Selasa, 8 Julai 2014

Syak orang dalam sebar berita palsu


Sumber : Sinar Harian.                 SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring percaya berita palsu yang disebarkan mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor dilakukan oleh ahli PKR sendiri.

“Saya yakin yang membuat kenyataan ini adalah daripada PKR. Saya bukan menuduh tetapi melihat kepada krisis yang berlaku; tidak mustahil daripada PKR.
 “Sejak pemilihan PKR pelbagai fitnah dibuat bukan sahaja yang dilaporkan media,”  ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Beliau membuat laporan polis kerana bimbang fitnah yang dibuat seolah-olah cuba melaga-lagakan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan Selangor.

“Menteri besar dilantik dan mendapat perkenan sultan. Kalau nak tukar menteri besar pun tunggulah habis penggal, jangan sekarang, sekerat jalan dah nak tukar.
“Rakyat sekarang merasai apa yang lebih baik daripada pemerintahan BN terdahulu. Saya selaku anak Selangor menyeru pihak terbabit berhenti menyebarkan berita tidak betul ini demi keharmonian bersama,” katanya.