Selasa, 23 Julai 2013

Umi Kalthum meninggalkan kita


SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum telah meninggal dunia pada jam 4.30 pagi awal pagi tadi di kediamannya Taman Ukay Perdana Saujana Melati.  Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur.

Allahyarham Umi Kalthum adalah merupakan ibu kepada pelakon/peragawati Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada penyanyi tersohor Anita Sarawak.  Pada suatu ketika dulu, allahyarham yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar  sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita”  di seluruh Singapura dan Malaya.  Alfatihah...   - rahimothman

Ahad, 21 Julai 2013

Shafie mahu pertahan jawatan naib presiden Umno


Sumber : Sinar Harian                                                                        BANDAR BAHARU - Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhasrat mempertahankan jawatan tersebut yang dimenanginya pada pemilihan parti itu dua tahun lalu.  Ketua Umno bahagian Semporna itu berkata beliau membuat keputusan tersebut kerana merasakan dirinya masih mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.

"Sekiranya ahli-ahli Umno tidak keberatan, saya ingin menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan. Saya bukan nak rebut jawatan sesiapapun cuma nak pertahankan.  Tidak kisahlah nombor berapapun asalkan naib presiden," katanya kepada pemberita pada majlis 'Ihya Ramadan dan Berbuka Puasa' bersama penduduk Kampung Tengas di Masjid Al-Falah kampung itu di Serdang, dekat sini, petang semalam.
 
Turut hadir pada majlis itu ialah anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir serta anggota Exco Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Datin Norsabrina Mohd Nor.

Mohd Shafie berkata beliau yakin sumbangannya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun telah meningkatkan prestasi kawasan luar bandar selain mampu melaksanakan banyak lagi usaha untuk masyarakat luar bandar. - Bernama\

Jumaat, 19 Julai 2013

Di dalam lain , di luar lain

Bagus pemimpin Umno ini !  mengimamkan solat berjemaah di Kuala Besut baru-baru ini.  Tetapi malangnya di luar lain pula cerita.  Lihatlah !... dengan bersahaja beliau melanggar hukum Allah. Tak ada satu individu Islam pun boleh menafikan bersalaman dengan wanita bukan muhrim itu hukumnya haram!!  Kalau hukum Allah mudahnya dipermainkan  apalah sangat dengan hukum dunia @ undang-undang Negara. Justeru, wajarkah kita menyokong calun Umno dalam PRK Kuala Besut  yang beliau ketuai?  Renung-renungkan lah -  rahimothman

Khamis, 18 Julai 2013

Bersempena bulan Ramadhan, pangkahlah bulan !


Kepada rakyat Kuala Besut Terengganu,, ingatlah !  Jangan lupa slogan “Ini kali lah ! “ masa untuk rakyat Malaysia berubah. Peluang datang jarang-jarang sekali. Umum mengetahui sebahagian besar rakyat Kuala Besut hidup susah,  justeru apa saja diberi oleh UMNO ambillah, kerana semua pemberian itu datangnya dari duit rakyat sendiri,, bukan duit poket UMNO. Jadilah pengundi yang bijak !  Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,, maka pangkahlah BULAN pada 24 Julai 2013 nanti.  -   rahimothman