Khamis, 24 Mei 2012

Kaki temberang atau kaki kelentong?


Difahamkan dia ni taukeh besar, tapi mengaku penjaja jalanan !
 
Namanya seperti yang sudah diketahui umum ialah Datuk Jamal Md Yunus – datuk sah atau datuk beli, kurang pasti.  Dia ni ketua anti himpunan BERSIH tapi jenis muka tak tau malu,.. kerana memakai T Shirt kuning berwarna BERSIH !   Sepatutnya T Shirt mereka berwarna merah Umno dan tertera perkataan KOTOR. Bukan copy paste hak orang lain!

Orangnya  nampak segak, tapi ni tak cerdik mana pun. Sebab itulah  antara bersih dan kotor  dia pilih yang kotor!  Segan nak bagi tahu masyarakat keliling mereka ni sukakan kotor – mereka istihar diri mereka anti bersih!  SAMALAH LAH TU, ANTI BERSIH DENGAN SUKA KOTOR.

Lagi satu MAMAT ni tak tau nak cipta identiti sendiri,.. yang dia tahu hanya meniru !! Orang suka meniru ni  ialah ciri-ciri seorang penipu.  2x5 lah dengan orang Umno maupun penyokong tegar Umno. Selagi mereka berdarah keturunan Umno, bab-bab menipu ni dah jadi sebati, macam aur dengan tebing ! tak dapat dipisahkan!  Susah nak cari spesis jenis ni yang tak menipu! .  

Berbalik kepada cerita si MAMAT ni. Barangkali dia ni adalah salah seorang usahawan muda ciptaan Umno. Kalau ikutkan ceritanya dia ni usahawan yang agak hebat juga,  tetapi mengaku law profil, mengaku dia adalah penjual nasi lemak tepi jalan. Kemudian dengan sewenang-wenang pula mengaku dia mengalami kerugian besar kerana tak dapat niaga nasi lemak dihari himpunan BERSIH 28 April lalu. Kesiann dia ni,.. nak menipu,. Tapi orang tahu dia sedang menipu!!

Dan yang terbaru, kepada peminat-peminat Facebooknya  dan penyokong-penyokong ANTI BERSIH  (suka kotor),   dia menawarkan hadiah dua buah kereta mewah untuk cabutan bertuah. Wow !!  Mula-mula dia kata perniagaannya rugi besar,  tiba-tiba nak beri hadiah mewah? Boleh percaya ke???

Oleh : rahimothman



Rabu, 23 Mei 2012

Si bodoh, si penakut,.. dua-dua malukan negara




Lakunan Ahli Umno ini menjadi, tetapi..


orang ramai dah tahu “u turn” pasti berlaku !

Zamhuri Md Zin  Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, baru-baru ni buat kecoh dalam satu majlis. Dia bagaikan gajah naik minyak,.. , macam orang gila babi pun ada !   marah sangat kat  kerajaan Umno.  kerana kononnya jasa beliau  dalam Umno tidak dihargai,  permohonannya tidak dipedulikan.  Jelas,.. beliau ini spesis yang mengutamakan  politik perut !.  


Dalam dia memaki hamun dan  menghamburkan kata kurang sopan  terhadap kepimpinan Umno sempat dia memuji-muji  parti DAP.  Dalam masa yang sama mencabar mahu  meninggalkan  Umno dan menyertai DAP .  Begitulah hebatnya  sandiwara orang Umno.
 
Mujur PKR tidak terpengaruh dengan lakunan hebat beliau !  Orang  ramai dah boleh mengagak,.. dari  sikap dan  tindak-tanduknya,.. memang susah nak percaya kejujuran kata-katanya.  Dari patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya kita dah boleh nilai manusia jenis apa dia ni!.  Dia mahu mengambil perhatian orang atasan sebenarnya,.. mungkin ketua bahagian, mungkin MB Zamry,  mungkin juga Najib bapak presiden !!


Nah!  hari ini kan dah terbukti?  Belumpun habis makan sepinggan nasi  si mamat ni dah menjilat jari !  Tergesa-gesa menukar kenyataan atau membuat / “u turn” . Belum  lagi kering bibir mengucapkan kata-kata aku benci Umno!  Umno parti tak guna !  akhirnya dia mengaku kalah – mengaku insaf dan menyesal segala kutukannya kepada Umno.  , Sekali lagi lakunannya yang diiringi air mata itu berhasil.  Namun kita yang melihat,… merasa sedikit jijik dan meloyakan!   


Apa-apa pun,  pusingan U yang dibuat  Naib Ketua Pemuda Umno Kampar ini tentu bersebab. Tidak mustahil  ada janji-janji manis atau habuan besar dari pihak yang lebih atas. .  Dan kita tidak pernah lupa sejarah lucu berlaku di Perak pada 2009 dulu,..  ADUN Umno kawasan Bota  yang beriya-iya  istihar dirinya melompat ke PKR,.last-last belum sempat menghabiskan sebatang rokok , tau-tau dah masuk balik dalam Umno.  Memang susah nak percaya kejujuran orang Umno.


Oleh : rahimothman


Selasa, 22 Mei 2012

Pertanda,.. PDRM membawa sial buat BN?


Sebuah kereta polis yang dinaiki lima anggotanya telah merempuh pagar kediaman Perdana Menteri  di Presint 10, Putrajaya awal pagi kelmarin. 

Dalam  kejadian  jam lima pagi itu  dua anggota poolis cedera teruk dan tiga lagi cedera ringan. Punca kemalangan belum pasti, tetapi ada kemungkinan mereka mengantuk atau mabuk.

Persoalannya ,  mengapa pagar rumah PM Najib yang jadi sasaran? Tidak rumah orang lain!    Tentu ada rahsia  atau hikmah disebaliknya.  Boleh jadi,  ini pertanda awal  Perdana Menteri akan tumbang,.. Najib dan Bn akan akan tersungkur dalam PRU ke-13 nanti.  Tanda-tanda lain sudah banyak kita lihat sebelum ini, termasuk orang-orang lama dalam Umno dan pesara perkhidmatan awam menyertai pembangkang.. 

Kelmarin  kita digemparkan dengan berita,..Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman mengistiharkan dirinya menyertai PAS. Mengapa dia pilih PAS  tak pilih Umno?  Jawapannya cukup mudah,..   Umno tak boleh diharap, Umno tak boleh dipercayai lagi,  Umno sudah terlalu kotor. 

Oleh : rahimothman



 

Mufti Perak ini patut jadi ahli politik!

Dato’ Harussani Zakaria sepatutnya menjadi ahli politik,.. bukan Mufti,  kerana tindak-tanduknya  akhir-akhir ini condong kearah politik.
Sebagai seorang Mufti , beliau sepatutnya perlu lebih fokus dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama,   tetapi beliau seolah-olah membiarkan dirinya terjebak dalam kancah politik.  Hujjah dan kenyataannya sering berbau politik,  pendiriannya pula sentiasa  berpihak kepada UmnoBn.  Kerapkali juga beliau menentang dasar PAS, dan kerapkali juga beliau  menentang hujah pemimpin-pemimpin  PAS termasuk TG Nik Aziz Mursyidul 'Am PAS. 

Yang peliknya Umno yang terang-terang tidak mahu kepada dasar Islam,  parti itu yang disikongnya.Parti PAS yang berjuang untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama beliau perlekeh!  Sikapnya sama macam sikap orang Umno yang suka mengutuk parti PAS. Semangat ketuanan Melayunya juga amat tebal seperti mana orang Umno.

Setahu kita, Mufti negeri lain jarang kita dengar membidas atau menghentam pembangkang khasnya parti PAS. Berbeza sekali dengan Mufti Perak ini!,.,.  namun sikap berani beliau tak kena tempat!  Beliau berani menegur atau memprotes hanya kepada kepada parti pembangkang. Untuk menegur kecurangan dan kemungkaran pemimpin Umno beliau amat amat takut sekali,.. kecut telur !,  ibarat telur  termasuk kedalam,  atau ibarat kura-kura menyorokkan kepalanya.  

Elok rasanya tuan Mufti ini istihar dirinya  ahli Umno,   kemudian minta Zamri Kadir  atau Najib cadangkan beliau menjadi calun dalam  PRU ke-13 nanti.  Kalau  menang,. cerah masa depan – dapat jadi MB Perak !  

Oleh : rahimothman




Isnin, 21 Mei 2012

Nazmi ikat kontrak kelab Portugal hingga 2015


Sumber : sinar Harian

PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:

“Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu.

 
Kelihatan dakam gambar Nazmi Faiz Mansor sedang menandatangani kontrak bersama
kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015

Tunggu Anwar kedalam, baru Najib nak bubar?!


 Kerajaan dakwa Anwar, Azmin dan Cikgu Bard kerana sertai BERSIH 3
 
Buliten Utama TV3 malam tadi menyiarkan berita dimana kerajaan akan mendakwa tiga pemimpin PKR - Anwar, Azmin dan Cikgu Bard kerana terlibat dengan perhimpunan “BERSUH 3 “ tempoh hari.  Oooo rupanya Najib tunggu benda ni selama ni! ,… patutlah masih tak berani bubar parlimen untuk tentukan tarikh pilihanraya.

Apa-apa pun  berita ini bukan sesuatu yang mengejutkan!  kerana saat-saat nak pilihanraya ini macam-macam dan apa saja UmnoBn akan buat untuk melemahkan pembangkang,  dan dalam masa yang sama mereka percaya dan berharap rakyat akan menyokong mereka.  Cis ! mana mungkin !  kerana rakyat dah kenal Najib ialah PM haram jadah,  kerajaannya juga kerajaan haram jadah!
 
Maka dalam masa terdekat ini akan terdakwalah ketiga-tiga pemimpin PKR tersebut.  Mudah-mudahan  dengan persiapan yang diatur rapi oleh pihak pendakwa yang selama ini sering berpihak kepada Najib Umno dan BN, akan tercapailah separuh dari hasrat mereka untuk melumpuhkan PKR . Najib tentu sedang berkira-kira,  sempat atau tidak dia nak mencampakkan Anwar ke penjara sekali lagi!

Wahai TV3, Najib dan UmnoBn !  buatlah apa pun.  Seandainya DS Anwar dipenjarakan gara-gara permainan kotor kalian,  insyaAllah sokongan kepada Pakatan Rakyat  akan meningkat berkali-kali ganda.  Terima kasih kerana kalian telah mempermudahkan lagi laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Oleh : rahimothman

Polis tua ni dah gila atau nyanyuk?

Rahim Noor dan Najib sama saja,.. 2x5 !  Sebagai bekas KPN sepatutnya beliau berfikiran luas, sihat dan matang !!

Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara (KPN) mendakwa bahawa tujuan Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu sememangnya berniat supaya berlaku pertumpahan darah. Najib pula kata BERSIH nak gulingkan kerajaan. Kalau benar dakwaan bekas KPN ini,.. agak-agaknya berapa banyak senjata tajam, senjata api, bom buatan sendiri dan buluh runcing yang dia dah jumpa,.. malangnya dia tak umum pun. Berdusta betul si polis tua ni.  

Kamu sebenarnya telah menghina dan memfitnah perjuangan suci rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum dimana matlamatnya ialah menuntut keadailan dan demokrasi sebenar.  Kamu jangan buat-buat tak tahu bahawa semua para pemimpin BERSIH adalah orang-orang cerdik! Semua peserta BERSIH juga merupakan rakyat cerdik dan matang. Mereka bukan bodoh! Mereka bukan jahat,.. yang bodoh dan jahat ialah tangan dan mulut kamu wahai si tua pencen ! 

Kemana perginya otak yang Allah kurniakan? sehinggakan rakyat berhimpun tanpa membawa apa-apa senjata pun kamu boleh kata mereka mahu melakukan pertumpahan darah? Darah siapa yang peserta himpunan mahu tumpahkan? Darah anggota polis?  Darah Najib dan pemimpin Umno?  atau darah peserta himpunan sesama sendiri? Tak lojik langsung !  Hanya orang gila atau orang nyanyuk seperti kamu saja yang sanggup berkata begitu !

Wahai bekas KPN yang dah tua gayut!  Kamu ialah bekas Pegawai Paling Tinggi dalam Polis, tetapi yang melucukan,. teori apa yang kamu pakai,?.. apabila mendakwa sekumpulan peserta BERSIH  yang bertangan kosong berdepan dengan pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata maka si tangan kosong boleh melakukan pertumpahan darah? 

Barangkali kepala hotak mu dah tak betul wahai polis tua yang tak sedar diri !   Itulah,.. dulu jadi kepala samseng,.. belasah orang sesuka hati, sekarang Allah balas!  Tubuh badanmu Allah dah belasah, otak dan pemikiran mu pun Allah dah belasah!,.. takkan tak sedar lagi?

Kesian pun ada,.. marah pun ada, bila melihat gelagat si tua kutuk ini. Ditambah pula dengan kenyataannya baru-baru ini, menuduh TG Nik Aziz “bapak kafir” ,.maka. rakyat semakin marah dan benci!.   Insaflah wahai Rahim Noor. si tua yang tak sedar diri.  Kamu telah menjadi manusia paling bacul setaraf dengan tokoh yang mengucapkan kata `haramjadahkan' kepada para peneroka kira-kira seminggu yang lalu.

Oleh : rahimothman


Ahad, 20 Mei 2012

Kes Scorpene : Lebih baik media arus perdana siar,..


nampak sikit anak jantan
Sampai kucing bertanduk pun media milik Umno dan media pro kerajaan tidak akan menyiarkan berita perbicaraan “kes scorpene”/ pembelian kapal selam secara di bawah meja yang sedang berjalan di mahkamah Perancis sekarang. 

Mereka fikir mereka tak keluarkan berita penglibatan Najib dengan kes rasuah itu rakyat tak tahu apa yang berlaku?  Rakyat tahu !!!  Jangan menganggap rakyat Malaysia bodoh!,..jangan anggap rakyat Malaysia masih di zaman tv hitam putih. Ini zaman IT, zaman dasar langit terbuka. 
 
Semua berita,  termasuk yang buruk dan yang baik  boleh diketahui  melalui internet. Jangan buat-buat tak tahu yang rakyat Malaysia telah menikmatinya begitu lama. Utusan Malaysia, Bharian, RTM dan TV3 sepatutnya mengubah dasar mereka kepada yang lebih terbuka, telus dan bebas, bukan menipu dan membelenggu pemikiran rakyat!

Kes rasuah pembelian kapal selam yang melibatkan PM Najib, Zahid Hamidi dan Razak Baginda ini kini menjadi berita hangat diseluruh dunia. Media arus perdana tak perlulah menyimpan atau menyembunyikan berita ini dengan cara tidak menyiarkannya. Perbuatan itu dianggap tidak jujur dan sia-sia!.kerana rakyat sudah tahu.  Lagi pun,  bukan senang nak menyorokkan kurap yang penuh di badan ,..bukan senang nak menutup kemaluan Najib yang agak besar itu. Kain penutup tak cukup panjang !  tutup atas,  bawah nampak,  tutup bawah,  atas pula yang nampak.

Alang-alang cuba menutup benda yang tak boleh ditutup,..ibarat menutup bangkai gajah dengan nyiru,..lebih baik tak payah tutup.  Ada lebih baik media-media pengampu ini siarkan saja berita tersebut. Setidak-tidaknya nampak juga sedikit sikap anak jantan mereka!

Oleh : rahimothman

Nasib si penipu,..Najib bagaimana?

 Sedarlah Najib,.. rakyat mahukan seorang PM yang beriman,….  Jauh dari sifat-sifat munafik, kufur dan mungkar !!

 Kita nak nasihatkan Najib, cukup-cukuplah tu menipu rakyat. Selama ini SPR kamu buat macam rumah kamu sendiri,.. kamu peralatkan SPR semahu-mahunya. Kamu dan SPR bersultan di mata beraja di hati,.. Kerakusan sikap kalian bagaikan tak boleh dibendung lagi. Permintaan rakyat kamu abaikan!, Ada sesetengah kes,. lain yang rakyat minta , lain yang kamu buat !  Rakyat minta bersihkan daftar pengundi,.. rupa-rupanya itulah yang paling kamu takut nak buat!  .

Kepada Najib dan seluruh pemimpin Umno!  Lihatlah disekeliling ! sejarah tidak pernah menipu kita. Bagaimana nasib pemimpin Filipina?,  bagaimana nasib pemimpin Indonesia?, Mesir dan Libya? 

Presiden Marcos pernah menang besar dalam pilihanraya dengan cara menipu. Suharto juga menang dalam pilihan raya dengan menipu. Husni Mubarak dari Mesir juga menang besar dalam pilihan raya dengan cara menipu. Lihat,..apa terjadi kepada mereka semua?

Marcos menjangkakan penipuannya akan memanjangkan kuasanya di Manila.  Suharto mengharapkan  penipuannya  dalam pilihan raya akan memberinya mandat untuk terus berkuasa di Jakarta. Di Mesir Husni Mubarak terus menerus yakin bahawa beliau boleh  menang walau pun dengan menipu untuk kekal menjadi Presiden.

Terbukti, anggapan mereka meleset!  Walaupun Marcos menang, rakyat Manila turun ke jalan raya dan berjaya menumbangkannya.  Rakyat Indonesia di Jakarta turun ke jalan raya dan akhirnya Suharto kecundang juga.  Di Mesir pun sama,.. Husni Mubarak walaupun menang besar tetapi rakyatnya turun ke jalan raya lalu mencampaknya kelongkang!  Begitu juga nasib yang menimpa presiden Libya - Gadaffi

Si tamak, si penipu, si penindas  akhirnya Allah tunjukkan balasan kerana doa orang-orang yang dizalimi tiada hijab disisi Allah,.  cepat atau lambat,   Allah perkenankan juga. Tidakkah kamu insaf wahai Najib? Apakah kamu fikir Allah tidak mengetahui dan tidak melihat niat dan perbuatan buruk kamu? 

Oleh : rahimothman


Sabtu, 19 Mei 2012

Hero senaman punggong nak serang Khairy ?


Hati-hati Khairy Jamaludin ! khabarnya hero senaman punggong merangkap ketua bekas-bekas pesara tentera ini akan menyerang anda.

Mereka mahu mengadakan senaman punggung di depan rumah anda pula sebagai tanda protes kepada anda yang tidak menyokong perbuatan mereka.

Mereka anggap tindakan mereka menggoyang punggong di depan rumah Ambiga pengerusi “BERSIH3” itu tindakan yang bijak,..  sedangkan Khairy menganggap perbuatan mereka bodoh, memalukan  dan  nampak kebudak-budakan.
 
Duhai ketua persatuan bekas askar pencen!!  Sebenarnya tindakan anda dan kumpulan anda itu tak ada siapa pun yang sokong. Malu orang nak sokong !. Barangkali Najib pun tak suruh kalian buat begitu !  Barangkali rakan-rakan anda yang lain (yang cerdik sikit) juga tak setuju dengan perbuatan kalian,.. kalau tidak,.  takkanlah 15, 16 orang saja yang hadir? Buat apalah kalian bersusah payah melakukannya semata-mata kerana syok sendiri !  perasan sungguh lah kalian ! .   

Sedarilah wahai askar-askar tua yang dah hilang rasa malu. Perbuatan kalian menggambarkan kelemahan kalian sendiri,  menggambarkan kerendahan mentaliti kalian sendiri. Cukup-cukuplah tu. Malu bangsa kita(Melayu)  dilihat oleh kaum lain lebih-lebih lagi kaum yang sebangsa dengan Ambiga.

Oleh : rahimothman