Selasa, 15 Januari 2013

Himpun lebih 30,000 langgar syarat!, kata polis

Perlukah polis bersungut kerana penganjur langgar syarat 30,000? Amat tak manasabah kalau polis cuba nak melimitkan lautan semangat yang mahu ditonjolkan oleh rakyat.  Kehadiran rakyat prihatin hampir 700,000 sudah pun berlaku dan berlalu..  majlis berjalan dengan aman dan tak ada sebarang kerosakan atau kekecuhan yang berlaku. Adalah lebih baik kita semua termasuk polis mengucapkan banyak-banyak syukur kepada Allah. Kalau pihak polis bersungut itu maknanya tidak ikhlas dan tidak redha,, sedangkan Allah telah meredhakannya!! 

Di sebalik kejayaan Pakatan Rakyat dan badan-badan NGO merealisasikan HKR/ Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 yang lalu  di mana jumlah kehadirannya telah mencecah lebih 500,000 orang,, rupa-rupanya ada juga rungutan dari pihak polis.  Mereka mendakwa HKR 112 yang diadakan di Stadium Merdeka kelmarin telah melanggar syarat,, kerana kehadiran peserta telah melebihi 30,000 orang.  

Kah, kah, !  kah!  rumah sudah siap, pahat berbunyi pula !.  Majlis sudah pun selesai,,, berjalan dengan baik dan aman, tak ada gaduh, tak ada yang cedera, tak ada yang mati, tetapi masih ada kedengaran suara-suara sumbang. Sepatutnya syukurilah kejayaan perhimpunan ini ,  kerana tidak ada seorang pun anggota polis yang membelasah atau dibelasah, tak ada kereta polis yang diterbalikkan.  Begitu juga stadium,, tak ada sedikit pun yang retak,,  jauh sekali pecah atau runtuh,, malangnya terkeluar juga rungutan-rungutan remeh yang tidak perlu.  

Seperkara lagi,, bukankah kebenaran untuk berhimpun ini tertakluk di bawah Akta perhimpunan aman?  sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang negara. Justeru, apa yang polis nak sibuk sangat pasal jumlah kehadiran? sama ada 30,000 ke atau 500,000 ke atau 1 juta ke?.  Di mana ruginya polis kalau kehadiran orang ramai lebih dari 30,000?.  Tidakkah kehadiran 500,000 atau 1 juta itu jauh lebih penting dan lebih bermakna buat rakyat ?  Seluruh rakyat Malaysia termasuk polis,  insyaallah akan dapat nikmat hasil dari perjuangan murni ini  -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan