Anwar jadi ketua pembangkang  apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.  Itu pendapat Nalla,..lantak dia lah !. Memang,..setelah banyak dapat imbuhan tugas dia ialah memuji Najib dan mengutuk Anwar !
 
Begitulah kenyataan Nallakarupan,…maka sanggupkah kita memperpercayai kata-katanya? Bercerita memang mudah!  memang seronok !,..lebih-lebih lagi sesudah mendapat ganjaran!  Tok imam sekali pun,  kalau bercakap tanpa bukti dan fakta boleh percaya ke? Inikan pula cakap si kafir!!.

Ada tiga sebab kenapa si botol kicap ni sanggup tuduh Anwar biseksual?  Pertama,.. kerana pemimpin Umno sendiri telah memberi ruang dan peluang untuknya menghentam Anwar.  Kedua, mungkin Nalla menyimpan rasa kecewa atau dendam terhadap Anwar kerana dia tak diberi apa-apa habuan atau projek semasa berkawan dengan Anwar.  Ketiga,.. kerana Umno atau PM sendiri telah memberi hadiah yang tak ternilai (Senator) kepadanya, …justeru budi Najib semestinya dibalas. Membalas budi Najib bukannya susah,.. hanya dengan memutarkan lidah, yakni berbohong. Berbohong adalah syarat wajib untuk menjadi ahli Umno mahupun menjadi penyokong Umno,  sebab itulah hingga hari kiamat pun PAS mahupun PKR  tidak boleh hidup sekapal dengan Umno.

Berbalik kepada kisah Si Nalla botol kicap ni. Kalau dia kata Anwar seorang biseksual dan dia telah berkawan dengan Anwar begitu lama,… agak-agaknya diri dia sendiri bagaimana ye? Lebih baik dari Anwar?  atau sama macam Anwar? atau lebih teruk lagi dari Anwar? Entah-entah dia lebih dahsyat !!  Tidak mustahil dia sendiri adalah bapak segala biseksual!!

Oleh : rahimothman

 

Jui Meng: Raja Petra bukan taraf Anwar

SITI NOOR SEPEE  - 20 Mac 2012  (Sinar Harian)
 
SENAI – “Bukan takut rahsia bocor tapi bukan taraf Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). BN (Barisan Nasional) cuba ubah isu kerana orang yang sepatutnya berdebat dengan Anwar adalah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak),” kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai penakut kerana keengganannya berdepan dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.
 
"Saya yakin BN sengaja mengubah topik kerana mahu mengelak kerana khuatir banyak rahsia mereka bakal terbongkar sekiranya menerima pelawaan itu.

“Sekarang kita cabar pula sama ada Najib berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Anwar. Kenapa pula mengubah isu Raja Petra dengan Anwar? ini bukan soal keberanian tetapi kita mahu individu yang layak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
 

Dalam perkembangan lain, Jui Meng enggan mengulas sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana menganggap ia masih terlalu awal, selain menyerahkannya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memilih.
 

“Sama ada DAP atau PKR yang bertanding di kerusi itu bukan masalahnya. Hubungan kami masih mesra seperti dulu, malah terus bekerjasama erat untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Isnin, 19 Mac 2012

Bekas menteri Umno tinggalkan Umno !!

Sumber : Harakah
 
Setelah lebih dari 50 tahun menjadi ahli Umno,  hari ini 19 Mac 2012 Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar),  dalam satu kenyataan beliau telah mengisytiharkan dirinya keluar dari parti itu. Ini merupakan satu lagi pukulan kepada parti Umno!  Umno yang sememangnya masih demam tak kebah,. pasti menjadi semakin sasau dan resah,..   silap-silap haribulan boleh jadi sawan.  

Berbalik kepada cerita orang Umno tinggalkan parti. Dulu Tan Sri Abdul Kadir ini pernah memegang berbagai jawatan dalam pentadbiran kerajaan termasuk Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen Timbalan Menteri dan Menteri, Pengalaman politiknya memang terlalu banyak,  ini termasuklah permainan politik kotor Umno sewaktu pilihanraya.  . Antaranya ialah merasuah wang kepada pengundi  seperti yang pernah diceritakannya.

Apa-apa pun tindakan Tan Sri ini keluar dari Umno bukanlah mengejutkan. Ia tetap menggambar tindakan bijak  seorang bekas menteri !  Syabas Tan Sri ! belum lagi terlambat!  Kalau dah tahu Umno tak betul!, Umno berfahaman terlalu kuno, fanatik !, arah dan  prinsip perjuangan dah tak boleh pakai ! tabiat rasuah dan salahguna kuasa dah tak boleh buang lagi,..  maka adalah lebih baik tinggalkan saja parti Umno. Sebelum ini pun dah ramai orang Umno yang cabut lari meninggalkan Umno. Kepada Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir,.. masuklah mana-mana parti pun asal bukan Umno !   PAS, DAP  PKR boleh saja !

Oleh : rahimothman

Ahad, 18 Mac 2012

Isu Scorpene ke mahkamah Perancis

Sumber : RAKYAT MARHAEN

Saya secara peribadi menunggu begitu lama untuk mendengar kes yang dibawa ke mahkamah Perancis oleh SUARAM berhubung dengan isu Scorpene , 2 buah kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia 4 tahun yang lalu. Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM7.3 billion dari syarikat gergasi Perancis DCNS yang dikatakan telah membayar komisyen kepada orang-orang dan pemimpin tertinggi Malaysia.

Mengikut undang-undang Perancis membayar komisyen kepada pihak-pihak atau agen yang membeli peralatan pertahanan itu adalah salah dan haram dari segi undang-undang. Undang-undang dan etika nampaknya jauh berbeza diantara Perancis dengan Malaysia. 

Di Malaysia membayar dan menerima komisyen dalam sesuatu pembelian besar-besaran seperti, komisyen itu merupakan perkara biasa kerana rakyat Malaysia membiarkan perkara ini berlaku berluas-luasa. Malahan di Malaysia kalau pemimpin dan orang-orang yang berpengaruh tidak dapat komisyen, transaksi seperti pembelian peralatan pertahanan seperti ini tidak akan dapat dilakukan. Ia sudah menjadi budaya dan elemen komisyen itu adalah perkara yang wajib berlaku.

Akhirnya kes ini akan didengar dimahkamah Perancis setelah begitu lama tertangguh oleh kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Cynthia Gabriel, pengarah SUARAM telah menyatakan kelegaan beliau kerana akhirya kes ini akan dibicarakan dimahkamah di Perancis tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, orang ramai diminta bersabar menunggu sehingga SUARAM mengadakan sidang akhbar esok untuk mengetahui butiran lanjut tentang kes ini dan perbicaraan tentangnya di Paris tidak berapa lama lagi.
Isu Scopene ini telah menjadi isu hangat tidak berapa lama dahulu kerana pembelian kapal selam dari syarikat DCNS Perancis dilakukan semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan dan dalam jangkamasa yang sama beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Kes ini memang menjadi isu yang menjadi minat ramai kerana ini melibatkan wang rakyat yang berbillion-billion. Rakyat sudah letih mendengar isu wang rakyat yang dipergunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu tanpa merasa kesian terhadap rakyat dan negara serta generasi yang akan datang.

Kita tunggu sahaja sidang akhbar penting ini esok.

Sabtu, 17 Mac 2012

Malaysia sudah jadi negara tak selamat !!!

Pembunuhan tetap berlaku tak kira masa dan tempat,  tak mengenal orang tua  atau muda.  Ia berlaku dan terus berlaku,  bagaikan air sungai yang terus mengalir tanpa henti !   Begitu juga dengan penculikan kanak-kanak yang berakhir dengan pembunuhan kejam!!.  Setiap kali kita mendengar berita penculikan, penderaan atau pembunuhan kanak-kanak, hati akan merasa sayu, sedih dan marah yang teramat sangat.

Kita sebagai ahli masyarakat yang perihatin pasti akan mengutuk perbuatan manusia atau penjenayah yang tidak berhati perut itu.  Dalam kejadian terbaru,  Nurul Nadirah (gambar) yang diculik dan dibunuh dengan kejam (dibakar) memang amat memilukan!  
Semua orang meluahkan rasa simpati dan sedih yang amat sangat !  sambil berharap dan berdoa semoga ia tidak akan berlaku lagi,  namun harapan hanya tinggal harapan !! Peristiwa sedih, pilu dan ngeri ini tetap berlaku juga !,  Ia berlaku dan terus berlaku! Bila agaknya  ia akan berhenti?

Pemimpin Umno dan Pak-pak Menteri, bila kita cakap Negara ini tidak selamat mereka marah!  dan melenting!. Mereka masih mengatakan Malaysia negara yang aman dan selamat, tapi lihatlah apa yang berlaku hari ini,  berita-berita pembunuhan tak habis-habis tersiar di dada-dada akhbar.

Mana lagi tempat yang selamat di bumi Malaysia ini? Di tempat sunyi atau lorong-lorong gelap memang tak selamat, di tempat awam,..  pun tak selamat, malah di halaman rumah sendiri pun dah tak selamat lagi. Jadi kepada ibu bapa,.. jangan lagi membiarkan anak-anak bersendirian. Jaga keselamatan anak-anak, perhati dan pantau mereka selalu… sebab,.. tak ada tempat yang benar-benar selamat sekarang ni. Penjenayah berani masuk sampai  kedalam rumah,  malahan kedalam bilik tidur sekali pun..  

Kenapa jenayah menjadi-jadi?   Barangkali salah satu sebabnya ialah kerana,...PDRM sendiri terlibat dengan jenayah,  contohnya sudah terlalu banyak. Terbaru, dalam satu kenyataan yang dibuat bekas pegawai polis bersara baru-baru ini beliau mendedahkan KPN dalam satu tindakannya telah cuba  melindungi bapak penjenayah !  Maka  tak hairanlah kejadian jenayah semakin menular dan berleluasa. Ia sudah dianggap sebagai perkara biasa.  

Akhirnya orang awam ada keinginan untuk menjadi penjenayah junior akan rasa berani. Mereka mungkin hilang rasa takut untuk membuat jenayah!  kerana polis sendiri ada melakukan jenayah seperti dalam kes yang paling besar dalam sejarah –  wanita Mongolia,  Altantuya Shahribuu diletupkan dengan C4 hingga jasadnya hancur berkecai.  Dalam kes tersebut seluruh rakyat Malaysia,..bahkan seluruh dunia,.. merasa amat terkejut, sedih dan sayu. Cuma yang tidak bersedih mungkin PM Najib, Razak Baginda dan kuncu-kuncu serta  PDRM sendiri dan mereka memang ada sebab untuk tidak bersedih !!.

Oleh : rahimothman

Jumaat, 16 Mac 2012

Menteri ni rupanya kaki pukul !!

Baca lanjut dalam : http://addin77.blogspot.com/2012/03/pendedahan-terperinci-kes-pukul-dato.html

Ahli Umno mahupun pemimpinnya tidak dapat lari dari budaya mengacau, budaya mengugut dan budaya pukul ala  samseng. Sejak akhir-akhir ini kerap sangat majlis-majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat disebotaj,.dengan cara mereka membuat bising, hingar-bingar, mengugut dan mengancam,.. kadang-kadang hampir mencetuskan pergaduhan.
Hari ini terbongkar satu lagi kisah buruk perangai seorang Menteri Umno  apabila  Mahkamah Rayuan kelmarin  menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang mendakwa dipukul kerana mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu.

Menurut sumber,.. peristiwa menteri pukul seorang ahli perniagaan bernama Amir Basli Abdullah ini  berlaku pada 16 Januari, 2006.  Ia barangkali berpunca dari perasaan marah dan balas dendam. Kesan dari pukulan tersebut,  mangsa bukan saja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut. Apa pun yang menjadi punca kemarahan Datuk Zahid Hamidi, selaku seorang menteri beliau tidak sepatutnya berlagak seperti samseng !!.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan dibawa ke muka pengadilan.  Pihak polis mahupun mahkamah mesti jangan bersikap pilih bulu atau  “double standard”  Walaupun kes ini melibatkan seorang menteri dan ia sudah lama berlalu,  namun mangsa, Amir Bazli Abdullah  mesti mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Tetapi soalnya, bolehkah rakyat biasa mendapat pembelaan  setelah sistem mahkamah dan kehakiman negara kita dirosakkan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya?  Rasanya selagi mahkamah dan Polis masih dicengkam oleh Umno, sukar keadilan dapat ditegakkan!.  Semoga Pakatan Rakyat boleh mengubah segala-galanya !   Hancuurr Umno!, tumbang BN !!

Oleh : rahimothman

Khamis, 15 Mac 2012

Cerita Islamnya Loo Jo Yee binti Abdullah

Sumber : SiasahKini 

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
 
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.   Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.  Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik. Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.  Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.



Rabu, 14 Mac 2012

Wasatiyah : Najib dan Umno sendiri tak ikut!

Banyak dasar Najib hanya sedap didengar,.. pepat diluar rencong di dalam ! 

“Wasatiyah” daripada perspektif Islam  ialah kesederhanaan dalam melakukan tuntutan duniawi dan ukhrawi.  

Konsep Wasatiyah ini memang baik dan sangat digalakkan dalam Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau,... begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian. Sebaik-baik amalan ialah kesederhanaan. 

Bagi parti PAS dan Pakatan Rakyat konsep wasatiyah ini bukanlah asing kerana mereka telah dan sedang melaksanakannya.                                                                                                                            

Konsep Wasatiyah Najib  – apa yang tak kena?

Hari ini Konsep Wasatiyah yang dilaung-laungkan oleh Najib nampak tak sepadan dengan apa yang Najib telah buat,.. atau dengan kata lain cakap tak serupa bikin!  Lain yang diungkap, lain yang berlaku! Samalah dengan lain-lain slogan yang Najib pernah cipta sebelum ini seperti Konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, Transpomasi politik, transpomasi ekonomi dan sebagainya. Slogan-slogan tersebut hanya sedap diucap dan didengar!   Realitinya samar,  kabur dan mengelirukan !

Tiada maknanya Najib melaungkan konsep wasatiyah ini sedangkan Najib dan Umno sendiri dilihat kerapkali melakukan pembaziran. Contohnya Kerajaan UmnoBn berbelanja besar sewenang-wenangnya. Najib dan Rosmah berbelanja mewah,..  Beberapa hari lepas,  kita dikejutkan dengan satu laporan bahawa belanja majlis pertunangan  anak Najib menjangkau RM0.5 juta,.  dan paling baru perbelanjaan majlis harijadi Najib juga  khabarnya begitu besar!.hingga mencecah RM80 ribu. Butakah Najib? sampai tak kenal antara pembaziran dan kesederhanaan?   

Justeru apa yang kita dapat lihat ialah,...Najib hanya pandai berjanji dan mencipta konsep atau slogan!. tetapi dalam masa yang sama dia dia gagal menunjukkan contoh yang baik. . Wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ atau kesederhanaan  sedang diperkenalkannya dalam   dalam pentadbirannya?. Memang tak patut !, Ia seperti ketam menyuruh anak berjalan betul !  Kebanyakan rakyat memang dah  hidup sudah pun,  jadi dimana lojiknya Najib menyuruh mereka  mengikat perut atau berjimat? sedangkan Najib pula melakukan sebaliknya!!.

Oleh : rahimothman

Selasa, 13 Mac 2012

Kita cabar Shahrizat, buktikan !!!!

Selain beliau,..siapa lagi?

 Sejak dari awal kes penyelewengan NFC ini terbongkar hinggalah ke hari ini Dato’ Seri Shahrizat Jalil sentiasa diasak bukan saja oleh pembangkang  malah rakan-rakan dalam parti Umni sendiri,.. agar Shahrizat mengambil tanggungjawab dan seterusnya meletak semua jawatannya.

Shahrizat seorang Menteri, maka mungkin itu yang menyebabkan  suaminya boleh mendapat projek ternakan lembu bernilai RM250 juta itu dengan begitu mudah. Memang tak masuk akal apabila Shahrizat mendakwa semua itu hanya kebetulan dan tak ada kena mengena dengannya !! .


Zaman semakin canggih,  manusia semakin cerdik !  Mana mungkin rakyat Malaysia boleh diperbodohkan ! Kalau lah Shahrizat anak Jalil ini bukan seorang menteri, agak-agaknya bolehkah suaminya yang tak mahir dalam ilmu penternakan lembu ini memperolehi projek mega tersebut?  Budak darjah enam pun boleh jawab.

Dan yang lebih malang lagi ialah apabila wang rakyat sejumlah RM250 itu telah disalahgunakan oleh Shahrizat dan keluarganya!  Sebagaimana yang dilaporkan, mereka membeli beberapa buah kondo mewah, tanah dan sebagainya. Wajarkah rakyat merelakannya? Percayakah kita dengan kata-kata Shahrizat yang projek itu tak ada kena mengena dengannya?  Percayakah kita penyelewengan yang dilakukan oleh suami Shahrizat tak ada kena mengena dengan Shahrizat yang berjawatan menteri dan ketua wanita Umno itu?  Sedarkah Shahrizat bahawa wang yang digunakan itu milik rakyat ! maka beranikah Shahrizat berkata yang isu ini tiada kena mengena dengan rakyat?

Shahrizat  meletak jawatan?   Dalam hal ini sepatutnya Shahrizat awal-awal lagi sudah meletak jawatan, bukan sekarang baru nak umumkan!  Tarikh nak berundur pun nampaknya masih jauh lagi (April 2012),..itupun kerana mahu menunggu tempoh jawatan senatornya tamat,  Jadi jelaslah !,  sikap dan pendirian Shahrizat menggambarkan beliau seorang yang penakut dan masih sayangkan jawatan menterinya. Rakyat pun faham apabila seseorang itu tidak lagi memegang title senator ,  secara automatik tidak layak memegang jawatan menteri!. Justeru dalam isu ini, mana ada berlaku perletakan jawatan? seperti yang diumumkan oleh Shahrizat?  Sekali lagi rakyat hendak ditipunya!!

Apa Shahrizat pernah kata?   Berhubung dengan tuduhan atau dakwaan salahguna wang rakyat oleh Shahrizat dan keluarganya,. maka untuk meringankan beban tekanan yang ditanggungnya,  Shahrizat pernah berkata,...... “Beritahu saya, pemimpin Umno yang mana tiada masalah?” ... Maksud kata-katanya itu kita faham,..bukan beliau seorang saja yang ada rekod busuk atau salahguna kuasa,, ramai lagi pemimpin Umno yang bermasaalah sepertinya.

Hari ini kita cabar Shahrizat !!  Setelah beliau berani mengaku nak letak jawatan selepas bulan April 2012 ini,  adakah Shahrizat sanggup  mengumumkan lain-lain pemimpin Umno yang mempunyai masaalah sepertinya?  Siapakah pemimpin-pemimpin  Umno berkenaan seperti yang pernah disebut atau dicabarnya dulu?  Beranikah Sahahrizat menyatakannya satu persatu?

Oleh : rahimothman