Rabu, 13 Jun 2012

Zam Lupa Banyak Fakta !

Menurut bekas Menteri Penerangan, Zainudun Maidin atau lebih lebih dikenali dengan Zam,.. punca atau penyebab utama Umno menjadi lintang pukang sekarang ini ialah Khairy Jamaluddin. . 
 
Menurutnya lagi, tindakan Khairy dan rakan-rakannya dari tingkat 4 semasa Pak Lah (Pak mertuanya) menjadi Perdana Menteri dulu telah menyumbang kepada ketidaktentuan politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh pemimpin terdahulu. Demikian tulis beliau dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk, “ Khairy hanya boleh jadi PM pada hari tuanya”  semalam.

Teman tak berapa setuju dengan pendapat Zam ini. Apa yang teman nampak sumbangan Khairy dalam keruntuhan Umno sekarang ini mungkin 20% saja.  Banyak lagi sebab-sebab lain!  antaranya faktor Mahathir. Bekas PM yang gila dengan projek-projek mega ini mungkin  menyumbang 60%,.  besar tu !, di mana bermula  dengan tindakan Mahathir memfitnah dan memecat DS Anwar Ibrahim,  lalu tertubuhnya  PKN, sekarang PKR dan diikuti oleh terbentuknya Pakatan Rakyat . Selebihnya 20% lagi mungkin disebabkan oleh sikap fanatik pemimpin-pemimpin Umno,  dan tak kurang penting juga adalah ketidakrelevannya dasar Umno itu sendiri ketika ini.

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan