Selasa, 7 Mei 2013

Umno & Utusan ! Cukup2 lah siar kenyataan menghasut !


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya semalam mendakwa  pilihan raya kali ini adalah merupakan 'Tsunami Cina'.   Kah. kah kah !!  Najib buat-buat tak nampak,,,, sebenarnya ia adalah “Tsunami Malaysia”,  bukan Tsunami Cina !

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.menjawab dakwaan Najib dengan berkata,,,,,  "Orang Cina bukan rasis tapi kami bijak. Kami jelas dengan apa yang kami mahu iaitu pembangunan dan masa depan negara. Orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, tidak kira dari kaum apa pun.  Kalau mereka kata orang Cina rasis, mereka silap,  kerana PERKASA jauh lebih rasis,, mereka  seringkali mengeluarkan kenyataan bertujuan meniupkan api perkauman."   Demikan kata  Vincent Lee ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya akhbar milik Umno agar berhenti menyiarkan kenyataan-kenyataan yang menimbulkan kebencian antara kaum.

"Akhbar Utusan Malaysia cukup-cukuplah siarkan kenyataan menghasut kebencian orang Melayu kepada orang Cina. Kita harus berpolitik secara matang, bukan menimbulkan isu perkauman,"
katanya lagi. - rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan