Isnin, 16 Disember 2013
Sabtu, 14 Disember 2013
Syiah : Zahid serah pada Jamil, Jamil serah JAIN, JAIN pula serah pada?....
Naib Presiden Umno Zahid Hamidi baru-baru ini menuduh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sebagai pengikut fahaman Syiah. Hebuh 1Malaysia isu ini dicanang. Apa tujuan? Wallahhu’alam,, boleh jadi itu lah salah satu cara bagaimana Umno nak jatuhkan imej PAS dengan harapan pemimpin nombor dua PAS itu akan dibenci oleh orang Melayu terutama ahli PAS.
Duhai Zahid ! Kamu ingat
semua orang Melayu atau ahli PAS bodoh macam Zul Kulim ke?! Tolong !,, jangan samakan mereka dengan kedunguan
Zul atau kebengongan Kak Ijat yang tak kenal suami tu ! Berbalik kepada isu ini – fahaman
Syiah. Menurut ketua Polis Negara
kumpulan ini ada unsur-unsur militan yang boleh mengancam keselamatan negara. Tetapi Zahid selaku menteri yang berkenaan
kenapa takut mengambil tindakan tegas terhadap Mat
Sabu? Kenapa nak serah pada Jamil Khir untuk ambil tindakan?. Tak yakin pada diri sendiri atau tak yakin
pada kementerian yang kamu pegang? Hehe !!
Khabarnya setelah Zahid serah pafa Jamil,, Jamil pula kata nak serah pada Jabatan Agama Islam negeri untuk ambil tindakan…… Ish ish, ish !! serah atas serah !! . Jangan sampai Jabatan Agama Islam pula nak serah pada Hasan Ali al akidah sudah lah ! Almaklum ! presiden JATI itu sangat ambil berat tentang syariat Islam terutama bab akidah ! Kah kah kah !!! - rahimothman
Khamis, 12 Disember 2013
Rabu, 11 Disember 2013
Mampukah Umno berubah ?
Dalam
ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013, Sabtu lalu Presiden Umno,
Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan tiga mesej utama untuk memastikan parti
Melayu cap keris telanjang itu terus relevan. Tiga mesej itu ialah - kesungguhan kerajaan mahu meninggikan syiar
dan syariat Islam, kedua memperkasakan
ekonomi bumiputera dan ketiga melakukan tranformasi parti.
Senario
dan corak politik masa kini semakin berubah, parti yang beridentitikan bangsa dan ada
unsur-unsur perkauman semakin tidak mendapat tempat. Justeru sanggupkah Umno mencampakkan jauh-jauh
semangat asobbiyah dan ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan selama ini? Mampukah Umno mengubah dasarnya kepada Islam
dan meninggalkan amalan sekular yang sudah lama mereka amalkan.
Tidak
keterlaluan kalau dikatakan bahawa setelah 56 tahun memerintah Umno telah gagal
meningkatkan syiar dan menegakkan syariat Islam sebaik-baiknya setaraf dengan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara,,
Kenapa ini berlaku?... ramai yang
dah tahu.. antaranya .. kerana dalam bab
Islam Umno hanya mementingkan kulit bukan isi. Antara kulit dan isi ini terlalu luas kalau
dikupas….
Dalam
bab memperkasa ekonomi bumiputera ,,,,, Sudahkan Umno menyedari bahawa selama
ini ada dalang atau petualang yang menggagalkan kemajuan ekonomi bumiputera
khasnya orang Melayu? Sudahkah mereka ini dihukum? Dan apakah jaminan yang pemimpin Umno hari
ini bersih dari tabiat buruk pemimpin-pemimpin Umno yang lalu? Mustahil, tabiat gila kuasa dan gila kumpul harta yang
menjadi amalan pemimpin Umno selama ini boleh hilang
begitu saja ! mustahil, tentu ada yang mewarisinya!
Akhir sekali bab
tranformasi parti… Susah nak percaya, namun kalau pun Umno berjaya melakukan
tranformasi dalam parti ia hanya dalam bentuk lisan saja. Untuk sedap didengar
tentu Umno akan mencipta slogan yang indah-indah,, pelaksanaannya hampehh!
haprak ! Lihatlah bab politik wang dalam parti Umno, satu ketika hebuh diperkatakan,, kata nak
hapus,, akhirnya senyap, malah ada yang
berkata budaya politik wang sudah menjadi lazim dan wajar diamalkan,, pulak
dahhh! -
rahimothman
Langgan:
Catatan (Atom)



