Ahad, 22 April 2012

Isu PTPTN : Lagi,.. komen bangang pemimpin Umno!



Isu siswa menuntut PTPTN dihapuskan,  memang hangat diperkatakan sekarang ini. Tak ada satu pun komen pemimpin  Umno yang positif melainkan YB Saifudin Abdullah. Lain-lain kenyataan pemimpin Umno kebanyakannya bersifat bangang atau bodoh sombong. Kita lihat beberapa contoh di bawah ini,..
 
Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas, juga presiden PERKASA (bekas mepimpin Umno masih berjiwa Umno):        
Beliau menyifatkan perjuangan Pro-Mahasiswa menuntut pendidikan percuma dengan berkampong di Dataran Merdeka sebagai mementingkan diri dan perbuatan mereka  itu memalukan. Mereka berjuang hanya kerana tak mahu bayar hutang ! . Pendidikan percuma hanya akan membuatkan pelajar jadi malas dan enggan bersaing, sekaligus mampu menggagalkan matlamat pemansuhan tersebut. 

Beliau turut mendakwa kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak enam hari lalu ditaja parti politik tertentu . makanannya ada dalang yang menyokong tindakan mereka,.. katanya.

Yang pentingkan diri sendiri kamu wahai Ibrahim al Katak dan yang malu pula bukan siswa tapi Najib, Umno dan Bn.  Mereka berjuang bukan kerana tah mahu bayar hutang, tapi nak mintak kerajaan hapuskan PTPYN dan beri pelajaran percuma. Mereka bukan bodoh macam pemimpin Umno,.. mereka cerdik.  Mereka mampu mengenali kerajaan yang baik dan berkemampuan dengan kerajaan yang zalim lagi sombong. Siswa kita tidak mahu jadi kerbau yang boleh dicucuk hidung.! Siswa tak mahu berhutang kenapa dipaksa berhutang? Pemimpin Umno tak mahu bayar balik wang yang mereka songlap kenapa kamu tak bising?

Siswa sepatutnya berdemo di depan rumah Anwar, bukan di Dataran Merdeka! kata si Katak ni lagi…
Wahai Ibrahim Ali Katak !  tak betul tu,. Apa ke jadahnya berhimpun dirumah Nuar, Anwar belum dapat mandat lagi... Sepatutnya mereka berhimpun di rumah Najib -Seri Perdana, baru kena!

Ahmad Maslan  : Siapa suruh mereka tidur di padang,… orang tidur di rumah!                           Ini cakap orang tak pakai otok, ada otak letak di bawah tumit. Kalau kamu tak gheti cakap, baik tak usah cakap. Nilai setiap patah perkataan kamu sama macam sampah di tepi jalan!. Kalau bercakap dengan murid TADIKA boleh le!

Khalid Nordin : Sekiranya siswa mahu PTPTN dimansuhkan sila pulangkan kembali wang pinjaman itu !
Pulang untuk masuk semula kepoket kamu atau poket UmnoBn?  Ha, ha! elok sangatlah tu!  Hoi Khalid, itu duit rakyat, bukan duit mak bapak kamu!,. Siswa juga adalah rakyat, bukan warga asing! atau PATI. Duit rakyat berjuta dan berbilion ringgit yang pemimpin Umno dah songlap bila pula nak dipulangkan?

Oleh : rahimothman


Sabtu, 21 April 2012

Tamrin Ghaffar, bila lagi nak tinggalkan Umno?


Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, seorang tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melakukan transformasi pilihan raya.

Meskipun mengakui masih menjadi ahli Umno, namun Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri  Allahyarham Tun Gafar Baba, dikatakan amat meluat dan jijik dengan gelagat Pimpinan UMNO hari ini. Mereka sanggup menggadai maruah Negara dengan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing melalui cara berselindung, untuk menjadikan mereka pengundi haram tetapi disisi Umno. Tujuan Umno tiada lain,.. sudah tentu untuk membantu mereka menang dalam PRU akan datang.

Tamrin juga meluahkan rasa hati yang beliau sudah tidak sanggup lagi  melihat sistem pilihan raya diperkotak-katik oleh Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Tahniah saudara Tamrin! . Anda adalah satu diantara seribu ahli Umno yang mahu mengaku kebenaran.Yang salah tetap salah di mata rakyat, yang benar tetap benar. Keadaan pemimpin Umno semakin  hari semakin teruk!. Mereka mengaku beragama Islam tetapi sudah menjadi macam orang tidak beragama !, tidak beriman !

 Inilah akibatnya kalau fahaman atau semangat Asabiyah terlalu diagong-agongkan. Bila agama diketepikan, maka hawa nafsu dan tamak halobalah yang menguasai diri. Walhal dalam perlembagaan Umno sendiri pun TIDAK menyatakan bahawa,.. hanya UMNO saja yang berhak memerintah,… dalam Quran jauh sekali.  Sepatutnya pemimpin Umno terima hakikat bahawa tidak ada yang kekal dibumi Allah ini.  Rakyat boleh berubah! Rakyat mahu berubah!  Pemerintah juga boleh berubbah!!

Akhir sekali kita sedang menunggu bila agaknya Tamrin nak tinggalkan Umno. Bila Tamrin nak lari dari terus hidup dalam parti tong najis yang baunya teramat busuk itu..

Oleh : rahimothman

Jumaat, 20 April 2012

PR akan siapkan filem "Siapa arah bunuh Altantuya?"


 
Menurut Muhamad Sabu Timbalan Presiden PAS, "Filem Altantuya" adalah sebuah filem yang tergantung dan belum ada penamatnya.  Seluruh rakyat Malaysia bahkan penduduk dunia sekali pun begitu ternanti-nanti apakah kesudahannya? Banyak persoalan belum dijawab,…

Antara persoalan penting yang bermain dikepala peminat,…Mengapakah dua orang pegawai keselamatan Perdana Menteri Najib Tun Razak sanggup membunuh dan meletupkan jasad Altantuya wanita Mongolia yang tak berdosa itu?  Siapa yang mengarah dua pegawai Najib membunuh wanita itu dan apakah motifnya?   Seluruh peminat dan pemerhati juga tentu nak tahu berapa juta atau berapa biliion nilai nyawa wanita Monggolia itu?.

Untuk mendapatkan jawapannya marilah kita menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 nanti.  Menurut Muhamad Sabu lagi  apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Putrajaya, insyaAllah segala-galanya akan terjawab. Pakatan akan menyiapkan kesudahan filem “Siapa arah bunuh Altantuya” !  Apakah Najib terselamat dari tuduhan – mengarahkan pegawainya membunuh Altantuya atau sebaliknya? Sama-sama kita tunggu dan lihat !!. .

Oleh : rahimothman


Khamis, 19 April 2012

Siapa sebenarnya Dr Giler yang buat kecuh ni?


Tak ada apa yang pelik sebenarnya berlaku di Parlimen semasa istiadat pertabalan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong tempoh hari. Istiadat ini diadakan di Istana Negara,  bukan Parlimen. Kalau di parlimen mungkinlah gelagat-gelagat buruk ahli parlimen boleh berlaku!.  Tetapi bila insiden tidak sopan didakwa berlaku di Istana Negara, ia tak masuk akal !!  mustahil sama sekali !!

Siapa pencetus isu ini?. Menurut laporan ia mula keluar dari mulut seorang yang bertitle dr. Siapa dr ini? dan apa peranan beliau untuk hadir di majlis pertabalan itu? Wallhhualam !

Siapa pula yang mendorong dr ini untuk mendakwa dan menuduh sekumpulan ahli parlimen pembangkang telah menghina atau memperlekeh YDP Agong semasa majlis sedang berjalan? Adakah si mamat ni diupah oleh Umno? atau mana pihak yang berkepentingan?
 
Kalau benar isu penghinaan ini ada berlaku, kenapa tidak ada pihak lain yang nampak? Bukankah berpuluh-puluh biji mata dan telinga lagi ada di majlis itu. Masakan semuanya pekak dan buta ! Kalau betul-betul ada berlaku, sila siasat, ketengahkan dan tunjuk bukti.  Main tuduh-tuduh je siapa pun boleh buat, tetapi itu adalah perbuatan orang tak bertanggungjawab,  bodoh dan berniat jahat!! 

Kepada Utusan Meloya!,  tak usahlah buat bising dan kecuh dengan mensensasikan lagi  isu ini, nanti kena saman siapa yang susah!   Terkini,.. sudah ada pun maklumat terbaru melaporkan,..  seorang daripada ahli parlimen PR  yang hadir di majlis pertabalan tempoh hari akan membuat laporan  polis dan mendakwa di mahkamah individu terbabit yang membuat cerita palsu itu.  Sekarang si mamat yang bergelar dr ini tanggunglah sendiri,..padan muka ! 

Oleh : rahimothman

Rabu, 18 April 2012

Zahid Hamidi pernah biadap pada Sultan

 Sumber : RAKYAT MARHAEN
“Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan  daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya.“Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang-undang.
 
Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu. Dalam isu menghina Raja, katanya Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja.

“Bukankah Zahid Hamidi orang yang pernah keluar kenyataan yang biadab kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengatakan baginda tidak layak menduduki takhta Sultan?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.   Katanya, kalau Zahid lupa, beliau boleh merujuk Berita Harian bertarikh 11 Februari 1993.
“Siapa Zahid? Adakah beliau Ahli Majlis yang terlibat menentu seorang Raja?

“Adakah Zahid keturunan Raja sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” tanya Idris lagi.
Beliau berkata, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga pernah menyatakan supaya amalan panggilan patik yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan  menyatakan “saya Tuanku” sebagaimana laporan Berita Harian pada  3 Februari 1993.

“Isu ini sengaja dibangkitkan melalui media sebagai usaha untuk menunjukkan Pakatan Rakyat benci kepada institusi Raja manakala Umno pula dilihat pembela institusi Raja,” ujarnya.  Walaupun hakikatnya, kata Idris satu dunia tahu bahawa pemimpin Umno dan media Umno memperalatkan Islam, Raja dan Melayu untuk modal politik ketika parti itu tersepit.

Faktanya, tambah beliau selama ini ketiga-tiga perkara itu Umnolah yang khianat.
Menurutnya lagi, mereka akan berlakon sebagai hero dan pembela kepada tiga institusi itu ketika nyawa Umno berada di hujung halkum.


Selasa, 17 April 2012

Gobala dah gila talak !! palu gendang pilihanraya!

Sejak keluar PKR dan jadi wakil rakyat Bebas parlimen Padang Serai,Kedah N.Gobalakrishnan dah jadi macam orang gila talak !  Di Parlimen dia jadi miang dan gatal-gatal badan kalau tak mengganggu DS Anwar ketika berucap.  Perkataan yang tak putus-putus keluar dari mulutnya ialah – Anwar pembohong, Anwar penipu dan berbagai lagi. Dia tak berani sebut Mahathir, Najib dan lain-lain adalah bapak segala penipu..

Untuk menghangatkan suasana kerana pilihanraya pun dah hampir, Gobala  mendakwa kononnya Anwar cuba membelinya dengan menawarkan jawatan serta projek bernilai  RM440 juta.  Kah, kah! Kah !  boleh percaya ke? Cakap-cakap Zul AP Kulim yang beragama Islam pun orang tak caya,.. apa lagi le cakap si kafir ni. Pemimpin yang terpelanting dari PKR bukan saja dah susut nilai, bahkan dah tak ada kualiti !  Lu punya temberang Umno pun tak percaya, apa lagi PKR dan orang awam! 
 
Dahlah begitu,.beliau mencabar pula Anwar agar mempercayaai dakwaannya. Beliau mencabar Anwar supaya memaksa beliau mendedahkan nama rakan Anwar yang kononnya bersubahat membuat tawaran itu!  Katun betul dakwaan dan cabaran yang dibuat oleh Gobala yang hampir gila ini !
Kepada DS Anwar,..tak perlu layanlah orang mabuk todi ini. 

Selalunya orang macam ni minum sekole mabuk sepuluh kole !  Kalau dilayan semakin menjadi-jadi dia. Menurut Si Bala ni lagi,..bukan setakat cabar Anwar,..beliau kata nak buat laporan polis lagi. Ish, ish ish,.. sudah-sudah-sudahlah tu Bala, kamu membuang masa saja!  Lebih baik kamu bertukar menjadi Melayu, kemudian masuk Umno, senang cerita!

oleh : rahimothman

Isnin, 16 April 2012

Mansuh PTPTN : Antara yang dah sedar dan masih degil

Dulu lain sekarang lain! Anwar dah berubah, Umno tak mahu berubah !! 
Beriya-iya benar nampaknya para pemimpin Umno seperti Muhyiddin, Khalid Nordin dan lain-lain, termasuk mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mempertahankan kewajaran skim PTPTN !  walhal boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menyokong pemansuhannya seperti yang dicadang oleh pembangkang!

Semalam dalam satu kenyataan Mahathir membidas DS Anwar, kononnya semasa keputusan untuk meluluskan skim PTPTN pada 1997 Anwar sendiri terlibat. Kalau pun Anwar terlibat dan turut bersama ketika itu,..itu cerita lama, tak perlu diungkit!. Dulu lain, sekarang lain,.. berubah kearah kebaikan memang dituntut oleh agama, cuma Umno yang degil sombong!!
 
Dalam hidup ini semua orang mahukan perubahan, mahu yang selesa dan yang lebih baik. Jadi tak salah rasanya kalau Anwar nak menghapuskan PTPTN,  kerana semua itu untuk meringankan beban pelajar dan ibubapa pelajar.  Kepada para menteri dan pemimpin Umno!!  Sedarlah! Insaflah !!  Tidak haram dan tidak berdosa jika Anwar mengubah pendirian semata-mata nak menolong rakyat.

Sepatutnya Umno tak perlu menyimpan rasa dengki kepada pembangkang khasnya Anwar? Berubahlah! Sampai bila tak mahu berubah?  Barangkali kerana tak mahu berubahlah, Umno menjadi sebuah parti yang statik, fanatik!  jumud ! lagi kuno!  Ramai pemimpin Umno mengambil sikap degil untuk berubah!, bahkan cukup cekal dalam mempertahankan sikap tamak selagi menjadi pemimpin!  Prinsip mereka mudah! Selagi berkuasa carilah harta sebanyak-banyaknya, walaupun dengan menghirup darah rakyat.

Untuk lebih mudah kita memahami sikap orang Umno,..  kita ambil contoh ini,... Mereka(UmnoBn) ada wang RM100.00,  lalu mereka pun berbangga untuk membantu rakyat dengan kadar RM10.00  manakala RM90.00 mereka akan faraid sesama sendiri. Untuk membantu rakyat lebih dari RM10 kerajaan tak mampu! Kerajaan boleh bankrap,.. kata mereka, walhal kalau mereka tak faraid RM90.00 kerajaan pasti mampu !!  Itulah hakikatnya, apa yang berlaku dalam kerajaan UmnoBn selama ini..

Zaman kerajaan UmnoBn bermaharajalela dah berlalu!. Waktu itu kerajaan BN pimpinan Mahathir bukan saja kuat tetapi sombong.  Hitam kata mereka hitamlah, putih kata mereka putihlah!  Pembangkang ketika itu ibarat seekor semut,.. mana mungkin nak berlawan dengan seekor gajah. Tetapi hari ini dunia sudah berubah!  Allah telah memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk berubah !  Sudah tentu rakyat mahu bertukar dari yang kurang baik kepada yang baik, dari yang buruk kepada yang cantik, dari hidup berhutang kepada tidak berhutang!  


Syukur kerana segala yang berlaku ini adalah dengan kehendak Allah. Allah yang gerakkan hati Mahathir supaya memecat Anwar satu ketika dulu, lalu berlakulah era perubahan! , Allah yang menggerakkan hati orang Melayu supaya menukar haluan dari politik kotor kepada politik bersih, Allah yang menggerakkan hati rakyat Malaysia ‘amnya supaya tidak menyokong BN ! 

Jadi, bukankah perubahan besar yang mahu dibawa oleh Anwar itu (memberi pelajaran percuma / menghapuskan PTPTN) merupakah satu kebaikan kepada rakyat Malaysia sendiri? Kenapa Umno tak sokong?  Barangkali ada tiga sebab,,, kenapa Umno tak mahu sokong,..

Pertama, kerana malu menyokong pembangkang.  Kedua, kerana Anwar adalah musuh Umno,..  Ketiga, kerana Umno kalau boleh ingin kekal berkuasa untuk terus merompak harta rakyat !!  Bodohlah rakyat Malaysia kalau masih mahu bertuankan UmnoBn yang sekian lama telah menipu, memperalat dan mengkhianati rakyat!

Oleh : rahimothman

Inikah contoh pemimpin Islam?,

Tak mahu belajar atau sememangnya bebal ?! 

Semua pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu dan yang terkini Dato’ Seri Najib,  mengaku    mereka adalah pemimpin sebuah Negara Islam yang tersohor bernama Malaysia.

Apabila undang-undang Islam Malaysia dipersoalkan, mereka bertegang leher mendakwa sesungguhnya Malaysia tetap sebuah Negara Islam ( Islam pada kulit saja)  Tetapi  inikah contoh seorang pemimpin Islam?

Benar-benarkah mereka berpegang pada ajaran Islam? Sebagai individu Islam,.. adakah PM Najib mengamalkan sebahagian hukum Islam dan meninggal sebahagian yang lain?.Biasanya pengamalan Islam pemimpin Umno, begitulah!!
 
Hakikatnya,.. undang-undang kerajaan UmnoBn memang tidak berlandaskan Islam, justeru tidak menghairankan jika pemimpinnya berpenampilan begini !  ( Lihat gambar - Najib memakai rantai atau rantai emas). Barangkali
diluar sana tentu ada lagi pemimpin Umno yang sefesyen dengan  Najib.  Bagi mereka biarlah berdosa, tak apa. Yang penting, mereka mahu dilihat bergaya oleh rakyat.!  terutama segelintir rakyat yang bangang macam mereka.

Umur dah tua bangka ,  takkan perkara kecil begini pun tak faham?  Jangan jadi bebal atau bodoh sombong!  Kalau tak tahu,,  belajar !   Nak belajar di mana-mana pun boleh.  Kalau ulamak Umno tak mahu nak ajar  boleh jumpa ulamak PAS,..  kalau malu nak jumpa ulamak PAS jumpa saja Ustaz Asri.(bekas Mufti Perlis)

Oleh : rahimothman



Ahad, 15 April 2012

Negara akan bankrap : Alasan bodoh pemimpin Umno

Kesian!.  Mereka nak menipu, lalu tertipu oleh kebodohan  sendiri !!!
Najib dan pemimpin Umno sanggup menipu rakyat dengan mengatakan,.. Malaysia akan bankrap jika tol dihapuskan,  PTPTN dibatalkan,  dan gaji minima pekerja awam di tingkatkan menjadi RM1,100.  Apa saja perancangan baik PR untuk membantu rakyat, UmnoBn akan tentang dengan memberi berbagai alasan,..TETAPI,…

Mereka tak pernah berani mengatakan Malaysia akan bankrap jika rasuah tidak dihentikan, penyelewengan dana kerajaan tidak dihentikan, pembaziran dan ketirisan dalam projek kerajaan tidak dihentikan !!  Mereka tak berani kata negara akan bankrap akibat pemimpin dan kerajaan berbelanja boros !!! Contoh yang paling mudah,. Kita lihat bagaimana Najib dan Rosmah berbelanja !

Sebenarnya pemimpin Umno dan kerajaan BN amat takut dengan kemaraan PR yang mendapat sokongan padu dari rakyat berbilang kaum negara ini. Bukti kejayaan dan kemampuan kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tak boleh disangkal lagi.  Jadi ikhtiar terakhir mereka ialah dengan menakut-nakutkan rakyat, walaupun hujjah mereka boleh diketawakan. Rakyat semakin cerdik,,tapi UmnoBn terus lena,.. mereka ingat rakyat bodoh macam 50 tahun dulu !!  Kesiann ! mereka ditipu oleh kebodohan mereka sendiri.!

Oleh : rahimothman


Sabtu, 14 April 2012

Yang tak sokong “BERSIH” tentu suka yang kotor !!

Ku Li nyatakan pendirian,..sokong “BERSIH”   

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan pendirian bahawa beliau dan AMANAH badan NGO pimpinannya menyokong himpunan ‘BERSIH 3” yang akan diadakan pada 28 April 2012 nanti.

Sebenarnya sudah terlalu banyak badan-badan NGO yang menyokong matlamat murni ini, kecuali satu dua NGO pro Umno yang menentang.  Alasan mereka cukup dangkal dan memualkan,.. kerana mereka masih mempertahankan bahawa SPR sudah cukup bersih,  walhal apa berlaku adalah sebaliknya!. Yang kotor mereka lihat bersih dan yang mahu bersih mereka lihat kotor.
 
Ramai penentang-penentang Umno berkata bahawa parti Umno ibarat “tong najis”. DS Anwar sudah cuba membersihnya dari dalam tapi tak berjaya.  Maka selagi Umno bernama Umo selagi itulah pemimpin Umno suka kepada yang kotor.  Allah telah membutakan mata mereka untuk memahami dan mengenali apa itu “BERSIH”

Kepada seluruh rakyat Malaysia !  Jangan jangan ragu dan bimbang,.. kita pakat turun beramai-ramai menjayakan himpunan terbesar dalam sejarah ini ! Kita sebagai rakyat yang menentukan masa depan kita,..bukan pemerintah sebagaimana yang diamal oleh UmnoBn selama ini.

Oleh : rahimothyman

SAH ! HASAN BARUA UMNO !!

Selama ini Dr Hasan Ali sering  cuba mengelak apabila dikaitkan dengan Umno... tetapi rupa-rupanya perasaan cinta kepada Umno tak dapat diselindung lagi.

Disedari atau tidak beliau telah menyebut cintanya kepada Umno apabila beliau menggesa pengundi-pengundi negeri Kedah,.. “ Jangan memberi satu undi pun kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) nanti. Kalau dah tak undi PR tentulah undi BN, budak darjah tiga pun faham! 

Semua orang tahu !  Umno sebuah parti busuk, bak kata Tun Mahathir,..busuk sampai keusus. Istilah orang Pakatan, Umno sama seperti tong najis. Justeru kerja busuk Hasan Ali ni ibarat menyimpan bangkai gajah,.. mana boleh disorok-sorok,..bila sampai masa pasti baunya terkeluar juga. Beliau mengakui semasa membuat Jelajah Utara baru-baru ni beliau ada menyeru  agar jangan mengundi  Pakatan Rakyat.  Maka sahlah hari ini bahawa Hasan telah menjadi barua Umno dan ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Seorang anak Melayu yang berpendidikan sekular dan sentiasa berbangga dengan PhD nya, mana boleh beliau tak cinta Umno.  Memang patut pun dia kembali menjadi Dr Hasan Ali seperti dulu-dulu,   sebelum menjadi ahli PAS.  Kita tak nafi dulu beliau amat terkenal sebagai pakar motivasinya!.

Dan hari ini kita sedang tertunggu-tunggu,  bila agaknya Hasan Ali nak mengisi borang keahlian Umno !!          SELAMAT BERJUANG  sebagai ahli UMNO wahai Hasan Ali !!  Peralatkan lah Islammu demi menegakkan perjuangan tidak ikhlasmu itu !!

Oleh : rahimothman