Jumaat, 26 April 2013

Jangan biar “orang gila” terus berkuasa !


Kamilia tampil mohon maaf


Sumber : Sinar Harian : SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.  Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.

“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.  Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya. 

Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.  Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.

“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.   Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.

Khamis, 25 April 2013

Tragedi buat UMNO, rahmat buat PAS

Ada segelintir pemimpin UMNO dan bekas  pemimpin UMNO melahirkan rasa kesal di atas tindakan bekas MB Selangor Tan Seri Muhammad Taib menyertai PAS.. Antaranya ialah Datuk Mustapha Yaakub setiausaha Veteran UMNO. Beliau merasa amat sedih dan menganggap perkara ini sebagai satu tragedi buat UMNO.    
                                                                                      
Kah, kah, kah !!  tak perlulah kalian kesal dan bersedih!  Mat Taib bukannya menukar bangsanya,, jauh sekali membuang akidah atau menukar agamanya. Dia hanya menukar kapal ,,, menggantikan kapal lamanya yang bukan saja sudah rosak tetapi bocor teruk,,,  menuju saat saja untuk tenggelam !   
Tahniah sekiranya bekas MB Selangor ini sudah mendapat hidayah !  Kenapa pula ada pihak yang tak senang hati?  Salahkah Mat Taib ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan melakukan perubahan drastik dalam dirinya. Dia ingin berhijrah sebagaimana yang dituntut oleh Islam.  Dia ingin meningkatkan iman dan taqwanya kepada Allah, lalu memilih PAS. Tentu ada yang bertanya,, kenapa tidak melalui UMNO saja?  Mungkin baginya UMNO menyediakan jalan yang berbelit-belit,, tidak lurus!  Jalan dilalui UMNO terlalu kabur dan banyak kepalsuan.

Lagi satu,, sampai bila UMNO mahu memegang prinsip  Islam lain, politik lain ? (Islam & politik tak boleh disatukan)  Berbeza dengan PAS yang menganggap Politik dan Islam itu bersatu - macam isi dengan kuku dan saling memerlukan !   Maka dengan sebab itu barangkali Mat Taib sudah dapat melihat PAS sebuah kapal yang selamat untuk dinaiki. Islam yang diperjuangkan oleh PAS mampu membina taqwa dan membawa ahlinya menuju kebahgian dunia dan akhirat, bahkan kesejahteraan untuk seluruh umat. Tidak siapa boleh menyangkal bahawa Islam diturunkan Allah ke bumi ini adalah semata-mata untuk kerahmatan seluruh alam.

Peringatan untuk semua  :  Sepatutnya tak kira siapa pun, sama ada ahli UMNO atau bukan UMNO,,,, jika Allah sudah memberi hidayah,  kita terimalah !  dan syukurilah !   Bukan menyatakan rasa sedih dan kesal,, seolah-olah kita tidak bersetuju dengan kehendak dan kuasa Allah.  Tetapi kalau mereka nak kata hidayah yang diterima oleh Mat Taib dan kemasukan beliau ke dalam PAS sebagai satu tragedi,,, terserah !!  Yang pasti ia merupakan satu hikmah buat PAS, PR dan seluruh umat Islam.  -  rahimothman   n