Jumaat, 31 Januari 2014
Khamis, 30 Januari 2014
Rabu, 29 Januari 2014
Selasa, 28 Januari 2014
Isnin, 27 Januari 2014
Doakan saya menang, ujar Anwar
Sumber : Sinar Harian PETALING JAYA - Selepas diumumkan sebagai calon untuk Dun Kajang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap beliau dapat memenangi kerusi tersebut. Menurutnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau akan berusaha dan cuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan itu.
"Doa
bersama, saya akan cuba," jawabnya ringkas tatkala pemberita mengajukan
soalan adakah beliau yakin untuk memenangi kerusi tersebut di Ibu Pejabat PKR,
di sini, hari ini. Pengumuman
mengenai pemilihan Anwar sebagai calon dibuat oleh Menteri Besar Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerusi Dun
Kajang kosong berikutan penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan
jawatan semalam.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Ahad, 26 Januari 2014
Sabtu, 25 Januari 2014
Jumaat, 24 Januari 2014
PKR nafi Azmin ganti Khalid jadi MB
Sumber : Sinar Harian PETALING
JAYA - PKR menafikan laporan sebuah akhbar yang mendakwa Timbalan Presidennya,
Azmin Ali bakal menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim. Setiausaha Agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada
15 Januari, isu tersebut tidak dibincangkan.
"Mesyuarat
itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid).
Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu,"
katanya pada sidang media, hari ini.
Menurutnya, mesyuarat tersebut membincangkan isu Selangor
antaranya kenaikan yuran lesen perniagaan, isu air dan kenaikan elaun.
"Kami hanya bincang isu Selangor. Isu kenaikan yuran lesen perniagaan,
penyusunan semula aset air Selangor...berkenaan Projek Langat 2 dan kenaikan
elaun. Tak bincang (lucut jawatan
Menteri Besar). Jadi tak timbul isu Azmin ganti Khalid," katanya. Namun, beliau akui melalui mesyuarat yang
dipengerusikan Azmin itu, ada ahli yang menyuarakan pendirian keras iaitu
melucutkan Khalid.
"Ada yang ambil pendirian ekstremis yang membawa kepada pelucutan Khalid.
Empat atau lima orang daripada 55 ahli tapi adakah pandangan mereka menjadi
keputusan mesyuarat? Tidak. Itu lumrah
dalam parti (pandangan ekstremis). Tapi ini pertama kali berlaku dalam mesyuarat
(ahli menyatakan cadangan keras)," katanya. Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa
Azmin tidak pernah membawa usul agar Khalid dilucutkan jawatannya.
"Masa bincang tentang pelucutan Azmin (PKNS), Azmin pengerusikan mesyuarat
itu tapi ketika bincang, beliau keluar dan diambil alih orang lain,"
katanya lagi.
Rabu, 22 Januari 2014
Selasa, 21 Januari 2014
Isnin, 20 Januari 2014
Ahad, 19 Januari 2014
Sabtu, 18 Januari 2014
'Mais jangan jadi alat politik'
Sumber :
Sinar Harian SHAH ALAM – Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengingatkan Pengerusi Majlis Agama
Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa agar tidak menjadi alat
pihak tertentu sehingga mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan Kristian.
Khalid berkata, tindakan serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam (Jais) merampas kitab Bible di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) dianggap tiada alasan kukuh.
Menurutnya, kitab tersebut mempunyai cop pengesahan Kementerian Dalam Negeri diterbitkan untuk orang Kristian.
“Ia diterbitkan untuk orang Kristian dan disimpan di dalam pejabat tersebut. Adakah tindakan Mais itu sebahagian daripada strategi pihak tertentu wujudkan ketegangan,” katanya pada sidang media, semalam.
Khalid berkata, tindakan serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam (Jais) merampas kitab Bible di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) dianggap tiada alasan kukuh.
Menurutnya, kitab tersebut mempunyai cop pengesahan Kementerian Dalam Negeri diterbitkan untuk orang Kristian.
“Ia diterbitkan untuk orang Kristian dan disimpan di dalam pejabat tersebut. Adakah tindakan Mais itu sebahagian daripada strategi pihak tertentu wujudkan ketegangan,” katanya pada sidang media, semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)