Dalam
ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013, Sabtu lalu Presiden Umno,
Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan tiga mesej utama untuk memastikan parti
Melayu cap keris telanjang itu terus relevan. Tiga mesej itu ialah - kesungguhan kerajaan mahu meninggikan syiar
dan syariat Islam, kedua memperkasakan
ekonomi bumiputera dan ketiga melakukan tranformasi parti.
Senario
dan corak politik masa kini semakin berubah, parti yang beridentitikan bangsa dan ada
unsur-unsur perkauman semakin tidak mendapat tempat. Justeru sanggupkah Umno mencampakkan jauh-jauh
semangat asobbiyah dan ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan selama ini? Mampukah Umno mengubah dasarnya kepada Islam
dan meninggalkan amalan sekular yang sudah lama mereka amalkan.
Tidak
keterlaluan kalau dikatakan bahawa setelah 56 tahun memerintah Umno telah gagal
meningkatkan syiar dan menegakkan syariat Islam sebaik-baiknya setaraf dengan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara,,
Kenapa ini berlaku?... ramai yang
dah tahu.. antaranya .. kerana dalam bab
Islam Umno hanya mementingkan kulit bukan isi. Antara kulit dan isi ini terlalu luas kalau
dikupas….
Dalam
bab memperkasa ekonomi bumiputera ,,,,, Sudahkan Umno menyedari bahawa selama
ini ada dalang atau petualang yang menggagalkan kemajuan ekonomi bumiputera
khasnya orang Melayu? Sudahkah mereka ini dihukum? Dan apakah jaminan yang pemimpin Umno hari
ini bersih dari tabiat buruk pemimpin-pemimpin Umno yang lalu? Mustahil, tabiat gila kuasa dan gila kumpul harta yang
menjadi amalan pemimpin Umno selama ini boleh hilang
begitu saja ! mustahil, tentu ada yang mewarisinya!
Akhir sekali bab
tranformasi parti… Susah nak percaya, namun kalau pun Umno berjaya melakukan
tranformasi dalam parti ia hanya dalam bentuk lisan saja. Untuk sedap didengar
tentu Umno akan mencipta slogan yang indah-indah,, pelaksanaannya hampehh!
haprak ! Lihatlah bab politik wang dalam parti Umno, satu ketika hebuh diperkatakan,, kata nak
hapus,, akhirnya senyap, malah ada yang
berkata budaya politik wang sudah menjadi lazim dan wajar diamalkan,, pulak
dahhh! -
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan