Rabu, 25 Julai 2012

Kenapa Abby cakap sikit aje,. AC nak melenting?

Khabarnya Dato’ AC Mizal Saudagar gelang ajaib    merangkap pengacara Raja Lawak  yang pernah berlakun drama polis  “Gerak Khas” terasa hati dan marah pada Abby Abadi.  

Abby yang baru saja menyertai PAS,…kononnya ada menghina dan mengutuk pihak polis !  khususnya ketika bersama GMI di depan Kem Tahanan ISA Kem Kemunting Taping baru-baru ini.  AC Mizal yang kebetulan anak seorang anggota polis, merasa tak puas hati dengan kenyataan Abby lalu mencabarnya berdebat secara terbuka.   

Hoi Dato’ AC !!! kamu ingat Abby terkonteng-konteng seorang diri sajakah ketika beliau membuat bantahan tahanan ISA itu?. Beratus,.. mungkin beribu peserta yang hadir dato’ tahu?   termasuk ketua Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).  Sehubungan itu,  yang patut Dato’ cabar berdebat dengan Dato'  ialah ketua GMI itu,.. bukan Abby Abadi !  bukan seorang wanita ayu dan lembut tetapi berani berdiri di tengah panas semata-mata menuntut keadilan sebenar. 

Apakah Dato' tidak faham makna keadilan? Kalau tak faham tanyalah DBP atau masuk sekolah balik!  Seluruh rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan, lebih-lebih lagi  mangsa tahanan ISA yang khabarnya teruk didera !!.  Hidup ini,  jangan asyik mengampu saja untuk mendapat kesenangan!   Yang betul katalah betul, yang sumbang katalah sumbang, yang salah katalah salah!!  Tabiat mengampu ini biasa sangat bagi ahli-ahli Umno dan penyokong tegarnya!   Mungkin dan barangkali,.. Dato' juga adalah salah seorang mengampu kuat Umno ?.

AC tak cukup popularkah?  Nak cari publisiti murahan !!!
Tak kisahlah Abby Abadi sudah menyambut cabaran AC Mizal atau tidak,  tetapi yang kita nak persoalkan,… kenapa AC marah sangat dengan bekas rakan artisnya itu?  Abby Abadi bukanlah manusia pertama yang mengutuk kerakusan dan keganasan polis!  Sudah terlalu banyak individu dan pihak-pihak lain berbuat demikian sebelum ini,.. kenapa AC tak pernah tunjuk rasa bengang atau marahnya?  Bukankah media-media Umno merupakan media sensasi yang sentiasa bersedia untuk menyiarkan kenyataan-kenyataan bodoh dan sumbang  penyokong totok Umno termasuk anda?

Wahai Dato’ AC Mizal? Apakah anda baru sedar yang anda sebenarnya sedang mencari publisiti murahan? Apakah anda merasakan yang diri anda tidak cukup popular ketika ini?  Malulah Dato’ !  malu!  Apa tak malunya,..seorang Dato’ glamour  hanya berani tunjuk lagak dan ranggi kepada seorang wanita !!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan