Rabu, 23 Mac 2011

RAHSIA TERBONGKAR !!, INI DIA WAJAH DATUK2 T


Setelah laporan polis dibuat oleh DS Anuar Ibrahim semalam 23/3/11,  akhirnya individu-individu ini yang diketuai oleh Tan Sri Thamby Chik, membuat pengakuan bahawa mereka adalah Datuk T yang dimaksudkan. T bermaksud “Trio”  barangkali.  Individu yang kedua ialah Datuk Shazril Eskay seorang ahli perniagaan,  dan seorang lagi ialah Datuk Shuib Lazim bendahari “PERKASA”

Dalam satu sidang akhbar khas yang mereka adakan,  mereka dengan lagak berani,  megah dan bangga memperkenalkan diri.  Mereka beria-ia seolah-olah mereka dipihak yang benar! Mereka memberi kenyataan akhbar seolah-olah mereka itu pihak berkuasa! Dan tak kurang hebat juga lakunan mereka apabila mereka berlagak  seolah-olah mereka  tak pernah membuat apa-apa kesalahan pun!  Walhal kesalahan besar mereka amat nyata iaitu! – “membuat tayangan video lucah dikhalayak” yang jelas bertentangan dengan undang-undang.

Dan untuk menutup kesalahan dan keterlanjuran mereka,  mereka mendesak pula pihak kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji ketulinan video tersebut!
Wah cantik punya cadangan !!..Amat melucukan !!  Kau orang yang berak tengah jalan, kemudian kau orang suruh kerajaan siasat !  kaji dan analisa tahi itu siapa yang punya!!.

Dalam soal ini pihak polis harus berani dan tegas! Jangan sampai “ lain yang bengkak, lain yang bernanah ”.   “Orang lain makan nangka , orang lain pula kena getahnya” Siasat siapa punya kamera dan rakaman video itu, Siapa yang buat rakaman? Apa tujuan? Kalau bukan kamu yang punya, mengapa kamu/ datuk T  curi kamera tu ?   Apa motif kamu?

LOGIK AKAL
Nampak sangat,  tugas mereka ialah membuat sebuah drama baru sebagai menyambung drama “Kes Liwat 1 dan 2 “ yang hampir gagal dan telah gagal!!   Mereka begitu ghairah menuduh DS Anuar seorang insan yang kotor,  tidak bermaruah!  dan tidak layak menjadi pemimpin.  Antara kata-kata Tan Sri Rahim Thamby dalam kenyataannya,,…ialah mendesak  Anuar meletak jawatan seperti yang beliau sendiri pernah lakukan sebelum ini.  Ish, ish ish !! dia nak samakan dirinya dengan Anuar pulak!

Si Rahim ni nampaknya macam marah sangat dan berdendam dengan Anuar. Seolah-olah Anuar telah membuat fitnah keatas dirinya satu ketika dulu (kes lama- rogol budak sekolah).  Seolah-olah Anuar yang telah mengheretnya keMahkamah! . Lupakah dia yang mendakwanya orang Umno! yang menjatuhkan hukum pun Mahkamah Umno. Lupakah dia akhirnya mahkamah Umno juga yang melepaskannya.

PENAFIAN
Sebelum ini awal-awal lagi Najib telah menafikan,  Hishamudin juga nafi, dan Zahid Hamidi juga turut membuat penafian bahawa isu video lucah ini tak ada kena mengena dengan Umno dan kerajaan, mahupun pihak polis!!  Sekarang macam mana?  Najib !  Hishamudin!!,  dua orang sepupu yang sering sepakat!!! Tolong jawab dengan sejujur-jujurnya!.. Rahim dan dua lagi tu bukan orang Umno kah?
Berapa billion agaknya hasil dari projek ini??

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan