Ahad, 20 Mac 2011

SARANAN BODOH ZAID KEPADA ANUAR!!

Nak bodohkan diri sendiri buatlah !  tapi  jangan perbodohkan orang lain!!
 
Beberapa hari lalu Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim telah membuat satu laporan polis berhubung dengan teguran Karpal Singh terhadapnya. Zaid diberi amaran oleh Karpal  supaya tidak mencampori urusan mahkamah dalam hal DNA DS Anuar Ibrahim.  Zaid melenting kununnya Karpal telah mengugutnya!..

Ish!  Ish ish!!  Macammana nak jadi pemimpin!  Macammana lah si Zaid ini boleh jadi presiden KITA.  Perkara kecil sebesar taik hidung pun nak buat laporan polis?  Dah tak ada isu lagi ke?  Kesiaaaan !!

Terdahulu si Zaid ini ada membuat satu kenyataan,.. menyeru DS Anuar menyerahkan DNAnya kepada pihak yang menuntut.  Beliau berkata,  Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah !!!... 

Wah wah !!   bijaknya Zaid bercakap,.. dan kebiasaannya itulah  lagak seorang munafik. Hujah Zaid jelas memperlihatkan kebodohannya sendiri !  yang bercampor sedikit kelakar!!  Dan dalam masa yang sama ia tetap merupakan  satu penghinaan kepada Anuar!!   Zaid seolah-olah beranggapan  DS Anuar ini bodoh macam lembu!,.. Hoi Zaid!!,  Anuar  tak begitu lah !  Anuar  sepuluh kali lebih cerdik dari kamu!

Teman nak tanya Zaid!,   tolong jawab dengan jujur.!   Kalau kamu telah di inaiya oleh seseorang,  masihkah kamu mahu mengikut arahan atau perintahnya?    Kalau kamu disuruh menghulurkan kepala kedalam kandang yang di dalamnya ada harimau ganas  mahukah kamu wahai Zaid??   Beranikah kamu? Bersediakah kamu melakukannya?  Hah, cubalah!  Nak menempah maut!,  Rasanya sudah pasti  orang ramai akan berkata ,…Zaid telah bertindak bodoh!! Zaid bengap!  Zaid dungu!  Zaid bangang dan entah apa-apa lagi!!!

Nampaknya gaya, tari dan rentak Datuk Zaid tak jauh beza dengan gaya pengikut Umno dan PERKASA. Semuanya menuntut!  supaya Anuar menyerahkan DNA. Mereka sedar dan mereka tahu, mereka diperalat, tapi mereka patuh!,  mereka taat melulu!!   Beginilah sikap orang Umno. Bodoh sombong!  lurus bendul!  Tahu mengangguk, tak gheti meggeleng.   Bangang tak boleh di ajar,  cerdik tak boleh diikut!!   Zaid,  walaupun dah keluar dari Umno tapi teman tetap mahu menyebutnya orang Umno kerana darah Umno nya masih sihat mengalir !!

Wahai Datuk Zaid!   Kalau datuk sendiri nak jadi bodoh!  terserah!!   Kenapa pula orang lain mahu diajak menjadi bodoh sama?  Orang cerdik macam Anuar takkan mahu dipatuk ular dua kali dari lubang yang sama!!  Jadi datuk uruslah parti KITA tu baik-baik !  Jangan sibuk pasal Anuar.

Komen teman : Zaid takkan mahu menghulurkan kepalanya kemulut harimau, sekalipun ia hanya seekor  harimau sarkas!!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan