Jumaat, 20 Julai 2012

DrM tak mengaku diktator : Dah lama Tun makan cili !

Baru sekarang Tun terasa pedasnya?   

Tun Dr Mahathir dalam satu kenyataannya kelmarin, berasa amat kesal kerana banyak pihak menganggap beliau seorang diktator!  Dah lama Tun makan cili!,..baru sekarang terasa pedasnya? Jarang ada orang mengaku dirinya jahat dan tak ada manusia mahu mengaku berak tengah jalan !

Begitu juga Mahathir,  dia mati-mati tak mangaku dia adalah seorang diktator. Menurutnya, dia tak bunuh orang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Hitler, Husni Mubarak dan lain-lain pemimpin zalim di dunia.. Duhai Tun yang keras hati!. Seorang diktator tak semesti kerjanya membunuh orang!!  Bermacam-macam kejahatan atau kezaliman mereka  boleh buat semasa berkuasa. Tak kan Tun dah lupa kut!, apa yang Tun pernah buat dulu! 

Sekadar beberapa contoh,…memaksa sesuatu pihak menurunkan tandatangan!, paksa orang serah atau jual tanah!,  paksa rakyat jangan tentang kerajaan! Itupun diktator juga Tun !  Merompak harta rakyat atau kerajaan sesuka hati! tangkap rakyat yang dedahkan rahsia kecurangan kerajaan!  Kuatkuasakan ISA untuk sumbat rakyat tak berdosa kedalam kem tahanan!, menyiksa tahanan, ada yang sampai mati dan berbagai lagi. Bukankah itu satu kezaliman yang melayakkan Tun bergelar diktator?  

Tun kata  Tun tak pernah bunuh orang, tetapi kes pembunuhan berdarah di Memali bagaimana? Walaupun ketika berlaku trajidi, Tun berada diluar Negara  tetapi sebagai Pernada Menteri Tun sepatutnya bertanggungjawab, bukan membiarkan saja timbalan Tun pada ketika itu membuat keputusan sendiri sehingga akhirnya polis menyerang dan membunuh belasan penduduk kampong Memali yang diketuai Ibrahim Libya seorang ulamak berpengaruh!  Bukankah itu perbuatan zalim?  Salah satu sifat seorang diktator  ialah suka buat kezaliman!  Tak kan itu pun Tun tak tahu ??

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan