Sumber
: Sinar Harian SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sedia menerima teguran daripada mana-mana pemimpin, malah menyifatkan
ia adalah perkara biasa dalam pentadbiran.
Bagaimanapun katanya, beliau lebih menitik beratkan teguran dan kritikan
daripada rakyat berbanding pemimpin lain.
“Atas sebab itu, dalam setiap konvensyen mahupun perbincangan apabila menerima
teguran saya terima dengan positif dan cuba perbetulkan,” katanya selepas
merasmikan Konvensyen Tanah dan Perbandaran Kebangsaan, semalam.
Sebelum ini, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali
menggesa Abdul Khalid untuk mengambil serius teguran Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim demi kepentingan rakyat dan bukannya bertujuan menjatuhkan tetapi
teguran membangun demi pentadbiran kerajaan negeri.
Anwar baru-baru ini, dilaporkan menegur Khalid secara terbuka dalam ceramahnya
pada forum Laporan Audit Negara, agar tidak lagi berbangga dengan simpanan
rizab tinggi sementelah masih banyak kelemahan belum diatasi pentadbiran
menteri besar itu.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, beliau tidak menafikan kerajaan
negeri memiliki simpanan yang banyak sehingga mencecah RM3 bilion tetapi
prinsip pembangunan dalam Islam tidak jelas.
Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid menafikan menerima sebarang memorandum
bantahan daripada Adun-Adun sebagai penyataan berhubung tadbir urus bajet kewangan negeri.
Isnin, 21 Oktober 2013
Sabtu, 19 Oktober 2013
Jumaat, 18 Oktober 2013
KALIMAH ALLAH - SAYANG NAMA ALLAH TAPI LANGGAR PERINTAH ALLAH? PUAK SIAPA INI?
Sumber
: Wan Fauzdin ISU kalimah Allah
mula dihangatkan semula. Kita sudah banyak kali ikuti penjelasan daripada
beberapa tokoh agama yang bukan dari golongan 'terompah kayu', mereka
berpendapat Orang-orang bukan Islam boleh gunakan kalimah Allah asalkan tidak
disalahgunakan.
Inilah yang difahamkan daripada beberapa golongan Ulamak yang bukan daripada Ulamak "Terompah Kayu". Seandainya Kerajaan merasa perlu mencegah Non Muslim daripada mengguna pakai terus nama Allah samada dari segi percakapan atau terjemehan kitab mereka, tindakan itu mestilah dibuat tanpa ada kecuali di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak. Jika ada terkecuali, maka Non Muslim akan melihat agama kita tidak konsisten di dalam hukum hakam dan ini juga adalah perbuatan yang menghina agama Islam sendiri.
Pelik bin ajaib kerana hanya di negara ini sahaja yang menjadi masalah berkaitan isu ini. Ini adalah kerana unsur-unsur politik dan terdapat agenda perkauman dan sentimen agama cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang mahu menonjolkan diri mereka kononnya mereka pejuang agama. Kita tahu siapakah golongan ini. Golongan inilah yang sebenarnya banyak menghina ugama sendiri bahkan isteri mereka sendiri tidak menutup aurat, bagaimana mereka mahu bercakap soal Kalimah Allah? Kalimah Allah mereka sayangi kononnya, tetapi perintah Allah mereka tidak peduli.
Jika
seseorang Non Muslim berkata kepada kita, "InsyaAllah, saya akan jumpa
awak nanti". Adakah kita mesti marahinya? Adakah dia menghina
kalimah Allah tersebut? Andaikata ketika kita sedang sakit, rakan kita
Non Muslim datang berziarah dan berkata, " Saya harap Tuhan Alla (Allah)
akan sembuhkan penyakit awak", Adakah kita mesti marahi beliau dan mahukan
beliau menggantikan kalimah Allah itu kepada Tuhannya? Adakah beliau
menghina nama Allah?
Tetapi,
seandainya Non Muslim itu menyebut, "Allah" itu banyak anak....,
"Allah" itu adalah patung ini...atau dia sebut "Allah" itu
lah yang saya sembah sambil menunjukkan ke arah patung umpamanya, Maka jelas
itu adalah bersalahan kerana menggunakan kalimah "Allah" secara yang
tidak betul atau salah dengan sifat Allah yang sebenar. Maka, waktu itu tindakan
boleh diambil kerana menghina nama Allah, kecuali ia menterjemahkan kepada
"God' Tuhan yang mereka yakini.
Inilah yang difahamkan daripada beberapa golongan Ulamak yang bukan daripada Ulamak "Terompah Kayu". Seandainya Kerajaan merasa perlu mencegah Non Muslim daripada mengguna pakai terus nama Allah samada dari segi percakapan atau terjemehan kitab mereka, tindakan itu mestilah dibuat tanpa ada kecuali di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak. Jika ada terkecuali, maka Non Muslim akan melihat agama kita tidak konsisten di dalam hukum hakam dan ini juga adalah perbuatan yang menghina agama Islam sendiri.
Pelik bin ajaib kerana hanya di negara ini sahaja yang menjadi masalah berkaitan isu ini. Ini adalah kerana unsur-unsur politik dan terdapat agenda perkauman dan sentimen agama cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang mahu menonjolkan diri mereka kononnya mereka pejuang agama. Kita tahu siapakah golongan ini. Golongan inilah yang sebenarnya banyak menghina ugama sendiri bahkan isteri mereka sendiri tidak menutup aurat, bagaimana mereka mahu bercakap soal Kalimah Allah? Kalimah Allah mereka sayangi kononnya, tetapi perintah Allah mereka tidak peduli.
Khamis, 17 Oktober 2013
Tiada istilah profesional, ulama
Sumber
: Sinar Harian KOTA BHARU – Tiada istilah
profesional mahupun ulama yang perlu menjadi perbezaan dalam kepimpinan Pas
terutamanya untuk memenuhi kelayakan memegang sesuatu jawatan. Veteran Pas, Abdul Fattah Harun berkata,
kesemua ahli Pas boleh diletakkan dalam golongan ulama dan mampu bertanding
mana-mana jawatan, namun ia terletak pada individu itu sendiri sama ada beliau
layak atau tidak untuk memegang jawatan yang dipilih.
“Tuan Guru Nik Aziz ada menyatakan sebelum ini
semua ahli Pas adalah golongan ulama, maka kita sudah sedia maklum dengan
perkara tersebut, cuma pada saya, semua orang profesional, maka ia tiada beza.
“Seorang ulama memerlukan kriteria yang jelas cukup ilmu, meninggalkan segala larangan ALLAH SWT, memimpin masyarakat dengan betul, maka setiap pemimpin yang ada harus menilai diri sendiri sama ada layak atau tidak untuk memegang sebarang jawatan yang dipertandingkan,” katanya.
Beliau diminta mengulas isu ahli Pas yang dipecahkan kepada dua golongan profesional dan ulama yang mana turut dikaitkan dengan pencalonan jawatan tertinggi parti tersebut menjelang Muktamar Pas ke-59, November ini. Menurutnya, beliau turut menyokong jawatan tertinggi, Presiden Pas masih dikekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun jawatan Timbalan Presiden yang kini dipegang Mohamad Sabu boleh dipertandingkan.
Abdul Fattah berkata, ia bukan bermakna pemimpin kedua itu tidak berkelayakan tetapi peluang perlu diberikan kepada orang lain yang juga mampu mengisi tanggungjawab memegang jawatan tersebut.
“Terpulang pada individu itu sendiri sama ada beliau rasa layak atau tidak. Cuma untuk jawatan tersebut (timbalan) ia masih boleh dipertandingkan.
"Sebelum ini pun terlalu banyak isu yang ditimbulkan pihak lawan, tapi itu bukan satu cabaran buat beliau (Mohamad Sabu), tapi cabaran sebenar adalah ulama Pas sendiri,” katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)