Jumaat, 31 Mei 2013
Khamis, 30 Mei 2013
Rabu, 29 Mei 2013
Selasa, 28 Mei 2013
Samy Vellu : Jangan babit saya perebutan jawatan MIC
Sumber
: Sinar Harian
KUALA
LUMPUR - Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini mengingatkan
mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak membabitkan beliau
dalam perebutan itu.
"Jangan heret saya dalam 'peperangan' anda," katanya kepada Bernama di sini, sambil menambah beliau akan membuat pilihannya sendiri mengenai siapa harus meneraju parti itu apabila tiba masanya. Katanya lagi beliau juga akan turun berkempen bagi pihak yang dirasakannya layak memimpin parti itu.

Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas laporan
Bernama hari ini yang menyebut kemungkinan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr
S. Subramaniam menandingi jawatan tertinggi parti berusia 67 tahun itu.
Laporan itu juga menyebut presiden MIC yang paling lama berkhidmat berkenaan memberi lampu hijau kepada Dr Subramaniam untuk bertanding, selaras dengan perlembagaan parti yang demokratik. Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan menafikan ada berbincang dengan Palanivel dan Dr Subramaniam berhubung pemilihan parti.
"Setakat ini saya tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak baik Dr Subramaniam mahupun Palanivel," katanya. Beliau bagaimanapun berkata sedia menimbang untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti jika diminta dan disokong perwakilan MIC. - Bernama

Isnin, 27 Mei 2013
Ahad, 26 Mei 2013
Isu dakwat kekal : Siapa sebenarnya yang menipu?
Penipuan dakwat kekal : Yang sudah pasti kena tipu ialah RAKYAT.
Yang menipu pula siapa?
Mungkinkah kerajaan? pihak SPR? atau pembekal dakwat? Memang isu ini sedikit lucu tetapi amat
memalukan, kerana satu dunia telah ketawa sinis melihat kerajaan Malaysia cuba
memperbodohkan rakyatnya.
Apa tujuan penipuan dakwat kekal? 1. Mungkin bertujuan menjimatkan kos dan keuntungan boleh disalurkan ke tempat lain. 2. Mungkin bertujuan ambil untung atas angin – bayar murah caj mahal,, untung masuk kantung.
Nak tahu siapa yang menipu sebenarnya?... Di bawah ini pasti merupakan salah satu dari jawapannya. 1. Kerajaan menipu SPR sekali gus menipu rakyat. 2. SPR menipu kerajaan sekali gus menipu rakyat. 3. Kerajaan dan SPR sama-sama berpakat menipu rakyat. 4. Pembekal menipu kerajaan dan SPR untuk mendapat keuntungan besar. 5. Kerajaan, SPR dan pembekal sama-sama bersubahat.
Ekoran dari isu dakwat kekal yang tidak kekal ini, khabarnya SPR nak tubuhkan badan penyiasat khas. Maka dgn itu sesuai sangat dengan ungkapan ini, Pembelit siasat penipu ! kah,kah kah! - rahimothman
Di peringkat awal SPR bukan main hebuh dan gah lagi,,,
mendakwa mereka akan menggunakan dakwat kekal dalam PRU 13, tetapi apa yang
berlaku adalah sebaliknya! Dakwat kekal
yang kononnya dapat membantu mengelak berlakunya pengundian lebih dari sekali
rupa-rupanya tidak kekal. Ini bermakna penipuan boleh berlaku dan telahpun
berlaku.
Apa tujuan penipuan dakwat kekal? 1. Mungkin bertujuan menjimatkan kos dan keuntungan boleh disalurkan ke tempat lain. 2. Mungkin bertujuan ambil untung atas angin – bayar murah caj mahal,, untung masuk kantung.
Nak tahu siapa yang menipu sebenarnya?... Di bawah ini pasti merupakan salah satu dari jawapannya. 1. Kerajaan menipu SPR sekali gus menipu rakyat. 2. SPR menipu kerajaan sekali gus menipu rakyat. 3. Kerajaan dan SPR sama-sama berpakat menipu rakyat. 4. Pembekal menipu kerajaan dan SPR untuk mendapat keuntungan besar. 5. Kerajaan, SPR dan pembekal sama-sama bersubahat.
Ekoran dari isu dakwat kekal yang tidak kekal ini, khabarnya SPR nak tubuhkan badan penyiasat khas. Maka dgn itu sesuai sangat dengan ungkapan ini, Pembelit siasat penipu ! kah,kah kah! - rahimothman
Langgan:
Catatan (Atom)