Selasa, 17 Disember 2013

Khidmat Husam masih diperlukan


Sumber : Sinar Harian      KOTA BHARU - Khidmat Datuk Husam Musa masih diperlukan dalam kepimpinan Pas Kelantan setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III parti itu bagi sesi 2013 hingga 2015.  Ia sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini apabila ada mempersoalkan sama ada Husam akan terus berada dalam kepimpinan Pas Kelantan selepas namanya digugurkan daripada senarai exco kerajaan negeri Jun lalu.

KOTA BHARU - Khidmat Datuk Husam Musa masih diperlukan dalam kepimpinan Pas Kelantan setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III parti itu bagi sesi 2013 hingga 2015.  Ia sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini apabila ada mempersoalkan sama ada Husam akan terus berada dalam kepimpinan Pas Kelantan selepas namanya digugurkan daripada senarai exco kerajaan negeri Jun lalu.

Pengumuman dibuat Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melalui laman sosial Facebooknya selepas mesyuarat khas badan perhubungan parti itu, di sini, semalam.   Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan menggantikan Ahmad, manakala bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) yang juga ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Johari Mat dilantik Timbalan Pesuruhjaya II yang sebelum ini disandang, Husam.

Sementara itu, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dikekalkan jawatan  setiausaha parti dan beliau akan dibantu Nasir Daud serta Asri Mohd Zain selaku Penolong Setiausaha I dan II.   Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan menggantikan Wan Nik Wan Yusoff.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasaruddin Daud pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Barisan ahli jawatankuasa badan perhubungan Pas negeri pula terdiri daripada Adun Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, bekas Pengarah Pilihan Raya, Wan Nik Wan Yusoff, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Tuan Nik Baharum Nik Abdullah, Adun Demit, Mumtaz Mat Nawi, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.   Sementara itu, Husam berkata, beliau menerima jawatan tersebut walaupun lantikan itu seakan mempersendakannya sebagai Naib Presiden Pas.  Menurut Husam, persetujuan itu demi memastikan kerajaan Kelantan kekal pada PRU14.

“Saya terima sekali pun ia seakan mempersendakan saya selaku naib presiden Pas, (saya terima) bertujuan mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan dalam PRU akan datang,” katanya melalui SMS kepada Sinar Harian, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan