Selasa, 27 Ogos 2013
M’sia atasi Jepun 4-2 ,,, jumpa India di semi final
Syabas pasukan hoki
Malaysia ! Tahniah Ravington ! di atas
kejayaan membimbing pasukan Malaysia menewaskan Jepun 4-2 malam semalam. Dengan kemenangan ini bermakna
Malaysia menjadi Naib juara kumpulan di belakang Pakistan dan akan bertemu
India dalam perlawanan separuh akhir.
Semoga berjaya hingga ke perlawanan akhir dan seterus mencipta kejayaan
menjadi JUARA buat pertama kali.. Selamat berjuang hingga ke wisel penamat
! -
rahimothman
Isnin, 26 Ogos 2013
Ahad, 25 Ogos 2013
Lajim Ukin dilantik ketua PKR Sabah
Sumber
: Malaysiakini Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Seri
Lajim Ukin dilantik Ketua PKR Sabah menggantikan Ahmad Thamrin Mohd Jaini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor, termasuk
pandangan pemimpin PKR peringkat negeri.
"Pelbagai langkah akan diambil untuk memperkukuh parti di Sabah, termasuk
mewujudkan Majlis Penasihat yang dianggotai Pemimpin Kanan PKR negeri seperti
Thamrin," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat PKR
peringkat negeri di Kota Kinabalu hari ini.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Lajim menewaskan calon
Barisan Nasional Isnin Aliasnih dengan majoriti 179 undi bagi kerusi DUN Klias.
Anwar berharap kerajaan
akan menimbang kemungkinan menjemput pemimpin pembangkang bagi membincangkan
isu yang berkaitan demi kepentingan rakyat dan negara, termasuk peningkatan
kadar jenayah serta isu ekonomi.
Sabtu, 24 Ogos 2013
Hebat !! inilah mahkamah Malaysia !
Akhirnya tuduhan membunuh wanita Mongolia keatas dua pegawai keselamatan Najib digugurkan,, maka bebaslah mereka ! Maknanya siperancang pembunuhan bebas dan sipembunuh pun bebas.. Isy, isy isy,,, pelik, jelik dan penuh dengan seribu satu macam kekeliruan !!!!
Bukan saja keliru, tapi memalukan ! Mahkamah Malaysia seolah-olah bersetuju yang
Altantuya tidak dibunuh, sebaliknya
membunuh diri sendiri ! Dia menembak
dirinya sendiri dan kemudian mengambil C4 lalu meletupkan dirinya! …… Kah
kah kah! kah !! kah !!!
…rahimothman
Jumaat, 23 Ogos 2013
Khamis, 22 Ogos 2013
Rabu, 21 Ogos 2013
PKR kekalkan kawasan Parlimen Batu Pahat
SHAH ALAM - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari
ini menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan
Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi, yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat
(PKR) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)lepas.
Hakim Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal oleh peguam yang mewakili pempetisyen, Haliza Abdullah, dan memerintahkan kos RM20,000 dibayar kepada responden.
Responden Datuk Mohd Idris Jusi memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,732 undi. Suraya berkata pempetisyen gagal mengemukakan hujah mengenai satu daripada isu dibangkitkan dalam bantahan awal itu bahawa jamuan dianjurkan Mohd Idris sebelum hari pengundian adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1)(b) Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954. Beliau juga memutuskan pempetisyen gagal mengemukakan hujah mengenai tarikh sebenar pengundian awal yang diadakan pada 30 April, tetapi sekadar menyatakan pada 5 Mei.
"Tarikh pengundian awal tidak dihujahkan seperti ditetapkan di bawah Peraturan 4(1) dan 4(4) akta itu," kata Suraya sambil menegaskan ia merupakan kesilapan besar oleh pempetisyen. Dalam petisyen itu, Mohd Puad hanya menamakan Mohd Idris, yang diwakili peguam Edmund Bon, sebagai responden.
Sementara itu, Suraya menangguhkan pendengaran petisyen bagi kawasan Parlimen Labis ke esok, kerana peguam yang mewakili pempetisyen S.Ramakrisnan, Gobind Singh Deo membantah permohonan Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy untuk mengemukakan bantahan awal. Narkunavathy mengemukakan permohonan itu bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pilihan Raya kawasan itu.
Ramakrishnan dari DAP kalah kepada calon BN Datuk Chua Tee Yong dengan majoriti 353 undi. - Bernama

Langgan:
Catatan (Atom)