Sabtu, 12 Februari 2011

KAMALANATHAN MENGECEWAKAN !!

FORUM BICARA RAKYAT ditv1 baru-baru ini, khas membincangkan “Buku Jingga” yang
dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat…Tiga ahli penal ini telah mengambil bahagian.

TAHNIAH! RAFIZI RAMLI WAKIL PKR … Hujjah anda cukup mantab,  dalam membicarakan topik “Buku Jingga” program 100 hari Pakatan Rakyat.. Anda bercakap dengan fakta dan statistik, itulah  tandanya orang berilmu!   Syabbas Rafizi!
Tak kurang bernasnya hujah dari DATO’ DR.MAHANI ZAINAL ABIDIN KETUA PENGARAH ISIS..

Tapi malang! Penampilan P.KAMALANATHAN Ahli Parlimen Hulu Selangor dalam forum “Bicara Rakyat” tersebut amat memalukan orang Hulu Selangor!!.. Idea dan hujah beliau  agak tawar dan hambar!!,.. boleh kata setaraf je dengan pengerusi JKKK


Fokus sepatutnya ditumpukan kepada “Buku Jingga”, tetapi Kamala tak ada modal agaknya ,  lalu beliau merapu jauh dan tersasar!!  Balik-balik beliau mempersoalkan tiang letrik yang tak cukup di Hulu Selangor!. Kemudian beliau mempertikaikan pula soal ketaatan Pakatan Rakyat kepada raja-raja Melayu. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Perak dan di Selangor baru-baru ini!. … Eh! apa ni? nampak macam hendak memesongkan  fakta aje?

Waras ke tidak!  Ahli Parlimen Hulu Selangor ni?. Sudah le bercakap keluar tajuk, kemudian bila menyentuh soal ketaatan kepada raja-raja, Pakatan Rakyat pula dituduh tidak taat.  Dia lupa bahawa rakan baiknya UMNO lah yang telah mencipta banyak rekod penderhakaan kepada raja sejak dulu dan kini.

Inilah akibat!,… kalau Umno dah terlalu takut, maka si Kamal saja yang mampu dihantar untuk berforum!!.  Sepatutnya Umno menghantar wakilnya yang hebat!!,bukan yang hampehh! macam tu.   Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah! mungkin mereka takut!!  Atau sememangnya mereka sudah kepupusan baka yang bagus!!

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan