Isnin, 30 Disember 2013

Nur Jazlan: PM perlu penasihat baharu


Sumber : Sinar Harian              SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.

“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.

“…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat,” katanya dalam penulisan terbarunya. Mengulas lanjut, beliau menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.

 “Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.

“Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri,” katanya.

 


Ahad, 22 Disember 2013

Penyakit sengaja diberi,, ubat pula yang dicari?


Ini kata Perdana Menteri Najib Tun Razak baru-baru ini..                         “Kerajaan sedang mengkaji untuk menubuhkan  sebuah   MAKMAL KHAS   bagi  mengkaji serta merangka langkah-langkah susulan untuk meringankan beban rakyat terutama  berikutan  kenaikan harga barang dan  kos sara hidup sejak beberapa bulan ini”

Ini pula kata Menteri Kewangan Kedua  Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah “Kerajaan sedang mengkaji beberapa langkah dalam usaha memastikan kadar gaji rakyat selari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.”   

KAH KAH KAH !!  SETELAH KALIAN MENEKAN DAN MENGHIMPIT HIDUP RAKYAT KINI PURA-PURA  TUNJUK BAIK PULAK?,,  NAK BUAT ITU,  NAK BUAT INI,  NAK KAJI ITU, NAK KAJI INI?  KAH KAH KAH !! PENYAKIT DAH DI BAGI !,,, KINI NAK CARI UBAT PULAK?     ISH ISH ISH,, KELAKARNYA !!   KAPAL DAH TIGASUKU KARAM !... SEMPAT LAGI KE?    -  rahimothman

Selasa, 17 Disember 2013

Khidmat Husam masih diperlukan


Sumber : Sinar Harian      KOTA BHARU - Khidmat Datuk Husam Musa masih diperlukan dalam kepimpinan Pas Kelantan setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III parti itu bagi sesi 2013 hingga 2015.  Ia sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini apabila ada mempersoalkan sama ada Husam akan terus berada dalam kepimpinan Pas Kelantan selepas namanya digugurkan daripada senarai exco kerajaan negeri Jun lalu.

KOTA BHARU - Khidmat Datuk Husam Musa masih diperlukan dalam kepimpinan Pas Kelantan setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III parti itu bagi sesi 2013 hingga 2015.  Ia sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini apabila ada mempersoalkan sama ada Husam akan terus berada dalam kepimpinan Pas Kelantan selepas namanya digugurkan daripada senarai exco kerajaan negeri Jun lalu.

Pengumuman dibuat Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melalui laman sosial Facebooknya selepas mesyuarat khas badan perhubungan parti itu, di sini, semalam.   Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan menggantikan Ahmad, manakala bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) yang juga ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Johari Mat dilantik Timbalan Pesuruhjaya II yang sebelum ini disandang, Husam.

Sementara itu, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dikekalkan jawatan  setiausaha parti dan beliau akan dibantu Nasir Daud serta Asri Mohd Zain selaku Penolong Setiausaha I dan II.   Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan menggantikan Wan Nik Wan Yusoff.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasaruddin Daud pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Barisan ahli jawatankuasa badan perhubungan Pas negeri pula terdiri daripada Adun Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, bekas Pengarah Pilihan Raya, Wan Nik Wan Yusoff, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Tuan Nik Baharum Nik Abdullah, Adun Demit, Mumtaz Mat Nawi, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.   Sementara itu, Husam berkata, beliau menerima jawatan tersebut walaupun lantikan itu seakan mempersendakannya sebagai Naib Presiden Pas.  Menurut Husam, persetujuan itu demi memastikan kerajaan Kelantan kekal pada PRU14.

“Saya terima sekali pun ia seakan mempersendakan saya selaku naib presiden Pas, (saya terima) bertujuan mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan dalam PRU akan datang,” katanya melalui SMS kepada Sinar Harian, semalam.