Selasa, 17 Julai 2012

Malu + marah bila Umno melihat gambar ini

  
Umno tidak perlu marah apabila melihat semakin hari semakin ramai orang Melayu termasuk ahli Umno sendiri menyertai PAS atau PKR.  Dan Umno tak perlu merungut kalau satu demi satu bekas-bekas pemimpin mereka meninggalkan parti kuno itu untuk memilih tapak perjuangan yang lebih bersih, telus dan adil – bersama Pakatan Rakyat. ( Gambar - Kadir Sheikh Fadzir berada di rumah Presiden PAS) 

Di pihak pembangkang, terutama PAS,  ini yang dikata pucuk dicita ulam mendatang!!  Sekali orang sudi,  sepuluh kali kita sudi !  Kelihatan dalam gambar Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi (berserban putih).  sedang meraikan tetamu istimewanya,  Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir,  bekas Menteri Penerangan dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini sudah bertekad untuk bersama pembangkang !   Dan Umno perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa partinya tidak lagi mendapat sokongan sama ada dari Melayu sendiri atau bangsa bukan Melayu !

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan